Kepercayaanlah yang menjadi indikator keharmonian serta kerukunan sesebuah rumah tangga tersebut. Impak daripada rasa tidak percaya maka timbullah pelbagai masalah yang akhirnya hanya akan memporak-perandakan sebuah rumah tangga bahagia.
Jangan memikirkan faktor luaran, masalah kepercayaan mungkin timbul dari sikap diri sendiri. Ini kerana sikap yang tidak rasional mendorong perbuatan yang negatif dan akibatnya sangatlah buruk.
Jadi, sebelum masalah timbul maka ada baiknya anda menghindarkan diri daripada hal-hal yang merosakkan kepercayaan tersebut. Antara caranya:
Menjadi diri anda sendiri iaitu dengan bersikap rasional, tidak perlu melebih-lebih atau mengawal tindak tanduk baik dalam tindakan mahupun tutur kata.Anda dan pasangan mesti menjadi diri sendiri seperti yang anda berdua di awal perkenalan dulu. Kaji balik sikap anda pada awal perkenalan yang menyebabkan masing-masing boleh terpikat dan kembalilah menjadi seperti itu.
Amalkan eye contact terutama apabila sedang berkomunikasi. Memang benar kita dapat melihat kejujuran seseorang daripada gerak anak matanya.Jadi janganlah mengambil mudah dengan berbicara tanpa pandangan mata antara satu sama lain. Cuba ini ternyata ia bukan sahaja satu komunikasi lisan malah yang lebih penting ialah ia salah satu saluran batin.
Mempercayai satu sama lain. Jangan takut untuk memberikan kepercayaan tersebut kepada pasangan namun jangan beri sepenuhnya. Kata pujangga, kepercayaan itu ibarat mata pengawas yang sentiasa mengawasi gerak geri anda mahupun pasangan ketika anda berdua berjauhan. Dengan itu kepercayaan yang diberikan boleh menjadi benteng yang melindungi kerukunan rumah tangga anda dari masalah-masalah picisan.
Ini tip yang agak penting, jangan sesekali menyimpan rahsia daripada pasangan anda. Apabila anda diberikan amanah untuk menyimpan sesuatu rahsia anda sebenarnya telah mengambil satu tanggung jawab yang besar, salah langkah anda adalah punca kepada masalah yang timbul tersebut. Memang menyimpan rahsia bukanlah mudah. Jika rahsia tersebut tidak ada kaitannya dengan hubungan anda berdua simpan sajalah rahsia tersebut dengan baik. Namun jika rahsia tersebut berkaitan dengan hal-hal yang boleh menggoyahkan rumah tangga dan akhirnya pasangan anda ketahui sendiri, padahnya kepercayaan itu memang tidak akan anda peroleh lagi.
Oleh : Noor Fazrina Kamal
No comments:
Post a Comment