Wednesday, January 12, 2022

Ada Pihak Sedang Bina Negara Dalam Negara....

Kewujudan vernakular strategi kolonial pecahkan kaum, hina Melayu
BANGI – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan kewujudan sekolah vernakular di negara ini adalah strategi kolonial untuk memecahkan kaum dan menghina bangsa Melayu.

Malah, beliau turut menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes saman sekolah vernakular baru-baru ini sebagai penghinaan kepada negara, pemimpin, menteri pelajaran, bangsa Melayu dan bahasa kebangsaan.

Katanya, situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini secara tanpa sedar sedang membina sebuah negara di dalam negara.

“Ada satu negara tetapi di dalamnya ada satu kelompok itu sedang membina pula satu negara. Kenapa saya sebut begitu, kerana pemikiran dan pendekatannya jauh berbeza.

“Malah kalau kita lihat sekolah vernakular yang di bawah Dong Zong lagi jauh berbeza. Jadi, adakah kita menuju kepada satu kolonial baru di masa hadapan, di mana negara kita akan dikawal pemikirannya oleh orang lain,” katanya dalam Webinar ‘Sekolah Vernakular Sah!’ di Facebook Dialetika, malam tadi.

Lebih membimbangkan, katanya lagi, apabila situasi ini membawa kepada pencairan identiti, dan membahayakan jika ia menjalar kepada pemikiran di dalam agama kononnya atas dasar terbuka serta toleransi.

“Itu yang kita tengok ada orang Islam, pelajar-pelajar mencuci kuil. Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan mencuci tokong pula selepas ini.

“Satu tempat yang memang mensyirikkan Allah SWT tetapi diterima atas dasar toleransi dan sebagainya. Ini semua lahir daripada pendidikan,” katanya.

Bukan hanya penguasaan ekonomi ‘diragut’, tidak mustahil negara berdepan senario di mana pemimpinnya dikuasai oleh orang bukan Melayu dan Islam, katanya.

“Ini sudah mula diterima dan ia lahir daripada sistem pendidikan. Kalaulah pendidikan kita dari segi sejarah pun sudah dipersoalkan, apatah lagi dari segi bahasa.

“Kalau misalnya keputusan (kes cabar vernakular) ini kekal, bagi saya bakar sahaja Akta Bahasa Kebangsaan kerana tiada makna lagi,” katanya.

Aminuddin berkata, isu pendidikan vernakular ini akan menyebabkan impak jangka panjang kerana ia bukan hanya membabitkan sistem tetapi juga membawa kepada bentuk pemikiran.

“Kalau disebut ada 1,800 sekolah dan 500,000 pelajar, ini bukan bilangan sedikit. Malah, kita difahamkan di akhbar-akhbar, ramai pula orang Melayu yang masuk ke sekolah vernakular.

“Saya tiada masalah untuk belajar bahasa, tetapi aliran itu lain dan bahasa digunakan juga lain yang akan membentuk pemikiran,” katanya. - ismaweb.net

3 comments:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete
  2. Ajar percaya pada sesuatu kuasa atau benda yang dianggap keramat yg boleh tolong kita

    ReplyDelete
  3. DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

    ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

    YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

    Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

    Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

    DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

    Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete