Kerajaan baru-baru ini mengumumkan hasrat menjual hartanah Malaysia kepada warga asing termasuk dari China dan Hong Kong yang kaya. Bagi saya langkah membuka pintu kota untuk memudahkan warga asing membeli hartanah Malaysia adalah idea sangat bahaya. Ia menggugat kedaulatan negara kita.
PADA 1948, Sasterawan Negara, Keris Mas menulis cerpen bertajuk Menjual Tanah Air. Ia memaparkan kisah seorang pemimpin tempatan bersubahat dengan seorang ejen Yahudi dari Singapura untuk memindah milik tanah rizab Melayu yang kaya dengan bijih timah kepada satu kompeni Eropah.
Muslihat itu berjaya dan orang-orang kampung yang miskin pun bertebaranlah pindah keluar dari kampung halaman mereka yang telah dirampas oleh kompeni Eropah.
Cerpen berakhir dengan babak Datuk Penghulu Muhammad Syah (pemimpin tempatan) mengiringi pengebumian protagonis (watak utama), Amir (yang telah mencuba tetapi gagal menghalang muslihat itu) dengan menaiki keretanya yang baru dihantar dari Singapura.
Cerpen ini rekaan. Namun penulis seperti Keris Mas adalah pemerhati dan pengkritik masyarakat yang tajam. Penulisannya mengandungi banyak pengajaran penting untuk kita semua. Malah 71 tahun selepas beliau menulis kisah ini, amaran dan kebimbangannya masih benar. Kebenaran yang mengerikan.
Sekarang kebenaran yang saya takutkan telah datang untuk menamatkan riwayat kita. Kita akan hancur lebur dipijak-pijak, dijadikan tangga oleh beberapa orang sahaja dalam kalangan kita yang hendak naik lebih tinggi ke puncak hawa nafsu.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan hasrat menjual hartanah Malaysia kepada warga asing termasuk dari China dan Hong Kong yang kaya. Bagi saya langkah membuka pintu kota untuk memudahkan warga asing membeli hartanah Malaysia adalah idea sangat bahaya. Ia menggugat kedaulatan negara kita.
Sejarah membuktikan penjajahan Inggeris bermula apabila pemimpin tempatan mengizinkan penempatan warga asing ditubuhkan di Pulau Pinang. Bermula dengan dipajak, kemudian mereka merampas secara paksa. Akhirnya seluruh negara kita menjadi jajahan mereka.
Pengajaran daripada sejarah ini jelas. Memberi izin dan memudah cara rakyat China dan Hong Kong memiliki hartanah di Malaysia adalah satu langkah berisiko tinggi jika kita mengambil kira kebangkitan negara itu sebagai kuasa ekonomi global.
Pembongkaran skandal penjualan dokumen kerakyatan Malaysia baru-baru ini menunjukkan betapa senang mereka yang diamanahkan menjaga negara menjual tanah air. Cadangan kerajaan untuk memancing warga asing membeli hartanah Malaysia membuka luas lagi pintu kebejatan seperti ini.
Kami terlalu sayang Malaysia untuk membiarkan sahaja kerajaan yang sanggup mempertimbangkan menjual tanah air untuk terus berkuasa. Kami telah menumbangkan seorang Perdana Menteri. Tiada siapapun yang tak boleh diganti.
Oleh: KU ALI
Menteri yg tamak haloba dan menteri yg mcm kuda kayu saja yg cetek fikiran sanggup mengadaikan negara demi harta dunia...makan persen untung 7 keturunan.
ReplyDelete