nuffnang

Sunday, March 31, 2019

Apabila Kiasu Terlampau....

CLP: Kenapa terlalu gopoh iktiraf UEC?
Pengiktirafan diberikan kepada lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) disifatkan sebagai tindakan gopoh yang tidak menghormati sensitiviti rakyat terutama orang Melayu.

Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong malah menegaskan kenyataan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB), Tommy Thomas yang juga Peguam Negara sebagai mengejutkan dan boleh mengelirukan masyarakat.

Tegas Kok Seong, Tommy seharusnya lebih sensitif kerana UEC masih lagi berada dalam kajian dan pertimbangan kerajaan untuk diiktiraf.

“Sebelum ini hanya ada satu aspek dalam UEC sahaja yang diterima iaitu berhubung kemasukan ke institut pendidikan guru (IPG), itu pun untuk opsyen bahasa Cina dan melalui beberapa syarat lain yang ketat.

“Jadi, mengiktiraf UEC dalam CLP ini saya lihat tindakan yang gopoh. Kerajaan dan Tommy seharusnya lebih berhati-hati dengan menjaga sensitiviti umum kerana perkara ini ada kaitan dengan keharmonian sosial,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Tommy dalam kenyataan berkata CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk tujuan tersebut mulai 1 Januari 2021.

Sumber : http://www.utusan.com.my

Dasar Bumi Hangus

Terma bagi strategi ketenteraan iaitu “Dasar Bumi Hangus” yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong untuk menggambarkan kerjasama antara PAS dan UMNO ini sebenarnya adalah satu dasar yang parti DAP tidak pernah hentikan walaupun mereka telah membentuk kerajaan.

Ramai beranggapan strategi yang digunakan DAP selama ini bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional – yang ternyata akhirnya berjaya dilaksanakan, hanya digunakan sebagai strategi sebelum PRU-114.

Tetapi sangat jelas DAP mengamalkan dasar ini sebagai strategi jangka panjang, dengan memainkan sentimen perkauman melampau sejak sekian lama, menyuburkan fitnah dan mencipta persepsi serta pembunuhan karakter demi menjatuhkan musuh politiknya.

Ini termasuk memanipulasi dan membangkitkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kaum Melayu dan dibantu oleh kejayaan mereka ‘berkahwin’ dengan musuh tradisi mereka sendiri iaitu Tun Mahathir dan partinya Bersatu sebagai pelengkap kepada dasar ini.

Hakikatnya, setelah UMNO dan Barisan Nasional dikalahkan pada PRU-14 kira-kira 10 bulan lepas, DAP berterusan melaksanakan Dasar Bumi Hangus ke atas negara ini dan mereka tidak pernah berhenti sesaatpun dalam mengamalkan dasar tersebut.

Melalui cara dasar ini dipraktikkan, mereka menjarah harta-harta dan aset negara yang berkesempatan mereka temui sepanjang memerintah dengan menumpukan terhadap aset dan harta Melayu Islam termasuk Tabung Haji.

Dasar ini sedang dan bakal menguntungkan DAP dalam apa jua cara sekalipun meski mereka berkemungkinan akan kalah pada PRU-15 kerana semakin ditolak rakyat terutamanya Melayu dan Bumiputera.

Maka mereka melipatganda usaha ‘membumi-hanguskan’ negara dengan pelbagai cara, sama seperti teori asas kepada dasar itu sendiri, bezanya kini ia berlaku dalam senario peperangan politik dan kuasa.

Oleh kerana itu setelah mengambilalih kerajaan dan mengetahui hakikat kekayaan negara, sehingga kini DAP berteruskan mengamalkan Dasar Bumi Hangus ini sehingga bumi Malaysia ini akan benar-benar ‘hangus’ dan kekeringan sumbernya sehingga PRU-15.


Ketika itu yang akan mendapat keuntungan besar ialah DAP apabila pelbagai kekayaan negara sebelum ini telah berjaya dialih keluar, antaranya melalui REIT, PSV, bantuan dana ke pendidikan swasta dan juga menjual pelbagai aset ke Singapura.

Ketika itu kalah menang sudah tiada ertinya lagi, negara sudah kontang hasil dan bertimbun hutangnya, manfaat maksima hanya dinikmati oleh mereka yang berkuasa dan sebaliknya rakyat tidak menikmati manfaat yang sama malah berterusan ditekan dan ditindas.

Kumpulan yang menang mengatasi DAP dan sekutunya kemudian akan berhempas pulas dengan sumber dan baki rizab kontang yang ada, di mana sebahagian besarnya telah dialih keluar, dijual atau disalurkan ke pihak lain secara sistematik.

