Thursday, April 7, 2022

Sejak Bila Bapak Ultra Kiasu Tak Bersikap Perkauman Dan Berjaya Sedarkan Melayu?

SEJAK bapak ultra kiasu umumkan ‘persaraannya’ dalam politik, kalau sebelum ini, mahu kerajaan beri anugerah, kali ini, ultra kiasu Melayu memujinya, termasuk yang berada dalam partinya atau pun di luar parti.

Antara pendapat mereka, pemimpin ultra kiasu ini berjaya sedarkan orang Melayu. Ultra kiasu ini tidak cauvinis, kerana terdapat orang Melayu menjadi ahli dan dilantik menjadi pemimpin. Naif sungguh mereka ini.

Kamu ingat parti ultra kiasu bodoh nak biarkan semua ahli jawatan kuasa yang dipilih dibolot oleh semua orang Cina?

Bila ada beberapa wajah bukan Cina parti ultra kiasu itu, ia bukan tiket untuk mengatakan bahawa parti itu tidak perkauman Cina.

Ultra kiasu ini mestilah kena main wayang untuk cairkan hati Melayu. Hakikat sebenar adalah benar parti ini memperjuangkan dan menyedarkan Melayu? Jangan mimpi. Jika ada yang Melayu tersedar, bukan bererti mereka telah membuka mata, tetapi kerana tidak pilihan.

Cuba kaji sejarah dan tengok corak perjuangan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin ultra kiasu, dari dahulu hingga kini.

Murah harga diri pemimpin Melayu yang berada dalam parti ultra kiasu mengatakan parti tidak cauvinis.

Cubalah bertanding jawatan tertinggi parti ultra kiasu itu, saya nak tengok kamu boleh menang ke tidak.

Macam Singapuralah, adakah mereka akan melantik perdana menteri dalam kalangan Melayu, walaupun asal usul pulau itu adalah pulau Melayu.

Melayu yang sertai parti ultra kiasu adalah dalam kalangan Melayu yang mahu habuan kuasa untuk jadi wakil rakyat.

Kebanyakan Melayu yang masuk parti ini, sengaja ditonjolkan dan diumpan untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya.

Bila ada yang menang, ultra kiasu ini akan mendabik dada bahawa mereka meraikan bangsa Melayu (termasuk India).

Cuba kaji latar belakang Melayu yang menyertai parti ini?

Kalau berani, saya cabar pemimpin Melayu yang beradadalam parti ultra kiasu untuk bangkitkan isu menyokong undang-undang Islam, isu jawi, terbaharu isu pengIslaman tiga beradik dan sebagainya, berkaitan Islam.

Begitu juga dengan kedudukan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah persendirian Cina.

Cuba berikan bukti-bukti, Melayu manakah yang telah disedarkan oleh bapak ultra kiasu ini.

Jika adapun perjuangannya membantu, bangsa sekadar wayang untuk menunjukkan mereka berwarna warni.

Cuba lihat bagaimana ultra kiasu ini memainkan isu perkauman ketika kempen pilihan raya umum 1969.

Isu sebenar yang mencetuskan peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Parti ultra kiasu ini secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Mereka mendakwa hak kaum lain, terutama Cina telah diabaikan. Walhal fakta menunjukkan kedudukan ekonomi Cina ketika itu jauh lebih baik daripada Melayu.

Begitu juga dalam soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perlu diingatkan bahawa isu bahasa yang sedang hangat diperkatakan kini tidak kurang juga pentingnya dalam menyumbang faktor kepada peristiwa 13 Mei.

Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah Perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu. Begitu juga bahasa Inggeris.

Selepas sepuluh tahun merdeka, kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa utama, hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa negara.

Pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Cuba lihat reaksi bapak ultra kiasu ini ketika itu?

Pada 11 Julai 1969, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai enam asas penahanan di bawah Seksyen 11(2)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap ultra kiasu ini, yang pada waktu itu adalah setiausaha organisasi parti, merangkap Ahli Parlimen Bandar Melaka.

Dalam kenyataan ini disebut dengan secara jelas menyebut ucapan rasis ultra kiasu ini yang membakar perasaan perkauman serta mewujudkan ketegangan, kebencian, permusuhan, ketidakpercayaan dan ketidakharmonian antara kaum serta yang mencetuskan perasaan anti-Melayu dan anti-Islam dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pertama; penahanan bapak ultra kiasu ini adalah kerana, pada 27 Julai 1968, dalam satu ceramah umumnya di Tanjong Malim, Perak, beliau telah memberitahu kepada hadirin beliaubahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untukmencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolahCina dan bahasa-bahasa Cina”.

