Thursday, January 13, 2022

Harga Rumah Terus Melonjak Tinggi

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia bakal berdepan senario harga rumah yang akan terus me­ningkat ketika pendapatan ramai pekerja masih berada di takuk lama.

Itu antara dapatan awal oleh Khazanah Research Institute (KRI) sebagai mengulas kajian pelbagai firma hartanah tempatan mengenai masa depan kos perumahan di seluruh negara.

Menurut Pengarah Penyelidikannya, Dr. Suraya Ismail, harga kediaman dijangka terus mencatatkan kenaikan walaupun upah sebahagian besar pekerja di Malaysia kekal sama.

“Memang kami ada mendapati sebenarnya harga rumah ketika ini pun pada dasarnya sudah naik mendadak berbanding gaji kebanyakan pekerja masih rendah tidak berubah,” katanya.

Beliau ditemui selepas pelantikan dirinya sebagai antara 25 ahli Panel Berkepakaran (POE) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menangani isu rumah tanah air, masalah kekurangan rumah mampu milik selain lambakan kediaman tidak dijual.

Program itu disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Akhir Oktober tahun lalu, firma teknologi hartanah, Juwai IQI mengunjurkan harga rumah akan naik mendadak menjelang Disember susulan perubahan trend pembeli ketika wabak.

Kediaman berdekatan fasiliti kesihatan seperti klinik atau hospital bakal menjadi pilihan ramai, mengambil kira pengalaman sukar ketika mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut, Suraya yang juga anggota Majlis Tindakan Sara Hidup Negara menambah, POE dibentuk kementerian itu amat tepat pada masanya bagi mencari punca isu perumahan.

“Jika kerajaan sudah tidak dapat buat rumah murah, sewajarnya pemaju swasta kena ambil alih namun wajar disokong pelbagai insentif demi meringankan beban rakyat miskin,” katanya.

Sambil mengakui ada tempat menyaksikan lambakan rumah kos rendah, beliau berkata, ia memang senario pelik ketika majoriti golongan B40 masih tidak mampu beli kediaman sendiri.

Bagaimanapun ujarnya, hasil pemerhatian awal mendapati, lokasi rumah itu amat jauh di pedalaman yang tentunya tidak akan menarik langsung bakal pembeli untuk memilikinya.

Justeru, cara paling ampuh ialah dengan pemaju sama ada suka atau tidak kena menurunkan harga dan bukannya menyerahkan masalah itu untuk ditanggung oleh pihak kerajaan pula.

Situasi itu adalah lumrah risiko perniagaan dan sikap sesete­ngah pemaju yang bina dahulu sebelum jual tanpa memahami atau mengambil kira permintaan pasaran di kawasan tersebut.

“Masalah juga berlaku ke atas pemilik tanah yang ikut suka hati buat projek rumah di tempat tidak sesuai dan akhirnya berlaku lambakan atau paling ditakuti terbengkalai,” jelas Suraya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak faktor gaji rendah terutama pekerja swasta menjadi punca kenapa ramai masih tidak mampu membeli rumah walaupun kos murah di kawasan bandar.

Ujarnya, ia berbeza dengan penjawat awam yang ada ba­nyak kemudahan pembiayaan namun bagi petugas swasta, mereka sebenarnya terikat pula banyak syarat ketat daripada pihak bank.

Sehubu­ngan itu, beliau mengesyorkan majikan swasta mengkaji isu tersebut selain ber­harap sektor perbankan dapat bertimbang rasa dan tidak mene­tapkan birok­rasi yang terlalu ketat. – UTUSAN

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete