Friday, April 8, 2022

Mahkamah Syariah Wujud Lebih Awal – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi

KUALA LUMPUR – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain menegaskan bahawa Mahkamah Syariah wujud lebih awal dari tahun 1957.

“Mahkamah di luar daripada kuasa Negeri dinamakan Mahkamah Kehakiman Persekutuan, di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Syariah ini pula bukannya mahkamah yang ditubuhkan dengan kuat kuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kerana Mahkamah Syariah telah wujud lebih awal dari tahun 1957.”

Kenyataan ini dikeluarkan profesor di Universiti Malaysia Pahang itu dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 30 Mac baru-baru ini.

Tambah beliau, sistem keadilan negara bukannya berlandaskan dua sistem.

“Jika Negeri Melayu ini Negeri berdaulat, Raja sebagai pemegang amanah Allah SWT, dan kuasa inilah yang membentuk Persekutuan, mana mungkin kita mengatakan Perlembagaan kita, Perlembagaan sekular. Bagaimana kita mengatakan kita ada dua sistem dalam sistem keadilan kita? Tak mungkin!”

“Sistem keadilan negara kita tidak berlaku dua sistem. Sebab itulah tidak disebut Mahkamah Sivil. Yang ada Mahkamah Sivil Mahkamah Kriminal, Maal dan juga Jenayah. Bukannya Mahkamah Sivil dari sudut Syariah dan juga sivil non-Syariah,” tegas beliau lagi. - samudera.my

No comments:

Post a Comment