Tuesday, January 4, 2022

Siapakah Menteri Itu.....Tungguuuu!

Umpan raih undi, tak mustahil UEC diiktiraf selepas ini
BANGI – Jika dilihat kepada situasi politik semasa, adalah tidak mustahil sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf kerajaan selepas ini.

Hal ini kerana, golongan politikus mengetahui isu berkenaan boleh dijadikan sebagai ‘umpan’ untuk meraih undi dalam kalangan kaum Cina.

Malah, sejarah pernah menyaksikan bagaimana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengiktirafnya di Sarawak jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Atas dasar itu, Naib Presiden BERJASA, Haji Samad Ashaari mengingatkan, semua ahli politik perlu memiliki harga diri supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Katanya, ini memandangkan isu berkenaan melibatkan sistem pendidikan negara yang berkemungkinan besar memberi kesan kepada perpaduan rakyat.

“Apa pun berlaku kita tidak boleh iktiraf sijil UEC ini yang bertongkatkan silibus dari Taiwan, sedangkan kita memiliki asas pendidikan yang kukuh sejak sebelum merdeka lagi.

“Jangan kerana memiliki agenda politik dan kepentingan kita ‘jual’ hak kita sehingga menggadaikan masa depan generasi akan datang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang merasakan, tidak mustahil UEC akan diiktiraf selepas ini berikutan keputusan mahkamah dalam kes sekolah vernakular, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Samad berkata, ahli politik yang bersikap sedemikian hanya memikirkan tentang ‘poket’ sendiri tanpa mempedulikan perihal masa hadapan negara dan generasi masa hadapan.

“Kita pelik masih wujud ahli politik yang tergamak mahu jual negara demi kepentingan, keadaan ini hanya menguntungkan untuk jangka masa pendek sedangkan negara dan masa depan generasi depan berada dalam ambang kemusnahan,” katanya.

Beliau merasakan sudah tiba masanya ahli politik berubah untuk membetulkan keadaan negara yang semakin terumbang ambing angkara perbuatan pemimpin terdahulu. - ismaweb.net

1 comment:

  1. Datuk Yip Kum Fook always called the police and thugs(gangster) to disturb the Buddhists monks in Samnak Sambodhi Buddhist Temple, recently many people understand your way of life, you do that because you want to control people to them according to your ideas and now many people are angry and do not like you because you do evil to them

    Everything that happened in Taman Desa Jaya and Taman Daya, Kepong... please suspect this Datuk Yip Kum Fook and his team because this is Datuk Yip Kum Fook is the biggest Ghost in the Kepong area, he is a lawyer and has the title of Datuk because (decades) people are afraid of him but now people know who Datuk Yip Kum Fook is

    We wrote a message to announce to the Chinese community that we understand and know who is causing problems in Kepong... when he was MCA chairperson (Taman Daya) many people suffered because he asked for money from our community, now many MCA members are also concerned about that.

    David Tan, Kepong (comment & post to website)



    ReplyDelete