“Kalau bukan anti-Melayu kenapa enggan sokong (Perkara) 153 dan hak Bumiputera?”
Demikian persoalan dilontarkan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Datuk Seri Ramesh Rao susulan dakwaan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, kononnya DAP bukan diasaskan untuk menentang orang Melayu.
Terdahulu, dalam sebuah program khas bersempena ulang tahun ke-55 DAP yang berlangsung secara dalam talian, Anthony berkata, perlembagaan serta asas perjuangan parti itu tidak sama sekali mencerminkan yang DAP anti terhadap kaum Melayu atau mana-mana kaum.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, sentimen atau pandangan berkenaan hanya sekadar tohmahan yang dilempar bagi memburukkan imej DAP kepada masyarakat.
Dakwanya, cerminan buruk yang diberikan terhadap DAP adalah propaganda yang menyatakan bahawa parti itu merupakan lawan buat masyarakat Melayu.
Atas dasar itu, Ramesh mempersoalkan mengapa DAP tidak memberi jawatan tertinggi dalam DAP kepada kaum Cina dan India.
“Kenapa tak galak (orang) Cina masuk polis dan tentera?
“Kenapa enggan tegur Cina yang kerap hina Raja-Raja Melayu dan yang perlekeh Perlembagaan negara?,” soalnya.
Pada masa sama, Ramesh yang juga bekas ahli DAP mendesak parti itu fokus dalam membantu negara.
“Kurangkan sentimen perkauman dan budaya menghasut,” tegasnya. - ismaweb.net
No comments:
Post a Comment