Sunday, January 16, 2022

Jawi: Kita Akan Gagal Dan Terus Gagal Jika Berlembut

ULTRA kiasu secara terancang dan licik, sebulat suara, bersatu hati, menentang penggunaan Jawi dalam apa jua keadaan, termasuk berbentuk arahan.

Terbaharu, arahan ‘wajib’ penggunaan Jawi, yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah terpaksa ditarik balik, akibat penentangan hebat ultra kiasu tanpa mengira parti. Malangnya, parti-parti orang Islam, terus bergaduh sesama sendiri.

Majlis Daerah tersebut menjelaskan, bahawa arahan terbaru untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda bukanlah perintah wajib, tetapi dasar untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi di kawasan pentadbiran mereka.

Jika dilihat kepada notis yang dikeluarkan, kelihatan seperti diwajibkan. Namun, apabila ditentang ultra kiasu, terus jadi harus. Hukum berubah-ubah. Penguasa tidak boleh diharapkan lagi. Kecut, apabila ultra kiasu menyerlah. Kepada siapa lagi kita mahu bergantung harap apabila yang ada kuasa, seolah-olah tidak ada kuasa.

Tidak pernah tegas dalam tindakan.

Peliknya, bila tiba sijil halal logo Jawi, berebut-rebut mendapatkan sijil halal bagi meraih keuntungan dan mengaburi mata umat Islam. Apakah semua buta melihat permainan ini?

Alasan ultra kiasu yang menumpang menang undi Melayu, Batu Gajah mempunyai lebih 80 peratus bukan Islam. Dasar ini tidak boleh diluluskan. Ultra kiasu akan terus menentang tulisan Jawi. Ultra kiasu berpandangan, rakyat berhak memilih.

Kata ultra kiasu itu lagi, walaupun cadangan itu belum dibawa ke mesyuarat majlis daerah, ultra kiasu Batu Gajah akan menolak sekeras-kerasnya sebarang dasar yang bertentangan dengan kebebasan beragama dan budaya di negara ini.

Negara ini ada sejarah dan asal-usulnya. Asal-usul kamu daripada mana? Cuba baca Perlembagaan baik-baik.

Percayalah, penentangan ini bukan sahaja akan dilakukan oleh ultra kiasu Batu Gajah tetapi seluruh negara. Mereka akan bersatu hati menentang sama seperti isu Jawi enam muka surat di SJKC dll berkaitan.

Bila tiba tulisan mereka, itu integrasi. Tetapi bila tiba tulisan Jawi, itu Islamisasi dan bercanggah dengan hak asasi dan kebebasan.

Kenapa tidak menggunakan logo halal Jawi bagi tujuan perniagaan? Kenapa begitu bersungguh-sungguh dalam papan tanda ini? Sepatutnya kamu lebih bersyukur, kenapa ia akan melunakkan hati-hati Melayu dan menjadi mereka akan lebih kerap pergi ke premis kamu.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa bertegas. Mulakan dengan nama jalan, jawikan, Jangan pedulikan ultra kiasu ini.

Mereka ini ibarat beri betis mahu paha. Kaduk sudah naik junjung. Menjadi gunting dalam lipatan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, penggunaan Jawi menimbulkan rusuhan kaum, rakyat hidup kacau bilau. Kalau mereka cinakan segala tulisan dalam perniagaan, papan tanda, nama jalan, semua boleh. Tetapi apabila pihak berkuasa, mahu melaksanakan sesuatu perkara yang menjadi identiti negara ini, yang berasal-usulkan tanah Melayu tidak boleh.

Begitu juga pembinaan rumah ibadat yang kawasan tanah haram di beberapa gua di kawasan daerah Kinta, berdekatan bandaraya Ipoh, notis telah dikeluarkan dikosongkan, termasuk dari aspek keselamatan.

Apabila ditentang ultra kiasu, terus tidak jadi, yang haram jadi harus dan halal.

Kita amat hairan kenapa kita begitu takut kepada ultra kiasu demi secebis undi, sedangkan hakikatnya, mereka memang tidak mengundi parti yang memerintah hari ini. Lagi pun mereka melakukan kerja-kerja haram, menceroboh tanah kerajaan sesuka hati.

Perkara bukan baharu, tetapi sudah bertapuk, tetapi tindakan terpaksa ditarik balik demi secebis undi.

Kita begitu terkesima kononnya undi mereka telah beralih hasil beberapa pilihan raya negeri. Adakah itu benar?

Jika pun ‘benar’, wajarkah kita menggadaikan prinsip dan maruah demi secebis undi tersebut.

Percayalah, jika kita terus berlembut, negara ini akan terus hilang sejarah dan jati dirinya.

Perkara ini tidak pernah berlaku di negara-negara lain di dunia yang ada sejarah dan jati diri, terutama negara China dan India.

Apakah negara ini memberi laluan kepada identiti Islam sebebas-bebasnya. Sama-sama kita fikirkan dan jangan beremosi.

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete