nuffnang

Saturday, March 31, 2012

Mitos Negara Berkebajikan Pas

Seperti Dokumen Negara Islam terbitan Pas sedekad lalu dan dikecam kerana terlalu ringkas dan kabur untuk menerangkan konsep dan pelaksanaan sebuah sistem pemerintahan negara, buku Pas mengenai negara berkebajikan juga bagaikan melepas batuk di tangga.


Buku ini tidak komprehensif, tiada kajian mendalam dan tidak praktikal. Banyak kenyataan bersifat umum dan abstrak. Ada bab hanya tiga atau empat perenggan sahaja. Tiada contoh spesifik atau data sokong hujah berhubung dasar ekonomi dalam negara berkebajikannya. Malah, banyak bahagian dalam buku ini adalah pernyataan dasar dan langkah yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN, seolah-olah Pas tidak nampak apa yang berlaku di negara ini sejak 56 tahun lalu.

Sebahagian besar buku adalah himpunan ayat-ayat Quran dan penjelasan cetek mengenai istilah asas. Diketengahkan usul al-Fiqh seperti maqasid al-syariah dan siyasah al-shar’iyyah tetapi tidak digariskan apakah cabaran strategik yang akan dihadapi negara, atau kaedah penjanaan sumber pendapatan negara untuk berbuat kebajikan kepada rakyat.
Pas membezakan konsep negara berkebajikan mereka daripada welfare state seperti yang wujud di Barat dan kebajikan dilaksanakan kerajaan BN. Bezanya ialah pada penambahan imbuhan ‘ber’ merujuk pemimpin yang baik dan amalan kebajikan. Antara ciri pemimpin baik disebut dalam buku ini ialah alim, bertaqwa dan berintegriti, menegakkan amal makruf dan nahi mungkar.

Tapi malangnya, seperti juga kes-kes lain ‘ikut saya cakap, jangan ikut saya buat’, ramai pemimpin Pas sendiri tidak memiliki ciri-ciri yang mereka gariskan.

Dalam bukunya, Pas menyatakan untuk menjadikan orang Melayu teras dalam pembangunan negara. Kenyataan ini mengelirukan kerana pendirian Pas sebelum ini ialah tidak bangga menjadi Melayu, mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya membangunkan kelas menengah Melayu dan membantu membasmi kemiskinan tegar.

Jika kedudukan sosioekonomi orang Melayu-Islam di Kelantan hendak dijadikan ukuran, konsep berkebajikan seperti yang disebut boleh dikatakan tidak wujud. Masalah asas seperti bekalan air bersih, kemiskinan, kurang kemasukan pelaburan asing serta protes rakyat mengenai hal tanah masih berlarutan walaupun Pas memerintah 22 tahun. Inilah juga negeri yang mencatat kes cerai yang tinggi dan pengidap HIV paling ramai di Malaysia. Sepatutnya, konsep berkebajikan ini dipraktikkan di Kelantan dahulu. Namun, bilangan orang Kelantan yang meninggalkan negeri itu untuk mencari rezeki di negeri-negeri lain melebihi 700,000. Ini hakikat.

Pas juga lahirkan hasrat ganti Umno. Ini mustahil berlaku selagi Pas tidak mampu letak bilangan calon yang lebih ramai daripada PKR atau DAP dalam pilihan raya umum. Manakala Umno memimpin BN, Pas menjadi pengikut dalam Pakatan Rakyat. Manakala Umno adalah parti terbesar dalam BN, Pas adalah parti terkecil dalam pakatan pembangkang.

Pas hanya kuat di Kelantan, tidak di negeri lain. Kerana itulah, kebajikan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tidak dapat dibela oleh Pas. Kerajaan negeri pimpinan DAP telah hentikan sambutan Maulidur Rasul, menghalau peniaga Melayu, mengeluarkan kenyataan hina umat Islam, malah mahu menjual tapak masjid namun pemimpin Pas bersikap diam. Di Selangor, pemimpin Pas yang mahu menegakkan kedaulatan agama, menentang Exco DAP dalam urusan penjualan arak dan mempertikai pengeluaran lesen rumah urut dipecat oleh parti itu. Jika begini, bolehkah Pas diharap memerintah negara yang menjaga kebajikan orang Melayu-Islam?

Rakan politik Pas ialah DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia berorientasi sosialis-demokrat, bukan negara berkebajikan. Konsep DAP menolak hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika konsep DAP dilaksanakan, jurang sosial dan kekayaan antara kaum akan melebar dan menjejaskan perpaduan nasional. Adakah negara berkebajikan Pas menerima pakai konsep Malaysian Malaysia anjuran DAP ini? Jika tidak, beranikah Pas mengisytiharkan pendirian ini.

Satu lagi rakan kongsi politik Pas ialah PKR, yang memperjuangkan faham liberal dan pluralis. PKR mahu jadi parti pelbagai kaum, dan tidak bertunjang kepada Melayu-Islam sebagai teras. PKR dan DAP anggap perjuangan Pas adalah rigid, sempit dan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam realiti politik Malaysia lalu mengembangkan fahaman liberalisme dan pluralisme ke dalam Pas sehingga meminggirkan pengaruh ulama. Dalam konteks negara berkebajikan Pas, adakah fahaman liberalisme dan pluralisme juga diterima pakai?

Nampaknya, konsep negara berkebajikan Pas satu lagi janji pembangkang. Umum tafsir ia strategi Pas sesuaikan diri dengan pakatan menjelang PRU13.
 
Oleh : Dr. Mashitah Ibrahim

Thursday, March 29, 2012

Tanda-Tanda Lelaki Raih Kepuasan Seks

 KEPUASAN menjadi sebuah destinasi utama saat berhubungan intim.

Tujuan umum bercinta selain untuk menautkan keintiman, salah satunya adalah mencapai kepuasan seksual atas keperluan biologi seseorang. Anda boleh memperhatikan pasangan apakah dia telah mencapai puncak klimaks melalui gerak-gerinya ketika di tempat tidur. Jika ingin mengetahui apakah pasangan anda mendapatkan kepuasan tersebut, perhatikan tanda-tanda ini.

Dia mengepalkan tangan
Sebuah tanda fizikal bahawa lelaki merasa puas ialah dengan mengepalkan tangan dan memegang erat-erat. Apabila anda melihat lelaki melakukan ini, itu sebagai tandanya dia memastikan bahawa sesi tersebut berakhir dengan kepuasan yang sempurna.

Dia ingin melakukannya lagi
Apabila anda telah benar-benar meledakkan fikirannya, dia tidak akan boleh cukup melepaskan anda begitu saja. Fikiran tentang seks yang anda miliki akan sangat membangkitkan dirinya bahawa dia ingin melakukannya lagi. Jadi, jika dia tampak sangat jantan, dan menepuk pada "adik"-nya kembali itu petanda anda sedang melakukan sesuatu yang benar mengkagumkan.

Dia menjadi hebat sesudahnya
Tanda-tanda lain bahawa dia tidak boleh berhenti berfikir tentang seks adalah bersikap sangat hebat sesudah anda berdua berhubungan intim. Banyak orang mengatakan, bahawa setelah mengalami sesi yang luar biasa dan menggoda, dia akan menunjukkan reaksi hebat pada anda.

Dia menjadi sangat sensitif sepanjang hari
Seorang lelaki yang sudah menyatu ke dalam diri anda mungkin akan merasa tersentuh. Sebuah tanda anda mengalami seks yang hebat jika dia menjadi lebih sensitif. Secara harfiah, dia begitu terangsang, dia mengalami kesulitan menjaga tangannya untuk dirinya sendiri. Sementara mesej singkat genit mungkin peringatan verbal tentang betapa dia menginginkan anda, sentuhan malar adalah peringatan fizikalnya.

Dia memberitahu bahawa anda mengagumkan
Yang ini cukup jelas, tetapi jika seorang lelaki memberitahu anda sangat luar biasa, dia fikir anda memang benar luar biasa. Dia tidak mengatakan itu untuk bersikap sopan, tetapi dia mengatakan hal tersebut untuk memberitahu agar anda terus melakukan apa yang dilakukan sebelumnya, di mana sangat memuaskan dirinya.

Anonymous

Wednesday, March 28, 2012

Bahaya Tuntutan Ultra Kiasu

AHAD lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej ala universiti merdeka di Kajang, Selangor. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin.

Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.

Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahun lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negara China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu.

Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diiktiraf sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan.

Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol, yang menonjol adalah identiti orang lain.

Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5,000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7,000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat.

Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan.

Apa yang penting adalah tindakan proaktif kita, bukan berorientasikan tindakan, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman mereka.

Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka.

Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapuk ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila.

Antara tuntutan kumpulan ini:

* Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.

* Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

* Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

* Keempat, rombak Akta Pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan begitu berani mencabar kerajaan? Tuntutan ini tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina.

Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan.

Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi. Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera.

Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut prodemokrasi di seluruh China.

Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media mengenai kejadian tersebut.

Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut. Jika ada pun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa? Nasihat saya, berilah sebanyak mana pun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita.

Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap paling rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa.

Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu) dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti Cina, Cina dan Cina.

Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran langsung tidak mahu diambil tahu.

Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam.

Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first.

Saya tidak nampak identiti dan jati diri orang Melayu dan bumiputera hari ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain. Namun, madu dibalas tuba.

Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular.

Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, golongan ini tidak pernah menghargai toleransi kerajaan.

SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan.

Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita.

Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum.

Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diiktiraf oleh kerajaan.

Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011.

Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan.

Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kriterianya? Menggunakan SPM atau UEC?

Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama ini pun mereka terus mendesak supaya graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat.

Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyat pun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat hidup segan mati tak mahu.

Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam Perlembagaan, terutama perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh negara.

Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek Timbalan Menteri Pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik dan strategi mereka. Selepas ini perkara itu akan dibawa kepada Menteri Pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka.

Taktik lapuk ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu.

Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Sama ada tuntutan itu dipenuhi atau tidak, mereka tidak akan mengundi UMNO (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang kerana sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri.

Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi lihat demonstrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda kebangsaan.

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Tuesday, March 27, 2012

Penghutang Muda

Lepaskan penuntut ilmu dari ikatan penghutang muda

BARU-BARU ini, penulis menyertai bengkel pengurusan wang dan hutang. Oleh itu, penulis mahu berkongsi perkara menarik yang mungkin boleh membuka mata kita mengenai hakikat kehidupan masa kini dan peranan yang boleh dimainkan umat Islam, atau lebih khusus, institusi sosioekonomi Islam dalam membantu meningkatkan mutu hidup umat Islam di negara ini.

Salah seorang peserta bengkel ini berkongsi pengalamannya yang menghadapi bebanan hutang, atau lebih khususnya, hutang pendidikan. Peserta itu melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma di salah sebuah pusat pengajian tinggi negara. Oleh sebab dia datang dari keluarga yang tidak berada, maka dia tidak mempunyai pilihan selain memohon pinjaman pengajian dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membiayai pengajiannya.

Apabila pengajian tamat, dia dikehendaki membayar semula pinjaman. Dalam hal ini, jumlah yang perlu dibayar adalah RM60,000 dan apabila faedah dikenakan maka jumlah bayaran keseluruhan mencecah RM72,000! Ini merupakan satu jumlah yang sangat besar.

Ia merupakan satu hutang besar yang perlu ditanggung peserta itu yang usianya mungkin sekitar 23 hingga 25 tahun. Usia ini pastinya terlalu muda menanggung hutang sebanyak RM72,000 itu.

Berdasarkan kisah ini, kita semua pasti berasa simpati dengan nasib anak muda lepasan pusat pengajian tinggi kini yang sudah pun menanggung hutang tatkala tamat pengajian mereka. Jika dulu, graduan menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan (misalnya melalui biasiswa JPA). Ketika itu, apabila tamat pengajian, mereka masih perlu membayar semula bantuan itu namun jumlahnya tidak banyak kerana bantuan asal telah mendapat diskaun berdasarkan keputusan peperiksaan.

Malah, ada di antara graduan yang tidak perlu membayar sesen pun kerana keputusan cemerlang. Bagi yang perlu membayar, jumlah pinjaman itu tidak dikenakan apa-apa kadar faedah. Namun, keadaan kini nyata berbeza.

Kisah yang dipaparkan tadi membawa kita kepada beberapa persoalan dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan. Merujuk kepada persoalan, kita tertanya-tanya, kenapa sistem bantuan pendidikan kini akhirnya menjadikan para graduan itu ‘penghutang muda’.

Kita mahu melihat malah menggalakkan anak-anak kita melanjutkan pengajian mereka. Namun, apabila tamat pengajian dan memperoleh ijazah yang belum tentu menjamin mendapat pekerjaan dengan gaji lumayan – mereka pula perlu menanggung hutang untuk puluhan tahun kemudiannya.

Kasihan, itulah perkataan yang boleh menggambarkan nasib mereka ini! Untuk pengetahuan pembaca, dari pandangan hidup Islam, para pelajar boleh dikelaskan dalam golongan fisabilillah.

Fisabilillah lazimnya difahami sebagai golongan yang berjuang atau berperang di jalan Allah SWT. Bagaimanapun, ada segelintir fuqaha’ yang memberikan pengertian yang lebih luas terhadap makna fisabillah iaitu meliputi semua bentuk kebajikan yang dilakukan untuk meninggikan agama Allah SWT. Oleh itu, terdapat segolongan fuqaha’, misalnya segelintir dari mazhab Hanafi, yang mengkelaskan penuntut ilmu sebagai tergolong dalam kumpulan fisabilillah.

Ini kerana, matlamat menuntut ilmu itu boleh dikira sebagai satu fardu kifayah demi meninggikan agama. Dalam konteks ini, para penuntut ilmu atau pelajar, tidak kira dia kaya atau miskin, dianggap sebagai sebahagian daripada golongan fisabilillah.

Untuk pengetahuan pembaca, pemerintah mempunyai tanggungjawab tertentu untuk membantu golongan fisabilillah ini. Bantuan yang diberikan itu adalah dalam bentuk pemberian zakat. Zakat itu hendaklah digunakan bagi tujuan meneruskan usaha golongan fisabillah tadi dan memenuhi keperluan kehidupan yang umum. Sebagai contoh, bagi penuntut ilmu, wang zakat yang diterima hendaklah digunakan untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT dan seterusnya bagi memenuhi keperluan umum penuntut ilmu itu.

Berdasarkan penjelasan di atas, maka para fisabillah pelajar ini perlu dibantu oleh pemerintah. Untuk itu, pelajar, tidak kira dalam kategori mana pun, perlu mendapat bantuan sepenuhnya daripada pemerintah untuk meneruskan pengajian mereka. Jika hal ini benar-benar boleh berlaku maka tidak akan timbul isu graduan menjadi penghutang muda.

Dengan itu, perlulah difikirkan kaedah bantuan oleh pemerintah kepada golongan pelajar ini. Jika bantuan secara percuma tidak mampu diberikan kepada semua pelajar maka perlulah difikirkan satu sistem bantuan pendidikan lain.

Dalam hal ini, sistem bantuan pendidikan itu hendaklah sistem yang mesra pelajar. Mesra bermaksud, tidak menzalimi. Namun begitu, jika sistem sudah wujud dan dilihat seperti ada yang tidak kena maka penilaian semula kepada sistem itu perlu dilakukan agar ia bebas dari menzalimi para graduan.

Dalam masa sama, apakah pula peranan institusi sosioekonomi Islam dalam hal ini? Untuk pengetahuan pembaca, institusi sosioekonomi Islam ini merujuk kepada pusat zakat, wakaf, baitulmal dan sebagainya. Seperti yang disebutkan tadi, tidak dapat dinafikan bahawa bantuan telah diberikan kepada beberapa golongan pelajar namun bantuan ini amat terhad.

Terhad yang dimaksudkan itu ialah ia tidak merangkumi semua pelajar. Namun, melihatkan keadaan graduan Muslim kini yang terpaksa meminjam dan kemudiannya menanggung hutang, maka tidakkah terfikir oleh mereka bantuan yang boleh diberikan untuk membantu golongan tersebut? Sesungguhnya, amat mulia jika kita dapat diberikan bantuan kepada penuntut ilmu untuk melanjutkan pengajian dan seterusnya mengelakkan beban hutang.

Kisah yang dipaparkan tadi juga memberikan kita beberapa pengajaran. Paling penting, sebagai ibu bapa masa kini, kita harus sedar bahawa jika mahu anak-anak melanjutkan pengajian, maka soal kos juga perlu dipertimbangkan, bukan semata-mata kursus apa yang hendak dipelajari.

Dalam hal ini, kos pendidikan akan sentiasa meningkat naik. Oleh itu, aspek tabungan perlulah diambil kira. Sedarkah kita bahawa masyarakat Melayu selalu dikaitkan dengan amalan menabung yang rendah? Tidak kira sama ada ini satu hakikat atau andaian, soal tabungan masa hadapan tidak boleh dipandang remeh.

Usaha membuat tabungan ini merupakan satu persediaan menghadapi sesuatu kemungkinan pada masa hadapan. Di dalam al-Quran, kisah Nabi Yusuf mentafsir mimpi Raja Mesir boleh dijadikan panduan. Nabi Yusuf a.s. menasihati sang Raja bercucuk tanam secara bersungguh-sungguh selama tujuh tahun bagi menghadapi tujuh tahun kemarau kemudiannya (Surah Yusuf, 12:47-49).

Kisah ini wujud bukan semata-mata untuk menunjukkan mukjizat Nabi Yusuf mentafsir mimpi tetapi kisah ini juga penting bagi membuktikan kepada kita bahawa aspek persediaan menghadapi sesuatu perubahan dalam hidup juga harus diberikan perhatian.

Oleh : Azrina Sobian
          Pandangan IKIM

Saturday, March 24, 2012

Dari Mana Datangnya Cinta

Di Antara Rasa Cinta Dan Benci.... 


DARI mana datangnya lintah? Dari sawah turun ke kali. Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.


Begitulah indahnya pantun Melayu yang membicarakan dari mana datangnya cinta. Pantun ini memang ada benarnya.

Biasanya cinta bermula dari pandangan mata, iaitu pandangan lahiriah. Manusia umumnya memang lemah mata hatinya. Pandangan pertama yang memperlihatkan wajah dan tubuh yang berkenan di hati akan melahirkan rasa ingin memiliki apa yang disukainya. Maka terjadilah rasa jatuh cinta yang dikenali sebagai cinta pandang pertama.

Namun, ada juga cinta yang lahir dari pandangan yang ke sepuluh atau yang ke duapuluh. Ini terjadi bukan semata-mata kerana sukakan fizikalnya. Sebaliknya rasa cinta itu lahir kerana menyukai sesuatu yang lebih daripada fizikal orang yang dicintai. Ia mungkin kerana sukakan kebijaksanaan dan pendirian orang yang disukai, iaitu mentalnya. Ia boleh juga kerana tertarik dengan sikap keprihatinan, tanggungjawab atau kelembutan yang yang diminati, iaitu spiritualnya.

Indahnya rasa apabila insan yang diminati itu membalas cinta seseorang. Apabila kedua-duanya jatuh cinta, maka terjadilah saat-saat bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Oleh kerana terlalu kagum dan takjub seseorang itu terhadap kekasihnya, hatinya akan menguasai fikiran. Akibatnya, orang yang jatuh cinta itu sudah tidak boleh berfikir lagi hinggakan lidahnya tidak boleh berkata-kata.

Mulai saat itu, seseorang yang menyintai itu mula memuja, mengenang, merindu dan mendambakan kehadiran kekasihnya pada setiap ketika. Tiada lagi yang akan memisahkan. Andainya berjauhan, lautan api sanggup direnangi untuk bertemu dengan kekasih hati. Tiada lagi yang buruk mengenai orang yang disayangi. ‘Kalau hati sudah suka, semua indah saja, itulah tanda bunga kasih bermula, di dalam jiwa.’ Demikian dapat disimpulkan rasa hati seseorang yang di alam percintaan menerusi lagu Tanda Kasih, nyanyian Ahmad Mahmud dan Rahmah Rahmat.

Tentu sekali cinta itu bukan sahaja tertumpu kepada cinta seseorang terhadap kekasihnya. Ia boleh juga dilihat dalam konteks cinta seseorang terhadap ibubapa, negara, kerjaya mahupun hobinya. Pendek kata, cinta itu melahirkan kesabaran, ketenangan dan kebenaran. Ia juga merealisasikan mimpi kepada impian yang membawa harapan.

Bagaimana pula timbulnya benci? Seseorang itu mula membenci bila rasa was-was dan ragu mula membenih di dalam hati. Janji yang tidak ditepati, cakap tidak serupa bikin dan perangai tunjuk belang yang muncul akan menimbulkan rasa tidak senang. Perasaan syak akan berubah menjadi prasangka.

Perselisihan faham akan mula terjadi. Ia akan berubah menjadi perbalahan, pertengkaran, pergeseran dan akhirnya pergaduhan. Apabila ini terjadi, rasa cinta akan menjadi tawar hingga akhirnya wajah pasangan yang suka ditatap itu akan dipandang dengan rasa benci.

Andainya percintaan itu membuatkan seseorang itu hanya bercakap perkara yang baik sahaja terhadap orang yang disayang, rasa benci pula membuatkan seseorang itu memperkatakan perkara yang buruk-buruk sahaja mengenai pasangannya. Seolah-olah orang yang dibencinya itu tidak pernah melakukan apa jua kebaikan terhadapnya.

Dalam konteks yang lebih luas, rasa kebencian terhadap bekas kekasih, bekas tabiat, bekas kumpulan mahupun bekas organisasi akan dimanifestasi dengan ayat-ayat yang pedas dan pahit semata-mata bertujuan untuk menjustifikasi tindakan dia memisahkan diri akibat kebenciannya. Semakin banyak kata-kata kebencian yang terhambur, semakin meningkatlah keyakinan diri bahawa keputusannya untuk membenci itu adalah suatu tindakan tepat.

Cinta dan benci hanyalah state of mind. Sama ada kita menpsycho diri untuk menyukai atau membenci, ia terpulang kepada apakah kehendak kita terhadap sesuatu. Ia boleh dikendalikan apabila kita berpada-pada menyintai mahupun membenci.

                   Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.
                   Dari mana datangnya benci? Dari hati naik ke mata.

Sumber : malaysiaria

Friday, March 23, 2012

Adakah Anda Sahabat Yang Baik

SETIAP orang tentu mempunyai kesibukan dengan pekerjaan, kegiatan sosial, organisasi, keluarga, ataupun sahabat. Namun kadang-kadang, kita terlalu fokus pada pekerjaan dan keluarga kerana keterbatasan waktu.

Hal tersebut menyebabkan hubungan anda dengan sahabat sedikit terabai. Oleh kerana itu, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk kembali membina hubungan persahabatan.

Semaklah beberapa tip agar anda boleh menjadi sabahat yang lebih baik.....

Jadi pendengar yang baik
Kita sering terjebak dalam rutin yang padat, sehingga lupa kalau memiliki sahabat yang mungkin sedang tertimpa masalah. Maka mulai saat ini, anda perlu lebih memerhatikan dia dengan meluangkan sedikit masa untuk mendengar keluh kesahnya.

Cubalah jadi pendengar yang baik baginya. Semakin anda sering mendengar, semakin dia merasa selesa berada di dekat anda, maka persahabatan anda menjadi lebih erat.

Selalu bertanya
Semakin sering bertanya, anda semakin mengerti masalah yang sedang melandanya. Jika sudah memahami duduk perkaranya, anda akan lebih mudah memberikan penyelesaian bagi dia.

Selain itu, dengan bertanya, sahabat anda merasa bahawa anda peduli padanya. Hal ini membuat dia jadi lebih selesa berkongsi cerita kepada anda.

Selalu menyokong
Ketika dia sedang tertekan kerana pekerjaan atau masalah lain, anda perlu hadir untuk memberikan sokongan kepadanya. Datanglah, dia benar-benar memerlukan sokongan anda sebagai seorang teman atau sahabatnya.

Anonymous

Thursday, March 22, 2012

Kenali Tanda-Tanda Tubuh Kurang Seks

Seks merupakan keperluan tubuh seperti halnya makan dan juga tidur. Bila saat perlunya tidur tubuh memberikan isyaratl mengantuk dan mahukan makan dengan isyarat lapar, maka ada juga isyarat-isyarat yang menunjukkan bahawa tubuh anda sedang memerlukan seks. Apa saja? Seks merupakan keperluan hidup manusia, iaitu untuk membiak dan kecenderungan bersosial (dengan pasangan).

Ada banyak manafaat kesihatan yang diperoleh dengan rutin berkaitan seks, salah satunya mengurangkan stres dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Apabila anda berkeinginan untuk seks, sebenarnya tubuh akan memberikan isyarat-isyarat tertentu. Namun seringkali isyarat tersebut terabai, padahal ini boleh memberi kesan pada suasana hati bahkan menurunkan stamina tubuh. Ini beberapa isyarat tubuh yang menandakan anda sedang berkeinginan seks: -

1. Kegugupan yang berlebihan
2. Kecemasan atau migrain berpanjangan
3. stres kekal
4. Kurangnya nafsu makan
5. Kurangnya untuk tidur
6. Kontradiksi perasaan dengan orang-orang  tertentu
7. Sering berfantasi seksual terutama malam hari.

Cara terbaik untuk mengenali isyarat keinginan seks adalah seberapa banyak suasana hati negatif hilang segera setelah berhubungan seks. Perlu diingat fakta bahawa seks tidak selalu melibatkan dua orang, dalam hal lain ada pertimbangan untuk pilihan masturbasi. Tidak adanya kehidupan seksual boleh menyebabkan banyak reaksi, dalam beberapa kes yang ekstrem boleh menyebabkan reaksi fizikal dan filologis berat seperti kulit gatal, mudah mengalami iritasi dan mudah panas baran.

Anonymous

Wednesday, March 21, 2012

Kabinet 'Kerajaan Kecil' Dong Zong?

Dong Zong, Jiao Zong dan DAP, bila mau  jadi Orang Malaysia?