Seperti pengamalan Dasar Bumi Hangus itu sendiri apabila sebuah pasukan tentera sebelum berundur dari medan peperangan, sebarang bangunan, penempatan, peralatan ataupun sumber yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan, akan dimusnahkan lebih awal dengan apa cara sekalipun agar tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan apabila mereka mengambil alih kelak.

Justeru rakyat seluruhnya tanpa mengira agama dan warna kulit, perlu bangkit menolak DAP dan Pakatan Harapan, sebelum matlamat mereka tercapai untuk ‘membumi-hanguskan’ negara.

https://www.editormalaysia.com/8559/
https://inforakyatkini.blogspot.com/2019/03/

Thursday, March 28, 2019

Bila Dinda Patah Hati

SEBENARNYA kalau Datuk Seri Ronald Kiandee bermaruah dia akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana sudah melompat ke parti Bunga.

Kenapa dia mahu kekal sebagai Pengerusi PAC? Mesti ada deal baharu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Begitu juga Dr. Mahathir. Kenapa kekalkan Ronald Kiandee walaupun bercanggah dengan janji pilihan raya.

Jawapan Tun M membuktikan isu morally wrong tidak berbangkit. Dia memang mahu memungkiri janji. Pada beliau janji pilihan raya tidak terikat dengan undang-undang.

Sebab itu janji boleh dimungkiri. Justeru, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kempunan untuk jadi Perdana Menteri. Ia cuma janji untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak terikat dengan undang-undang. Dr. Mahathir tidak gusar apabila Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai anggota PAC. Ahli Parlimen pembangkang juga telah meletak jawatan. Elok pembangkang tidak sertai PAC sebagai protes. Tetapi apakah muslihat Dr. Mahathir mengekalkan Ronald Kiandee? Apakah beliau mahu PAC-IMDB 2.0 yang sedang berlangsung sekarang mengikut telunjuknya. Terutamanya dalam kes kononnya laporan akhir Ketua Audit Negara kepada PAC telah dipinda. Tan Sri Ambrin Buang dengan berani mendedahkan bahawa dakwaan Tan Sri Dr. Madinah Mohamad kononnya laporan akhir 1MDB telah dipinda adalah tidak benar kerana yang dipinda itu hanya merupakan ‘draf awal’.

Beliau menegaskan tidak ada sesiapa yang mempengaruhinya dan tidak ada pindaan dibuat kepada laporan terakhir yang dihantar kepada PAC pada 4 April 2016.

Tegas beliau, tidak ada laporan akhir versi lain. Semua di dalam kawalan beliau. Apakah kerana penjelasan Ambrin itu menyebabkan Peguam Negara terpaksa meminda pertuduhan ke atas Najib daripada meminda laporan terakhir Audit Negara untuk PAC kepada meminda draf awal laporan. Bekas Ahli Parlimen Kepong yang juga bekas Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw telah mencabar Yang Berhormat Wong Kah Woh (DAP) supaya membuktikan tuduhan itu.

Kononnya laporan Audit Negara dalam isu 1MDB (PAC-1MDB 1.0) telah dipinda/diubah atas arahan orang tertentu. Kesimpulannya, penubuhan PAC 2.0 untuk menyiasat kes 1MDB bermotif politik.

Mengekalkan Ronald Kiandee yang sudah menyertai PPBM juga bermotif politik. Konsep morally wrong tidak ada dalam kamus Dr. Mahathir.

Tindakan Nurul Izzah meletak jawatan adalah penyesalan terbuka. Mesej Izzah ialah jangan percaya kepada diktator.

Kelak ia boleh jadi rosak dan huru hara. Maka Dinda pun akhirnya patah hati.

MOHD. PUAD ZARKASHI
Johor Bahru

Wednesday, March 27, 2019

Tewas Perangi Rumah Urut?


CERITA mengenai operasi rumah urut haram yang menawarkan khidmat pelacuran tidak akan habis sampai bila-bila pun. Sekali fikir tak ada guna pun berbincang mengenai isu ini kerana tidak ada kesudahan. Bertahun- tahun isu ini dibangkit, diperkata, dibongkar dan dibincangkan dalam pelbagai platform dan forum termasuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, pengakhirannya tetap sama, gagal!

Isu rumah urut jadi rumah pelacuran ini sudah semakin ‘dekat’ dengan masyarakat. Dekat dalam erti kata premis-premis tersebut bukan sesuatu yang asing lagi sebaliknya menjadi satu pemandangan biasa pada hari ini. Kalau dahulu hanya di bandar-bandar besar, sekarang di pekan kecil dan terpencil malah di tepi hutan kelapa sawit sekalipun sudah ada. Galak sungguh cara membiaknya persis cendawan selepas hujan. Pusat-pusat ini dibuka secara terang-terangan atau berselindung di sebalik nama perkhidmatan kesihatan yang `baik-baik’ seperti refleksologi kesihatan, pusat kesihatan kaki dan macam-macam lagi. Masyarakat pula sudah tidak rasa terkejut atau ‘malu’ dengan kehadiran premis-premis sedemikian.

Kalau nak dihitung, tak terkira banyak operasi pembanterasan dilaksanakan, tetapi macam itu jugalah. Hari ini disita, esok tak beroperasi, lusa tutup atau seminggu tutup, selepas dua minggu dibuka balik macam biasa. Maka berkeliaran dan mundar -mandir semula gadis-gadis pelayan pelanggan dan bapa-bapa ayam di kaki lima dan depan pintu masuk premis masing-masing. Gadis-gadis genit ini dengan wajah ceria dan penuh keramahan menyapa sesiapa sahaja yang lalu lalang walaupun bahasa pertuturannya sama ada dalam bahasa Melayu dan Inggeris lintang pukang petanda yang mereka sah-sah bukan rakyat tempatan.

Salah satu sebab kenapa aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau pusat kesihatan ini terus kukuh dan teguh sehingga ke hari ini ialah kerana perniagaan ini sudah menjadi satu industri besar yang amat menguntungkan di Malaysia. Perkembangannya pula bebas dan tidak ada sekatan. Oleh sebab perusahaan ini cepat berkembang, tenaga kerjanya pula dimport dan bertaraf internasional. Ada dari Asia, Asia Tengah dan Eropah.

TIDAK DIGANGGU
Banyak hartawan dan jutawan lahir daripada industri ini. Sektor yang berkembang pesat ini sudah tentu turut menyumbang pendapatan agak besar kepada negeri dan negara dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. ‘Banyak’ pihak memperoleh untung daripada industri ini. Dengar-dengarnya segelintir kakitangan agensi penguat kuasa pun dapat merasa sedikit nikmat daripada perkembangan pesat perusahaan ini. Justeru perniagaan ini tidak seharusnya diganggu. Rugi besarlah kalau industri yang memberi manfaat kepada banyak pihak diusik.

Oleh kerana industri ini terlalu `subur’ bukan sesuatu yang menghairankan kalau sesetengah bandar di Malaysia ini sudah diberi julukan `Patpong’- kawasan lampu samar atau daerah pelacuran yang sangat popular di sebuah negara jiran. Gelaran daerah pelacuran tidak akan diberikan kalau hanya ada satu atau dua rumah urut yang menawarkan khidmat pelacuran. Sudah tentu jumlahnya banyak. Sudah tentu juga ada tertanya-tanya kenapa begitu subur sekali rumah-rumah maksiat sedemikian. Tak perlu bertanya kerana semua orang sudah dapat menduga jawapannya. Yang paling jelas, pihak berkuasa dilihat tewas dalam perang menentang aktiviti ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri mengenal pasti rasuah sebagai salah punca utama aktiviti haram ini terus `hidup subur mewangi’. Aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik nama perkhidmatan urut dikatakan dikawal oleh sindiket yang menyogok pihak tertentu untuk melindungi perusahaan ini. Apabila sudah bertaraf industri, kegiatan rasuah ini sudah tentu melibatkan banyak pihak dan peringkat, bukan satu dua pihak sahaja. Jumlah sogokan atau wang perlindungan juga pasti besar dan bukan biasa-biasa.

Mereka yang terlibat dengan industri ini pula tidak pernah serik-serik walaupun sudah banyak kali ditangkap dan didakwa serta tindakan penyitaan harta benda dilaksanakan.

Malah mereka boleh dikatakan semakin berani. Kenapa menjadi berani sehingga sedemikian? Berani kerana barangkali hukuman tidaklah keras sangat dan kadar denda pula mampu bayar.

Mungkin juga berani kerana selama ini mereka selesa dipayungi dan dilindungi oleh pihak tertentu yang terlibat secara langsung dalam ‘industri’ ini.

Bukan juga kerana kerajaan tidak bertindak. Malah menerusi pelbagai agensi penguatkuasaan pihak berkuasa sudah melakukan apa sahaja bagi membanteras industri yang sudah membarah ini. Kesungguhan kerajaan bagaimanapun masih tidak cukup.

Beberapa cadangan SPRM bagi membanteras industri ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana banyak cara dan tindakan penguatkuasaan sebelum ini tidak memberikan apa-apa kesan.

Cadangan agar Akta Pengubahan Wang Haram digunakan secara menyeluruh ke atas pemilik, orang tengah, syarikat dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan cara membekukan semua akaun mereka memang wajar dilaksanakan. Kalau ini cara paling berkesan laksanakanlah.

Memang sesuatu yang menyedihkan apabila setelah berpuluh-puluh tahun berjuang dengan sekian banyak tenaga dan wang ringgit dihabiskan, perang ke atas rumah urut yang menjadi sarang pelacuran masih tidak memberi hasil kemenangan. Harapnya bila si pelaku atau pesalah sudah hilang segala harta benda dapat menginsafkan mereka dan menakutkan si perasuah dan penerima rasuah lain. Masalahnya akan insafkan mereka ini?

Sudah tentu juga ada tertanya-tanya kenapa begitu subur sekali rumah-rumah maksiat sedemikian. Tak perlu bertanya kerana semua orang sudah dapat menduga jawapannya. Yang paling jelas, pihak berkuasa dilihat tewas dalam perang menentang aktiviti ini.
- kopi panas

Saturday, March 23, 2019

‘Musang’ Dalam Liberalisme Agama


ORANG tua-tua kita sangat bijaksana dalam memberikan gambaran terhadap sesuatu. Misalnya mengenai musang yang membawa maksud musuh yang jahat. Musang berbulu ayam pula yang menyamar dan membuat onar dari dalam kelompoknya.

Musang jenis ini banyak wujud dalam masyarakat kita. Kini sesetengah musang itu adalah mereka yang balik dari di Asia Barat sambil menggonggong segulung kertas (baca ijazah). Mendepa berjalan bila ada ‘kertas’ dari Asia Barat, mufti pun boleh kalah kalau tengok dari lagaknya.

Disebabkan ada ‘kertas’ dari Asia Barat maka semua hal-hal asas mengenai Islam di negara ini tidak betul pada pandangannya.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan cuba diubah. Kedudukan eksklusif Islam dalam Perlembagaan bertentangan dengan sifat kemajmukan daripada sudut kaum, budaya dan agama, kata musang-musang ini.

Dalam bahasa mudah difahami, musang ini adalah liberalis Islam. Sekadar memakai topeng Islam tetapi dalam banyak perkara mereka dikuasai pemikiran liberal, termasuk mengenai Islam.

Demikianlah cara musang memperalatkan kebebasan bersuara yang dijanjikan kerajaan. Sambil menggonggong ‘kertas’, mereka pun menulis sekian banyak makalah menyebarkan pandangan sambil mengkolotkan institusi Islam di negara ini.

Mesti ditulis, selepas nama kena sebut juga dari universiti mana dan apa jenis kertasnya. Terloponglah orang yang tersihir dengan ‘kertas’.

Dengan ‘kertas’ tadi mereka pun lantang perjuangkan terma ‘kebebasan beragama’ iaitu menuntut agama lain juga bebas disebar seperti Islam.

Malah menganggap ulama-ulama yang tidak selari sebagai kolot dan menyuntik perpecahan dalam kalangan rakyat pelbagai agama.

Musang-musang inilah yang memberikan gambaran bahawa ajaran Islam yang diamalkan di negara kita selama ini adalah keras, tiada toleran dan menutup pintu untuk ‘berkasih sayang’ dengan bukan Islam. Seolah-olah punca perbalahan datang daripada Islam.

Tetapi sifat ‘kemusangan’ tidak dapat disembunyikan apabila secara berterusan memberi gambaran bahawa umat Islam negara ini mudah melatah dengan isu yang menyentuh Islam. Tetapi mereka berdiam diri apabila sesetengah pihak memprovokasi Islam.

Sebaliknya bersikap terbuka apabila bukan Islam menganjurkan pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Kuala Lumpur.

Mereka menganggap penganjuran seperti itu salah satu ciri meraikan kebebasan beragama yang kita anuti, tetapi sebenarnya semua agama menolak LGBT.

Kerana itulah apabila imej salib dibina setinggi bangunan sepuluh tingkat di Pulau Pinang, kata mereka, salib tidak menggugat akidah umat Islam.

Pandangan sedemikian pula adalah selari dengan sesetengah pemimpin beragama Islam menjaga pengaruh di pasaran politik bukan Islam. Musang-musang ini juga menyerang majlis agama di negeri-negeri dan segala usaha membendung penyebaran agama lain, termasuk ajaran sesat serta fahaman songsang kerana dianggap tidak merai perbezaan beragama.

