Bermula dengan kelahiran bayi, selepas seminggu diadakan jamuan, diberikan nama dan sembahyang bagi memberkati anak tersebut. Ini sama seperti dengan adat Melayu yang mentahnik anak yang lahir selepas seminggu. Setiap anak yang diberikan nama akan memberikan tuah dan kebaikan kepadanya dalam adat budaya Cina peranakan.
Tidak ketinggalan asimilasi turut berlaku dalam majlis perkahwinan Cina peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi warisan kaum Cina yang berwarna-warni yang menyerupai adat istiadat masyarakat Melayu. Masyarakat Cina peranakan juga mengamalkan upacara merisik, meminang dan berkahwin yang mempunyai persamaan dengan adat masyarakat Melayu. Adat penggunaan tepak sireh yang melambangkan kesucian bakal pengantin wanita serta mas kahwin yang perlu diserahkan kepada ibu bapa bakal pengantin wanita sebagai tanda penghargaan atas kesuciannya yang dijaga rapi.
Turut menjadi adat ialah adat pertunangan dan pertukaran cincin kedua-dua mempelai, hadiah atau hantaran, penggunaan bunga rampai dan setanggi apabila disahkan sebagai suami dan isteri. Majlis juga diserikan dengan lagu dondang sayang dalam bahasa Melayu dan ditarikan oleh para hadirin ketika jamuan.
Majoriti Cina peranakan turut mengamalkan perkahwinan sesama saudara tetapi bukannya saudara terdekat. Malahan anak perempuan yang baligh akan diaturkan perkahwinan oleh kedua-dua ibu bapanya pada suatu ketika dahulu. Situasi ini disebabkan pengaruh daripada adat perkahwinan Melayu.
Tetapi dengan kedatangan golongan Sinkheh sedikit sebanyak telah mengubah adat perkahwinan ini. Malahan dalam kalangan ibu bapa Cina peranakan lebih suka anak-anaknya berkahwin dengan golongan Cina peranakan daripada golongan Cina Sinkheh yang dianggap orang luar. Melalui pemodenan dan pendidikan Cina yang disediakan oleh para golongan Cina Sinkheh, akhirnya mengubah sebahagian adat Cina peranakan. Ditambah pula kedatangan secara besar-besaran imigran dari China, akhirnya menyebabkan jodoh anak perempuan Cina peranakan tidak lagi ditentukan oleh ibu bapa mereka.
Saudara-mara akan dijemput untuk menghadiri jamuan perkahwinan dengan dihidangkan pelbagai makanan gulai, pedas, masam dan juga makanan manis. Tetamu yang datang menjamu selera juga ada kalanya menggunakan tangan apabila nasi dihidangkan. Jadi, tidak menghairankan terdapat penggunaan chopstick (penyepit) bersama tangan dalam jamuan tersebut.
Pakaian yang dipakai oleh Cina peranakan juga perlu menutup aurat. Ini menyebabkan baju kebaya dan baju Melayu ala Cina dijadikan pakaian tradisional rakyat Malaysia khususnya golongan Cina peranakan pada suatu ketika dahulu. Tradisi pemakaian baju ini sebenarnya berasal dari zaman kegemilangan Melaka yang merupakan zaman kegemilangan Cina peranakan. Hal ini kerana sekumpulan pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka.
KEBAYA
Budaya masyarakat Cina peranakan adalah asas yang melahirkan baju kebaya. Walaupun kebaya Nyonya ini hanya dipakai oleh golongan Cina peranakan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, tetapi kini dipakai oleh orang Melayu sendiri kerana ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Pada dasarnya, baju kebaya Nyonya dicipta oleh orang Cina peranakan dari Melaka suatu ketika dahulu setelah berhijrah. Baju ini dikenakan dengan kain sarung batik atau songket.
Mengikut fakta sejarah, wanita Cina peranakan memakai kebaya Nyonya sebagai pakaian harian seawal 1930-an. Baju kebaya Nyonya menjadi pelengkap penampilan kepada wanita Cina peranakan. Baju kebaya juga dilengkapi pemakaian selendang sebagai penutup aurat kepala. Dari situlah fesyen tersebut memutik rasa cinta wanita pelbagai golongan khususnya wanita Melayu terhadap kebaya Nyonya.
Merentasi era itu sehingga abad baharu, kebaya Nyonya bukan sekadar menjadi warisan generasi Malaysia hari ini, bahkan ikutan kepada penggemar fesyen tanah air. Pengaruh baju kebaya Nyonya Melaka ini berkembang ke Pulau Pinang disebabkan hubungan persamaan tempat antara imigran Cina yang berhijrah ke Melaka. Maka tidak mengejutkan budaya asimilasi Cina peranakan di Pulau Pinang tidak menghadapi sebarang masalah apabila masyarakat imigran Cina yang baru tiba dari China sebelum 1910.
Seterusnya sebahagian bahasa Cina peranakan sudah di-Melayukan seperti batu, timba, gulai kampung dan sebagainya. Perbezaan bahasa Cina peranakan dan Cina moden diselaraskan dengan pengenalan dialek bahasa Mandarin. Jika dilihat, penggunaan bahasa Melayu Tanjung sudah sebati dengan masyarakat Cina peranakan. Boleh dikatakan keseluruhan masyarakat Cina peranakan Pulau Pinang lebih fasih berbahasa Melayu Tanjung daripada Mandarin.
Situasi ini juga berlaku dalam masyarakat Cina peranakan Kelantan dan Melaka yang lebih mahir berbahasa dialek Melayu tempatan daripada Mandarin. Bahasa Hokkien yang digunakan oleh masyarakat Cina peranakan Pulau Pinang adalah jauh berbeza dengan Cina peranakan Hokkien Kelantan. Golongan Cina peranakan Hokkien Kelantan masih dipengaruhi dialek Kelantan dan bahasa Siam. Ini bermakna bahasa Cina peranakan Hokkien lebih dipengaruhi oleh asimilasi bahasa Melayu Tanjung, maka dialek yang dibawa adalah berbeza. Contohnya, penggunaan kupang untuk nilai duit telah diterjemahkan sebagai puad berbanding kat di Kelantan.
Keistimewaan masyarakat Cina peranakan ada kalanya lebih bersifat Melayu daripada Melayu walaupun tidak memeluk Islam. Tetapi pada masa kini, sebahagian generasi muda masyarakat Cina peranakan lebih selesa hidup dalam suasana masyarakat Melayu daripada masyarakat Cina di bandar. Inilah keistimewaan budaya asimilasi Cina peranakan dalam budaya Keluarga Malaysia.
Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan.
Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak
ReplyDeleteLelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)
Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang
Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?
Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
Forwarded by Khoong, Cheras