Tuesday, January 4, 2022

“Booster Shot” & Cadangan Dos Ke-4, Kaut Untung Atau Betul Satu Keperluan?

KUALA LUMPUR – Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan sama ada saranan suntikan dos penggalak keempat benar-benar satu keperluan ataupun hanya satu manipulasi pihak tertentu.

“Ketika rakyat masih terpinga-pinga dengan ‘Booster Shots’ yang kini kita digambarkan keperluan untuk mendapatkan suntikan keempat memandangkan munculnya virus baru Omicron. Adakah ini satu manipulasi pihak tertentu bagi mengaut keuntungan atau memang benar-benar ia satu keperluan; kita tidak pasti.”

“Saya harap ada ketelusan dalam hal ini,” kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu dalam hantaran Facebooknya semalam.

Selain itu, dalam hantaran yang sama, beliau menyuarakan rasa pelik dengan pilihan rakyat dalam isu pemilihan pemimpin apabila rakyat disifatkan masih tidak berani mencuba sesuatu yang baharu walaupun menderita.

“Dari sudut politik pula, rata-rata rakyat sudah mual tetapi yang agak peliknya selepas dua PRN yang diadakan menampakkan rakyat seolah-olah sudah kembali kepada “status-quo”.”

Walaupun menderita, apabila melihat pada pelbagai kepincangan dalam sistem demokrasi yang ada, namun rakyat masih tidak berani untuk mencuba sesuatu yang baharu. Dalam pelbagai media sosial seruan kepada perubahan sering diutarakan namun apabila berada di ‘peti undi’ ia tetap kembali kepada ‘asal’,” luah beliau.

Oleh sebab itu, Hj Aminuddin Yahaya menyeru rakyat untuk benar-benar memikirkan secara mendalam pemimpin dan parti mana yang harus dipilih semasa PRU15 nanti agar nasib semua terbela.

“Apa makna rintihan dan keluhan itu jika rakyat tidak bersedia untuk berubah?” soal beliau

Mengakhiri kenyataan, Hj Aminuddin menyatakan pengharapan agar rakyat terus memberi sokongan kepada PEMBELA dalam usaha NGO itu untuk membina sebuah bangsa yang mulia dengan tamadun yang unggul.

“Saya sangat berharap rakyat dapat terus memberikan sokongan kepada kami dalam usaha-usaha kami sangat-sangat memerlukan sokongan kerana tugas ini sangat berat dengan halangan yang tidak pernah habis dari pelbagai sudut dan pihak.”

“Yang paling penting, dalam konteks perjuangan NGO, sebenarnya masih banyak perkara yang harus kita perjuangkan. Isu alam sekitar, rasuah, kedudukan Mahkamah Syariah, pemerkasaan Bahasa Melayu, ekonomi Bumiputera yang semakin ketinggalan, kehilangan tanah Rizab Melayu, usaha pengiktirafan UEC, pemerkasaan sekolah vernakular dan pelbagai lagi.”  - samudera.my

2 comments:

  1. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
    Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
    Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don't touch of Muslim's religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
    Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
    If not, we'll teach U such things happen in the USA

    Our sincerely,
    PEOPLE GOMBAK

    ReplyDelete
  2. Kes Datuk Yip Kum Fook(MCA Gombak) sangat melucukan kerana dia selalu menggunakan polis dan samseng untuk mengacau orang ramai di Taman Desa Jaya, Kepong KL, adik iparnya SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya, Kepong) merisiknya, sesiapa pun harus berhati-hati. dengan Simon Low ini, apabila bercakap sesuatu tentang Datuk Yip, dia (Simon Low) akan memaklumkan kepada Datuk Yip Kum Fook

    SIMON LOW KOK MENG tahu segala-galanya apa yang Datuk Yip Kum Fook rancang...hari ini ramai yang tahu apa yang Datuk Yip lakukan kerana anda membuat kajian di internet, anda akan melihat apa yang orang siarkan dan komen, kerana ada orang yang mengedit fotonya. katakan sesuatu padanya....ini memalukan MCA dan Buddha

    Kedua-dua lelaki ini sangat berfikiran kotor dan mereka menjadikannya begitu menarik dalam ajaran Buddha tetapi mereka berfikir lebih jauh dalam ajaran Buddha, tetapi mereka akan menderita dalam penipuan....di Kepong jika apa-apa berlaku, sila syak kedua lelaki ini sahaja

    Kali terakhir kami rapat dengan Simon Low tetapi sekarang kami jauh darinya kerana dia lebih bangga dengan dirinya dan kami tahu dia tidak mempunyai anak tetapi dia membeli anak lelaki di Sabah atau Sarawak bertahun-tahun yang lalu, ini mungkin ALLAH menghukum keluarga ini. .

    Mesej yang dikongsi oleh En Choy, Taman Ehsan, Kepong

    ReplyDelete