Hujah mereka, pendekatan institusi Islam sangat keras dan boleh menimbulkan konflik terhadap fahaman agama yang berbeza. Oleh kerana itu disarankan supaya lebih berlembut dan tidak boleh sama sekali menuduh agama lain tidak betul.

Daripada hujah musang-musang ini, kesimpulannya semua institusi berkaitan Islam - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan banyak lagi tidak meraikan kebebasan beragama iaitu membolehkan agama lain disebar seperti Islam.

Sudut pemikiran mereka yang liberal ini sangat selari dengan Barat yang menganggap ajaran Islam menjurus kekerasan, kasar, ganas dan melanggar hak-hak asasi. Demikianlah mudahnya Barat mendapat sokongan para liberalis dalam kalangan Islam.

Mereka memakai topeng Islam kerana sesetengah daripada kita mudah tersihir dengan topeng.

Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Wednesday, March 20, 2019

Singa, Todak Di Temasek

‘Hujan Emas’ ini datangnya daripada pepatah ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...’ Jelaslah, ruangan ini bertumpu pada hal luar negeri, baik lama mahupun terkini, yang ada implikasi kepada kita.

Singapura kini lebih dikenali dengan panggilan Singapore. Rujukan Singapura hanya kuat ketrampilannya dalam lagu kebangsaannya ‘Majulah Singapura’.

‘Singapore’ diturunkan dari lidah Inggeris. Antaranya Inggeris menukarkan Bengaluru kepada Bangalore di India.

Rata-rata orang Singapura kini lebih berbahasa Inggeris. Mendiang Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura memberitahu saya dalam satu perjumpaan di Kuala Lumpur pada 2001.

Katanya, beliau tidak lagi berpidato dalam bahasa Melayu walaupun beliau berupa pemidato terbaik dalam Perjumpaan Setiakawan Malaysia di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur pada tahun 1962. “Saya tidak ada peluang,” katanya.

Saya tidak mahu mendalami maksud jawapan beliau itu, tetapi memadai ia tinggal begitu saja. Kuan Yew dalam tahun 1950-an pernah menjadi peguam syarikat Utusan Melayu ketika beribu-pejabat di Singapura.

Beliau dan orang nombor satu Utusan, Yusof Ishak, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Singapura, serta A. Samad Ismail, seorang editor Utusan, berkawan baik.

Nama parti pemerintah Singapura, People’s Action Party (PAP) ialah terjemahan dari Parti Tindakan Rakyat (ringkasnya, PETIR). Justeru lambang PAP ialah petir. Adik Presiden Yusof yang bernama Rahim Ishak dilantik oleh Kuan Yew sebagai seorang menteri. Maka dua beradik itu menjadi tokoh Singapura pada suatu masa.

Air tidak sentiasa tenang. Anak perempuan Rahim berhijrah ke Australia, menjadi seorang profesor di sebuah universiti di sana.

Beliau berucap dalam sebuah majlis anjuran Institut Terjemahan Negara beberapa tahun dahulu. Jelas sekali beliau terkilan terhadap ciri-ciri tertentu di Singapura.

Walaupun berpakaian sopan dan tutup aurat, namun budaya Singapura bertaut pada dirinya - tidak fasih berbahasa Melayu.

Untuk sekian lama majalah khas Penerbangan Singapura (SIA) menceritakan sejarah ‘Singapore’ hanya bermula apabila Stamford Raffles mengasaskannya pada tahun 1819. Sultan Hussein dari takhta Riau-Johor yang memajakkan Singapura kepada British bagaikan tidak wujud.

Nama Temasek yang mendahului Singapura tidak pernah berdenting. Kini Temasek hanya nama badan pelaburan ulung Singapura. Pupuslah kisah bahawa Singapura timbul sebab seorang raja nampak seekor singa melintas seimbas di hadapannya. Maka pura yang dimastautini raja itu dicantumkan dengan singa. Jadilah ia pura singa, yang akhirnya jadi singa-pura.

Bila pula todak melanggar Singapura, tidaklah diketahui. Tentunya ia hanya cerita teladan. Kebijaksanaan boleh berada pada sesiapa. Dalam dongeng ini, seorang budak terbukti lebih bijak daripada orang dewasa yang goblok.

Kini Singapura berbangga sebagai sebuah negara kaya. Ia adalah pusat ilmu. Terdapat tumpuan industri elektronik tanpa memerlukan tanah yang luas. Persahabatan erat Singapura dan AS faktor besar kekayaan Singapura.

Galakan dan kemudahan AS menjadikan Singapura sebuah pusat kewangan penting dunia. Angkatan Laut Asia-Pasifik AS berlabuh dalam perairan Singapura. Siap siaga.