TINDAKAN Dong Zong yang ingin mengadakan perhimpunan pada 25 Mac ini seperti mana yang dipetik dalam Utusan Malaysia pada 1 Mac 2012 dilihat seolah-olah begitu bersifat rasis.

Kumpulan itu mahukan kerajaan menambah jumlah guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan meletakkan syarat bahawa hanya guru-guru yang boleh berbahasa Mandarin dan pada masa yang sama mendesak kerajaan segera menukar guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin.

Dong Zong juga pernah membantah pemberian jawatan tinggi kepada guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di SJKC.

Mereka menekankan bahawa hanya guru yang mempunyai kelulusan kepujian dalam mata pelajaran bahasa Cina sahaja yang layak mengajar di SJKC.

Masalahnya sekarang, pada ayat mana pula dalam Perlembagaan atau dasar pendidikan yang menyatakan larangan guru-guru yang tidak berkemahiran bahasa Mandarin mengajar di SJKC?

Jika sekiranya gesaan tersebut hanya menjurus kepada keperluan guru bagi subjek bahasa Cina sahaja memang ada logiknya, tapi adakah penolakan dan penetapan syarat bagi semua guru yang mengajar di SJKC bagaikan ada suatu motif yang tersebunyi?

Adakah ini 'bahasa halus' atau agenda tersembunyi Dong Zong untuk 'menendang' keluar guru-guru kaum Melayu dan India dari SJKC?

Bagaimana pula sekiranya desakan tersebut dilakukan oleh kumpulan pendesak dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang mahukan hanya sesuatu kaum sahaja mengajar di sekolah-sekolah berkaitan dengan mengenakan pelbagai syarat yang tidak melambangkan semangat nasional?

Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, permintaan Dong Zong bagaikan ada satu persamaan dengan segelintir tindakan syarikat -syarikat yang hanya mengiklankan jawatan kosong kepada calon-calon yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin sahaja?

Jika situasi ini sememangnya menjadi suatu kerangka agenda besar yang cuba nmengasingkan komuniti mereka dari kaum-kaum lain di Malaysia, ia adalah suatu tindakan yang merbahaya dalam aspek masyarakat majmuk di negara ini.

Sesuatu kaum tidak seharusnya mewujudkan suatu 'Kabinet' atau 'kerajaan' kecil dalam sebuah kerajaan.

Dalam isu ini kerajaan seharusnya tidak tunduk dengan desakan Dong Zong yang membelakangkan dasar pendidikan kebangsaan.

Sekiranya desakan tersebut diterima, adakah pihak kerajaan bersedia melaksanakan dasar hanya guru-guru yang boleh menulis dan membaca jawi sahaja mengajar di SK dan guru- guru yang boleh menulis dan berbahasa Tamil sahaja ditempatkan di SJKT?

NAK TENGOK
Perak

Bila Bohong Dibenarkan

RENCANA ini dibuat bukan untuk mengatakan bahawa berbohong adalah OK. Namun sesekali untuk tidak bercakap benar atau 'berbohong sunat' mungkin sesuatu yang sihat dalam hal berkaitan memelihara sesuatu hubungan.

Memang tidak dinafikan bahawa salah satu asas penting dalam sesuatu hubungan itu bergantung kepada keupayaan untuk mempercayai mereka yang sangat dekat dengan hati kita.

Tetapi ada beberapa alasan atau pengecualian mengapa 'bercakap benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka', mungkin tidak boleh digunapakai.

Di bawah adalah beberapa contoh apabila 'bohong sunat' dibenarkan dalam perhubungan.

Menjaga perasaan orang
Iaitu Apabila kebenaran boleh menyebabkan seseorang yang anda sayangi mengalirkan air mata dan membuatkan mereka berasa kecewa.

Sebagai contoh dengan mengatakan, "Saya suka gaya rambut baru awak yang sangat pendek," sedangkan hakikatnya ia kelihatan hodoh.

Contoh klasik lain, iaitu apabila wanita mengheret teman lelakinya membeli belah. Dia keluar dari bilik acu pakaian dengan pakaian yang langsung tidak kena dengan dirinya, tetapi teman lelakinya berkata " Ya...awak nampak cantik."

Lelaki tersebut berbohong kerana tidak mahu teman wanitanya marah dan mungkin juga tidak mahu sesi membeli-belah itu berlarutan lama.

Waktu itu kebenaran mungkin menjadi satu senjata yang menyakitkan.

Kita mungkin tidak perlu bercakap yang sebenarnya jika kebenaran itu hanya membuatkan orang terluka.


Berbohong supaya tidak menyusahkan orang lain atau membuatkan orang lain berasa lega
Contohnya, "Oh...tak susah pun" ketika tunang anda meminta maaf kerana terpaksa meminta anda menghantarnya ke tempat kerja kerana keretanya rosak sedangkan anda terlewat untuk menghadiri mesyuarat penting.

Memuji seseorang tetapi mungkin agak sedikit berlebih-lebih.
Sebagai contoh, "Kek ini yang paling sedap yang pernah saya rasa," juga boleh diterima.

Berbohong sedikit mungkin boleh membuatkan orang lebih mudah untuk serasi dengan anda dan dalam kebanyakan kes tidak memudaratkan.

Berbohong untuk mengelak atau menamatkan perbalahan
Ketika bertikam lidah tentang sesuatu isu, anda mungkin mengambil langkah mengalah dan bersetuju dengan pendapat mereka kerana tidak mahu menghangatkan lagi suasana, biarpun sebenarnya pendapat anda yang betul.

Untuk mengelak konflik keluarga
Bermuka manis dan mesra ketika berada bersama keluarga mentua walaupun anda tahun keluarga mentua tidak menyenangi anda. Anda sanggup berbuat demikian demi memastikan keluarga terus tenang dan gembira .
Perbezaan besar antara 'bohong sunat' dan berbohong ialah, berbohong untuk melindungi diri sendiri, sedangkan bohong sunat adalah untuk melindungi orang lain.

Memang ada ketikanya sesuatu hubungan itu boleh menjadi rumit dan mengelirukan.

Intim@utusan malaysia

Tuesday, March 20, 2012

Bilik Pameran Unik Volkswagen

SEBUAH kereta Volkswagen dimasukkan ke dalam ruang penyimpanan di menara unik itu. - Reuters

WOLFSBURG, Jerman - Bilik pameran futuristik di kilang Volkswagen di sini memiliki menara setinggi 60.96 meter bagi menyimpan kenderaan baharu yang disusun secara bertingkat.

Dua menara kaca bersebelahan bilik pameran berkenaan boleh menyimpan sebanyak 800 kenderaan menjadikan ia pusat penghantaran kereta terbesar di dunia.

Pada setiap hari, sebanyak 600 kereta baharu dikeluarkan dari menara berkenaan untuk diserahkan kepada pembeli. - Agensi

Perbandaran Baru Jepun Di Johor

Ahli perniagaan Jepun labur RM500j majukan Little Japan di Taman Molek 
MALAYSIA terus menjadi perhatian pelabur dan ahli perniagaan Jepun apabila kumpulan itu kini bercadang memajukan perbandaran baru yang dikenali sebagai Little Japan, konsep pertama seumpamanya di negara ini, yang membabitkan pelaburan mencecah RM500 juta di Taman Molek, Johor Bahru, Johor.

Ia bagi menempatkan warga negara Matahari Terbit itu yang berminat menyertai program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H).


Global Asia Assets (M) Sdn Bhd (GAAM), perunding bangunan dan aset untuk pelabur Jepun yang menjadi peneraju kepada projek berkenaan, berhasrat menarik 2,000 golongan mewah dari negara itu untuk menetap, bekerja atau menjalankan perniagaan di sini dalam tempoh lima tahun.


Ketua Eksekutifnya, Fujimura Masanori, berkata sejak Mac tahun lalu, pihaknya berjaya menarik kira-kira 70 warga Jepun untuk menyertai program MM2H dan jumlah itu dijangka meningkat selaras dengan pelaburan membangunkan bandar Little Japan di Taman Molek. 


“Kita akan memulakan projek Little Japan di Taman Molek, yang mana warga Jepun dijangka melabur lebih RM500 juta untuk kediaman mewah, termasuk banglo dan apartmen mewah dalam tempoh beberapa tahun. 


“Little Japan yang pertama seumpamanya di negara ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan bandar, termasuk premis perniagaan, restoran, spa, kemudahan perubatan dan rumah pesaraan bagi kemudahan warga Jepun yang mahu tinggal dan bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas program Kejohanan Golf Amal Sempena Memperingati Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun di Kelab Golf di Starhill Golf & Country Club, di Johor Bahru, semalam. 


Kejohanan itu disertai kira-kira 50 pemain golf, termasuk pelanggan GAAM dari Jepun dan semua kutipan daripada acara berkenaan akan didermakan kepada Persatuan Palang Merah Jepun untuk diagihkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di negara terbabit. 
Masanori berkata, setakat ini seramai 365 pelabur Jepun sudah menyatakan komitmen untuk pelaburan lebih RM400 juta untuk pembelian pelbagai rumah kediaman di kawasan itu, sekali gus menunjukkan kesediaan mereka menyertai program MM2H. 


“Mengikut pelan, kita mahu Little Japan dilengkapi semua kemudahan yang diperlukan warga Jepun itu termasuk menerapkan nilai budaya, agama, masakan dan gaya hidup bagi menarik minat untuk mereka terus tinggal secara tetap di sini,” katanya.


Masnori berkata, kedudukan bandar raya itu yang hampir dengan Singapura, selain kemudahan infrastruktur yang lengkap, kos taraf hidup yang rendah, cuaca, komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keamanan menjadikannya sebagai kawasan yang idea dijadikan sebagai rumah kedua.
bhbiz@bharian.com.my

Monday, March 19, 2012

Legasi Kapak Siam

Sorok kapak dalam semutar
Ia dikatakan senjata kegemaran golongan samseng, kaki gaduh atau 'gedebe' di Kelantan suatu masa dahulu.

"DULU-DULU lazimnya orang berpesan, kalau pergi ke Kelantan, jaga kelakuan, takut kena kapak siam."

Sebaris kata-kata yang meluncur keluar daripada seorang rakan berusia lebih separuh abad itu saat ditanya tentang kapak siam membuat penulis terpegun. Rakan dari Johor itu yang tentunya lebih banyak makan garam menggambarkan populariti kapak siam yang digeruni terutamanya pada tahun 1960-an.

Cerita kapak siam pernah menjadi berita hangat pada tahun 1967 berikutan pembunuhan kejam seorang ahli politik di Kota Bharu yang dipercayai ditetak dengan senjata tersebut.

Ia merupakan senjata kegemaran golongan samseng, kaki gaduh atau 'gedebe' kerana saiznya yang kecil memudahkannya diselit pada lilitan kain di pinggang atau semutar iaitu kain lilitan kepala lelaki.

Namun, ada yang mengaitkannya sebagai cara untuk mengajar orang yang berkelakuan biadap apabila masuk ke kampung, misalnya mengganggu anak gadis atau mencuri.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) pernah menyebut tentang senjata ini semasa mentakrifkan negeri kelahiran sasterawan tersohor dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, S. Othman Kelantan. Kamal menyifatkan rakyat Kelantan kuat mempertahankan nilai tradisi manakala harga diri dipandang tinggi.

Sejengkal
SENJATA yang mudah digenggam ini terkenal dalam kalangan samseng Kelantan pada tahun 1960-an.
"Tanpa mempertahankannya apabila tercabar, individu itu tak bererti, nah tunggulah bicara pembunuhan yang menyerang apabila tiba malam gelap dengan senjata yang bernama kapak siam, kapak kecil yang amat tajam dan membunuh," katanya seperti yang disampaikan pada Pesta Penyair Nusantara di Universiti Kadiri, Surabaya, Indonesia pada tahun 2008.

Apa sebenarnya kapak siam dan mengapa ia disandarkan dengan Siam (Thailand)? Menurut individu yang ditemu bual, ia cuma nama jolokan yang diberikan oleh orang luar Kelantan sedangkan ia tidak dinamakan sedemikian oleh masyarakat di negeri yang bersempadan dengan Negara Gajah Putih itu.

Secara umumnya, kapak siam adalah kapak kecil yang bersaiz kira-kira sejengkal yang dicipta khusus untuk genggaman tangan. Ini dapat dilihat pada hulunya yang melengkung sedikit berbanding kapak biasa.

Bagi seorang pengumpul senjata lama, Mohd. Nasir Hassan, 44, atau mesra disapa Cikgu Nasir, cerita kapak siam banyak memaparkan latar belakang sosiobudaya masyarakat Kelantan zaman dahulu yang ingin mendidik individu yang kurang beradab.

Menjelaskan tentang kapak siam, Nasir berkata, ia dikenali di negeri ini sebagai kapak kecil Kelantan. Ia juga digelar kapak bungkus atau kapak terbang kerana ia merujuk kepada cara kapak itu digunakan semasa menyerang.

Kapak kecil yang matanya kelihatan berseni dengan lebih lebar pada bahagian bawah pula dikenali sebagai kapak binjai manis.

"Bagi mereka yang berniat membunuh, mereka menetak di kepala atau dahi hingga kapak itu terlekat di situ.

"Namun, dalam kebanyakan kes untuk mendidik orang yang kurang ajar, mereka biasanya hanya mencederakan iaitu dengan membungkus mata kapak tersebut dengan kain.

"Mata kapak dibungkus dengan hanya mendedahkan beberapa inci hujung mata untuk mengelak kecederaan parah. Di situlah diukur kadar kebiadapan orang itu.

"Jika lebih banyak hujung mata yang tidak dibungkus, bermakna lebih besarlah salahnya.

Serangan
"Kalau orang nampak parut 'peringatan' kena takik kapak di kepala atau dahi itu, orang biasanya akan berkata, tu kacau anak dara orang ke tu?" katanya ketika ditemui di rumahnya di Bachok, Kelantan.

Nasir berkata, serangan juga dilakukan dengan mengikat hulu kapak dengan kain atau tali dan ia dinamakan kapak terbang.

"Punca kain pula diikat pada pergelangan siku. Kapak akan dibaling dan disentak semula ke dalam genggaman tangan. Serangan ini biasanya dilakukan oleh orang yang memiliki kemahiran tinggi," kata guru sebuah sekolah menengah di Kota Bharu itu.

Selain saiznya yang kecil, tambah Nasir, kapak siam sering menjadi pilihan kerana ia bersifat dwifungsi iaitu ia boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja ringan seperti menakik dan dijadikan senjata untuk menyerang. Ia berbeza berbanding keris yang pasti mendatangkan curiga orang jika dibawa.

Seorang guru silat dari Tumpat, Wan Yusmar Wan Yusof, 39, yang memaparkan video silat kapak siam di YouTube pula memberitahu, kapak itu pada asalnya digunakan oleh wanita di Pattani, Thailand untuk membelah buah pinang.

"Tetapi orang lelaki menjadikannya senjata pergaduhan," katanya yang mendakwa semasa kecil beliau pernah mendengar cerita seorang anggota polis mati dikapak dengan kapak siam di Tumpat.

Menurutnya, serangan kapak siam juga boleh menyebabkan seseorang menjadi gila sama ada akibat hentakan di kepala atau ditusuk hulu kapak yang diperbuat daripada pokok nibung.

"Getah nibung yang bercampur darah akan lebih berbisa. Ia boleh menyebabkan keracunan atau sawan," dakwanya sambil memberitahu bisa itu boleh dikurangkan dengan minum air kelapa atau menyapu luka dengan air perahan limau nipis.

KAPAK kecil pada masa ini popular dijadikan cenderahati dan barang perhiasan.

Di sebalik cerita kapak siam yang semakin ditimbus masa, kudrat si tua pembuat kapak, Muhammad Yusof, 68, terus ditagih.

Dia dipercayai satu-satunya pembuat kapak siam generasi lama yang masih hidup. Atas bahu warga emas yang sudah empat dekad membuat kapak itu kini tertancap sisa legasi kapak kecil itu.

Meskipun ada yang mendakwa nama kapak siam jenis binjai manis diambil sempena Kampung Binjai Manis di Pattani, Thailand, hakikatnya Muhammad atau 'Abe Mat Tukang Kapak' tinggal di Kampung Binjai Manis, Bunut Susu, Pasir Mas. Kampung tersebut hanya mempunyai belasan buah rumah.

Muhammad mengakui kapak siam selalu disalahgunakan suatu ketika dahulu. Katanya, pernah pada zaman remajanya beliau mendengar cerita seorang lelaki menjadi gila selepas ditetak seorang lelaki lain kerana berebut seorang janda.

"Golongan gedebe yang tiada kerja dan mahu mencari gaduh sahaja biasanya menyelit mata kapak kecil yang diikat pada hujung kain semutar untuk digunakan sebagai kapak terbang," cerita beliau sambil memberitahu kapak siam kini popular sebagai barang perhiasan.-Kosmo!

Friday, March 16, 2012

Carilah Mr Right

MASIH berusaha mencari pasangan hidup namun belum jua menemuinya? Bersabarlah sementara waktu kerana dalam setiap pertemuan atau perkenalan tidak selamanya akan membuahkan keserasian. Ikuti saranan berikut agar Mr Right akan hadir di hadapan anda.

Pertemuan atau perkenalan tak selalu menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keinginan anda seperti mencari lelaki yang sesuai dengan anda. Diperlukan waktu dan proses yang panjang demi mewujudkan mimpi tersebut. Namun, ada tiga hal yang memudahkan anda untuk mencari Mr Right, di antaranya anda jangan terlalu puas hati lebih dulu atas apa yang anda raih sekarang kerana hal tersebut dapat menjadi halangan selama ini dalam mencari belahan jiwa anda. Selebihnya, ikuti paparannya berikut ini.

Melangkah hati-hati
Jika anda pernah menjalani sebuah hubungan tanpa berfikir panjang terlebih dahulu, kini saatnya anda melakukan pertemuan dengan lebih hati-hati. Banyak wanita terlalu cepat mengambil keputusan dalam sebuah hubungan tanpa terlebih dahulu mendengar suara hati mereka.

Jika anda tidak mahu membuang masa pada pertemuan yang tidak tepat untuk anda, usahakan lebih selaras dengan perasaan anda. Lihat, perhatikan dan dengar apa yang hati anda katakan sejak awal sehingga dapat memberikan ruang untuk lelaki yang menawarkan lebih banyak perhatian.

Jangan berpuas diri
Setelah anda tahu apa yang anda inginkan, jangan kemudian menyalahkan diri anda. Banyak orang akhirnya menjadi kecewa dengan sebuah pencarian jodoh dan menetapkan pada seseorang yang sebenarnya tidak dicintainya untuk mengejar harapan berbanding mendapatkan lelaki yang benar-benar dicintai namun belum tiba di hadapannya. Bersabarlah dalam menunggu Mr Right yang sesuai dengan keinginan anda sehingga hubungan cinta yang dibina dapat bertahan lama.

Jadi diri sendiri
Salah satu perubahan yang paling penting yang boleh membuat pertemuan jadi lebih hidup adalah menjadi diri sendiri ketika bertemu orang baru. Realitinya, memang begitu banyak wanita yang akhirnya menjadi orang yang berbeza ketika mereka sedang berkenalan demi cuba menyenangkan orang yang sedang bersama mereka. Padahal, perilaku ini sebenarnya hanya akan merugikan anda kerana tidak dapat menghargai anda yang sebenarnya, ertinya dia bukanlah pasangan yang baik.

Anonymous

Thursday, March 15, 2012

Usah Lokek Puji Isteri

CUBA anda ingatkan dalam tempoh beberapa tahun berumah tangga, berapa kali anda memuji isteri atau pasangan anda mahupun memberikan kata-kata hangat dan mesra kepadanya?

Sebenarnya ramai di kalangan pasangan suami isteri, sebagai contohnya si isteri mahu mendengar pujian daripada si suami. Namun berapa kerat sangatkah individu ini menghamparkan kata-kata berkenaan.

Kalau ada pun mungkin tidak ikhlas datang dari hati atau kata-kata pujian dilontarkan sekadar untuk melihat isteri gembira semula apabila dia merajuk.

Sesekali apa salahnya jika memuji isteri atau suami anda dengan ikhlas berlandaskan jasa dan kebaikan yang telah dia berikan.

Setidak-tidaknya dengan kata-kata pujian yang ikhlas itu biarpun sedikit dapat memberikan makna kepada pasangan dan seterusnya perhubungan anda.

Bukan itu sahaja menerusi kata-kata pujian, seseorang pasangan itu pastinya memberikan respons yang bukan sedikit rasa kebanggaan di jiwanya malahan memberikan sesuatu yang positif kepada perhubungan anda.

Kajian mendapati, memuji isteri biarpun sekali sehari seperti memuji masakannya dapat memberi kesan kepadanya.

Kalau tidak percaya , lakukannya sekarang.

-"Wow, ia memang sesuai untuk sayang."
Katakanlah isteri anda memakai pakaian atau kasut yang baru dibeli dan dipakai untuk ditayangkan kepada anda ketika keluar untuk ke jamuan.

Sekiranya anda rasa pakaian yang dipakai itu menyerlahkan kecantikannya nyatakan pujian anda dengan tepat mungkin terhadap pakaian atau kasut yang dipakainya atau keseluruhan penampilannya pada waktu itu. Tenung dan renung wajahnya dengan pandangan yang ikhlas dan kasih sayang.

Anda akan melihat wajah isteri anda terpancar warna kemerah-merahan rasa malu tanda seronok.

-"Harumnya bau awak malam ini."
Pujian terhadap haruman memberikan daya penarik dan rangsangan yang sesuai buat pasangan anda.

Selain kata-kata perangsang ia memberikan keyakinan kepada pasangan anda. Sudah semestinya selepas ini dia memberikan penampilan yang hebat buat diri anda.

-"Kalaulah saya bertemu dengan sayang lebih awal."
Pujian ini adalah yang paling disukai pasangan. Ini menandakan anda adalah pilihannya yang paling tepat.

Pancarkan kata-kata ini apabila duduk berdua-duaan sama ada di rumah mahupun di dalam kereta dalam keadaan romantik.

Kata-kata itu dilafazkan dari hati, tenung matanya dan berikan ia satu makna.

-"Sayang, awak lakukannya dengan baik sekali."
Ini kata-kata pujian untuk isteri atau suami yang baru sahaja memasak menu baru. Pujian ini juga boleh dilontarkan sekiranya pasangan anda memasang sesuatu di bilik tidur secara sendiri atau membaiki sesuatu.

Selain melontarkan dengan kata-kata, makan makanan yang dimasak dengan keadaan makanan itu begitu lazat kerana ia membuka selera anda.

-"Sayang, awak jadikan saya seorang insan yang lebih baik."
Pujian ini diberikan sekiranya anda meminta pandangan daripadanya dan dia memberikan idea yang sangat positif. Lontaran kata-kata ini memberikan dia satu semangat yang jitu dan rasa kecintaan yang luar biasa.

-"Sayanglah insan yang paling pintar yang pernah saya temui."
Siapa yang tidak mahu dipuji dengan kata-kata yang kita ini pintar. Terutama apabila melihat isteri membantu anak-anak menelaah dan kita berikan dia sedikit pujian untuk memberikan rasa hormat kita kepada kebolehan isteri, misalnya.

-Peka apa kelebihan yang dia ada pada diri dan personalitinya.
Lain orang lain kelebihannya. Begitu juga dengan pasangan anda pastikan apa yang menjadi kelebihan kepada dirinya yang membuatkan anda semakin sayang dengan dirinya. Pujilah dia dengan kelebihan itu.

-"Selagi sayang bersama, saya rasa seronok untuk hidup."
Ini juga pujian yang patut dilontarkan oleh suami atau isteri kepada pasangan anda. Kata-kata ini sangat romantik dan memberikan rasa pasangan anda memang dihargai.

Intim-utusan malaysia

Wednesday, March 14, 2012

Kelucahan Dalam Novel

SEKITAR 1960-an dan 1970-an, perkembangan dunia sastera di Malaysia pernah menyaksikan kelahiran novel lucah yang merakam kehidupan muda-mudi lepas laku termasuk watak perempuan yang sanggup menjual diri untuk hidup sama ada dengan rela atau paksa.

Zaman itu sudah berlalu dan ada antara karya begitu yang dilihat sesetengah pengkaji sebagai fasa peralihan seorang penulis, selain tidak kurang yang kekal diangkat sebagai antara karya terbaik.

Bagaimanapun, kebelakangan ini kemunculan novel sebegini kembali mendapat perhatian dengan sesetengahnya menduduki carta jualan laris di pasaran dengan segelintir penulis tidak segan memperincikan hubungan intim dalam naskhah hanya kerana wataknya pasangan suami isteri.

Perkembangan ini nyata tidak sihat, jika mengambil kira agama Islam dan budaya Melayu sebagai kayu ukur, malahan jika tidak dibendung, akan menjadi kebiasaan serta lebih dibimbangi jika pada suatu ketika ia diterima pula sebagai budaya masyarakat.

Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad berpendapat, jika kemunculan novel sebegini mendapat sambutan, ia memang agak menyedihkan kerana seakan-akan ulangan perkembangan sastera tahun 60-an dan 70-an.

“Zaman itu naskhah sedemikian biasanya berlegar dalam kalangan orang muda dan bukannya pelajar, namun hari ini ia dengan mudahnya dapat digapai generasi muda. Ditambah pula berita semasa di akhbar yang banyak memaparkan berita sedemikian. Ia sepatutnya dipantau kerana keadaan ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Beliau menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah sewajarnya dan tidak membiarkan ia menjadi kelaziman jika perkara berkenaan sememangnya berlaku selain mengingatkan penulis sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dalam berkarya.

“Saya berharap penerbit tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Agenda nasional seperti pembinaan akhlak generasi muda juga perlu diambil kira,” katanya kepada Sastera.

Novelis, Fauziah Ashari pula berpendapat, romantis dalam berkarya ada tahapnya dan tidak hingga ke tahap gambaran yang terlalu terperinci, lebih-lebih lagi jika membabitkan pasangan kekasih kerana membina moral masyarakat sangat penting.

