Seandainya saya memiliki wang yang banyak, atau keluarga saya kaya raya – hartanah di London dan Shanghai – satu yang akan saya lakukan selaku seorang olok-olokan aristokrat pastinya adalah sebuah filem dokumentari.
Judulnya “M for Malaun”.
Terlalu banyak yang akan saya tampilkan. Ia adalah sebuah diari. Satu episod sejarah naratif bangsa Malaysia yang rancu. Kita akan mulai dengan Melayu.
Begini, untuk doku tersebut saya akan sorotkan bahawa sebelum ini, Melayu di negeri ini pernah percaya bahawa bumi adalah milik manusia. Bumi semua manusia. Akan tetapi selepas dijajah British, Melayu sudah pandai-pandai menggunakan istilah bumiputera. Atau (kita pinjam dari Frank Swettenham), “people of the country”. Istilah ketuanan yang tidak pernah ada dalam teks klasik Melayu pun diciptakan.
“M untuk Malaun” ini Swettenham mempromosi idea Bumiputera. Bahawa penjajah memantak dalam minda Melayu, negeri ini Melayu yang punya.
Seperti kata Swettenham – people of the country – sehingga ia meresap dan membeku dalam otak Melayu menjadi benih rasisme dan xenofobia yang kental dan sukar dikikis hari ini.
Siapakah Swettenham? Frank Swettenham adalah tukang carik negeri Perak antara tahun 1874 ke 1876, dan residen Selangor pada 1882, Perak (1889), Negeri Melayu Bersekutu (1896), dan gabenor British Malaya pada 1901.
Ada sebuah nota beliau yang sangat M, judulnya “British Malaya”, semacam naratif semi-autobiografikal yang wajar dibaca di sekolah agar kita mengerti kemalaunan yang telah dipantakkan ke atas M, untuk Malaysia.
Malaun bernama Swettenham inilah yang meninggalkan kita acuan penjajah, yang selepas banyak tahun mencapai kemerdekaan pun, kita masih mempertahankan kemalaunannya.
Apa tulis Malaun itu? “That special sympathy and consideration for the Malays.”
Maka berbekaslah dalam kepala otak Melayu, negeri ini aku yang punya dan aku perlu dilebih-lebihkan sebelum menimbangkan orang lain.
Inilah mentaliti yang takutkan setem pos.
Malaun ini sangat bijak, ia menyebarkan gagasan M untuk Melayu ini menerusi lubang-lubang otak Melayu yang paling seni dan menzarah.
Kata Andrew Clarke, gabenor Negeri Selat, dia mengkagumi Swettenham, setelah hanya dua bulan berdamping dengan raja-raja Melayu waktu itu – antara lain Sultan Abdul Samad – Inggeris sudah masuk jarum. Clarke menukilkan kejayaan strategi malaun itu begini:
“He is very clever; he is also very clever in the customs of Malay government and he is very clever at gaining the hearts of Rajas with soft words, delicate and sweet, so that all men rejoice in him as in the perfume of an open flower”
(Dia sangat pintar; dia juga bijak dalam hal ehwal adat pemerintahan Melayu dan licik dalam memenangi hati raja-raja melayu dengan kata-katanya yang lembut, lunak dan manis, sehingga semua orang melebur dengan dirinya ibaratkan parfum wangi dari sekuntum bunga yang terkembang).
Ya, betul adik-adik, M for Malaun. Bahawa mentaliti ketuanan Melayu itu bermula dari “orang kafir”. Lebih teruk “kafir Inggeris” sangatlah mencekam jiwa. Mungkin anu Swettenham itu malah tidak dikhatan pun. Kalau bersunat anunya, mungkin kita masih boleh terima tanpa perasaan jijik. Tapi jika kulup Swettenham itu, menjadikan ia lebih dahsyat. Dia yang memulakannya.
Entah mengapa tok nenek kita mengambilnya sebagai peri nasihat. Oh, ya, ini kerana dia telah memenangi hati-hati ketua orang Melayu. Apa sahaja dari singgahsana jika terbalut atas nama rakyat akan turun dibuka sebagai bingkisan hadiah kesukacitaan.
Swettenham suka melampirkan dirinya sebagai “pelindung” atau “sekutu orang Melayu”. Perangai Swettenham selaku daddy-daddy, kebapaan, atau pendekatan paternalistik beliau ini kerana beliau percaya M untuk Melayu itu mempunyai sejumlah kualiti yang teruk dan mesti dipupuk dengan sistem pendidikan Melayu yang tujuannya adalah untuk membina lagi semangat ketuanan. Biar Melayu terus memiliki kualiti ini.
Kualiti apakah itu? Ini kerana Melayu itu menurut pemerhatian Swettenham:
Pertamanya, konservatif, membanggakan negeri dan raja, serta adat tradisi, dan selalu tunduk kepada kuasa atas tanpa berbelah bahagi.
Kedua, menolak dan melawan sebarang inovasi yang mendadak.
Ketiga, malas. MALAS.
Keempat, sangat berwaspada kerana mengharapkan balasan.
Kelima, sangatlah percaya kepada kelas-kelasan dan kebangsawanan.
Keenam, setia. Membabi. Buta.
Melayu adalah semua di atas, dan kemalaunan sikap Melayu harus dipelihara jika Inggeris mahu terus berkuasa. Strategi itu semua digariskan dalam notanya “British Malaya”.
Setelah mengerti itu semua, Melayu pun diacum, disemai apa patut. Perangai yang tidak elok tetapi elok untuk tujuan British dan raja-raja waktu itu terus berkuku, maka elok dipupuk.
Perangai melawan harus dipicit ditekan jangan sampai terbit api. Jika ada suara membantah atau menawar kewarasan, picit sehingga tidak bersuara, kalau pun ada suara, tinggalkan derik-derik lemah.
Untuk itu Swettenham menerapkan agendanya melalui pendidikan. Dan apabila orang Melayu semacam prasangka dengan sekolah yang didirikan British itu, Inggeris dengan bijaknya memasukkan kurikulum agama kerana agama mudah membuatkan kita semua terpesona.
Pengkaji luar Peter Wicks dalam “Sir Frank Swettenham and Education in British Malaya, 1874-1904” menyedari strategi Swettenham itu, lalu menulis:
“As early as 1890, Swettenham sought to ease the problem of erratic school attendance by allowing Islamic teachers to hold special classes in the government schools during the afternoon, a move which served to increase the popularity of the schools amongst kampong dwellers and obviated the need for compulsory attendance laws.”
Nah, kan senang. Pendidikan duniawi seiiring ukhrawi. Wah masakan itu pun datangnya dari malaun Swettenham itu?
Untuk Cina dan India yang sudah mulai berhijrah dan memilih Tanah Melayu sebagai negeri baharu, bumi semua manusia, Swettenham dengan sengaja mencicirkan mereka dari sistem pendidikan yang dibinanya. Biar mereka lakukan sendiri (yang mana kita tahu, migran Cina memang melakukan sendiri dan mendirikan sekolah Cina).
Ini kerana Swettenham yang mengalunkan gagasan bahawa Cina itu secara asasnya asing, penumpang, tidak setia dan pendatang.
Maka sebab itu, M untuk mufti, yang ada antaranya memanggilkan agar negeri ini jangan dikotak-katikkan pendatang, kerana tuannya adalah Melayu.
M untuk para Malaun yang mendendangkan lagu sama Frank Swettenham.
M untuk malaun penyemai benih teror yang berani ke hulu ke hilir negeri kita memanggil orang pendatang, tetamu, sedang dia adalah Malaun terhormat.
Kemalaunan malaun ini menjadi lebih sengit apabila komponen Melayu yang penuh hias dewata dan darah kudus kayangan itu dilekatkan dengan kata Islam.
Dan Islam yang dipercayai dan diimani itu melarang sebarang perlawanan, atau sanggahan, atau sebarang tanya dan komentar.
Berbekalkan legasi Malaun tadi, negeri ini pun menerima sumpahan.
Dengan menggunakan formula Swettenham, Islam pun ikut dipajak. Ini kerana jenis Islam yang didakapi Melayu itu pertamanya, konservatif, dan ia Islam yang menyuruh untuk percaya dirinya tuan.
Bahawa bangga negeri itu bangga dan selalu tunduk kepada kuasa atas tanpa berbelah bahagi. Ia Islam yang serba-serbi takut, seperti takutkan salib, takutkan produk Cina, takutkan Syiah, malah takutkan sebarang inovasi yang mendadak.
Ia Islam yang memupuk rasa malas. Terima sahaja apa pun yang disumbat di mimbar tanpa perlu menyaring dan menganalisis.
Ia Islam yang menagih dividen untuk setiap tabungan, yakni formula M Swettenham agar kekal memerhatikan Melayu yang sangat berwaspada dan mengharapkan balasan.
Ia mestilah Islam yang percaya kepada darjat dan kedarjatan. Agar tercapai M yang diatur Swettenham. Setia. Membabi. Buta.
Meskipun M untuk merdeka, tetapi kita hanya bebas dari British Malaya. Pun, kandungan nota Swettenham yang bukan kebetulan judulnya juga British Malaya, kita masih guna pakai.
Oleh: Faisal Tehrani

No comments:
Post a Comment