- Dr M
Walaupun Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerjasama Umno-PAS bukan atas dasar politik perkauman, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pula percaya sebaliknya.
"Itu cerita, ia sentiasa mengenai kaum dan agama dan semua itu, tetapi apa yang perlu dibuat, adalah penting.
"Tetapi jika kamu ada di sana untuk membangkitkan perasaan perkauman, saya fikir ia salah.
"Tetapi saya tidak boleh faham bagaimana Umno boleh bekerja dengan PAS kerana Umno adalah 'kafir'. Macam mana boleh bekerjasama dengan PAS?" Mahathir berkata semasa sidang akhbar selepas Kejohanan The Putrajaya Boat Race di Putrajaya hari ini.
Perkataan 'kafir' sering digunakan Mahathir untuk merujuk kepada PAS suatu ketika dahulu mengkafirkan orang-orang Umno kerana perbezaan fahaman politik.
Beliau mengulas Perhimpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam yang menyaksikan lebih 25,000 orang menghadiri majlis menandatangani piagam bersama antara Umno dan PAS.
Dalam ucapannya pada perhimpunan itu semalam, Zahid berkata Umno dan PAS tidak perlu terperangkap dalam "politik perkauman sempit".
"Ia bercanggah dengan fitrah Islam, yang menganjurkan kesederhanaan dan menghormati agama lain, selari dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara.
"Permuafakatan ini hendaklah dilihat dalam ruang lingkup yang jauh lebih positif. Sebagai parti yang sudah masak dengan agenda perpaduan kaum, UMNO dan PAS akan memastikan penyatuan ini, bukan untuk memisahkan, menjarakkan atau memusuhi mana-mana kaum dan agama dalam negara tercinta ini," katanya lagi.
Bagaimanapun, sentimen dari kalangan akar umbi yang hadir pula menumpukan isu kaum dan agama dalam kerjasama antara kedua-dua parti.
"Tekanan dari orang bukan Islam buat kita semangat. Kebetulan ada agenda untuk gerakkan penyatuan ummah. Jadi kami datang sokong. Di sini, nampak ukhuwah.
"Dilihat orang luar ingin kawal kita. Kita bangkit untuk menyatakan bahawa kita ini mempertahankan, bukan setakat agama, tapi bangsa dan negara," kata ahli PAS Rais Kamarulzaman.
Ahli Umno Hasidah Mansor juga melahirkan kebimbangan mengenai ketidakstabilan yang semakin meningkat akibat isu perkauman.
"Takut ke arah ketidakstabilan dengan isu perkauman, takut 13 Mei jadi.
"Saya jadi bangga PAS dan Umno gabung," katanya. - www.malaysiakini.com

No comments:
Post a Comment