Namun iklan promosi Singapura di TV antarabangsa mengusik kepekaan Malaysia: ‘Ketika kita ditendang keluar dari Malaysia, kita dikatakan tidak mampu hidup lagi...’ Soalnya, siapa yang kata?

Pada hakikatnya, Singapura dan Malaysia adalah ibarat aur dengan tebing.

Tuesday, March 19, 2019

Pakatan: Parti Islam Tak Boleh Bertahaluf Dengan Kafir

Melayu sekarang tidak lagi merdeka dalam memilih cara pemerintahan dan tidak bebas menentukan masa depan sendiri
PUTRAJAYA, 9 Rejab 1440H – Mana-mana parti atau gerakan Islam tidak boleh bertahaluf dengan orang kafir dalam keadaan orang bukan Islam lebih dominan dalam pakatan itu, kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, ini kerana tahaluf berkenaan akan membawa orang kafir berkuasa ke atas orang Islam yang jelas bercanggah dengan nas yang nyata.

“Mahu tidak mahu segalanya telah berlaku, fitnah dan kerosakan yang besar.

“Umat Islam dan orang Melayu di negara ini memerlukan keazaman yang tinggi dan gagasan yang besar untuk mengangkat masyruk siasi Islami (agenda politik Islam) dan mempromosi wacana politik berteraskan agama dan kepentingan umat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Amir sempena Mesyuarat Agung Isma Ke-16, yang berlangsung di Hotel Everly, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah Zaik berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah membawa perubahan besar kepada landskap politik, kerana hakikatnya ia mengakhiri pemerintahan Melayu dan Islam di negara ini.

“Apa yang berlaku ialah pemerintahan yang didominasi oleh kaum lain atau boleh saya katakan pemerintahan ‘DAP by proxy’. Segala indikator menunjukkan bahawa negara menjurus kepada pemerintahan berasaskan kaum.

“Ada negeri akan diperintah oleh kaum Cina, ada negeri diperintah oleh Melayu (UMNO atau PAS) dan ada negeri diperintah oleh Cina melalui proksi,” katanya.

Atas rasa tanggungjawab, beliau mencadangkan supaya gagasan politik membentuk integrasi nasional melalui pendidikan satu aliran, selain membentuk semula rancangan pembangunan Malaysia berasaskan imbangan ekonomi yang adil.

“Saya juga mencadangkan supaya kita merangka konsep tadbir urus negara ala Malaysia berkonsepkan siyasah Syariyyah mengikut prinsip Maqasid Syariah.

“Mengamalkan pentadbiran berasaskan undang-undang ‘rule of law’, memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perdagangan, teknologi, perundangan dan perpaduan serta menjamin kebebasan beragama dan adat resam bangsa lain berlandaskan Perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, beliau meluahkan rasa terkilan terhadap nasib orang Melayu hari ini, yang disifatkan tidak lagi merdeka dalam memilih cara pemerintahan mereka, dan tidak bebas menentukan masa depan sendiri.

Lebih menyedihkan, beliau berkata, bangsanya itu kini menjadi ‘bangsat’ mengemis secebis kehidupan tanpa menghiraukan lagi identiti, maruah dan masa depan bangsa Melayu.

Beliau berkata, semua itu berpunca daripada kesilapan mengadapatasi fahaman sosialis liberal dalam pemerintahan negara, selain mendukung dasar pro-kapitalis dan menolak Islam dalam pembinaan sistem serta landasan pembangunan peradaban negara.

Bagaimanapun katanya, beliau melihat ancaman keruntuhan Islam dan bangsa Melayu yang berlaku hari ini, bukanlah baru bermula selepas 9 Mei lalu.

Sebaliknya, mengakui ia adalah akibat daripada kecelaruan pendirian dan kesalahan dasar yang berlaku sejak awal kemerdekaan negara lagi.

“Oleh itu, Isma tidak menghadkan pandangan politik dan agenda islahnya dalam lingkungan percaturan politik semasa semata-mata. Perkara sebenar harus diperkatakan tanpa bermuka-muka.

“Kita bercakap tentang bahaya DAP, evangelist, sekularis, liberalis, perang proksi Amerika, China dan sebagainya, tetapi kita sedar bahawa kemusnahan yang berlaku pada hari ini bukan bermula hanya selepas PRU ke-14, tetapi permulaannya lebih awal dari itu, hasil dari perbuatan tangan-tangan pemimpin Melayu sendiri,” katanya.

Dalam Ucapan Dasar beliau sempena Mesyuarat Agung Ke-16 Isma hari ini, Abdullah Zaik berkata, kesan yang kini ditanggung orang Melayu berpunca daripada sikap puak anglophile Melayu kerana bertanggungjawab melanjutkan dasar-dasar penjajah dan membunuh agenda perjuangan bangsa.