Kedua;, pada 24 Ogos 1968, dalam satu ceramah umum ultra kiasu ini di Slim River, Perak, ultra kiasu ini telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu “cakaplah bahasa kebangsaan sahaja” jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”.

Ketiga; pada 7 September 1968, dalam satu ceramah umumultra kiasu di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, bapak ultra kiasu ini telah memberitahu kepadahadirin beliau bahawa “MCA membantu kerajaan menindasbahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”.

Keempat; pada 29 September 1968, dalam satu ceramahumum ultra kiasu ini di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, bapak ultra kiasu telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasarPerikatan adalah “dasar perkauman” kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti dan bahawa terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua – golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama, dan bahawa kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna ‘Pelan Pelan Mati’.

Kelima, pada 12 Februari 1969, dalam satu ceramah umumultra kiasu ini di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, bapak ultra kiasu telah memberitahu kepada hadirin beliaubahawa “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu.”

Keenam, pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum ultra kiasu ini di Kampung Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, bapak ultra kiasu ini telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa“kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa “orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama” dan bahawa kerajaan sedang melaksanakan satu dasar “Me-Malaysia-kan” Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu. Bapak ultra kiasu ini juga telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain dan bahawa kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”.

Semua bukti ini dan penahanannya di bawah ISA kerana sifatanti-Melayu dan anti-Islamnya amat jelas menunjukkan sifat bapak ultra kiasu dan parti dipimpinnya. Peliknya bagaimanapemimpin Melayu dalam dan luar parti ini boleh buta hati dan buta mata.

Janganlah kerana sedikit habuan yang digula-gulakan bagi memboleh Melayu ini memegang sedikit kuasa, sehinggakamu tidak nampak semua itu.

Lihat pula bukti-bukti berikut.

Bapak ultra kiasu pernah mengeluarkan tegas akan mengambil tindakan terdapat mereka yang menuduh beliau rasis, anti Melayu dan anti Islam, sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1966 hingga kini. Tetapi sehingga tidak ada tindakan dilakukan.

Pada 11 April 2013 itu, Tun Dr Mahathir pernah menyebut ultra kiasu ini adalah Trojan Horse PAP dengan perjuangan Malaysian Malaysia. Terang-terang Tun sebut bapak ultra kiasu ini memainkan perkauman, mengajak Cina memberi Melayu.

Bapak ultra kiasu ini kepanasan dan telah mengarahkan, pada 13 April 2013, supaya Tun M menarik balik tulisan beliau ini dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas serangan tersebut, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil.

Namun, Tun M telah menyiarkan di dalam akhbar New Straits Times pada 28 April 2013, seterusnya dalam blog beliau pada 30 April 2013, bahawa beliau tidak takut dengan ugutan bapak ultra kiasu itu, malah menyebut dengan lebih tegas lagi bahawa ultra kiasu itu sememang rasis.

Hari ini, sudah hampir 10 tahun berlalu, bapak ultra kiasu ini tidak juga mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun M.

Begitulah juga dengan ugutan beliau pada 28 Januari 2017 untuk mengambil tindakan sama ke atas Presiden PAS kerana menyebut bahawa parti ultra kiasu ini anti Islam.

Bapak ultra kiasu ini juga pernah mengugut untuk diambil tindakan undang-undang ke atas Tan Sri Annuar Musa 21 Februari 2017, ketika itu Ketua Penerangan UMNO, atas kenyataan anti-Melayu dan anti-Islamnya terhadap ultra kiasu ini, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan dibuat.

Dengan semua bukti ini dan masih banyak lagi bukti terkini, adakah bapak ultra kiasu ini layak diberikan penghargaan dan kita merasa terhutang budi kepadanya.

Kenyataan kononnya parti ini tidak anti-Melayu dan tidak anti-Islam adalah amat naif dan amat hina sama sekali.

Paling tidak boleh diterima apabila ada kenyataan bahawa parti ultra kiasu ini memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966. Hina sungguh pemimpin Melayu yang bergantung kepada parti ini hanya kerana mahukan kuasa, sehingga sanggup korbankan prinsip.

Jangan pergi jauh, terkini, apabila Perdana Menteri hari ini begitu bersungguh-sungguh mahu memperkasakan dan mendaulatkan Bahasa Melayu, adakah ultra kiasu memberi sokongan, jika benar berjiwa negara? Lihat aktifnya tentera siber mereka mengutuk dan mengeji Perdana Menteri.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

No comments:

Post a Comment