KAJIAN mesti dilakukan keperluan rumah ibadat mengikut keperluan populasi. Terlalu banyak rumah ibadat haram atau kuil yang didirikan di kawasan yang bukan milik mereka, akhirnya menjadi milik kekal, tidak boleh disentuh dan diusik lagi.
Malah ubah suai dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak berkuasa, sehinggakan menyalahi undang-undang.
Struktur bangunan dibina sehingga sampai ke longkang, mencecah jalan. Penipuan juga dibuat atas alasan membina rumah banglo di sebelah rumah ibadat, sebaliknya ada transaksi perniagaan yang berlaku demi mengaut keuntungan.
Apakah kita buta tanpa dapat melihat itu semua?
Katakanlah yang berada di gua tersebut adalah masjid/surau, notis pengosongan telah diterima daripada pihak berkuasa atas faktor keselamatan atau tanah tersebut milik kerajaan, apakah ketika itu masjid akan dipertahankan atau masjid ini akan dikosong.
Jawapan pasti, masjid tersebut akan dikosongkan. Inilah kebaikan dan kemuliaan nilai Islam, sentiasa taat dan patuh kepada undang-undang, meskipun mereka berhak mempertahankannya, atas nama kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.
Ini tidak, sudahlah status tanah bukan milik persendirian tetapi tanah kerajaan, minta dikosongkan, berkeras mempertahankan, sehingga nyawa pihak berkuasa yang tidak bersalah seperti Allahyarham Adib menjadi korban. Sehingga kini, keadilan untuk Allahyarham masih menjadi tanda tanya. Apakah erti semua ini?
Saya mahu ingatkan pihak berkuasa, terutama Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya atau apa jua nama diberikan ke atas PBT tersebut, bahawa rumah ibadat kini, tidak lagi menjadi tempat ibadat semata-mata, ia sudah menjadi suatu perniagaan.
Mereka menggunakan rumah ibadat untuk membuat keuntungan. Pergilah buat siasatan. Tengok siapa yang tinggal dalam gua tersebut. Ada permit ke tidak?
Terbaharu, berkaitan banyak gua di Kinta yang dijadikan kuil secara haram, telah menimbulkan kontroversi apabila Majlis Daerah mengeluarkan notis supaya dikosongkan. Mereka tetap berdegil, atas alasan telah beratus tahun.
Inilah alasan basi sekian lama dilakukan. Bila mahu dirobohkan, sudah beratus tahun, mesti dijadikan tapak warisan. Warisan apa yang diperkatakan, sedangkan ia dibina secara haram?
Tidak kiralah berapa tahun, haram tetap haram. Lebih-lebih lagi struktur tidak selamat. Suatu hari nanti, jika berlaku matapetaka di gua-gua tersebut, pasti pihak kerajaan pasti akan dipersalahkan. Kerajaan akan dituduh tidak membuat kajian atas struktur gua tersebut. Sedangkan mereka berdegil.
Malapetaka ini tidak mustahil berlaku di banyak kawasan gua yang dijadikan kuil/tokong, termasuk di kawasan Batu Caves.
Dalam kes ini, apabila notis diberikan, maka ultra kiasu pun sibuk mahu menjadi juara. Sedangkan mereka tahu ia tidak selamat. Masih mahu pertahankan, malah lebih dahsyat lagi mahu diwartakan menjadi tapak warisan negara.
Ultra kiasu mendesak supaya notis pengusiran ditarik balik.
Untuk makluman, Daerah Kinta mempunyai lebih 14 tokong berdekatan di dalam gua. Ada yang selamat digunakan, ada yang tidak.
Bagi yang tidak selamat, ultra kiasu begitu berani mendesak, supaya kerajaan negeri perlu meneliti cara untuk menyediakan sokongan dan bukannya mengusir mereka.
Sudahlah ceroboh secara haram, berani mengugut kerajaan.
Ada ultra kiasu yang berkata, negara lain seperti China dan India juga mempunyai kuil, “jadi ia boleh dipulihara dengan baik dan selamat menerusi kerja-kerja pembaikan.”
Saya bersetuju dengan pendapat ultra kiasu tersebut, memang wajar dijaga sebab namanya negara China dan India, itu memang negara kuil/tokong.
Isunya, ini negara Malaysia, negara Islam. Tidak cukupkah lagi deretan kuil dan tokong yang melimpah ruah banyaknya. Mahu apa lagi?
Bukan tidak ada kuil di situ, sudah ada banyak, dibina di tanah kerajaan, kenapa mahu memperkatakan yang satu ini, sedangkan banyak lagi yang ada, didirikan secara haram dan telah disahkan. Berapa banyak kuil diperlukan untuk menampung keperluan penganut yang tidak seberapa?
Negara Islam tidak akan membina surau atau masjid secara bersebelahan atau berderetan. Jika sudah ada satu, pasti anak kariah tidak akan meminta untuk didirikan satu lagi bersebelahan atau berderetan.
Tetapi berlainan dengan kuil dan tokong, ia boleh didirikan berderetan, berpuluh berderetan sekali gus seperti mana yang berlaku di Sentul, Kinta dan tempat-tempat lain.
Kita perlu ada garis panduan. Jika tidak, negara ini akan terkenal dengan negara kuil/tokong, bukannya negara majoriti Islam.
Kita tidak menafikan hak bukan Islam, itu sudah sememangnya ada, tetapi berpada-padalah dalam sebuah negara Islam.
Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak
ReplyDeleteLelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)
Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang
Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?
Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
Forwarded by Khoong, Cheras