Saturday, March 3, 2012

Ciptakan Seni Bercinta Yang Hebat Di Rumah

INGINKAN mencipta agenda bercinta luar biasa di rumah? Jika ya, beberapa cara di ini boleh menjadi rujukan.

Perlakuan bercinta yang luar biasa tak perlu dilakukan di tempat yang istimewa. Di rumah sekalipun, anda boleh mencipta agenda bercinta yang tak kalah hebatnya. Kuncinya, anda perlu menyiapkan beberapa penunjang yang membuat acara bercinta menjadi dahsyat......

Alihkan dunia anda sementara waktu
Ketika bercuti, secara psikologi anda meninggalkan kehidupan sehari-hari sementara waktu sehingga boleh berehat dan bersenang-senang. Dalam sesi bercinta pun hal tersebut boleh anda terapkan. Sebagai permulaan, matikan telefon bimbit dan pelbagai gadget yang anda miliki ketika bercinta.

Titipkan anak-anak pada orang tua
Biarkan anak-anak menikmati hiburan bersama "baby sitter" atau ibu bapa anda. Inapkan mereka di rumah nenek dan datuk untuk satu hari. Ini adalah permulaan yang baik untuk membuat privasi rumah sepenuhnya anda kuasai. Dengan demikian, anda berdua pun akan menjalani masa-masa bercinta dengan sepuasnya.

Tukar pemandangan rumah
Menghias rumah adalah salah satu cara terbaik untuk membuat "mood" bercinta boleh timbul dengan baik. Nyalakan cahaya lilin aromaterapi dan tetapkan beberapa lagu seksi dan romantis. Setelah itu, bergeraklah lincah ke arahnya dan lakukan permainan seks dengannya, bermula dari menjelajah bilik tidur, bilik tetamu, dapur, bilik mandi dan sebagainya.

Tidur lebih awal
Jika malam ini masih terasa lelah atau penat, biarkan anda berdua melewati rehat tidur lebih awal. Pagi harinya, anda baru dapat melangsungkan permainan panas dengannya seharian penuh.

Lakukan beberapa gerakan erotis
Jangan ragu-ragu cuba kedudukan dan permainan seks yang belum pernah anda cuba. Ciptakan perlakuan panas bersamanya sehingga acara bercinta menjadi sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Anonymous

No comments:

Post a Comment