Katanya, golongan anglophile ini jugalah yang mengambil kesempatan atas kemiskinan orang Melayu untuk membeli mandat daripada mereka dan menggunakan kepercayaan itu untuk kepentingan peribadi serta keluarga.

“Keadaan hanya akan berubah dan orang Islam akan selamat hanya apabila mereka mengambil langkah komprehensif menebus kedaulatan agama dan bangsa mereka dengan kembali kepada Islam.

” Membangunkan negara berasaskan kepada akidah dan mencari kemajuan mengikut falsafah peradaban sendiri. Untuk tujuan itu semua, kita terlebih dahulu hendaklah menamatkan ancaman pemerintah yang dikuasai bukan Islam yang rasis.

“Kemudian, kita perlu menyatukan orang Islam dan Melayu atas dasar akidah dan seterusnya kembali kepada kerangka peradaban kita yang tersendiri. Langkah ini sahaja yang akan menebus kembali kedaulatan agama dan bangsa di tanah air kita ini,” katanya. - www.ismaweb.net

Saturday, March 16, 2019

Jumaat berdarah di Christchurch

‘Misteri’ tulisan putih pada senjata suspek
WELLINGTON – Pembunuh kejam yang melakukan serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch menulis inspirasi ‘nama-nama pejuang’ pada senapangnya.

Portal Daily Mail melaporkan, antara inspirasi itu adalah nama-nama tokoh sejarah yang berperang dengan empayar Uthmaniyah.

Nama-nama yang ditulis dengan warna putih pada senjata yang digunakan pelampau kulit putih rakyat Australia itu, Brenton Tarrant, 28, boleh dilihat ketika dia membuat serangan secara ‘live-stream’.

Pemeriksaan nama tersebut mendedahkan kepada obse­sinya dengan tokoh-tokoh sejarah yang bertempur melawan empayar Uthmaniyah.

1. Dmitry Senyavin - Laksamana Rusia yang berperang melawan Turki termasuk Pe­rang Russo-Turki (1787-1792) dan Perang Rusia-Turki (1806-12).

2. Serban Cantacuzino - Bekas Putera Romania yang menyerang Constantinople dan mengge­rakkan Uthmaniyah keluar dari Eropah.

3. Marko Miljanov - Jene­ral Montenegrin yang berjuang dalam beberapa kempen melawan Uthmaniyah.

4. Stefan Lazarević - Putera Serbia yang bersahabat de­ngan Uthmaniyah sebelum membebaskan negaranya da­ripada empayar tersebut dan menjadi negara merdeka.

5. Edward Codrington - Laksamana British yang bertempur dalam Perang Napoleon. Dia juga berperang mela­wan orang Turki dan Mesir semasa Perang Kemerdekaan Yunani.

6. Marco Antonio Bragadin - Pegawai Republik Venice yang mengetuai perang apabila Turki menyerang Cyprus.

7. Ernst Rüdiger Starhemberg - Ahli politik nasionalis Austria dan pemimpin pertubuhan Frontland Front.

Antara inspirasi yang dica­tatnya adalah:

1. For Rotherham - Meru­juk kepada skandal penderaan seksual kanak-kanak Rotherham.

2. Alexandre Bissonnette - Penjenayah yang melakukan serangan bersenjata di Masjid Quebec pada Januari 2017.

3. Luca Traini - Ekstremis Itali yang menembak enam pendatang Afrika di Macerata pada Februari 2017. Dia ditangkap ketika membuat tanda hormat Hitler dengan bendera Itali di bahunya.

4. Pertempuran Nauplia 1770 - Pertempuran kecil semasa Perang Rusia-Turki (1768-1774) antara armada kecil Rusia dan penyokong Uthmaniyah yang lebih besar.

5. Bajo Pivljanin - Dilahirkan di bawah pemerintahan Uthmaniyah dan melawan bekas raja-raja dan akhirnya terbunuh dalam peperangan.

6. Pertempuran Belgranica, 1913 - Pertempuran Perang Balkan Kedua ketika Bulgaria menyerang bekas sekutu Serbia dan Yunani. Uthmaniyah mengeksploitasi keadaan untuk merampas kembali wilayah lama dari Bulgaria.

7. Putera Fruzhin - Seorang bangsawan Bulgaria yang berperang melawan penaklukan Uthmaniyah.

8. Sebastiano Venier - Ke­tua Republik Venice yang bertempur melawan Turki semasa Perang Uthmaniyah-Venice Keempat (1570-1573).

