Tuesday, January 11, 2022

Keluar Dari Kepompong ‘Bangunan’ Masjid

MENGIKUTI penuh minat khutbah Jumaat dilayangkan khatib kepada para jemaah seminggu dua ini, kita boleh ucapkan syabas kepada jabatan agama Islam negeri berkenaan.

Di satu dua negeri, masjid-masjid di sana mengikuti perkembangan isu semasa. Kalau banjir, banjirlah isunya. Jika rasuah, rasuah jugalah diperingatkan khatib kepada jemaah Jumaatnya.

Jumaat 7 Januari, Jabatan Agama Islam Perak membawakan tajuk khutbah Azam melaksanakan tadbir urus yang beramanah.

Di Selangor pula, unit khutbah jabatan agama Islamnya membangkitkan tajuk Rasuah. Tahniah kerana tidak gusar peringatkan penguasa dan orang besar terpalit rasuah.

Pentadbir masjid mesti keluar dari kepompong ‘bangunan’ masjid. Apa lagi dalam waktu-waktu bencana begini. Sekejap pandemik Covid-19, disusuli banjir serta dibelenggu pula malapetaka rasuah yang tidak pernah padam sumbunya – sentiasa bernyala.

Sempat saya bertanyakan Cikgu Azmi dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berapa jumlah masjid yang ada di Malaysia masa ini? Katanya, 65,000.

Wah! kalau begitu kenapa masjid-masjid kita tidak digerakkan secara agresif semasa bencana? Pasti institusi-institusi ini mempunyai rekod para kariah masing-masing. Kenapa nak letakkan semua tanggungjawab pada kementerian kesihatan atau kementerian pendidikan memantau setiap kawasan yang terbelenggu isu bencana?

Masjid cukup relevan dalam masyarakat. Perkara babitkan keperluan bantuan, keluarga susah, anak-anak keciciran sekolah, tiada buku teks atau ibu tunggal harapkan bantuan, pihak masjid boleh bekalkan maklumatnya.

Bukannya fungsi masjid semata-mata perkatakan penjarakan saf semasa solat. Sekejap jarak satu meter, sekejap rapat atau hari ini dihadkan 50 jemaah, esok lusa WhatsApp pada kariah sebelum jam 10 pagi siapa mahu solat Maghrib atau Isyak.

Sebahagian masjid kita kena berubah ikut arus dan isu semasa. Jangan asyik berebut kariah dan jawatan, kebolehan tiada – sehingga politik dan agama jadi komersial.

Kalau kerenah birokrasi jabatan kerajaan jadi halangan, pihak masjid harus tampil bantu. Berapa ramai anak-anak ambil SPM dalam kariah, himpunkan mereka beramai-ramai baca yasin. Gunakan duit masjid, berikan mereka sedikit buat belanja kerana ambil peperiksaan. Kalau ada 20 orang ambil SPM, bagi setiap seorang RM100.

Ada kalanya duit masjid tidak terusik walaupun ada RM400,000 dalam akaun masjid. Kadang-kadang nak lepaskan sedikit duit itu pun jenuhlah sampai dua, tiga kali mesyuarat.

Kata Cikgu Azmi juga, di Asia Tenggara ada 900,000 masjid, dengan di Indonesia sahaja 850,000 buah. Kalau begitu, masjid-masjid aturkanlah jemputan ustaz-ustaz tersohor bertauliah dari Indonesia, Patani atau India. Masjid mesti ada biro antarabangsa walaupun masjid di kampung pun. Ini supaya umat Islam kita peka, sensitif dengan isu-isu melanda orang Islam. Nasib orang Islam di India bagaimana? Di Kashmir, Filipina. Patani dan Xinjiang?

Jumaat 7 Januari sudah berlalu, sekejap sahaja menyusul Jumaat 14 Januari. Se-Jumaat seperti sehari. Masa pantas berlalu antaranya kerana ‘kurangnya keberkatan terhadap masa’.

Pihak masjid manfaatkan lah masa cukup berharga pada musim bencana kini dan mendatang untuk manfaat ummah dan negara.

Oleh: Zulkifli Jalil

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete