
Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara itu boleh berlaku menerusi piagam yang dimaterai antara dua parti politik berkenaan, hari ini.
“Mereka akan mencipta politik perkauman dan (berlaku) gerakan politik perkauman melampau.
“Saya bimbang itu berlaku walaupun mereka ada asas perlembagaan tetapi saya harap mereka tidak melampau dalam mengetengahkan perjuangan politik mereka,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Rumah Selangorku, Hibiscus 3, kepada 270 pemilik rumah dalam satu majlis di sini, hari ini.

“Mereka sebagai sebuah parti layak bergabung dan masing-masing ada misi politik masing-masing.
“Tetapi penyatuan itu dan konteks mereka itu bukan asli sebab bagi saya orang Melayu pun ada dalam parti lain-lain di negara ini,” katanya.
UMNO dan Pas dilaporkan memeterai perjanjian kerjasama itu yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dengan ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (UMNO) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas). - BERNAMA
No comments:
Post a Comment