Satu dunia terkesan dengan peningkatan harga bahan bakar petrol yang naik secara mendadak, salah satu faktornya disebabkan peperangan di antara Rusia-Ukraine yang sudah berlarutan lebih satu bulan.
Pelbagai bahan bakar alternatif sedang diuji kaji oleh seluruh dunia bagi membendung masalah kenaikkan harga petrol itu. Baru-baru ini pesawat Airbus A380 telah berjaya melengkapkan penerbangan percubaan menggunakan minyak masak sebagai bahan bakar.
Pesawat ujian itu berlepas dari Lapangan Terbang Blagnac di Toulouse menuju ke ibu pejabat Airbus Perancis selama tiga jam penerbangan pada pada 25 Mac lalu. Airbus A380 yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900 itu dikuasakan dengan Bahan Api Penerbangan Lestari (Sustainable Aviation Fuel/SAF) yang kebanyakannya diperbuat daripada minyak masak terpakai dan sisa lemak.
Memetik kenyataan rasmi Airbus, ini adalah pesawat Airbus ketiga yang terbang menggunakan 100% SAF dalam tempoh 12 bulan, yang pertama ialah Airbus A350 pada Mac 2021 diikuti oleh pesawat lorong-tunggal A319neo pada Oktober 2021.
Airbus komited dalam meningkatkan penggunaan SAF kekal sebagai laluan utama untuk mencapai cita-cita industri bagi pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050 nanti.
Perangkaan utama yang digariskan dalam laporan Waypoint 2050 menunjukkan bahawa SAF boleh menyumbang antara 53% dan 71% pengurangan karbon yang diperlukan.
Semua pesawat Airbus pada masa ini diperakui untuk terbang dengan menggunakan campuran sehingga 50% SAF dicampur dengan minyak tanah. Airbus akan melakukan pelbagai lagi siri percubaan bagi memenuhi matlamatnya untuk mencapai pensijilan 100% SAF menjelang akhir dekad ini. - thevocket.com
No comments:
Post a Comment