Jika kita tidak ambil peduli, maka perjuangan perit jerih berdarah nenek moyang kita dulu hanya akan hilang bagaikan debu yang berterbangan, menurutnya lagi.
Beliau menegaskan, perkara ini adalah bertentangan dengan Wasiat Raja-Raja Melayu yang mewasiatkan supaya pegangan rizab tanah wajib bagi kaum Melayu adalah sebanyak 50 peratus.
Wasiat Raja-Raja Melayu inilah menjadi teras bagi peruntukan tanah simpanan Melayu yang kini termaktub dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.
Haji Aminuddin menyoal lagi, apakah kita ini satu bangsa yang masih ada maruah atau hanya sekadar menjadi barua kepada taikun, kepada para jutawan?
Negara ini seolah-olah adalah negara plutokrasi — negara yang dikawal oleh hanya sekelompok taikun-taikun dan saudagar-saudagar yang kaya, menurut beliau.
Presiden PEMBELA itu juga mendedahkan, jutaan ekar tanah Melayu yang dijual kepada bangsa lain diberikan hak milikan kekal, sedangkan veteran tentera kita yang bergadai nyawa melawan komunis masih lagi tidak dapat sekeping tanah yang telah dijanjikan kepada mereka berteduh sehingga sekarang.
Beliau juga menempelak golongan yang memperlekehkan kepentingan umat Islam untuk mempertahankan hak pemilikan tanah.
Beliau berkata, mencintai tanah air adalah suatu tuntutan syarak dan tidak menyimpang daripada tuntutan syarak.
“Adalah menjadi suatu kewajiban untuk umat Islam untuk mempertahankan tanah air mereka, dan Islam menuntut kita untuk berjuang mengambil kembali tanah yang telah diambil musuh,” tegas beliau.
Menurutnya lagi, penjualan rumah atau tanah yang tidak disusuli dengan penyediaan rumah atau tanah yang lain sebagai ganti adalah suatu jual beli yang tidak diberkati.
Ini adalah bertepatan dengan perumpamaan yang dipegang oleh masyarakat Arab yang membawa makna, “Mencintai tanah air adalah sebahagian daripada iman”, kata beliau lagi.
Tidakkah pelik jika Negara Cina adalah milik kaum Cina, Negara India adalah milik kaum India, manakala Tanah Melayu pula kaum Melayu kena berkongsi, soal beliau.
Aktivis ini juga menyifatkan perebutan ahli politik Islam pada hari ini adalah ibarat orang yang nanar dan hilang kewarasan, kerana mereka cuma mendapat kuasa sedangkan pada hakikatnya tanah air bangsa mereka telah hilang pemilikan kepada bangsa lain buat selama-lamanya.
“Adakah kerana rasuah, atau undang-undang tidak melindungi, atau pun pemimpin kita memang mandul pemikiran?”
“Apa guna kuasa dimiliki oleh orang Melayu tetapi tanah dimiliki orang lain?”
Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak
ReplyDeleteLelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)
Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang
Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?
Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
Forwarded by Khoong, Cheras