Selanjutnya, ia juga didapati berkurangan dari segi ramuan nasional untuk memupuk semangat kebangsaan kental bagi kedua-dua identiti nasional dan budaya itu. Waima enrolmennya kini mencatatkan bilangan murid bukan Cina yang ramai, ia masih dikelolakan secara jumud dengan cara masih mahu terus mempertahan unsur Cina totok di tempat didatangi.
Hal ini selalu diperlihat secara agresif apabila unsur Melayu biarpun sebagai komponen watan, ditolak atas alasan ia akan menjejaskan identiti sekolah aliran Cina, justeru akan menghancurkan jati diri Cina. Sebenarnya cara sekolah vernakular diuruskan khususnya aliran Cina menjadikannya tidak dihormati malah diragui dalam usaha penyemarakan nasionalisme Malaysia untuk ikut melahirkan warganegara yang identiti nasional dan budaya kebangsaannya jelas terserlah.
Sehubungan ini, sekolah vernakluar harus mencari jalan untuk memastikan agar lepasannya rata-rata mempunyai pengetahuan dan penguasaan baik dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara ini. Masalah ini diakui etnik Cina sendiri yang dengan cepat mengemukakan alasan beban mempelajari tiga bahasa pada usia muda.
Meskipun sahih tetapi ia masih perlu diatasi dengan cara betul dan tidak sesekali mengadakan kelas bahasa Mandarin kepada etnik bukan Cina, misalnya di hospital awam agar petugas kesihatan dapat berkomunikasi dengan etnik Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu ini. Sepatutnya etnik Cina harus insaf dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepada mereka.
Sehubungan ini, mereka hendaklah tidak lagi terus angkuh dengan tindakan melampau sebelum ini dalam menentang penggunaan unsur Melayu yang sebenarnya telah dipersetujui bersama dalam Perjanjian Etnik menjelang kemerdekaan negara bahawa simbol dan proses sosiobudaya Melayu dijadikan identiti nasional dan budaya kita.
Penentangan itu yang akhir-akhir ini bukan sahaja amat keras tetapi langsung tanpa adab pula, tidak dapat dinafikan amat menyinggung etnik Melayu sehingga mereka melenting lalu menyaman etnik Cina dalam hal keabsahan sekolah vernakular yang tidak pun mereka lakukan selama puluhan tahun ini atas dasar toleransi.
PERIBUMI
Keinsafan ini hendaklah berlaku dalam bentuk perubahan sikap, iaitu daripada mahu terus menjadi totok kepada kesediaan setelah puluhan tahun di tanah yang mereka datangi ini untuk berintegrasi ke dalam komuniti tuan rumah dengan lebih rela. Ini hendaklah dilakukan segera setelah sekian lama tertangguh dengan kesanggupan untuk lebih mengidentifikasikan diri mereka dengan etnik Melayu selaku kelompok majoriti lagi dominan di negara ini. Ia hendaklah dilakukan dengan kesudian ikhlas untuk menerima struktur sosial Melayu antaranya bahasa Melayu secara integratif.
Sebenarnya unsur Melayu yang harus diterima itu bukan banyak pun selain agak ringan pula sifatnya. Ini kerana proses penyatuan kita dalam pembentukan negara bangsa ialah integrasi yang membenarkan kelompok bukan asal boleh terus hidup secara asal walaupun dalam kehidupan nasional.
Ini antaranya terbukti dengan kebenaran kepada etnik Cina untuk mengekalkan pendidikan aliran Cina dan dalam sistem pendidikan negara pula sebagai sekolah jenis kebangsaan. Sepatutnya etnik Cina bukan sahaja menghargai dasar integrasi ini tetapi berterima kasih kepada etnik Melayu selaku kelompok peribumi yang tidak terus berkeras untuk mengangkat dasar asimilasi seperti yang berlaku di banyak negara lain di rantau ini dalam proses penyatuan nasionalnya.
Sehubungan ini, dasar asimilasi menganjurkan kesatuan dan bukan kepelbagaian. Justeru, dalam bidang pendidikan, hanya sejenis persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan dibenarkan wujud.
Sehubungan keinsafan ini, dasar integrasi ini tidak boleh lagi dianggap enteng oleh etnik Cina. Ia tidak boleh lagi bersifat ibarat kera mendapat bunga, iaitu pemberian oleh pihak lain yang tidak tahu dinilai dengan baik oleh pihak menerimanya. Ia sebetulnya amat bernilai kerana etnik Cina Malaysia masih boleh terus hidup sebagai etnik Cina jika dibandingkan dengan etnik Cina di negara yang mengamalkan dasar asimilasi.
Oleh itu, insaflah dan baliklah ke pangkal jalan setelah sesat di tengah jalan. Dalam pada ini, ikutilah resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, iaitu etnik Cina hendaklah menurut resam dan peraturan di tempat mereka datangi.
Sehubungan ini, mereka hendaklah menerima struktur sosial Melayu dengan ikhlas dalam berintegrasi dengan etnik Melayu selaku tuan rumah. Dengan ini, sekolah vernakular Cina di Malaysia tidak boleh sama, apatah lagi mengatasi sekolah aliran Cina di tanah watan bahasa Cina sama ada di China atau Taiwan.
Dalam hal ini, ia hendaklah menerima unsur Melayu seadanya bukan sahaja sebagai memenuhi syarat integrasi oleh etnik Cina tetapi juga sebagai tanda etnik Cina adalah minoriti yang baik.
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don't touch of Muslim's religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK
Kes Datuk Yip Kum Fook(MCA Gombak) sangat melucukan kerana dia selalu menggunakan polis dan samseng untuk mengacau orang ramai di Taman Desa Jaya, Kepong KL, adik iparnya SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya, Kepong) merisiknya, sesiapa pun harus berhati-hati. dengan Simon Low ini, apabila bercakap sesuatu tentang Datuk Yip, dia (Simon Low) akan memaklumkan kepada Datuk Yip Kum Fook
ReplyDeleteSIMON LOW KOK MENG tahu segala-galanya apa yang Datuk Yip Kum Fook rancang...hari ini ramai yang tahu apa yang Datuk Yip lakukan kerana anda membuat kajian di internet, anda akan melihat apa yang orang siarkan dan komen, kerana ada orang yang mengedit fotonya. katakan sesuatu padanya....ini memalukan MCA dan Buddha
Kedua-dua lelaki ini sangat berfikiran kotor dan mereka menjadikannya begitu menarik dalam ajaran Buddha tetapi mereka berfikir lebih jauh dalam ajaran Buddha, tetapi mereka akan menderita dalam penipuan....di Kepong jika apa-apa berlaku, sila syak kedua lelaki ini sahaja
Kali terakhir kami rapat dengan Simon Low tetapi sekarang kami jauh darinya kerana dia lebih bangga dengan dirinya dan kami tahu dia tidak mempunyai anak tetapi dia membeli anak lelaki di Sabah atau Sarawak bertahun-tahun yang lalu, ini mungkin ALLAH menghukum keluarga ini. .
Mesej yang dikongsi oleh En Choy, Taman Ehsan, Kepong