Friday, September 27, 2019

Apa Jadi Kes Jual Mykad?

Jual MyKad kepada warga asing senjata DAP PRU15 kah?
BANGI – Rakyat kesal dengan sikap kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) yang membisu dalam isu penjualan dokumen MyKad, dan sijil kelahiran kepada warga asing baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, rakyat juga kecewa apabila kerajaan tidak bersungguh-sungguh memberi keadilan berhubung isu membabitkan nyawa seperti kes Muhammad Adib Mohd Kassim; Syed Muhammad Danial Syed Syakir dan; mangsa terjejas akibat pencemaran udara di Pasir Gudang sebelum ini.

Pengguna Facebook, Mohd Zuraimi Hamzah berkata, aktiviti sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran adalah tindakan pihak tertentu yang mahu menjual negara secara halus.

“Bagi MyKad sewenang-wenangnya kepada warga asing untuk dapat duit pantas berjuta-juta. Orang macam inilah musuh negara secara senyap.

“Berselindung di sebalik jawatan-jawatan yang disandang. Secara senyap ‘menghancurkan’ negara. Merekalah barua sejati!” kata beliau.

Hariman Mohamad Yusof pula mendesak kerajaan untuk mencari dalang isu berkenaan serta menangkap pembeli dan penjual atas tindakan mengancam keselamatan negara.

“Senyap dah isu ‘MyKad tipu’. Sepatah haram pun tak ada sebarang kenyataan, desakan atau tekanan kepada PDRM, JPN dan sebagainya dari puak-puak komunis DAP. Sayangkan Negara? Patriotik? Malaysia Tanah Tumpah Darahku?

“Nampaknya tidak. Adalah lebih penting dan menguntungkan DAP sekiranya ‘pelancong China diMalaysiakan’, sebagai senjata PRU15. Rakyat, khususnya Melayu Islam, masih tak nampak? Tak sedar? Nak tunggu apa lagi?” tulis Fuad Abdul Rahman·

Sementara pengguna Facebook, Yusaini Yusof menyarankan rakyat mengadakan himpunan secara besar-besaran untuk menghalau pendatang haram dari China yang membahayakan negara.

“Menguntungkan puak-puak dia mana nak bising, cuma kalau pembangkang dah tentu hampir runtuh langit dibuatnya ,SPRM pun kerja 24 jam tanpa henti buat siasatan, inilah nasib Malaysia sekarang haru biru dibuat oleh PH,” tulis Arifin Tambrin.

Sementara Kayrie Kaydeen Kushiki pula hairan apabila kerajaan lambat bertindak berhubung isu penjualan dokumen MyKad serta isu lain yang melanda negara sebelum ini.

“Mana isu arwah Adib, Syed Muhammad Danial dan Pasir Gudang. Semua itu senyap saja. Apa kes,” katanya. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment