Friday, September 6, 2019

Identiti Negara Sedang Dirombak Oleh Pihak Dominan Ketika Ini

Hegemoni dicabar, Melayu diasak melutut kepada Kapitalis
HEGEMONI ialah pengaruh kuasa yang mendapat keakuran rakyat secara sukarela. Selama lebih 50 tahun, majoriti rakyat akur dengan hegemoni orang Melayu. Bahasa, budaya, agama Persekutuan, identiti dan naratif sejarah negara ini berpaksikan kepada pegangan orang Melayu.

Hegemoni ini disemai oleh pihak dominan – kerajaan Perikatan kemudian BN – menerusi proses pendidikan formal, non formal dan informal; dalam silibus sekolah dan universiti, kursus-kursus jati diri, persekitaran dalam badan-badan kerajaan, acara-acara rasmi, media di bawah pengaruh kerajaan dan lain-lain.

Bagaimanapun, hegemoni Melayu ini akhirnya dicabar, dipersoal dan dalam proses penghapusan sekarang. Ini berpunca daripada dua kesilapan UMNO (pihak dominan masa itu), satu kesilapan PAS sebagai pencabar terdekat pihak yang dominan.

Kesilapan pertama UMNO ialah tidak jujur dengan perjuangan bangsa; pimpinan lebih sibuk bolot peluang untuk kepentingan sendiri berbanding mengukuhkan identiti negara. Sebagai contoh tulisan jawi mati di tangan mereka. Akhirnya, retorik agama, bangsa, tanah air hanya untuk kekalkan kuasa UMNO.

Kesilapan kedua UMNO ialah memberi muka kepada sekolah vernakular, yang membuka peluang kepada penyemaian hegemoni Cina dan India dalam persekutuan Tanah Melayu, sehingga melahirkan generasi warganegara yang bukan saja jahil dengan identiti negara, malah membencinya.

Kesilapan PAS ialah bermesra dengan DAP, yang telah merombak naratif wajah hodoh DAP di minda anak muda Melayu selama ini sebagai penerus perjuangan Parti Komunis Malaya. Membersihkan air muka DAP sama dengan bencana, manakala membawa DAP ke kerusi kuasa (kesilapan Tun) sama dengan malapetaka.

Kini, pihak yang dominan, PH yang ditunjangi generasi sekolah vernakular yang berkiblatkan identiti asing, sedang berusaha keras menyemai hegemoni bukan Melayu ke atas rakyat negara ini. Identiti negara ini sedang dirombak. Orang Melayu kecoh, tapi lama-lama mereka akan akur secara sukarela.

Itu sebab mereka sentuh silibus agama dan sejarah, selain protes berterusan terhadap apa-apa saja berkaitan identiti Islam dan Melayu negara ini. Selain kuasa hegemoni, mereka juga mengasak Melayu ke satu sudut; keterpaksaan melutut kepada Kapitalis setelah lengkap negara dimiskinkan nanti.

Nota: Tulisan tidak bertujuan mencari kesalahan, tetapi menerangkan mengenai konsep hegemoni yang menjana keakuran sukarela, kaedah menjayakan dan faktor penggagalannya.

Oleh;   Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
            Naib Presiden Berjasa

1 comment:

  1. tak yah sembang kalau hari hariannya pun serupa, sesama sendiri pun menyombong, tak peduli, kira mengira, menunggang agama, ambik kesempatan, letak tuhan kat satu tempat, pilih kawan, menyokong tak tentu hala, buat baik bermusim. dari sebawah bawah peringkat sampailah ke tinggi2 sekali, semua sama je...munafik!!!.
    wat pe nak cari silap yang dulu....ni, silap yang hari2 nampak pun buta.

    ReplyDelete