Thursday, January 13, 2022

Kerajaan Perak ‘U-Turn’ Tak Jadi Halau 19 Kuil Dari Tanah Kerajaan

PERAK – Pejabat Tanah dan Galian Perak menarik semula perintah mengusir 19 kuil yang dibina di atas tanah milik kerajaan di daerah Kinta setelah sesi perbincangan dengan wakil daripada Malaysian Chinese Association (MCA) dan kuil-kuil tersebut pada Isnin lalu.

Pada 7 Januari lalu, Pejabat Tanah dan Galian Perak telah menyerahkan surat perintah pengusiran (eviction notice) kepada 19 kuil yang dibina di atas tanah hak milik kerajaan.

Susulan daripada itu, Pengerusi parti MCA negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon telah berjumpa dengan wakil-wakil daripada kuil yang berkenaan pada Ahad, 9 Januari 2022.

Pada Isnin 10 Januari 2022, wakil daripada parti MCA dan 19 kuil yang terlibat bertindak mengadakan sebuah pertemuan dengan pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi membantah pengusiran kuil-kuil tersebut.

“Saya juga akan membantu ahli jawatankuasa kuil untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi menyelesaikan isu ini untuk jangka masa panjang,” ujar Dr. Mah Hang Soon dalam kenyataan media beliau baru-baru ini.

Pejabat Tanah dan Galian Perak dalam pertemuan tersebut membuat keputusan untuk menarik semula perintah pengusiran yang diberikan dan mengiktiraf tapak-tapak kuil tersebut sebagai sebuah tapak budaya dan sejarah. - samudera.my

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete