Isu dakwaan sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar protokol halal tidak boleh dipandang ringan atau diambil mudah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan sahaja perlu bertindak segera tetapi juga perlu menunjukkan bahawa tindakan sudah diambil.
Soal halal haram makanan ini bukan isu kecil. Kesannya sangat besar kepada masyarakat. Jakim tentu faham tentang ini tetapi ramai berpendapat, sikap dan pendekatan Jakim dalam isu langgar protokol halal itu setakat ini sebagai perlahan dan tidak memuaskan hati.
Kata mereka, langkah pertama yang sepatutnya Jakim ambil ialah menggantung sementara produk dari rumah sembelihan yang terlibat itu walaupun premis itu ada pensijilan halal daripada Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia (SICHMA).
Ini bagi menunjukkan badan pensijilan halal Malaysia itu benar-benar serius dan komited dalam isu produk halal yang dibawa masuk ke negara ini. Jika Jakim tidak ambil tindakan, pengguna tentu lebih sukar untuk tentukan daging yang datang dari rumah sembelihan itu.
Lagipun, masih ada beberapa lagi rumah sembelihan lain di negara berkenaan yang boleh membekalkan daging ke Malaysia, andai ada pihak bimbang akan berlaku kekurangan bekalan akibat penggantungan itu.
Jakim juga perlu menyiasat dan meneliti rakaman video yang dikatakan dari rumah sembelihan itu dan menemu bual sendiri bekas pekerja yang mendakwa berlaku salah laku di rumah sembelihan itu. Ini boleh dikatakan wajib dilakukan.
Bekas pekerja itu berkata, dia melihat dengan mata kepala dia sendiri pelanggaran protokol halal yang berlalu itu. Takkanlah Jakim hanya diam dan tidak teruja untuk mendengar sendiri cerita daripada pekerja itu hanya kerana sudah ada SICHMA dan kepercayaan penuh kepada pegawai atase halal.
Dengar dulu cerita dia. Nampak macam ada sesuatu yang dia mahu pihak berkuasa tahu. Dakwaan bahawa pelaksanaan audit terhadap rumah sembelihan itu dimaklumkan lebih awal supaya persediaan dapat dibuat juga wajar disiasat lebih lanjut.
Kita kena faham kejadian itu berlaku di Australia, jauh dari mata kita di sini. Yang di depan mata (dalam negara) pun ramai yang langgar prosedur halal walaupun sudah ada sijil halal, inikan pula yang jauh.
Walaupun Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar Australia sudah memberi jaminan akan mengambil tindakan tetapi tindakan segera dan tuntas daripada Jakim tentunya lebih afdal.
Bab halal haram ini jangan ada keraguan, itu pesan ustaz saya dulu.
Oleh: Ismail Daud
Saturday, April 30, 2022
Wednesday, April 27, 2022
Aset Usang: Apa Pilihan Yang Ada?
KALAU diambil kira tarikh, hampir sedekad rasanya kontrak projek kapal tempur pesisir (LCS) ditandatangani. Tapi sampai sekarang, hanya enam buah kapal tersebut meniti di bibir tanpa bayangan sekalipun.
Kalau semua kapal LCS tersebut siap, ia menggalas tugas berat dengan berperanan sebagai sufface combatant, sekali gus menyokong peranan kapal misi pesisir (LMS) yang lebih kepada rondaan pesisir pantai. Walau apa pun, keputusan muktamad telah diputuskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini bahawa projek itu diteruskan. Ini bermakna kalau diteruskan, kapal berkenaan dijangka siap pada 2025.
Tidak mengapa, biarkan dahulu cerita mengenai LCS sebab kerajaan dalam masa sama telah merancang untuk memperoleh LMS fasa kedua. Berdasarkan kenyataan Hishamuddin sebelum in, kapal tersebut akan bermula dengan tiga buah dahulu berserta pakej persenjataan lebih canggih tanpa memperincikan lebih lanjut jenis sistem yang akan digunakan nanti.
Saiznya juga dikatakan besar sedikit berbanding LMS kumpulan pertama. Kalau ikut penilaian, rasanya tiga buah kapal baharu itu pun belum cukup untuk ketajaman taring Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawal perairan negara.
Apatah lagi dengan jumlah aset usang dalam perkhidmatan TLDM yang mencecah 60 peratus sehingga menyebabkan anggota angkatan laut itu kini bukan menggalas tugas dan tanggungjawab semata-mata, sebaliknya turut memikul beban.
Kita tidak boleh nafikan perbelanjaan negara bagi mengurus wabak Covid-19 menyebabkan adanya kekangan bagi pembelian aset-aset penting. Namun, tadbir urus yang baik dalam proses perolehan sedikit sebanyak membantu meminimumkan perbelanjaan.
Kerajaan perlu memastikan projek LMS baharu ini tidak berlaku sebagaimana LCS lebih-lebih lagi banyak ‘mata’ yang kini sudah pun mengintai peluang-peluang yang ada.
Tidak kira sama ada syarikat dalam mahu pun luar negara yang minat dengan projek pembinaan LMS, mereka perlu menjalani proses yang ketat dan telus sebelum penganugerahan tender dibuat.
PELURU BERPANDU
Setakat ini, beberapa nama syarikat seperti STM Defence, China Shipbuilding and OffShore International Company (CSOC) dan Damen dikatakan berminat memenuhi keperluan TLDM. Turut difahamkan, setiap satu daripada syarikat tersebut telah mula memberikan pelbagai tawaran kepada Malaysia.
STM Defence sebagai contoh, menawarkan kapal korvet kelas Ada untuk kegunaan TLDM dan bersedia mengikut segala spesifikasi serta teknologi berdasarkan permintaan daripada kerajaan Malaysia. Malah syarikat berkenaan juga dikatakan akan membina limbungan di negara ini dan mahu mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan.
Perkara tersebut dinyatakan sendiri Timbalan Pengurus Besar STM Defence, Bulent Soydal semasa ditemui Utusan Malaysia di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022, baru-baru ini.
Sebagai rekod, kapal kelas Ada dilengkapi hangar helikopter dan peluru berpandu antikapal Harpoon berkelajuan 29 knot.
Selain STM, Damen iaitu syarikat Belanda dikatakan turut membuat tawaran kelas Sigma sebagaimana yang dimiliki Indonesia. Kalau melihat kepada beberapa tawaran, memang menarik. Namun, persoalan penting selain isu ketelusan penganugerahan tender adalah kriteria utama kerajaan untuk melengkapi armada TLDM dengan keperluan aset canggih.
Adakah pembinaan LMS seterusnya betul-betul mempunyai kemampuan untuk menghadapi peperangan tiga dimensi? Malah, adakah kapal-kapal LMS kumpulan kedua ini nanti mampu menampung keperluan tugas TLDM yang kini semakin berat selepas lebih banyak tinggalan aset usang berbanding aset baharu?
Yang ada sekarang pada TLDM adalah beban berat segulung batu. Paling parah sekiranya beban tersebut memberi impak negatif kepada anggota bertugas. Sepatutnya kerajaan sedar lambakan aset usang hanyalah meningkatkan perbelanjaan selenggaraan, bukannya ke arah langkah penjimatan.
Perlu diingat, keperluan aset baharu untuk keselamatan negara umpama membeli insurans. Semakin tinggi premium, semakin baik perlindungannya. – UTUSAN

Umat Islam Rugi Andai MN Terkubur
BANGI – Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui berasa bimbang sekiranya kerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) yang dikatakan sebagai ‘anugerah Allah’ tidak digunakan sebaik-baiknya.
Beliau yakin anugerah ini amat bermakna dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
“Pada hemat saya, MN bukan setakat ‘anugerah’ tetapi penyelamat masa depan agama, bangsa dan negara.
“Bukan setakat jangka pendek berdepan dengan PRU15, tetapi demi jangka masa panjang. Memastikan masa depan agama, bangsa dan negara terus berada dalam keadaan selamat,” katanya menulis di kolumnis Ismaweb.net hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, pandangan optimis dan proaktif Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara itu ternyata agak berbeza sekali dengan pemimpin UMNO lain yang sedang memimpin parti pada hari ini, dengan mengatakan bahawa MN sudah ‘mati’ serta perlu ‘ditalkinkan’.
“Jangan kerana kemenangan beberapa pilihan raya negeri (PRN) menjadikan kita alpa. Menang kalah semua itu berada dalam perancangan Allah. Hari ini berkuasa, esok belum tentu,” katanya.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa sekarang bukan masa untuk kedua-dua parti majoriti Melayu itu menyalahkan satu sama lain, sebaliknya adalah masa biduk lalu kiambang bertaut.
“Justeru, pastikan MN tetap mekar dan subur.
“Bajailah ia meskipun kadangkala layu, kerana jika terkubur, paling rugi adalah kita umat Islam. Sudah tentu paling beruntung adalah MCA, Gerakan, MIC dan DAP kerana mereka menang atas angin disebabkan kemelut sesama kita. Renungkanlah,” katanya. - ismaweb.net

Tuesday, April 26, 2022
Speaker Wajar Benarkan Isu MySejahtera Dibahas
PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun diminta tidak menolak usul membahaskan isu aplikasi MySejahtera pada mesyuarat kedua Parlimen Julai ini kerana perkara tersebut membabitkan kepentingan awam.
Ini kerana pada sesi kedua Parlimen itu, Dewan Rakyat akan mendengar laporan penuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung aplikasi tersebut.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, speaker sewajarnya membenarkan semua ahli Parlimen membahaskan isu MySejahtera kerana perkara tersebut membabitkan kepentingan awam dengan sekurang-kurangnya 38 juta pengguna mungkin terdedah dengan kebocoran maklumat peribadi merentas sempadan.
“Bagi saya, Speaker seharusnya memberikan kepentingan dan ruang kepada perbahasan laporan PAC berhubung aplikasi MySejahtera kerana isu ini amat penting untuk dibahaskan.
“Jadi, ini juga menjadi perbahasan secara terbuka di Dewan Rakyat selain membolehkan semua ahli parlimen memberikan pandangan untuk membantu dan memastikan kerajaan membuat keputusan berhubung aplikasi MySejahtera,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Kah Woh yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur daripada DAP berkata, beliau masih dalam proses menyiapkan kesemua laporan tersebut kerana PAC masih memanggil beberapa saksi lain yang dikaitkan dalam isu itu sebelum laporan penuh sedia dibentangkan.
“Setakat ini kami belum capai keputusan mengenai aplikasi MySejahtera sebab masih meneliti semua dokumen, tetapi keputusan akan ada dan laporan ini tetap dibentangkan di Dewan Rakyat,” kata beliau.
Kelmarin, Kah Woh meminta Azhar Azizan membenarkan laporan MySejahtera dibahaskan di Parlimen sekurang-kurangnya sehari kerana aplikasi tersebut merupakan isu kepentingan awam.
Kah Woh berkata demikian selepas mengesahkan laporan penuh berhubung aplikasi MySejahtera akan dibentangkan ke Dewan Rakyat pada minggu pertama apabila Parlimen bersidang semula. - UTUSAN

Monday, April 25, 2022
Etnik-Etnik Di Malaysia Semakin Tidak Tulen
Kebanjiran orang asing di Malaysia adalah isu lapuk yang sudah bosan didengar, dibaca dan dilihat sendiri orang mereka yang mengikuti kisah-kisah warga asing.
Jika dahulu warga asing yang selalu ditemui hanyalah rakyat Indonesia dan beberapa kerat warga Thailand, Vietnam dan Filipina.
Namun, tahun ke tahun, penduduk Malaysia semakin berwarna-warni apabila warga Bangladesh, Nepal, Pakistan, Afrika dan Arab semakin ramai ditemui bukan sahaja di bandar-bandar besar di negeri-negeri maju tetapi sudah merata hingga ke kampung-kampung di Kelantan dan Kedah.
Semakin popular kini ialah etnik Rohingya. Rohingya berasal dari Myanmar namun terpaksa melarikan diri mencari suaka politik ke negara-negara lain selepas menjadi mangsa aniaya kerajaan di negara sendiri.
Mengimbau kemasukan warga asing ke Malaysia, asalnya adalah atas tiket menjadi buruh di sektor pembinaan, perladangan dan kilang-kilang. Pengambilan pekerja asing pada 1990-an lebih teratur apabila mereka yang memasuki negara ketika itu majoritinya secara sah.
Namun, disebabkan keselesaan yang dinikmati berada di negara ini, lama-kelamaan mendorong kepada kemasukan secara haram.
Lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi cabaran kepada pasukan keselamatan apabila pelbagai jenama operasi khas untuk mengusir PATI tidak pernah mengurangkan kumpulan tersebut.
Kesannya, setiap hari hampir semua rakyat Malaysia akan terserempak dengan warga asing termasuk yang berstatus PATI. Apa pun hujah membabitkan PATI atau Rohingya, kebanjiran warga asing yang tidak diurus sebaik-sebaiknya akan mengancam keselamatan negara.
Individu bergelar PATI tidak mempunyai identiti dalam sistem keselamatan negara jadi tidak mudah untuk mengesan mereka yang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
Contoh yang kerap dikaitkan dengan PATI ialah menjadi pembunuh upahan, merompak atau membentuk kumpulan penganas seperti Daesh atau Jemaah Islamiah.
Kesan sosial juga semakin dirasai apabila penduduk Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India semakin sukar dicam hanya berdasarkan warna kulit dan bentuk fizikal.
Evolusi tersebut hasil perkahwinan campur warganegara dengan warga asing. Jika fenomena ini semakin biasa nescaya etnik-etnik besar di Malaysia hilang ketulenannya.
Dari segi ekonomi pula, rakyat Malaysia dilihat semakin malang apabila semakin banyak kegiatan ekonomi dikuasai warga asing. Lihat sahaja, pusat-pusat cuci kereta haram, siapa yang sedang buat duit jika bukan warga Bangladesh dan sedang diikuti Rohingya.
Pekerja Bangladesh juga semakin mendapat tempat di hati majikan apabila melantik mereka menyelia pekerja Malaysia di bidang peruncitan dan restoran.
Pasar malam pula menghimpunkan peniaga-peniaga Indonesia. Jelas lagi bersuluh ekonomi Malaysia kini secara perlahan-perlahan didominasi warga asing. Etnik Rohingya turut sedang mengembangkan monopoli di pasar-pasar borong.
Melihat kesan kebanjiran warga asing tersebut, Malaysia memerlukan dasar yang jelas untuk membersihkan PATI dan pencari suaka yang terlalu ramai. Setiap individu yang berada di negara ini harus mempunyai identiti yang direkodkan dalam sistem keselamatan negara.
Oleh: Teon Eg

Sunday, April 24, 2022
Menteri Jumpa Tun M Perjelas Isu Dua Projek Terbengkalai Di Putrajaya
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya serta terowong yang terbengkalai.
Menurutnya pertemuan selama kira-kira satu jam itu diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini, setelah menerima jemputan bertemu Ahli Parlimen Langkawi itu.
“Tun Mahathir membangkitkan mengenai projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya serta terowong yang terbengkalai dan ‘menyakitkan mata’ kerana tiada sebarang perkembangan.
“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tun Mahathir di atas pandangan dan input yang dikongsikan oleh beliau tentang bagaimana kita boleh membangunkan infrastruktur sedia ada dan memanfaatkannya untuk kemudahan penduduk yang bekerja dan tinggal di kawasan ini.
“Saya memaklumkan kepada Tun Mahathir bahawa secara kebetulan MOT bersama-sama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyiapkan kerja pembangunan infrastruktur rel yang terbengkalai ini dengan penyertaan sektor swasta,” kata Ka Siong dalam kenyataan selepas pertemuan itu.
Untuk rekod Jambatan Gantung Monorel adalah salah satu daripada banyak jambatan di Putrajaya, Malaysia. Ia dibina untuk menghubungkan beberapa mercu tanda penting di kawasan Putrajaya seperti Pusat Konvensyen Putrajaya, Masjid Putra dan Kompleks Pentadbiran Kerajaan di Parcel E.
Laluan utama jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 240 meter dan lebar 10 meter. Ia dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan direka oleh PJS International Sdn Bhd.
Projek ini dihentikan pada tahun 2004 kerana kerajaan tidak meluluskan pembiayaan lanjutan. Projek terhenti sering digambarkan sebagai sambungan hilang sistem pengangkutan awam yang direka untuk modal pentadbiran Persekutuan.
Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan Perbadanan Putrajaya untuk melantik seorang perunding bebas untuk menjalankan kajian mengenai daya maju projek.
Ka Siong juga berkata beliau turut memaklumkan kepada Dr Mahathir mengenai perkembangan terkini projek pengangkutan awam, termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS), serta Laluan Transit Aliran Massa (MRT) 2 dan 3.
“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Tun Mahathir atas segala jasa yang pernah beliau lakukan sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri dalam mengembang dan membangunkan Kolej Tunku Abdul Rahman yang kini telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman,” katanya. - agendadaily.com

Saturday, April 23, 2022
Rasuah Di Malaysia Sudah Tidak Terkawal
Percaya atau tidak, gejala rasuah semakin menebal dalam kalangan masyarakat dan ia seolah-olah menjadi amalan biasa. Entah dari mana gejala ini mula bertapak, tanpa diduga ia semakin membarah.
Ini terbukti jelas apabila Presiden Transparency International Malaysia, Dr. Muhammad Mohan mendedahkan Malaysia mencatat skor 48 berbanding sebanyak 51 peratus pada 2020.
Cara penskoran ini dibuat dengan mengambil kira senarai jumlah 180 negara. Malah, Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga ke-57 pada 2020.
CPI ini boleh dijadikan kayu ukur keseriusan kerajaan dan komuniti kita dalam membanteras rasuah. Memetik laporan sama, kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. merupakan salah satu penyumbang kejatuhan kedudukan ini.
Sementara itu, menurut laporan Rasuah dalam Rantaian Bekalan: Bentuk dan Kesan Terhadap Pengguna oleh Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) serta Gabungan untuk Integriti Perniagaan (CBI) pada 2021 menyimpulkan bahawa rasuah boleh berlaku ketika di peringkat sebelum dan semasa pembangunan dijalankan dalam sektor pembinaan.
Kajian itu turut mengenal pasti sejumlah pemberian rasuah bagi melancarkan hak penukaran tanah dan penghantaran pelan pembinaan selain bagi memperoleh pekerja asing dan sijil penyiapan projek.
Bukan itu sahaja, laporan ini juga menyentuh soal rasuah yang berlaku dalam sektor penjagaan kesihatan, bidaan untuk mengendalikan kantin sekolah dan meluluskan lesen kebenaran pembukaan tadika. Realitinya, gejala rasuah ini memang berlaku di pelbagai peringkat dan tidak terkawal.
Justeru, usaha untuk memerangi rasuah perlu bermula dari keluarga. Pertama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh melaksanakan kajian awal untuk merangka modul dan mempromosi tadbir urus yang cekap serta perangi rasuah habis-habisan di peringkat akar umbi.
Modul ini boleh diterapkan di pelbagai institusi pendidikan bagi melahirkan generasi yang melawan korupsi.
Kedua, kerajaan harus memastikan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dapat dijalankan dengan baik dan membuahkan hasil.
Pelan ini mencerminkan bahawa Malaysia sangat komited dalam memastikan urus tadbirnya bersih menerusi 115 inisiatif yang merangkumi usaha membanteras rasuah dalam kalangan ahli politik, entiti korporat, agensi penguatkuasaan dan sebagainya.
Sekiranya usaha ini diambil serius, nescaya kita dapat membina satu ekosistem yang harmoni dalam pembentukan negara yang berintegriti dan menolak korupsi.
Oleh: PROFESOR DR. HANIM SALLEH

Friday, April 22, 2022
Nyahaktif Aplikasi MySejahtera
KUALA LUMPUR: Sebaik sahaja negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu, penggunaan aplikasi MySejahtera tidak lagi berfungsi mengesan kontak rapat Covid-19 sekali gus aplikasi tersebut sepatutnya dinyahaktif oleh kira-kira 32 juta penduduk negara ini.
Ini kerana fungsi utama pembangunan MySejahtera adalah untuk mengesan rantaian Covid-19 namun wabak itu kini tidak lagi menjadi ‘ketakutan’ kerana negara sudah mencapai imunisasi komuniti kelompok sejak Oktober 2021.
Semalam, Malaysia merekodkan jangkitan baharu sebanyak 7,140 kes dengan 16 kes kematian. Sejak pandemik melanda, Malaysia sudah merekodkan seramai 4.3 juta rakyatnya dijangkiti Covid-19 dengan angka kematian terkumpul 35,437 kes.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar berkata, kerajaan wajar membuat keputusan untuk ‘memadamkan’ aplikasi tersebut tetapi dalam masa sama perlu memastikan data rakyat yang sudah terkumpul kekal selamat.
Menurut beliau, ini kerana MySejahtera semakin tidak memiliki fungsi dalam mengekang Covid-19 selain virus tersebut sudah kekal berada dalam kalangan komuniti.
Serta-merta
Justeru, pakar virologi itu berkata, semua data dalam aplikasi itu mesti dihapuskan serta-merta bagi mengelakkan timbul masalah di kemudian hari termasuk mungkin bertujuan dikomersial oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama yang mempunyai hak harta intelek dan lesen perisian bagi aplikasi berkenaan.
“Yang penting dalam MySejahtera kini hanya untuk menyimpan data vaksinasi.
“Sijil vaksinasi penting jika mahu ke luar negara. Tetapi, jika aplikasi ini digunakan untuk mengesan pergerakan manusia melalui imbasan kod QR, ia sudah tidak diperlukan kerana jangkitan sudah ada di merata tempat,” kata beliau.
Sehubungan itu, Dr. Sazaly berkata, berdasarkan hujah tersebut kerajaan boleh memadamkan MySejahtera termasuk melupuskan semua data peribadi pengguna.
“Pelupusan data pengguna adalah isu besar dan melibatkan privasi individu. Jadi isu MySejahtera kini berkaitan dengan ketakutan rakyat mungkin ia disalah guna pihak-pihak tertentu,” katanya.
Isnin lalu, Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar dalam kolum Minda Pengarang Utusan Malaysia berpendapat, sudah tiba masa aplikasi MySejahtera dibuang ke dalam trash bin dan dipadam selama-lamanya.
Menurut Azlan, data dalam MySejahtera sangat berharga kerana tiada pihak lain yang mempunyai maklumat sebanyak itu kecuali Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selain setiap pergerakan pengguna diketahui kerana perlu mendaftar masuk di semua lokasi.
Data peribadi
Pada 12 April lalu, sumber keselamatan memberitahu, data peribadi kira-kira 38 juta pengguna MySejahtera seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat tempat tinggal berisiko dimanipulasi sindiket jenayah antarabangsa untuk kegiatan pemalsuan dokumen dan pelbagai penipuan lain.
Sementara itu, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, MySejahtera kini dilihat semakin tidak berfungsi kerana kebanyakan rakyat tidak lagi peduli dengan penyebaran wabak itu selepas ramai yang sudah mengambil suntikan lengkap dos vaksin Covid-19.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berkata, kerajaan perlu membuat keputusan segera berhubung aplikasi itu kerana negara hampir ke endemik selain pergerakan orang ramai tidak perlu lagi dipantau.
“Kalau ada kontak rapat pun sudah tidak kisah sangat. Namun, di sudut lain, saya melihat MySejahtera membantu petugas kesihatan untuk mengetahui cara virus tersebut merebak dan data yang tersimpan daripada pengguna akan menjadi satu pangkalan data yang baik untuk kajian.
“Jika semua data dipadam, kita sudah tiada rujukan, jadi susah untuk menjalankan kajian, mengetahui corak pergerakan manusia. Tetapi, dengan syarat aplikasi ini tidak boleh disalah guna untuk tujuan-tujuan lain yang tidak dipersetujui pengguna,” katanya.
Pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman pula berkata, beliau tidak melihat risiko kebocoran data peribadi sehingga MySejahtera perlu dinyahaktif jika kerajaan melaksanakan peruntukan undang-undang yang boleh memelihara kerahsiaan pengguna.
Menurut beliau, kerajaan bagaimanapun diminta mengkaji semula fungsi aplikasi berkenaan terutama kewajipan mengimbas kod QR setiap kali memasuki satu-satu premis.
“Kita perlukan satu sistem yang sistematik iaitu semua jangkitan boleh dikesan jadi kepentingan aplikasi ini boleh disemak balik untuk tujuan mengikut keadaan terkini,” katanya.- UTUSAN

Kerajaan Digesa Bertegas, Tidak Tunduk Pada Desakan
Tak hirau arahan KPM, Lembaga Pengurusan SJKC Khai Chee rakus
BANGI – Kementerian Pendidikan (KPM) dinasihatkan supaya tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu untuk membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Chee, Segambut menggunakan bangunan baharu yang tidak mendapat kelulusan.
Sebelum ini, KPM memaklumkan pembinaan bangunan tambahan di SJKC Khai Chee tidak mendapat kelulusannya berikutan ia tidak memenuhi syarat pematuhan tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan.
KPM berkata, sehingga kini kementerian itu tidak pernah menerima permohonan lengkap yang memenuhi syarat ditetapkan daripada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) bagi membolehkan pertimbangan dibuat terhadap pembinaan bangunan tambahan itu.
Malah menurut KPM, pihak LPS juga tidak mengendahkan dua surat arahan pemberhentian kerja terhadap bangunan itu yang pernah dikeluarkan pada 2014 serta 2015 dan bertindak meneruskan pembinaan terbabit sehingga ia siap sepenuhnya.
Mengulas perkara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan, tindakan pihak LPS yang tidak menghiraukan arahan KPM jelas memperlihatkan sikap rakus etnik Cina.
Justeru, beliau menggesa KPM tidak melayan sikap rakus ini sebaliknya mengambil tindakan untuk memperlihatkan ketegasan pada pihak kerajaan.
“Oleh itu, KPM diminta tidak sesekali membenarkan pembinaannya lagi selagi prosedur standard, khususnya dalam mematuhi tiga syarat yang diperlukan itu, tidak dipenuhi sepenuhnya, meskipun mendapat tekanan untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Bahkan, beliau menegaskan, keberanian untuk terus tidak mengendahkan dua arahan pemberhentian kerja di tapak pembinaan, menunjukkan pihak berkenaan bukan sahaja langsung tidak mempedulikan perintah, tetapi lebih dahsyat lagi tidak sesekali menghormati undang-undang negara.
Iaitu katanya dalam kes ini ialah tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan.
“Untuk menghalang pembinaan terus bangunan tambahan itu sehingga tiga syarat itu dipenuhi sepenuhnya, apakah tidak mungkin KPM memperoleh perintah mahkamah?
“Ianya sangat perlu jika terdapat peruntukan sedemikian. Ini amat penting agar ia menjadi amaran kepada masyarakat untuk terus mematuhi undang-undang, selain memperlihat ketegasan kerajaan pada setiap masa dalam melunaskan undang-undang negara,” katanya. - ismaweb.net

Thursday, April 21, 2022
Hayatilah Lukisan Beruk, Katak Di Parlimen
Minggu ini, banyak berita menarik mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Antara yang terus menjadi perbincangan ialah sebuah lukisan sarat dengan haiwan seolah-olah menggambarkan suasana sidang Parlimen di negara ini.
Keunikan lukisan belum diketahui asal-usulnya terserlah apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tertarik dan membelinya untuk diletakkan di bilik bacaan peribadi baginda.
Sejak itu, pelbagai reaksi dilontar oleh pelbagai pihak untuk menjelas dan membuat penilaian terhadap karya seni itu.
Daripada semua reaksi tersebut, ramai yakin bahawa lukisan berimej katak dan beruk itu mewakili ahli parlimen negara ini setiap kali mereka bersidang.
Tidak boleh dinafikan tiba sahaja musim Parlimen bersidang bermacam gelagat boleh disaksikan rakyat. Ramai juga yang mengikuti siaran langsung sidang Parlimen bukannya untuk mengetahui dasar-dasar kerajaan sebaliknya mahu menyaksikan gelagat wakil-wakil rakyat ketika berbahas.
Pendek kata sepanjang bersidang bermacam gaya, ada yang menghiburkan, menyakitkan hati dan tidak kurang memeningkan kepala.
Dari sini, mungkin itulah yang tersirat di sebalik nukilan satira itu. Menerusi lukisan tersebut hanya terdapat tiga imej digambarkan sebagai manusia iaitu mungkin speaker manakala dua lagi mungkin kakitangan Parlimen.
Ada yang meneka bahawa imej speaker itu ialah Tan Sri Azhar Azizan Harun yang menyampai ucapan sulung sebaik dilantik sebagai speaker baharu pada 13 Julai 2020.
Di hadapan Azizan itu, beliau digambarkan perlu berdepan dengan kumpulan haiwan termasuk katak, gelaran negatif untuk ahli parlimen bertukar parti.
Minda pelukis ketika itu antara lain mungkin mahu menyampaikan bagaimana speaker terpaksa menguruskan sidang bersama wakil rakyat yang pelbagai ragam.
Dalam hal ini, Sultan Selangor membuktikan baginda raja berfikiran jauh dan senantiasa mengikuti perjalanan pentadbiran negara sehingga tertarik dengan lukisan simbolik itu.
Kebijaksanaan baginda sudah tentu lahir daripada sikap prihatin baginda mengenai hal ehwal rakyat dan pentadbiran.
Sultan Selangor antara raja yang banyak memberi pandangan mahupun teguran kepada kerajaan negerinya demi keharmonian rakyat.
Antaranya baginda sendiri berulang kali menyeru rakyat mengambil vaksin Covid-19 selain pernah menzahirkan dukacita baginda susulan keluhan rakyat akibat gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri itu sebelum ini.
Baginda juga terkenal dengan raja yang ‘mencintai’ haiwan terutama kucing. Mengikuti laman sosial Selangor Royal Office sudah banyak kali dipamerkan kasih sayang baginda kepada kucing yang ada antaranya diselamatkan baginda.
Justeru, menerusi lukisan yang menjadi tarikan kepada Sultan Selangor itu, wakil rakyat tanpa mengira parti harus mengambil iktibar mengenai maksud yang mahu disampaikan pelukis. Cukup-cukuplah mencarut, memekik, menunding sana sini dan lebih buruk ‘mengacau’ rakan-rakan lain ketika sesi sidang Parlimen.

Wednesday, April 20, 2022
PBT ‘Malas Buat Kerja’, Lelaki Keluar Duit Sendiri Baiki Jalan
GROBOGAN: Akibat geram sudah berpuluh tahun jalan di kampung halamannya di Grobogan, Jawa tengah tidak dibaiki pihak berkuasa tempatan (PBT), seorang lelaki sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk tujuan terbabit.
Joko Suranto mengeluarkan duit sendiri sebanyak 2.8 bilion rupiah (RM825,475) untuk membaiki sebatang jalan rosak sepanjang 1.8 kilometer di kampungnya.
Berdasarkan pemantauan Kompas.com kelmarin, kerja-kerja pembaikan jalan masih berlangsung dan projek itu sudah bermula sejak awal Ramadan lalu.
Sehingga kini, sebanyak 95 peratus jalan sudah siap dibaiki.
Ketua Kampung Jetis, Suharnanik yang juga merupakan abang kepada Joko memaklumkan, pembaikan jalan itu dilakukan atas dasar kemanusiaan.
Jelasnya, Joko sudah tidak tahan melalui jalan rosak yang sama selama 20 tahun dan masalah itu sudah pun diajukan kepada pihak berkuasa tempatan banyak kali, namun tiada satu pun dilayan.
“Kesabaran adik saya akhirnya memuncak dan dia membuat keputusan untuk mengeluarkan duit sendiri bagi membaiki jalan tersebut.
“Jalan itu merupakan tanggungjawab pihak berkuasa, namun tiada seorang pun mengambil tahu apa yang berlaku, apa yang perlu ditanggung penduduk.
“Jalan itu terlalu teruk sehinggakan tidak boleh dilalui kenderaan, terutamanya ketika hujan,” katanya.
Dengan mengupah seramai 25 pekerja, projek pembaikan jalan itu dimulakan sejak awal Ramadan lalu dan penduduk kampung menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Joko.
Joko merupakan ahli perniagaan dalam sektor hartanah dan setiap tahun menjelang Aidilfitri, dia akan mengeluarkan duit untuk menurap jalan berkenaan bagi memudahkan proses mudik (pulang ke kampung).
Namun, setiap kali itu juga jalan tersebut akan kembali rosak kerana strukturnya perlu dibaiki secara keseluruhan. - UTUSAN

Tuesday, April 19, 2022
Siapa Pengkhianat Janji Dana RM15 Juta Kepada SMPC?
BANGI – Tuntutan DAP supaya kerajaan mempercepatkan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara dilihat sebagai tidak relevan.
Hal ini kerana SMPC merupakan institusi pendidikan swasta yang langsung tiada kena mengena dengan kerajaan.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat, Cikgu Izzat Johari berkata, SMPC mempunyai kemudahan infrastruktur jauh lebih sempurna dan maju berbanding sekolah bantuan kerajaan.
Oleh itu, katanya, tidak layak untuk mereka menerima malah menuntut sebarang bantuan khas jika melihat apa yang SMPC sudah miliki.
“Cukup-cukuplah melabur untuk kumpulan tersebut, kerajaan tak perlu tunduk, institusi berkenaan merupakan sekolah swasta yang tidak layak terima dana kerajaan.
“Saya melihat perkara ini tidak wajar, lagi pun institusi berkenaan mempunyai kaitan Dong Zong.
“Lebih baik gunakan peruntukan untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di seluruh negara selari Malaysia sebagai sebuah negara berpentadbiran Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menggesa kerajaan mempercepatkan peruntukan sebanyak RM15 juta yang telah dijanjikan kepada SMPC di seluruh negara.
Kor Ming membuat perbandingan ketika di zaman Pakatan Harapan (PH) di mana RM15 juta disalurkan kepada 61 SMPC dan RM6 juta kepada tiga kolej swasta Cina sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
Dalam pada itu, Cikgu Izzat mempersoalkan siapakah pemimpin yang berjanji untuk menyalurkan bantuan kepada sekolah berkenaan.
Katanya, peruntukan yang tinggi sedemikian rupa tidak wajar disalurkan tambahan lagi kepada sekolah persendirian yang tidak membawa agenda kerajaan.
“Ini persoalan yang penting untuk kita mengetahui, siapa pengkhianat yang telah berjanji kepada DAP.
“(Selain itu) atas kapasiti apakah yang mereka boleh tuntut,” tegas beliau. - ismaweb.net

Monday, April 18, 2022
Siapa Yang Berkuasa, Kerajaan Atau Persatuan?
Henti biayai SJKC tidak patuh dasar
BERITA yang tular mengenai pembinaan bangunan tambahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Chee, Segambut, yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan (KPM) berikutan ia tidak memenuhi syarat pematuhan tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan, bukanlah perkara baharu.
Kes seumpama ini biasa berlaku. Lembaga pengurusan sekolah yang dikenali sebagai Dong Zong dan Jiao Zong, kadangkala lebih berkuasa daripada kerajaan itu sendiri. Mereka yang menentukan hala tuju sekolah Cina SJKC, bukan kerajaan.
Bukan satu, sebenarnya banyak arahan kerajaan tidak dipatuhi. Selain daripada pembinaan haram tanpa kelulusan seperti di atas, pengambilan guru tambahan pun tidak dirujuk kepada Kementerian Pendidikan (KPM).
Dari segi akademik pun sama, arahan KPM supaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek bahasa Melayu (BM) yang jauh lebih mudah daripada BM di sekolah kebangsaan (SK), agar ditambah masanya agar murid-murid Cina boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik, pun tidak diendahkan. Sudahlah BM SJKC jauh lebih mudah daripada silibus SK, arahan tambah masa oleh KPM pun tidak dihiraukan.
Begitu juga, penambahan masa pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah SJKC yang asalnya dalam BM pun tidak dihiraukan. Sejarah negara tetap diajar dalam bahasa Cina.
Ini belum termasuk mereka meletakkan syarat kepada kerajaan supaya guru-guru BM dan Bahasa Inggeris (BI) yang bukan Cina yang mengajar atau ditempatkan di SJKC mesti mempunyai kredit dalam bahasa mandarin peringkat SPM.
Dalam kata lain, mereka yang menetapkan garis panduan sendiri dan hala tuju SJKC, dengan mengenepikan arahan kerajaan. Sedangkan SJKC itu adalah sekolah kerajaan. SJKC seolah-olah seperti bapak mereka yang punya, bukan kerajaan. Apa semua semua ini?
Lihat dalam soal pembinaan haram yang dilakukan oleh SJKC di Segambut ini tanpa kelulusan kerajaan. Kementerian Pendidikan (KPM) yang bertanggungjawab terhadap semua sekolah dibawahnya telah memberikan arahan, tetapi tidak pernah dipatuhi.
Apabila keadaan sudah terdesak, mereka menggunakan petisyen untuk desak KPM agar tunduk dan meluluskan pembinaan haram itu.
Dalam kes ini, KPM sehingga kini kementerian itu tidak pernah menerima permohonan lengkap yang memenuhi syarat yang ditetapkan daripada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) bagi membolehkan pertimbangan dibuat terhadap pembinaan bangunan tambahan itu.
Malah menurut KPM, pihak LPS juga tidak mengendahkan dua surat arahan pemberhentian kerja terhadap bangunan itu yang pernah dikeluarkan pada 2014 dan 2015 dan bertindak meneruskan pembinaan terbabit sehingga ia siap sepenuhnya.
SJKC Khai Chee adalah sebuah sekolah kerajaan di atas tapak tanah hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) seluas 0.68 hektar. Bermula pada 2012 hingga 2014, LPS melalui Guru Besar SJKC Khai Chee memohon untuk mendirikan satu blok bangunan di atas tanah persendirian sebagai bangunan tambahan kepada sekolah itu.
Memandangkan SJKC Khai Chee adalah sekolah kerajaan yang dibina di atas tanah milik PTP, cadangan pembinaan bangunan tambahan perlu memenuhi syarat pematuhan tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan namun ia tidak dilakukan
Menurut KPM, sebanyak tiga syarat perlu dipenuhi bagi membolehkan permohonan itu dipertimbangkan iaitu pihak sekolah perlu mengemukakan bukti bahawa Chevron Malaysia Limited sudah membuka atau melupuskan kaveat ke atas tapak berkenaan.
Selain itu, pihak sekolah perlu mengemukakan semula skop projek supaya mematuhi Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Pembangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
LPS juga perlu mengemukakan surat jaminan untuk menyerahkan tapak dan bangunan baharu kepada kerajaan memandangkan sekolah ini adalah sekolah kerajaan. Arahan ini tidak pernah dipatuhi.
Laporan dan tinjauan yang dibuat oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 2014 mendapati pembinaan bangunan tambahan dimulakan di tapak yang dicadangkan tanpa mendapat kelulusan daripada KPM.
Satu surat arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan oleh JPWPKL pada 8 Disember 2014 berikutan bangunan itu dicadangkan untuk digunakan sebagai sekolah kerajaan
Mereka terus berdegil, LPS masih meneruskan kerja pembinaan bangunan itu menyebabkan surat kedua arahan pemberhentian kerja dikeluarkan kepada pihak LPS pada 7 September 2015. Kini, bangunan haram itu telah siap dibina dan mereka mendesak KPM untuk meluluskannya.
KPM sudah cukup baik dalam hal ini. Walaupun arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan, tiada tindakan keras diambil sehingga bangunan haram itu siap sepenuhnya.
Banyak lagi proses yang perlu diselesaikan. Bangunan lama SJKC berada di tanah kerajaan, manakala bangunan baharu (tambahan) berada di tanah persendirian yang masih belum selesai proses berkaitan kaveatnya. Mana ada undang-undang bangunan separuh di tanah sendiri, separuh di tanah orang. Itulah wajah ultra kiasu sebenarnya. Berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.
Kemudian KPM didesak untuk menerima pembinaan haram ini. Mujurlah KPM masih tegas. Begitulah lunaknya KPM berurusan dengan persatuan yang tidak bertamadun ini, walaupun SJKC tersebut tidak mematuhi arahan.
Katakan diluluskan, ditakdirkan jika berlaku sesuatu tidak diingini, pada masa akan datang dari aspek perundangan, termasuk kehilangan nyawa, pasti yang akan dipertangungjawabkan adalah kerajaan, bukan persatuan.
Saya amat yakin selepas ini MCA akan campur tangan. Pemimpin mereka akan pergi melawat tapak, selepas itu semua selesai.
Begitulah cara kita menyelesaikan masalah. Yang haram boleh jadi halal, apabila ada campur tangan politik.
Kita harap kerajaan bertegas dan tidak tunduk kepada tekanan ultra kiasu yang langsung tidak menghormati undang-undang dan KPM sendiri yang bertangungjawab penuh terhadap semua sekolah dibawah seliaannya.
Dalam kes yang lain, sebelum ini tular berita beberapa SJKC menerusi LPS dan PIBG mereka menggaji guru ganti atau guru sementara untuk mengajar dalam sekolah tanpa permohonan atau menunggu kelulusan KPM. Lembaga dan PIBG mereka bertindak sesuka hati tanpa merujuk atau membuat permohonan kepada kerajaan. Perkara ini sudah lama berlaku.
Justeru, sudah sampai masanya kerajaan membuat kajian menyeluruh mengenai SJKC seluruh negara berjumlah lebih 1300 buah. Berpada-padalah.
SJKC ini adalah sekolah dibiayai kerajaan sepenuhnya. Berbilion wang kerajaan habis, tetapi dasar dan peraturan tidak dipatuhi. Lembaga dan PIBG mereka yang lebih berkuasa. Itulah wajah sebenar Dong Zong dan Jiao Zong.
Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, apa erti nama sebuah kerajaan yang berdaulat dan berligitimasi, jika NGO yang bernama pertubuhan bukan kerajaan jauh lebih berkuasa. NGO hanya kumpulan pendesak, tidak berdaulat, tidak ada ligitimasi, dan keputusan langsung tidak mengikat. Takkan kerana terlalu kemarukkan undi, kita sanggup gadaikan keputusan kerajaan yang berdaulat itu.
Hentikan pembiayaan kepada SJKC jika mereka mahu buat sesuka hatinya. Kaduk sudah lama naik junjung. Junjungpun hampir dan sudah ada yang patah, kenapa masih terus dibiarkan.
Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Sunday, April 17, 2022
Pensyarah Muda Hanya Hebat Pada Teori?
PERTAMA sekali maaf jika pandangan ini menyinggung banyak pihak terutama barisan pendidik negara. Saya tiada niat lain selain mahu sistem pendidikan kita berkembang maju dan mampu melahirkan pelapis negara yang unggul di mata dunia.
Saya hanya meluahkan pandangan ini melalui pengalaman ketika menjalankan sesi temu duga pelajar lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang kebanyakannya lemah apabila melibatkan teknikal, malah ada yang seperti hilang arah apabila diberi latihan amali.
Ketika ditanya bagaimana proses pembelajaran, mereka menyatakan hanya berpandukan buku terbitan dari luar negara. Itulah masalahnya jika pensyarah hanya tertumpu kepada teori tanpa sebenarnya berada dalam sesebuah industri. Sementara pelajar didedahkan dengan selok-belok alam pekerjaan ketika menjalani latihan industri sahaja.
Pun begitu, pengalaman yang dikutip sepanjang beberapa bulan itu masih tidak mencukupi. Pelajar seharusnya didedahkan dengan dunia sebenar bidang pengajian mengikut perkembangan semasa. Janganlah bercerita pengalaman pensyarah ketika menjalani praktikal 10 tahun lalu kerana pastinya ia sudah jauh berbeza. Mungkin teknologi ketika itu sudah tidak lagi digunakan pada masa kini. Jadi, ilmu yang disampaikan agak terkebelakang dan ketinggalan.
Ini punca mengapa graduan IPT sukar mendapat tawaran pekerjaan kerana mereka tiada kemahiran dan tidak didedahkan dengan dunia sebenar alam pekerjaan. Seperti saya katakan, kebanyakan mereka tertumpu pada teori.
Kebanyakan pensyarah muda hari ini meneruskan pengajian dalam bidang sarjana untuk melayakkan diri menjadi seorang pensyarah dan kemudian menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah. Mereka menghabiskan bertahun-tahun menghadap buku dan kertas kerja tetapi sayangnya mereka tidak benar-benar berada dalam industri. Ini menyebabkan adanya kelompangan dalam pendidikan. Malah, pensyarah muda ini juga tidak benar-benar ‘khatam’ dunia sebenar alam pekerjaan di luar bilik kuliah menyebabkan tiada lonjakan dan pembaharuan dalam sistem pendidikan tinggi negara.
Mungkin sudah tiba masa untuk Kementerian Pengajian Tinggi melihat perkara ini. Saya tidak menafikan sumbangan tenaga pengajar selama ini mencurahkan ilmu sehingga ramai yang menjejakkan kaki ke menara gading, tetapi alangkah baiknya jika pensyarah ini memiliki sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam industri supaya teori dan praktikal dapat bergerak seiring agar sistem pendidikan negara lebih maju selain dapat melahirkan graduan cemerlang dan benar-benar mengenal bidang pengajian serta menjadi rebutan majikan.
Oleh: KAMARUNZAMAN
Kuala Lumpur

Saturday, April 16, 2022
Kelemahan Kita Punca Ramai Pekerja Asing
SAYA ingin mengulas tentang isu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berjumlah 260,000 orang yang gagal menyambung pelajaran dan tidak diketahui kedudukan mereka.
Pada masa yang sama kerajaan mengalami kekurangan tenaga kerja kira-kira 200,000 pekerja iaitu di sektor peruncitan, perhotelan dan restoran.
Isunya ialah kita kekurangan pekerja di beberapa bidang tetapi pada masa sama kita ada sumber tenaga iaitu lepasan SPM yang pada dasarnya boleh mengisi kekosongan beberapa sektor pekerjaan yang masih kosong tersebut.
Pada ketika ini, kerajaan sedang menunggu kemasukan pekerja asing baharu atau pekerja asing lama yang balik ke negara asal sepanjang pandemik Covid-19.
Kalau melihat kepada permintaan pekerjaan di Malaysia yang banyak bergantung kepada buruh asing ini, kerajaan disaran mengubal satu dasar pekerjaan baharu bagi menggalakkan lepasan SPM atau pelajar yang masih menganggur diterima masuk ke alam pekerjaan menggantikan pekerja asing ini dalam sektor pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi.
Kerajaan juga disaran melatih pelajar lepasan sekolah menengah supaya menjadi pekerja mahir dalam pelbagai sektor agar dapat menggantikan tempat pekerja asing.
Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada tenaga kerja dari luar khususnya dari Indonesia dan Bangladesh ini kerana kesan ekonomi dan sosial telah pun dirasai sekarang seperti pengaliran keluar wang ringgit dan penguasaan sesetengah sektor perniagaan oleh warga asing sehingga mengetepikan hak warga tempatan untuk bekerja.
Di samping itu, kadar pengangguran terus meningkat saban tahun dalam negara melibatkan pencari kerja yang sedia ada, lepasan sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sama-sama bersaing dengan warga asing terbabit.
Justeru, amat malang sekali pelajar lepasan sekolah ini dibiarkan terumbang-ambing tanpa tujuan dan adalah lebih baik pihak kerajaan menyediakan satu program yang besar dan komprehensif kepada pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan pekerjaan.
Ia penting bagi membolehkan mereka dilatih terutama di sektor kotor, bahaya dan sukar (3D) untuk membangunkan negara daripada mengambil tenaga kerja luar.
Saya melihat kita ada jalan penyelesaian terhadap kekurangan pekerja ini seperti sektor perhotelan yang boleh mendapatkan bantuan daripada pelajar dalam bidang perhotelan untuk bekerja secara sementara waktu.
Untuk jangka masa panjang, kerajaan patut menggalakkan pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus kemahiran dan mengambil mereka bekerja dengan menawarkan gaji setimpal.
Kita harus mencontohi Jerman yang menitikberatkan kemahiran pekerjaan dengan memberi peluang pelajar tempatan menjalani latihan amali di sektor industri dan terus mengambil pelatih itu bekerja di kilang sama ada dalam industri ringan atau berat.
Walaupun kerajaan Malaysia banyak menyediakan pusat latihan kemahiran seperti GiatMara, kolej komuniti dan sekolah vokasional untuk bekerja dalam pelbagai bidang seperti pembinaan dan perladangan tetapi jumlah pelajar perlu ditambah bagi memenuhi keperluan industri.
Pada akhirnya nanti negara tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja dari luar. Juga, kita tidak mahu pelajar lepasan kolej kemahiran ini tidak diberi perhatian dan kemahiran yang mereka pelajari menjadi sia-sia serta tidak digunakan untuk membangunkan negara.
Akhir kata, Malaysia bukan tiada pusat latihan kemahiran, pelajar mahupun tenaga pengajar, tetapi kesilapan dan kelemahan dari segi perancangan membuatkan kita tidak dapat menggunakan sumber tenaga tempatan secara optimum.
Oleh: ABDUL HAMID
Temerloh

Friday, April 15, 2022
Warganet Sindir Jeti ‘Kayu Emas’ 15 Meter Bernilai RM50,000 Di Sarawak
PETALING JAYA: Warganet menyindir kos membina sebuah jeti kayu di Bekenu, Miri, sepanjang 15 meter bernilai RM50,000 yang disifatkan tidak masuk akal.
Pembinaan jeti selebar satu meter di Kampung Mutap itu dimulakan bulan lalu dan siap sepenuhnya 1 April lalu. Ia menggantikan jeti lama yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Menurut Facebook “Corporate Communication JKR Sarawak”, projek itu dilaksanakan di bawah inisiatif Projek Transformasi Luar Bandar.
Bagaimanapun, warganet menyindir projek jeti kayu itu tidak sepadan dengan kosnya sebanyak RM50,000.
Pengguna Facebook, Nik Lee mempersoalkan “kayu apa ni sampai RM50k? Kayu emas ka?”, yang dibalas Nazli Imran Mohd Mansor “kayu belian kot”.
Seorang lagi pengguna Facebook, Jujie Helman terkejut dengan kos projek jeti kayu itu.
“Mak ai 50k projek. Baik suruh budak pengakap je buat. Ni lain tak bukan mesti salah Rusia dan Ukraine yang menyebabkan inflasi harga yang tidak munasarawak,” katanya sinis.
Beliau menambah, “Tapi nak buat macam mana benda dah siap, dah post dah pun. Share pun beribu, like pun dah beribu. Tak boleh buat apa dah. Enjoy je lah.”
Faiz Azran pula berkata: “Suruh budak latihan industri buat confirm lagi cantik dan kos lagi murah…camni standard jambatan atuk aku buat kat kebun aja.”
Seorang lagi pengguna Facebook, Tan Wei Teck menyindir: “Uish mana mungkin 50 ribu je, patut 100 ribu baru betul.”
Aideel Norfahmee pula berkata: “Amat amat amat dahsyat. Bersangka baik, ‘seabed level’ mungkin dalam 10 meter dan ada kerja-kerja ‘piling’.”
Isham Hafiz menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat projek berkenaan.
“SPRM patut melawat sekali, adakah kos yang tinggi disebabkan bahan mentah susah bawa masuk atau ada tangan-tangan ghaib minta tambang bawah meja,” katanya.
Sehingga laporan ini ditulis, hantaran berhubung projek jeti kayu itu mendapat lebih 6,700 ulasan dan dikongsi sebanyak 4,300 kali. - freemalaysiatoday

Thursday, April 14, 2022
Lukisan Perangai Katak Dan Beruk Wakil Rakyat
Memang sudah agak lama rakyat mahu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi, perangai, dan hati budi hodoh wakil-wakil rakyat.
Namun rasa hormat pada institusi politik keseluruhannya dan mungkin bimbang akan risiko “keselamatan” dan tindak balas undang-undang seperti Akta Hasutan kerana mempersendakan wakil rakyat, kejengkelan itu hanya dipendam.
Bagaimanapun akhirnya apa yang terbuku di minda mereka kini dapat diluahkan dengan jelas, puas, dan mungkin juga buas. Sesungguhnya mujur ada unsur istimewa dalam sistem politik negara yang mampu mengizinkan rakyat bersuara.
Segala pujian dan rasa terima kasih kini dirafakkan kepada Sultan Selangor yang bistari mencerahkan suara terpendam rakyat dalam bentuk seloka dan mungkin juga sindiran yang diabadikan dalam kamar bacaan baginda.
Adalah dilaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas melihatnya dan menggantung lukisan berkenaan di bilik bacaan peribadi baginda.
Lukisan berkenaan menggambarkan suasana di Dewan Rakyat dipenuhi “Orang Utan dan katak” mencuri tumpuan baginda. Dalam catatan di Facebook Pejabat Diraja Selangor ada disebutkan:
“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
“Sebaik melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’.
Baginda berhasrat melelong lukisan itu suatu hari nanti dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Hemah Sultan Sharifuddin itu segera menarik minat rakyat pelayar internet. Rata-rata warganet menganggap karya itu sesuatu yang kreatif dan sarat “maksud yang mendalam”.
“Daulat tuanku, sangat dalam maksud lukisan ini. Pelukis yang hebat,” kata Jamie Long.
“Tersurat sangat makna gambar ini. Harapnya Tuanku juga dapat melihat dan tegur pemimpin politik seperti gambar yang Tuanku beli tu,” komen pengguna Facebook lain.
Mohamad Nasrullizam Yunus pula menyifatkan lukisan itu memberi gambaran bahawa ahli politik di negara ini “sungguh hina”.
“Kalau 222 orang (Ahli Parlimen) tu tak malu, tak tahulah,” balas individu lain.
Dalam keterujaan mereka, tiada pula warganet yang membilang berapa jumlah katak yang menjadi Yang Berhormat dan berapa pula angka beruknya – jika ada sekurang-kurangnya 39 ekor katak, maka mesejnya mirip realiti Parlimen Malaysia.
Untung rakyat ada ruang untuk meluahkan isi hati mereka yang membuak malu menonton siaran langsung wakil-wakil rakyat terjerit bak beruk dan menguak mencelah perbahasan persis “katak memanggil hujan” ketika sidang diadakan.
Namun setakat ini belum ada pihak yang menegur atau sudi apatah lagi mengecam secara terbuka sikap “keberukan” dan “kekatakkan” yang dipamerkan tanpa segan silu itu.
Namun kewarasan dan firasat bening Sultan Selangor amat disanjung meskipun karya berkenaan hanya tergantung di istana baginda buat masa ini.
Adalah terkilan juga Facebook Diraja itu tidak menyebut siapa pelukis berwawasan tajam itu dan berapa pula harga karya berkenaan.
Sebenarnya kerimasan rakyat sudah pernah diutarakan oleh seorang ulama tempatan, Badlishah Alauddin, yang juga Imam Besar Masjid Negeri Pahang yang mengingatkan bahawa jika rakyat berperangai beruk natijahnya mereka akan dikurniakan pemimpin bersikap beruk jua.
Caragaya Badlishah agak berlapik. Teguran beliau ialah rakyat harus memastikan tatasusila dan perangai politik mereka sendiri haruslah mulus agar tidak mengundang wakil rakyat berperangai beruk menjadi pemimpin mereka.
Memang perangai keberukan atau orang utan dan siasah “kekatakkan” amat mengaib dan menghampakan rakyat. Bayangkan kerana perangai sedemikian politik bercelaru. Dalam tempoh tiga tahun sudah ada tiga orang dilantik jadi Perdana Menteri.
Kini sering persidangan Dewan Rakyat jadi perhatian apabila wakil-wakil beruk dan katak berkenaan sibuk bertegang leher untuk menghapus fenomena keberukan dalam sistem politik Malaysia.
Agak melucukan apabila difikirkan bahawa tiada orang siuman mahu dinisbahkan sebagai katak dan beruk. Bagaimanapun perangai buruk mereka ini sudah dirakam di kanvas lukisan! Itu karya seni
Agaknya berapa ramai pihak yang akan membuat bidaan jika Sultan Selangor benar-benar mahu melelong lukisan berkenaan?
Belum pun bergerak jauh rakyat disajikan dengan drama beruk dan katak baru. Persoalan yang melucukan ialah bagaimana mahu meluluskan Akta Anti-Lompat Parti jika sikap keberukan dan kekatakkan ini masih menjadi label politik negara?
Pemimpin-pemimpin politik ambil iktibar. Daulat Tuanku.

Oleh: Bakar Suar
Sunday, April 10, 2022
Punca-Punca Kejatuhan Kepimpinan Islam – Profesor Datuk Dr Shamrahayu
KUALA LUMPUR – “Antara faktor lain kejatuhan Islam dipengaruhi oleh beberapa perkara, termasuk kelemahan pemimpin; kelemahan ekonomi dan politik; kelemahan ketenteraan dan keselamatan; perselisihan hukum fiqh dan mazhab; pengabaian kepada pembangunan sains dan teknologi serta pengabaian kepada sejarah negara.”
Demikian kenyataan Profesor Datuk Dr Shamrahayu dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Di awal ucapannya, beliau memaklumkan berkenaan kegemilangan Islam adalah disebabkan kekuatan iktikad kepercayaan dan tauhid Islam. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan mengenai faktor kejatuhan Islam dan kerajaan Uthmaniyyah suatu ketika dahulu.
Jelas beliau, Imam Syafie pernah menyebut di dalam bab terakhir dalam kitabnya ar-Risalah mengenai masalah perselisihan hukum fiqh dan mazhab yang akan melahirkan kebimbangan jika dibesar-besarkan.
Beliau turut menyentuh berkenaan pengabaian kepada pembangunan sains dan teknologi terutamanya bagaimana cara untuk kita menangani cabaran yang dibawa dua sektor tersebut.
Seterusnya, Profesor Dr Shamrahayu berkata bahawa pengabaian sejarah juga menjadi salah satu faktor jatuhnya kepimpinan Islam. Beliau merujuk kepada penulisan Ibnu Khaldun yang menyebut mengenai kepentingan dan tipu muslihat dalam sejarah itu sendiri.
Mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa kefahaman sejarah yang satu akan membawa gerak kerja kepada hala tuju yang satu.
Profesor Dr Shamrahayu turut mempersoalkan, “Adakah kelemahan-kelemahan ini wujud pada diri kita sekarang? Mari kita bermuhasabah. Dari segi pemimpin dan kepimpinan, adakah kita ada kelemahan di sini? Saya tak nak jawapan. Saya nak cuma TST- tahu sama tahu.” - samudera.my

