Thursday, July 8, 2021

Tentera Afghanistan ‘Mati Akal’

BAGRAM: Tentera Afghanistan ‘mati akal’ selepas ‘ditinggalkan’ oleh pasukan tentera Amerika Syarikat pada minggu lepas susulan pengunduran mereka dari negara ini.

Sebagai contoh, tentera Afghanistan kini bertanggungjawab menjaga Pangkalan Tentera Udara Bagram yang sebelum ini menempatkan puluah ribu tentera AS, selain perlu menguruskan ribuan tahanan Taliban.

Komander baharu pangkalan Bagram, Jeneral Mirassadullah Kohistani berkata, mereka berdepan dengan cabaran yang sangat besar dan perlu pikul tanggungjawab itu demi masa depan Afghanistan.

“Jika hendak dibandingkan dengan AS, sangat besar perbezaan itu dan tentera Afghanistan tidak akan menjadi sekuat tentera AS.

“Namun, berdasarkan kebolehan dan keupayaan kami, tentera Afghanistan akan cuba melakukan yang terbaik dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Jelas Mirassadullah, mereka hanya tahu pasukan terakhir tentera AS meninggalkan negara ini pada minggu lalu.

Katanya, mereka pergi tanpa mengucapkan ‘selamat tinggal’ dan membiarkan tentera Afghanistan ‘terpinga’pinga’ mengenai apa yang perlu dilakukan.

Terletak kira-kira 50 kilometer dari Kabul, pangkalan Bagram merupakan pusat keselamatan utama dan mampu memberi perlindungan kepada utara negara ini daripada serangan berterusan Taliban.

Mirasadullah juga yakin bahawa 3,000 anggota tentera dibawah jagaannya mampu menentang Taliban, biarpun mereka sudah menerima laporan mengenai rancangan serangan kumpulan militan tersebut.

Jelas beliau, Taliban pasti akan cuba menyerang Bagram selepas mereka tahu tiada lagi perlindungan dari AS.

Pangkalan itu dibina pertama kali oleh AS untuk tentera Afghanistan ketika era Perang Dingin pada 1950-an. – AFP

No comments:

Post a Comment