BENAR, seks bukan segala-galanya dalam menjaga kerukunan rumah tangga. Benar juga seks selalu menjadi punca suami isteri bertegang urat, bermasam muka malah sehingga bercerai-berai.
Kenapa, kerana seks tidak difahami sebagai satu seni yang ada lenggok tersendiri. Wanita selalu meremehkan hal ini. Malah ramai yang sama sekali tidak melihatnya sebagai satu seni. Seks tidak lebih hanya untuk melahirkan zuriat sahaja.
Perkahwinan dengan seks yang 'begitu-begitu saja' boleh diibaratkan sebagai satu wabak penyakit dalam rumah tangga. Mat Comot mahupun Bro Tompok, mentor Si Belang yang luas pengalamannya dalam bab ini, tentu sekali setuju.
Tak percaya, cuba buat tinjauan rambang bagaimana wanita membuat persiapan perkahwinan. Yang lebih diutamakan gaun pengantin, pelamin, mak andam dan lain-lain yang bersifat untuk tontonan umum.
Mungkin sudah lumrah (wanita Melayu?) walaupun kini lebih ramai yang ke menara gading, cenderung menyerahkan urusan ranjang ini kepada suami. Seks dianggap maruah lelaki, tetapi tidak kepada wanita.
Untuk mengetahui sejauh mana kesahihannya mungkin menarik jika dibuat tinjauan berapa ramai wanita yang membaca buku panduan seks berbanding lelaki.
Yang Si Belang tahu ramai wanita tak peduli termasuk mereka yang ada masalah rumah tangga.Tak ada inisiatif pun untuk mencuba daripada teknik yang begitu-begitu saja itu. Walaupun sudah lama berkahwin masih tak faham-faham bahasa ghairah suami.
Ingat, suami pun mahu menjaga egonya. Wanita perlu tahu tanda-tanda suaminya sedang ghairah. Bukanlah susah sangat tetapi cubalah perhatikan beberapa tanda ini yang mungkin menjadi petunjuk suami sedang mengajak anda ke arah itu:
Bola mata membesar. Jika bulatan hitam pada mata membesar itu tandanya ghairah lelaki sedang naik.
Memegang hidung berulang kali. Journal of the Royal Society of Medicine mendapati saraf pada hidung dan rangkaian ghairah lelaki saling berkait. Apabila hidung lelaki tiba-tiba lebih sensitif, mungkin sekali ia tanda aksi seterusnya harus dimulakan.
Suaranya lebih dalam. Secara spontan lelaki didapati akan menurunkan nada suaranya semasa dia berkeinginan untuk berasrama.
Menggosok-gosok bahu isteri. Ini juga merupakan tanda-tanda awal suami mahu bersama dengan anda.
Memeluk pinggang. Apabila suami berbuat demikian disusuli dengan tangan menjalar ke punggung, itu tanda dia inginkan sesuatu daripada sekadar berpeluk-peluk sahaja.
Menggigit bibir bawah sambil menggeleng kepala.
Lelaki yang bertindak sedemikian semasa sedang bercakap biasanya menunjukkan hasratnya untuk berhubungan dengan lebih intim lagi.
Apalah salahnya sekali-sekala membuat kejutan dengan mengambil tahu bahasa seks suami. Sebelum suami mengambil tindakan lebih intim, isteri terlebih dahulu beraksi. Nescaya suami akan lebih gembira.
Sebenarnya bukanlah susah sangat untuk menjadi wanita hebat di mata suami. Hanya perhatikan bahasa-bahasa badannya dan takluklah mereka dengan kejutan-kejutan yang mendahului gerakan suami.
Taklukkan suami dengan layanan-layanan yang istimewa dan tidak sekadar pasif menunggu suami beraksi dahulu.
Oleh : Kucing Jantan - Si Belang
No comments:
Post a Comment