Friday, April 8, 2022
Adat Resam Termaktub Dalam Undang-Undang Bertulis – Profesor Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi
KUALA LUMPUR – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain mengatakan bahawa adat resam Melayu merupakan usage and custom yang menjadikannya termaktub dalam undang-undang bertulis.
Jika dilihat menerusi takrifan undang-undang Persekutuan dan Negeri, undang-undang bertulis termasuk dalam undang-undang sedia ada di bawah bidang kuasa masing-masing seperti Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
Itu menandakan bahawa penerimaan prinsip undang-undang am dan kaedah ekuiti hanyalah sekiranya sesuatu perkara itu belum termaktub dalam undang-undang bertulis.
Menurut beliau, penerimaan prinsip undang-undang am ini adalah tertakluk kepada penduduk setempat kerana undang-undang Islam telah diterima sebagai Law of The Land di Tanah Melayu.
Bukan itu sahaja, beliau berkata keadaan setempat turut mempengaruhi penerimaan undang-undang am ini. Ia termasuklah keadaan-keadaan tempatan dan kedudukan Islam sebagai agama di Negeri-Negeri.
Oleh itu, pemakaian prinsip undang-undang am dan kaedah ekuiti tertakluk kepada elemen tersebut di mana ia hanya boleh dipakai untuk syarat-syarat tertentu sahaja dan tidak boleh dipakai secara bebas.
“Dan pemakaian prinsip common law dan kaedah ekuiti tertakluk as deem necessary with such qualification tertakluk dengan keadaan-keadaan tadi. Dan setakat mana yang perlu sahaja.”
“Sebab itu dalam kes Yap Kuan Seng, mahkamah putuskan bahawa pemakaian undang-undang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Tidak boleh dipakai secara bebas,” ujarnya.
Justeru, undang-undang ini sama ada dalam pentadbiran keadilan atau prinsip kedaulatan, ia bukanlah lahir dari sistem Westminster. - samudera.my

Mahkamah Syariah Wujud Lebih Awal – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi
KUALA LUMPUR – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain menegaskan bahawa Mahkamah Syariah wujud lebih awal dari tahun 1957.
“Mahkamah di luar daripada kuasa Negeri dinamakan Mahkamah Kehakiman Persekutuan, di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Syariah ini pula bukannya mahkamah yang ditubuhkan dengan kuat kuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kerana Mahkamah Syariah telah wujud lebih awal dari tahun 1957.”
Kenyataan ini dikeluarkan profesor di Universiti Malaysia Pahang itu dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 30 Mac baru-baru ini.
Tambah beliau, sistem keadilan negara bukannya berlandaskan dua sistem.
“Jika Negeri Melayu ini Negeri berdaulat, Raja sebagai pemegang amanah Allah SWT, dan kuasa inilah yang membentuk Persekutuan, mana mungkin kita mengatakan Perlembagaan kita, Perlembagaan sekular. Bagaimana kita mengatakan kita ada dua sistem dalam sistem keadilan kita? Tak mungkin!”
“Sistem keadilan negara kita tidak berlaku dua sistem. Sebab itulah tidak disebut Mahkamah Sivil. Yang ada Mahkamah Sivil Mahkamah Kriminal, Maal dan juga Jenayah. Bukannya Mahkamah Sivil dari sudut Syariah dan juga sivil non-Syariah,” tegas beliau lagi. - samudera.my

Thursday, April 7, 2022
Ada Orang Islam Tolak Negara Ini Negara Islam – Mufti Pahang
KUALA LUMPUR – “Sebelum ni ada pihak-pihak dari umat Islam sendiri mengatakan bahawa negara ini bukan negara Islam, itu yang jadi masalah.”
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman dalam satu Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau yang merasmikan konvensyen tersebut berkata sedemikian susulan daripada sikap dan kefahaman sesetengah pihak yang tidak merasa bertanggungjawab dalam mempertahankan negara Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.
“Apabila kita duduk di dalam sebuah negara, negara itu adalah sebuah negara Islam maka, setiap orang Islam sebuah negara itu mestilah bertanggungjawab, menjadi suatu kewajipan baginya membela negaranya kerana tempat itulah untuk kita melahirkan generasi yang beriman dan generasi yang sayang antara satu sama lain,” ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa jika kita ingin memartabatkan kalimah Allah dan Islam di seluruh dunia maka, kita seharusnya memberikan kesedaran awal kepada semua umat Islam agar usaha sesetengah pihak yang cuba menukar negara Islam ini kepada negara republik dapat dihentikan dengan kadar segera.
Mufti Pahang itu sempat meninggalkan pesan buat sesiapa yang ingin membina sesebuah negara, beliau perlulah membina masyarakat Islam, kekuatan, keimanan, ukhwah dan mengangkat martabat negara itu sendiri sepetimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
“Kita hendaklah menanamkan kepada seluruh umat Islam supaya mereka sayang kepada negara ini. Apabila mereka sayang kepada negara ini, maka dah tentulah mereka akan memakmurkan negara ini sebagaimana yang disebut oleh Saidina RA.”
“Negara ini adalah sebuah negara Islam, kita hendaklah berbangga dan kita hendaklah merasakan suatu kewajipan untuk kita mempertahankan Malaysia,” kata beliau. - samudera.my

Sejak Bila Bapak Ultra Kiasu Tak Bersikap Perkauman Dan Berjaya Sedarkan Melayu?
SEJAK bapak ultra kiasu umumkan ‘persaraannya’ dalam politik, kalau sebelum ini, mahu kerajaan beri anugerah, kali ini, ultra kiasu Melayu memujinya, termasuk yang berada dalam partinya atau pun di luar parti.
Antara pendapat mereka, pemimpin ultra kiasu ini berjaya sedarkan orang Melayu. Ultra kiasu ini tidak cauvinis, kerana terdapat orang Melayu menjadi ahli dan dilantik menjadi pemimpin. Naif sungguh mereka ini.
Kamu ingat parti ultra kiasu bodoh nak biarkan semua ahli jawatan kuasa yang dipilih dibolot oleh semua orang Cina?
Bila ada beberapa wajah bukan Cina parti ultra kiasu itu, ia bukan tiket untuk mengatakan bahawa parti itu tidak perkauman Cina.
Ultra kiasu ini mestilah kena main wayang untuk cairkan hati Melayu. Hakikat sebenar adalah benar parti ini memperjuangkan dan menyedarkan Melayu? Jangan mimpi. Jika ada yang Melayu tersedar, bukan bererti mereka telah membuka mata, tetapi kerana tidak pilihan.
Cuba kaji sejarah dan tengok corak perjuangan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin ultra kiasu, dari dahulu hingga kini.
Murah harga diri pemimpin Melayu yang berada dalam parti ultra kiasu mengatakan parti tidak cauvinis.
Cubalah bertanding jawatan tertinggi parti ultra kiasu itu, saya nak tengok kamu boleh menang ke tidak.
Macam Singapuralah, adakah mereka akan melantik perdana menteri dalam kalangan Melayu, walaupun asal usul pulau itu adalah pulau Melayu.
Melayu yang sertai parti ultra kiasu adalah dalam kalangan Melayu yang mahu habuan kuasa untuk jadi wakil rakyat.
Kebanyakan Melayu yang masuk parti ini, sengaja ditonjolkan dan diumpan untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya.
Bila ada yang menang, ultra kiasu ini akan mendabik dada bahawa mereka meraikan bangsa Melayu (termasuk India).
Cuba kaji latar belakang Melayu yang menyertai parti ini?
Kalau berani, saya cabar pemimpin Melayu yang beradadalam parti ultra kiasu untuk bangkitkan isu menyokong undang-undang Islam, isu jawi, terbaharu isu pengIslaman tiga beradik dan sebagainya, berkaitan Islam.
Begitu juga dengan kedudukan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah persendirian Cina.
Cuba berikan bukti-bukti, Melayu manakah yang telah disedarkan oleh bapak ultra kiasu ini.
Jika adapun perjuangannya membantu, bangsa sekadar wayang untuk menunjukkan mereka berwarna warni.
Cuba lihat bagaimana ultra kiasu ini memainkan isu perkauman ketika kempen pilihan raya umum 1969.
Isu sebenar yang mencetuskan peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Parti ultra kiasu ini secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
Mereka mendakwa hak kaum lain, terutama Cina telah diabaikan. Walhal fakta menunjukkan kedudukan ekonomi Cina ketika itu jauh lebih baik daripada Melayu.
Begitu juga dalam soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Perlu diingatkan bahawa isu bahasa yang sedang hangat diperkatakan kini tidak kurang juga pentingnya dalam menyumbang faktor kepada peristiwa 13 Mei.
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah Perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu. Begitu juga bahasa Inggeris.
Selepas sepuluh tahun merdeka, kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa utama, hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa negara.
Pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Cuba lihat reaksi bapak ultra kiasu ini ketika itu?
Pada 11 Julai 1969, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai enam asas penahanan di bawah Seksyen 11(2)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap ultra kiasu ini, yang pada waktu itu adalah setiausaha organisasi parti, merangkap Ahli Parlimen Bandar Melaka.
Dalam kenyataan ini disebut dengan secara jelas menyebut ucapan rasis ultra kiasu ini yang membakar perasaan perkauman serta mewujudkan ketegangan, kebencian, permusuhan, ketidakpercayaan dan ketidakharmonian antara kaum serta yang mencetuskan perasaan anti-Melayu dan anti-Islam dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pertama; penahanan bapak ultra kiasu ini adalah kerana, pada 27 Julai 1968, dalam satu ceramah umumnya di Tanjong Malim, Perak, beliau telah memberitahu kepada hadirin beliaubahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untukmencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolahCina dan bahasa-bahasa Cina”.
Kedua;, pada 24 Ogos 1968, dalam satu ceramah umum ultra kiasu ini di Slim River, Perak, ultra kiasu ini telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu “cakaplah bahasa kebangsaan sahaja” jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”.
Ketiga; pada 7 September 1968, dalam satu ceramah umumultra kiasu di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, bapak ultra kiasu ini telah memberitahu kepadahadirin beliau bahawa “MCA membantu kerajaan menindasbahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”.
Keempat; pada 29 September 1968, dalam satu ceramahumum ultra kiasu ini di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, bapak ultra kiasu telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasarPerikatan adalah “dasar perkauman” kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti dan bahawa terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua – golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama, dan bahawa kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna ‘Pelan Pelan Mati’.
Kelima, pada 12 Februari 1969, dalam satu ceramah umumultra kiasu ini di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, bapak ultra kiasu telah memberitahu kepada hadirin beliaubahawa “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu.”
Keenam, pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum ultra kiasu ini di Kampung Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, bapak ultra kiasu ini telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa“kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa “orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama” dan bahawa kerajaan sedang melaksanakan satu dasar “Me-Malaysia-kan” Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu. Bapak ultra kiasu ini juga telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain dan bahawa kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”.
Semua bukti ini dan penahanannya di bawah ISA kerana sifatanti-Melayu dan anti-Islamnya amat jelas menunjukkan sifat bapak ultra kiasu dan parti dipimpinnya. Peliknya bagaimanapemimpin Melayu dalam dan luar parti ini boleh buta hati dan buta mata.
Janganlah kerana sedikit habuan yang digula-gulakan bagi memboleh Melayu ini memegang sedikit kuasa, sehinggakamu tidak nampak semua itu.
Lihat pula bukti-bukti berikut.
Bapak ultra kiasu pernah mengeluarkan tegas akan mengambil tindakan terdapat mereka yang menuduh beliau rasis, anti Melayu dan anti Islam, sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1966 hingga kini. Tetapi sehingga tidak ada tindakan dilakukan.
Pada 11 April 2013 itu, Tun Dr Mahathir pernah menyebut ultra kiasu ini adalah Trojan Horse PAP dengan perjuangan Malaysian Malaysia. Terang-terang Tun sebut bapak ultra kiasu ini memainkan perkauman, mengajak Cina memberi Melayu.
Bapak ultra kiasu ini kepanasan dan telah mengarahkan, pada 13 April 2013, supaya Tun M menarik balik tulisan beliau ini dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas serangan tersebut, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil.
Namun, Tun M telah menyiarkan di dalam akhbar New Straits Times pada 28 April 2013, seterusnya dalam blog beliau pada 30 April 2013, bahawa beliau tidak takut dengan ugutan bapak ultra kiasu itu, malah menyebut dengan lebih tegas lagi bahawa ultra kiasu itu sememang rasis.
Hari ini, sudah hampir 10 tahun berlalu, bapak ultra kiasu ini tidak juga mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun M.
Begitulah juga dengan ugutan beliau pada 28 Januari 2017 untuk mengambil tindakan sama ke atas Presiden PAS kerana menyebut bahawa parti ultra kiasu ini anti Islam.
Bapak ultra kiasu ini juga pernah mengugut untuk diambil tindakan undang-undang ke atas Tan Sri Annuar Musa 21 Februari 2017, ketika itu Ketua Penerangan UMNO, atas kenyataan anti-Melayu dan anti-Islamnya terhadap ultra kiasu ini, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan dibuat.
Dengan semua bukti ini dan masih banyak lagi bukti terkini, adakah bapak ultra kiasu ini layak diberikan penghargaan dan kita merasa terhutang budi kepadanya.
Kenyataan kononnya parti ini tidak anti-Melayu dan tidak anti-Islam adalah amat naif dan amat hina sama sekali.
Paling tidak boleh diterima apabila ada kenyataan bahawa parti ultra kiasu ini memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966. Hina sungguh pemimpin Melayu yang bergantung kepada parti ini hanya kerana mahukan kuasa, sehingga sanggup korbankan prinsip.
Jangan pergi jauh, terkini, apabila Perdana Menteri hari ini begitu bersungguh-sungguh mahu memperkasakan dan mendaulatkan Bahasa Melayu, adakah ultra kiasu memberi sokongan, jika benar berjiwa negara? Lihat aktifnya tentera siber mereka mengutuk dan mengeji Perdana Menteri.

