Bukan rahsia lagi bila kaum lelaki lebih sering menginginkan seks, sedangkan perempuan lebih senang untuk dibelai atau dipeluk. Namun, sebuah penelitian terbaru menunjukkan bahawa stereotype itu mungkin telah berubah.
Kaum Adam ternyata juga memerlukan belaian dan ciuman. Pelukan dan ciuman, menurut hasil kajian bertaraf antarabangsa yang digagas para ahli sosiologi dari Kinsey Institute of Indiana University, bahkan lebih penting dalam menentukan kebahagiaan para lelaki berbanding kaum wanita.
Kajian melibatkan lebih dari 1.000 pasangan di lima negara, yakni Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Brazil, dan Jepun. Responden yang terlibat adalah mereka yang berusia antara 40 dan 70 tahun.
Semua pasangan yang menjadi objek dalam penyelidikan ini telah hidup bersama sekurang-kurangnya selama setahun pada masa kajian dilakukan. Namun, rata-rata daripada mereka sudah tinggal bersama selama 25 tahun.
Hasil penyelidikan menunjukkan, semakin lama sebuah hubungan terjalin, para pasangan mengaku semakin bahagia dan menikmati kehidupan seksnya. Namun bagi kaum Hawa, semakin lama terikat dalam suatu hubungan, mereka semakin boleh menikmati seks yang lebih baik.
Kajian yang diterbitkan jurnal Archives of Sexual Behaviour ini juga menunjukkan, peluk cium ternyata tidak banyak berpengaruh pada kebahagiaan kaum wanita. Sementara itu, di kalangan lelaki, mereka yang mencium dan memeluk pasangannya rata-rata tiga kali lebih bahagia berbanding yang tidak melakukannya.Menurut penyelidik Julia Heiman, kepuasan seksual di kalangan perempuan telah meningkat seiring bertambahnya usia kerana mereka terus tumbuh dewasa dan menghadapi sedikit tekanan.
"Mungkin para wanita lebih puas kerana jangkaan mereka berubah, atau kehidupan menjadi berubah ketika anak-anak berkembang dewasa. Kami juga mengetahuinya dari kajian lain bahawa menjalin hubungan jangka panjang memberi manfaat bagi kesihatan. Kini kami boleh belajar lebih banyak tentang apa yang membuat suatu hubungan menjadi tahan lama dan bahagia, "ujar Heiman.
So, siapa sebenarnya yang lebih menikmati pelukan dan ciuman, lelaki atau wanita? Cari jawapannya pada diri anda yang selama ini merasakannya.
MalaysiaRia
No comments:
Post a Comment