

Justeru, Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat pemberian kewarganegaraan (MyKad) yang diragui kaedahnya. Penubuhan RCI ini bersandarkan kepada beberapa asas dan tujuan berikut:
(a) Dengan kedudukan tinggi pegawai yang ditahan, adalah tidak munasabah kes ini hanya melibatkan lebih enam keping MyKad dan bernilai RM350,000 sahaja, malah dikhuatiri aktiviti ini sudah berjalan lama dan melibatkan bilangan MyKad yang jauh lebih banyak;
(b) Aktiviti yang berlaku di Pulau Pinang ini lebih penting untuk disiasat oleh sebuah badan bebas seperti RCI dengan lebih mendalam kerana sudah lama berlegar dakwaan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang telah dan sedang berusaha menambah pengundi Cina bagi mengukuhkan kedudukan di negeri yang dikuasainya itu;
(c) Skop tugas RCI ini juga antara lain perlu mengenalpasti dalang-dalang sebenar di sebalik pemberian atau penjualan MyKad kepada warga China, mengenal pasti bilangan sebenar mereka yang telah menerima kewarganegaraan secara sewenang-wenangnya dan mengenal pasti impak kepada demografi penduduk dan pengundi di negara ini.
Sekali lagi Pemuda UMNO ingin tegaskan keperluan menubuhkan RCI ini bagi menjernihkan segala polemik yang terus menular dalam masyarakat berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan melalui kaedah yang meragukan. Ingatlah kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi negara dan tidak wajar diberikan secara sewenang-wenang melainkan kepada mereka yang benar-benar layak di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara!
Oleh: Asyraf Wajdi Dusuki
No comments:
Post a Comment