Wednesday, April 6, 2022
TLDM Mampu Tengok Saja?
DALAM Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) baru-baru ini di Kuala Lumpur, banyak teknologi pertahanan dipamerkan.
Namun, sebagai bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terdetik sedikit rasa terkilan dalam hati saya bahawa aset-aset itu hanya sekadar pameran.
TLDM atau perkhidmatan lain jarang dapat menggunakan aset-aset moden ini kerana kekangan belanjawan dan faktor kerajaan tidak memahami keperluan sebenar pasukan keselamatan negara.
Sebenarnya, saya sedih dan malu apabila bercakap tentang aset-aset pertahanan negara ketika ini. Saya juga ada membaca bahawa TLDM berhasrat untuk membeli tiga lagi kapal misi pesisir (LMS).
Ini merupakan langkah yang baik, namun berbanding kapal tempur pesisir (LCS) yang pembinaannya masih terbengkalai, LMS jauh lebih kecil dan mempunyai keupayaan terhad.
Sebagai pesara TLDM, saya amat memahami keupayaan LMS berbeza dengan LCS. Walaupun kita sudah mempunyai enam LMS dan akan membeli lebih banyak pada masa hadapan, tiada bilangan LMS yang mampu menyerupai keupayaan sebuah LCS.
Sememangnya, syarikat yang bertanggungjawab menyiapkan projek ini, iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) berhadapan dengan beberapa masalah dari segi integriti.
Kerajaan boleh mengambil beberapa langkah untuk memastikan perkara ini diselesaikan dan tidak berulang. Pokoknya, kepentingan negara harus diletakkan di atas segala permasalahan sedia ada. Kita harus mencari penyelesaian untuk bergerak ke hadapan.
Pada 30 Mac lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan Kabinet, Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersetuju projek LCS diteruskan bagi memenuhi keperluan aset TLDM.
Projek LCS sebelum ini berdepan kelewatan 39.52 peratus menyebabkan pembayaran kepada pihak pengeluar produk tulen (OEM) tidak dibuat mengikut jadual ditetapkan sehingga mengakibatkan mereka memberhentikan kerja pemasangan peralatan dalam kapal terbabit.
PERANCIS
Hishammuddin turut akan mendapat pandangan rakan sejawat dari Perancis, Florence Parly berhubung isu itu kerana projek LCS adalah berasaskan reka bentuk lebih besar korvet halimunan, Gowind dari negara berkenaan.
Ramai yang tidak mengendahkan soal pertahanan sebenarnya sehingga apabila keselamatan negara terancam. Mungkin ketika itu, semua sudah terlewat.
Tiada gunanya negara maju, kaya raya jika tidak dapat menjamin kedaulatan negara demi anak cucu kita.
Ada juga pihak yang membangkitkan, adakah teknologi yang digunakan LCS akan luput apabila ia lewat siap?
Ini adalah satu persoalan menarik dan TLDM harus menjelaskan kepada pihak yang membangkitkan persoalan ini bahawa apabila sebuah kapal tempur dibina, ia bukan dibina untuk keperluan setahun dua.
Kapal-kapal tempur dibina untuk digunakan selama lebih 20 tahun. Ada sahaja kapal tempur yang masih beroperasi walau usianya sudah lebih 30 tahun!
Seperti telefon pintar atau komputer riba, perisian teknologi kapal tempur moden hari ini boleh dikemas kini atau dinaik taraf setiap beberapa tahun.
Jadi, tidak timbul tentang teknologi yang luput akibat kelewatan menyiapkan LCS ini. Saya menyokong keputusan Kabinet untuk tidak lagi berlengah dalam menyelesaikan isu LCS.
Mulakan, bina kembali dan siapkan LCS secepat mungkin. Ketirisan perlu dihapuskan, vendor tempatan perlu diperkasa supaya mampu berjaya berkembang selari perkembangan LCS.
Perkara yang baik harus dipercepat dan dipermudah. TLDM akan lebih gagah dan perkasa jika kerajaan berani membuat keputusan segera.
Oleh: SUFFIAN Y

Sungai Siput, Perak
Tuesday, April 5, 2022
Mereka Berani Langgar Peraturan, Kenapa Kita Yang Ada Peraturan Tidak Berani? – Mufti Pahang
KUALA LUMPUR – “Kenapa kumpulan evangelis tersebut boleh berani sedangkan kita yang ada peraturan tidak berani?” soal Sahibus Samahah Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman.
Persoalan itu dilontarkan beliau dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ia berikutan daripada sikap sesetengah pihak yang berani untuk menukar Malaysia, sebuah negara Islam serta KDYMM Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama dan Raja Pemerintah kepada sebuah negara republik.
“Siapa sahaja yang ada cuba-cuba saja untuk menjatuhkan Raja ataupun anak Raja, Tengku Mahkota dan cuba untuk berselindung ataupun bersubahat boleh didakwa,” tegas beliau.
Namun yang demikian, beliau berkata, melihat daripada isu-isu yang berlaku di Malaysia ketika ini, undang-undang yang sedia ada tidak dikuatkuasakan dan ramai umat Islam masih tidak mempunyai kesedaran mengenai hal ini.
Beliau memaklumkan, dalam khutbah Jumaat Negeri Pahang, semua jemaah akan diingatkan untuk memperkukuhkan perpaduan umat Islam agar dapat mengekalkan pemerintahan negeri dan negara di bawah pemerintahan Raja berperlembagaan dan pemimpin Islam yang bertaqwa.
Dengan itu, beliau berpandangan, agar pertemuan antara Majlis Agama Islam setiap negeri dan Jabatan Mufti dapat dilaksanakan bagi membincangkan serta mendedahkan perkara itu kepada penceramah yang bertauliah agar ia dapat disampaikan kepada masyarakat.
Menurut beliau, hal ini supaya nasib agama dan umat Islam sentiasa terbela dan dihormati bukan sahaja Malaysia malah di seluruh dunia. - samudera.my

Subscribe to:
Posts (Atom)