Namun, jangan dulu berkecil hati. Amati isyarat yang ditunjukkannya, anda pun dapat melihat apakah dia mencintai anda.....
Dia menghargai pendapat anda
Ketika anda meminta pendapatnya, dia akan benar-benar mendengarkan dengan saksama apa yang anda katakan dan menghormati kewujudan anda.
Dia berusaha untuk menyenangkan anda
Jika dia mencintai anda, maka dia akan selalu berusaha menyenangkan anda dengan melakukan pelbagai cara. Misalnya, membiarkan dirinya memilih film romantis atau filem wanita berbanding memilih filem "action" atau petualangan. Ini dilakukannya sebagai bentuk cintanya terhadap anda, agar dia pun boleh selalu bersama-sama menghabiskan masa dengan anda.
Dia memerhatikan keperluan anda
Dia akan selalu berusaha memuaskan dan menyenangkan dengan menjadi kekasih yang murah hati demi kesenangan anda.
Dia mempamerkan anda pada rakan-rakannya
Ketika dia bangga memperkenalkan anda kepada rakan, keluarga dan rakan kerja, ertinya dia sudah menyakini bahawa diri anda memang untuknya.
Bertemu dengan keluarganya
Ketika anda diperkenalkan dengan keluarga besarnya, itu adalah isyarat bahawa dia ingin anda mengenal dirinya lebih jauh.
Dia menerima anda apa adanya
Walaupun anda tampak cantik dan "fashionable" ketika pergi ke pejabat, namun ketika di rumah anda tampil apa adanya, dia tetap menerima anda dengan segala yang anda miliki tersebut.
Anonymous
No comments:
Post a Comment