Keintiman dapat datang melalui pelukan yang dapat membantu meningkatkan aktiviti-aktiviti di dalam bilik tidur anda. Sebuah kajian menunjukkan, mereka yang paling sering melakukan pelukan dipercayai mempunyai kehidupan seks yang lebih baik.
Kajian yang dilaporkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior mencari beberapa pelukan khas, sekurang-kurangnya lapan kali dalam seminggu yang berlangsung selama lebih dari 45 minit akan menghasilkan sensasi seksual. Dan lokasi pelukan paling popular ditemui di kawasan sofa, kerusi dan tempat tidur, serta wanita cenderung lebih menikmatinya daripada lelaki.
Untuk kajian ini, penyelidik Universiti Michigan meminta lebih dari 500 lelaki dan wanita tentang kekerapan hubungan dan jangka berapa lama mereka Berpelukan. Para peserta juga ditanya tentang apa yang mereka lakukan ketika mereka sedang berpelukan.
Dan para saintis mendapati, rata-rata berpelukan berlangsung 47 minit dan 36 saat yang berlaku di malam hari ddi mana menjadi masa yang paling popular untuk mendapatkan keselesaan. Mereka juga mendapati, pasangan sering berpelukan sambil menonton filem atau televisyen, diikuti dengan berbicara, sentuhan urutan, mendengar muzik atau membaca, serta hanya satu daripada enam responden yang mengatakan pelukan dapat mengiringi mereka pada aktiviti seksual.
No comments:
Post a Comment