Tuesday, July 6, 2021

ADUN Sungai Pelek Berdegil Beri Kerjasama Dengan Pihak Polis

Ronnie Liu rentas negeri semata-mata bela penceroboh kebun haram?
ANTARA ramai-ramai anggota DAP termasuk wakil-wakil rakyatnya yang hadir bersolidariti membela pekebun haram/penceroboh di Raub, ada seorang ADUN dari Selangor yang menarik perhatian kita.

Ronnie Liu merupakan ADUN Sungai Pelek di negeri Selangor, di mana beliau perlu merentas banyak daerah di negeri Selangor dan merentas sempadan negeri hingga ke Raub, Pahang semata-mata untuk membela para penceroboh. Begitulah betapa pentingnya isu ini kepada beliau dan DAP.

Melihat kepada video yang tular ini, memang sah bahawa ADUN Sungai Pelek (Selangor) telah melanggar SOP merentas negeri dan beliau sendiri berdegil untuk memberi kerjasama dengan pihak polis.
Dalam video ini juga, jelas menunjukkan Ahli Parlimen Raub, YB Tengku Zulpuri yang memujuk agar pihak polis tidak ambil tindakan terhadap YB Ronnie Liu itu, kononnya atas kapasiti jawatannya.

Pihak polis perlu bertegas dengan mereka, kerana boleh pula langgar SOP semata-mata untuk mempertahankan para penceroboh hutan bagi yang telah mengaut keuntungan itu. Ini bukan sahaja salah di banyak peringkat, malah ini adalah masalah moral dan integriti.

Kalau para politikus ini boleh rentas negeri begitu sahaja bagi membela pekebun haram/penceroboh, kami yakin lagi ramai yang ingin merentas negeri bersolidariti menyokong penguatkuasa yang membuat serbuan itu.

Oleh: Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

No comments:

Post a Comment