Adakah anda berdua mempunyai keyakinan yang sama?
Nilai-nilai anda akan menentukan bagaimana hidup anda dan masa kebersamaan. Walaupun anda tidak harus selalu selaras padanya tentang berbagai hal, namun mempunyai keselarasan akan membuat keharmonian mudah terjalin.
Bagaimana dia menangani perselisihan?
Setiap pasangan pasti mempunyai konflik. Jadi, sangat penting menguruskan pergeseran dengan hati yang jernih. Jika hubungan baik telah terjalin dan satu sama lain dapat saling mendengar, maka ertinya anda berdua telah mempunyai perhubungan yang baik.
Bagaimana dia bertindak dengan orang-orang terdekat anda?
Adakah anda memberitahunya tentang bagaimana dirinya berperilaku. Jika dia sangat menghormati teman-teman di sekeliling anda, ertinya itu penunjuk yang baik kerana pasangan dapat berkomunikasi dengan orang-orang terdekat anda.
Bagaimana dia memerlakukan anda di depan orang lain?
Hal ini sangat penting untuk dilihat kerana etika dia memerlakukan anda akan memperlihatkan siapa dirinya.
Bagaimana dia memanfaatkan waktu luang?
Apakah saat kesibukan tidak melandanya, dia akan melibatkan anda dalam waktu-waktu bersamanya? Ya, walaupun tidak selalu anda harus bersama-sama, namun ketika dia melibatkan anda dalam kesehariannya, ertinya dia memang seseorang yang terbaik untuk masa depan anda.
Apakah dia menghargai pendapat anda?
Walaupun dia tak selalu bersetuju pendapat anda, tetapi ketika dia mendengar dan menghormati pendapat anda, maka dia pun menghargai perasaan anda. Tak salah kalau anda memertahankannya sebagai teman hidup selamanya.
Apakah dia bertanggung jawab?
Apakah dia mampu menguruskan kewangan dengan bijak tanpa mengekang anda. Jika ada kesulitan menilainya, mintalah teman anda untuk memberikan penilaian objektif. Ketika semuanya terlihat bagus, maka hubungan pun akan memuaskan...Anonymous
No comments:
Post a Comment