“Jika pasangan watak suami isteri ada babak romantis, perlu diketengahkan agar kita lebih mempunyai sifat kasih sayang. Dalam perkara ini, saya tidak setuju jika penulis terus dikecam kerana sebelum berada di pasaran, manuskrip akan dibaca editor untuk penilaian dan mereka berhak melakukan suntingan,” katanya.

Beliau yakin dalam sesebuah novel perlu ada pendedahan kepada pembaca mengenai ilmu kehidupan, pengajaran, kepentingan agama, ikatan kekeluargaan, ilmu kemasyarakatan dan kepekaan pada persekitaran serta menghubungkan naluri dan keadaan.

“Adegan romantis atau sesetengah orang melabelkannya soft porn akan dianggap terpencil jika sesebuah novel itu lengkap dan diimbangi nilai positif sebagai ibrah dalam kehidupan seharian. Pada saya, soal adegan sebegitu akan melariskan karya adalah perkara kedua.

“Jika nawaitu menulis adalah membawa pembaca ke arah positif, maka penulis itu perlu tahu sejauh mana membawa watak dan perwatakan yang dicipta. Larisnya sesebuah novel bukan kerana babak sebegitu, tetapi kerana jalan ceritanya.

Percayalah, jika ada babak sedemikian, tetapi jalan ceritanya hambar, larisnya hanya sementara,” katanya.

Berhubung dengan pelabelan soft porn dengan hanya berdasarkan satu bahagian tanpa melihat keseluruhan novel itu, beliau menganggap perkara terbabit sebagai tidak adil dengan memberi contoh filem Ombak Rindu yang memaparkan babak romantis atas katil antara Maya dan Aaron Aziz.

“Ramai yang mendakwa, tidak sesuai untuk remaja menonton. Saya setuju. Jika dalam novel, ada adegan sebegitu dan didakwa tidak sesuai, maka ibu perlu mengawal bahan bacaan anak mereka. Namun, perlu diingat adegan watak yang dilakonkan Aaron Aziz dan Maya Karin itu tiada dalam novel Ombak Rindu,” katanya.

Oleh : Hafizah Iszahanid

Monday, March 12, 2012

Apabila Lebih Ramai Yang Merapu...

BENARKAH, lagi kita ada banyak laman web sosial seperti Twitter dan Facebook, lagi parah ‘penyakit’ kita dapat?

Buka sahaja rangkaian web sosial ini, berapa sangat maklumat yang benar-benar berbentuk ilmiah, maklumat mengenai bidang-bidang tertentu atau pengetahuan am yang kita peroleh? Itu pun kalau niat kita memang mencari maklumat sebegitu.

Lain-lain lebih kepada hal-hal bercakap mengenai diri sendiri dan ada yang gemar melawak merapu untuk sekadar memberi hiburan ringan, ini perkara biasa. Tiada apa masalahnya. Yang ingin saya sentuh di sini adalah perihal yang sengaja memalukan diri sendiri serta hilangnya pertimbangan, kawalan diri dan budi bahasa dalam menggunakan kemudahan ini.

Sedar atau tidak, Twitter dan Facebook (FB) kini adalah saluran paling popular untuk melancarkan ‘perang’ terhadap pihak tertentu secara terang-terangan. Tidak kira ahli politik, kawan, bekas kawan, kekasih, suami atau isteri.

Tanpa rasa segan silu atau berselindung semuanya diungkit di alam maya, semua orang dapat membacanya secara langsung.

Dan apabila si pelakunya ialah seorang yang dikenali ramai, artis atau pemimpin masyarakat contohnya, ia akan mengundang perhatian berjuta-juta orang yang menggunakan laman tersebut.

Yang hairannya, bila pihak wartawan menanyakan dan menulis mengenainya, tahu pula pihak terbabit memberi komen tidak mahu memanjangkannya, walhal semuanya sudah panjang lebar dihamburkan di laman web sosial berkenaan.

Kita tolak tepi mengenai hak untuk berbuat demikian. Setiap orang yang membuka laman tersebut berhak untuk menyatakan rasa, pendirian atau pendapat. Kemudahan ini pun diwujudkan untuk berkomunikasi di alam maya dengan rakan-rakan setempat atau yang berada di seluruh dunia.

Memanglah, masing-masing punya Twitter atau FB, masing-masing punya hak menulis apa-apa, tetapi sedarkah kita bukan berseorangan di alam maya sana. Ramai yang jadi tukang baca dan melihatnya. Ada yang pada awalnya tak ada niat atau tak berminat membacanya tetapi apabila terpandang akhirnya terdorong untuk membacanya juga.

Itu belum masuk lagi bab-bab remaja atau budak-budak sekolah yang turut mempunyai Twitter dan FB yang terbaca maki hamun sebegitu. Tentunya ia memberi contoh yang tidak baik kepada mereka. Lebih-lebih lagi yang memaki hamun itu ialah artis pujaan atau idola mereka.

Jika budak-budak sekolah bergaduh sesama kawan-kawan mereka di laman sosial begitu, kita boleh faham, mereka itu belum matang dalam berfikir dan ayat-ayat yang digunakan kadang-kala pun kita boleh tertawa sendiri, memang nampak ‘comel’. Tetapi kalau orang tua yang bergaduh, dengan menggunakan perkataan kesat, menunjukkan rasa tidak puas hati dengan emosi yang melampau, anda sendiri tahulah macam mana kelihatannya.

Menggunakan laman web sosial sebagai saluran melepaskan geram, mendedahkan hal-hal peribadi dan melancarkan peperangan dengan pasangan dan kawan-kawan dengan penggunaan bahasa lucah, kesat dan kasar, adakah itu tindakan orang yang cerdik?

Tidakkah mereka sedar bahawa melalui tindakan yang emosional sebegitu, akan membuatkan orang ramai dengan mudah dapat menilai tahap IQ mereka?

Kita pun hairan dengan sikap segelintir kita, yang merasa diri cukup hebat bila dapat memaki-hamun individu tertentu. Mereka merasakan sungguh ‘cool’ dan satu kepuasan apabila berbuat demikian, walhal ia hanya menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

Ini juga satu ‘penyakit’ dalam masyarakat, apabila cuba mengangkat amalan memaki hamun dan memfitnah itu satu budaya. Dan boleh jadi tunggang-langganglah dunia, sekiranya orang yang mengeluarkan kata-kata kesat itu diangkat sebagai ‘hero’ atau hanya mungkin dia sendiri menganggap dirinya hero.

Berbalik kepada laman web sosial, mengapa ingin menjadikan diri mangsa kepada teknologi komunikasi ini? Sedangkan perkara-perkara peribadi seperti ini boleh dibincang dan diselesaikan dengan individu terbabit secara bersemuka, atau kalau lebih serius membawanya ke mahkamah.

Umpama segelintir rakyat negara ini yang hilang pertimbangan dengan mengetepikan kesopanan dan budi bahasa apabila memandu kenderaan, tetapi apabila di luar kenderaan dia okey, begitulah sikap sesetengah daripada kita apabila berhadapan dengan komputer masing-masing.

Kita ada kemudahan berkomunikasi yang canggih-canggih, di kebanyakan tempat kita sudah boleh mengakses kemudahan ini. Tetapi yang menyalahgunakan kemudahan tersebut segelintir kita juga. Menggunakan ia untuk tempat melepas geram.

Bayangkan, kalau kita ada banyak lagi rangkaian laman web sosial seperti ini. Dan laman seperti ini akan terus wujud dan diberi penambahbaikan setiap masa. Sampai bilakah kita akan terus membaca perkara-perkara yang ‘merapu dan meraban’ seperti ini?
 
Oleh : Fauziah Arof

Saturday, March 10, 2012

Ubah Sikap Lebih Positif

KITA selalu mendengar orang berkata, perlu ada perubahan sikap untuk menghasilkan tingkah laku yang positif. Para pekerja selalu diingatkan untuk mempunyai sikap yang baik bagi memastikan prestasi dalam dunia kerjaya. Pelajar juga disuruh menyematkan diri dengan sikap terpuji bagi memastikan mereka berjaya.

Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai sikap? Mengapa pula sikap dikatakan sangat penting?

Ubah sikap
Secara umumnya, sikap adalah penilaian individu terhadap sesuatu perkara. Sesuatu perkara itu akan dinilai secara positif atau negatif bergantung kepada sikap seseorang. Dalam erti kata yang lain, sikap adalah permainan minda manusia. Sikap jugalah yang menghasilkan sesuatu tingkah laku.

Jadi, dalam keadaan normal untuk mengubah sesuatu tingkah laku, yang pertama harus diubah ialah sikap dahulu. Kita tidak mampu mengubah tingkah laku seseorang tanpa terlebih dahulu mengubah sikap mereka.

Misalnya, untuk mengubah tingkah laku merokok. Banyak kempen telah dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan tabiat merokok. Kempen itu sebenarnya adalah usaha untuk mengubah sikap.

Kempen yang baik harus bersungguh-sungguh menyemaikan idea bahawa merokok itu perbuatan buruk, membazir dan memudaratkan kesihatan. Dengan cara menimbulkan persepsi negatif terhadap perbuatan merokok misalnya, kita boleh menggalakkan seseorang itu berhenti merokok.

Kejayaan atau kegagalan untuk menyedarkan masyarakat untuk tidak merokok sebenarnya bergantung kepada sejauh mana berjayanya mengubah penilai individu terhadap tabiat merokok.

Para perokok biasanya mempunyai sikap yang positif terhadap rokok. Misalnya, mereka percaya bahawa dengan tidak merokok sekalipun, ada orang sakit jantung atau diserang penyakit. Perokok juga percaya bahawa dengan tidak merokok sekali pun, orang masih tidak mampu menabung. Semua ini adalah sikap.

Lantaran itulah, bagi mengubah tingkah laku manusia, yang perlu dilakukan adalah usaha mengubah sikap. Kita tidak akan mampu menghentikan banyak perkara buruk dengan terus melakukan proses perubahan tingkah laku.

Perubahan tingkah laku
Kita tidak boleh memaksa pelajar untuk mendapatkan skor yang baik dalam peperiksaan, kalau kita tidak mampu merubah sikap belajar mereka. Kita juga tidak akan berjaya menggalakkan budaya menjaga kebersihan kalau kita tidak mampu menyedarkan masyarakat bahawa membuang sampah di merata-rata tempat adalah perbuatan tercela.

Begitu jugalah kalau ingin mengubah tabiat memandu tanpa mengikut peraturan. Saman dan tindakan pihak berkuasa semata-mata tidak akan berjaya mengurangkan kesalahan lalu lintas sekiranya ada individu yang percaya bahawa dengan memandu laju mereka akan kelihatan lebih hebat atau mereka juga yakin bahawa kemalangan jalan raya hanyalah satu perkara yang telah ditakdirkan.

Apapun, kejayaan mengubah sikap manusia memungkinkan perubahan tingkah laku. Banyak perkara yang baik hanya bermula dengan sikap dan penilaian yang positif terhadap sesuatu perkara.-Kosmo

Friday, March 9, 2012

Cara-Cara Sederhana Temukan Kebahagiaan

KEBAHAGIAAN sifatnya sangat sederhana namun banyak orang yang sulit mewujudkannya. Padahal perkara yang kecil atau mudah sekalipun, kebahagiaan juga dapat diwujudkan.

Anda harus mencintai diri sendiri sebelum anda mencintai orang lain. Kalimat ini memang terdengar klise, namun benar adanya.Sebab, terdapat hubungan yang saling berkaitan antara kecintaan terhadap diri sendiri dengan kebahagiaan anda. Oleh itu, temukanlah kebahagiaan anda dengan melakukan beberapa hal seperti di bawah ini……

Kelilingi diri anda dengan orang-orang positif
Bergaulah dengan orang-orang yang berfikiran positif. Elakkan pergaulan dengan orang yang membawa anda ke dalam keadaan negatif dan sering mengeluh. Tenaga positif sukar menular ke dalam diri anda apabila anda sering gelisah.

Bersyukur
Selalu merasa kekurangan dari ketidakselesaan dalam bekerja dan menganggap buruk bentuk tubuh akan membawa anda ke dalam keadaan kesuraman. Untuk mengelakkan hal tersebut, syukurilah segala sesuatu yang anda miliki saat ini. Cara terbaik untuk melakukannya adalah tuliskan segala sesuatu yang anda miliki di dalam buku nota. Tuliskan apapun yang membuat anda merasa beruntung. Setelah anda melakukan hal ini selama beberapa hari, anda akan terkejut melihat semua hal yang terjadi pada anda. Lihat, ternyata banyak kebahagiaan dan kejayaan yang telah anda raih selama ini.

Perhatikan kebiasaan anda
Pada titik tertentu, anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap kebiasaan unik yang membuat anda tampil berbeza daripada yang lain. Anda mungkin berfikir, rambut keriting atau hal unik lain membuat anda tampak aneh, tetapi sifat-sifat ini sebenarnya boleh membuat anda lebih menarik, unik dan layak mendapat perhatian. Belajarlah untuk menghargai hal tersebut dan anda boleh menarik lelaki yang menghargai anda kerana anda tampil dengan seadanya.

Bersedekah
Merasa tidak dihargai? Jangan! Keluarlah dan bantu orang-orang yang memerlukan pertolongan anda. Hal tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara seperti memberi bantuan untuk anak yatim piatu atau bahkan bergabung di dalam kegiatan sosial. Melakukan sesuatu yang positif dapat membantu anda memeroleh kebahagiaan.

Anonymous

Thursday, March 8, 2012

Dilema Malam Pertama Isteri

UCAPAN salam sebagai pembuka tirai daripada seorang suami kepada isterinya membuatkan degupan jantung menjadi laju.

Itulah gambaran awal pada malam pertama bagi pasangan pengantin baru yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

Sudah semestinya dan rata-rata pasangan yang baru berkahwin mahukan malam pertama dapat dinikmati dalam suasana yang indah agar menjadi satu pengalaman yang paling bernilai dan sukar dilupakan.

Jika keluaran sebelum ini ada membincangkan mengenai dilema malam pertama suami, sebenarnya isteri turut mengalami keadaan yang sama.

Untuk itu, penulisan Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam buku yang bertajuk Adab Malam Pertama ada menyenaraikan lima dilema yang sering dihadapi isteri ketika menghadapi malam pertamanya.

* Perasaan Gemuruh
Ada ketikanya isteri gagal memainkan peranan ketika hendak memulakan hubungan seksual bersama suami.

Hal ini mungkin disebabkan si isteri tidak pernah melalui pengalaman melakukan hubungan seks jadi perasaan takut dan gemuruh menguasai diri si isteri.

Akibat daripada perasaan tersebut, secara automatiknya isteri akan mencerutkan pembukaan faraj dan ini membuatkan seolah-olah pintu faraj menghalang ketika penembusan hendak dilakukan.

Situasi akan menjadi baik sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri sedar akan perkara itu dan sama-sama memainkan peranan masing-masing ketika hendak melakukan hubungan seksual.

* Kesakitan
Seandainya isteri berasa gemuruh kerana tidak biasa berdepan dan melakukan hubungan seks, isteri tidak akan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada suami.

Dalam keadaan sedemikian, isteri tidak akan dapat mengawal pembukaan faraj ketika suami ingin menyalurkan ereksi.

Ketika itu keadaan faraj akan kekal tertutup serta mencengkam-cengkam tanpa kawalan kerana berasa sakit akibat ereksi suami berulang kali mencuba untuk menembusi faraj isteri.

* Tidak dapat menyesuaikan diri
Dalam keadaan perasaan isteri tidak biasa dengan suasana baru, secara automatiknya faraj akan mencengkam-cengkam.

Keadaan faraj mencengkam tanpa kawalan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’ atau cengkaman.

Istilah Melayu pula dikenali sebagai ‘mati pucuk malam pertama’.

Apabila isteri menyedari bahawa dia perlu memainkan peranan dan perlu melegakan kemutan dengan cara tidak mencengkamkan pembukaan faraj, maka keadaan akan menjadi pulih.

Selain itu, boleh juga bagi isteri melembapkan pembukaan faraj dengan jeli pelicin atau cecair pelincir untuk memudahkan sentuhan pertama itu.

* Tidak Selesa
Ada ketikanya isteri mengalami perasaan tidak selesa ketika ereksi suami tersalur ke dalam faraj isteri.

Hal ini disebabkan isteri masih belum tahu cara untuk menggunakan faraj dan mengawal pembukaan faraj.

Dalam keadaan tidak selesa dan cemas itu, faraj akan menjadi kesat kerana kekurangan cecair pelembap.

Puncanya disebabkan oleh pengeluaran adrenalin dalam darah mengurangkan pengeluaran pelembap mukosa faraj. Keadaan ini dikenali sebagai superficial dispareunia.

* Kurang Keyakinan
Apabila isteri dapat mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya dan atas dorongan serta tunjuk ajar suami, perasaan kurang yakin isteri akan dapat diatasi.

Dengan keyakinan diri yang diperoleh itu maka isteri akan lebih pandai mengawal otot farajnya dengan baik.

Jadi isteri akan dapat menyalurkan ereksi suami ke pembukaan faraj secara sempurna dengan melegakan pembukaan faraj (kemutan).

Kesan positifnya ialah isteri dapat memudahkan dan memberi ruang ereksi suami masuk juga bergerak dalam faraj dalam keadaan selesa dan sempurna.

Oleh itu barulah pasangan suami isteri dapat menghayati nikmat sentuhan intim dan mencapai kepuasan bersama pasangan.

Intim@utusan malaysia