9. Kapal Shipka - Sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam Perang Rusia-Uthmaniyah (1877-1878).

10. Novak Vujosevic - Bertempur dalam perang Fundina untuk Pemerintahan Montenegro melawan Turki Uthmaniyah. -utusan online

‘Malu Apa Bossku’ ke Pasir Gudang Hari ini?

JOHOR BAHRU - Selepas menerima komen di Facebook meminta beliau berkunjung ke negeri ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat kemunculan di Johor Darul Ta’zim.

Menerusi Program Santai Bersama Boss Kite ‘Malu Apa Bossku!’, Najib akan berada di negeri ini selama tiga hari dua malam.

Kunjungan Najib ke negeri ini turut menimbulkan pertanyaan sama ada beliau akan ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang dibuka sebagai pusat rawatan awal bagi mereka yang terjejas akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.

Pertanyaan itu kedengaran daripada perbualan orang ramai yang sedang menunggu ketibaan beliau di Restoran Sayam di Stulang Laut di sini, rata-rata mahukan Najib berkunjung ke Pasir Gudang untuk memberi semangat kepada mereka yang terjejas.

“Eloklah Najib ke Pasir Gudang”, “Bekas Perdana Menteri mesti singgah ke Pasir Gudang” dan “Mari kita ajak Datuk Najib ke Pasir Gudang”, “Malu Apa Bossku pergi Pasir Gudang”, itu antara kata-kata yang dibualkan oleh orang ramai.

Semasa di restoran itu, Najib meluangkan masa bersalaman serta beramah mesra dan menunaikan permintaan orang ramai untuk berswafoto dengannya selain turut kedengaran laungan Malu Apa Bossku lebih 10 kali.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudian solat maghrib di Surau An Nur Taman Stulang Laut sebelum bergerak ke RnR Bistro di Bandar Baru Uda untuk program bersama-sama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Najib memulakan programnya di Johor dengan berkunjung ke Batu Pahat, beliau meluangkan masa minum petang bersama-sama pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan rakyat menerusi Lepak Santai di Restoran Content, Parit Raja.

Menerusi entri di Facebook beliau, Najib memaklumkan mengenai pertemuan ringkas dalam program tersebut yang mana rata-rata anak muda yang ditemui menunjukkan kerisauan dan kegelisahan mengenai ekonomi lembab, tiada peluang pekerjaan dan kos sara hidup.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin masyarakat di negeri ini sebelum melawat medan niaga Kampung Melayu pada 11 pagi dan ke Angsana Mall pada 5.30 petang hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, March 12, 2019

Dikejar tak dapat, yang dikendong...

APA lagi yang 'ganjil' di negeri Ujong Tanah ini, tanya Tumpang kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Ir. Datuk Hasni Mohammad.

Tumpang bertemu Hasni Sabtu lepas bertanyakan apa lagi mahu ditulisnya setelah nukilannya tersiar dalam akhbar Tumpang bertajuk: “Keganjilan di negeri Ujong Tanah”.

Dan kebetulan dua hari selepas tulisan Ketua Pembangkang Johor itu tersiar, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari semasa berucap pada majlis sesi pemukiman kerajaan negeri Johor bersama Perdana Menteri dan Menteri Persekutuan di Putrajaya, mahu Johor memperjuangkan hak mereka dalam isu penjualan air dengan Singapura.

Dan ingatan Dr. Mahathir ini pastinya ditujukan khas buat Menteri Besar, Osman Sapian.

Ini balas Hasni:
“Kita dapat simpulkan bahawa kerajaan negeri tidak berani dan berterus terang untuk mengambil pendirian yang sewajarnya dalam memperjuangkan isu ini.

Sikap wait and see serta mengikut telunjuk Dr. Mahathir tidak patut dianggap sebagai satu ‘pendirian tegas’. Ini kerana kerajaan negeri sendiri berhak bersuara dan mempunyai pendapat sendiri yang munasabah terhadap perkara berbangkit ini.

Pendirian kerajaan negeri Johor yang terdahulu amat jelas. Kami mahu harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura dinaikkan kepada satu kadar yang bersesuaian mengikut keadaan semasa.

Kami juga tidak segan dan berani memaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan hal tersebut.Setelah berdekad lamanya isu ini cuba untuk diselesaikan, terutama sekali oleh Perdana Menteri keempat kita dahulu.

Namun akibat daripada cara pembawaan dan sikap beliau, usaha yang dilakukan tidaklah membuahkan hasil yang sepatutnya.

Kini, sekali lagi beliau berhasrat untuk kembali melakukan perkara sama.

Tidak ada yang akan berhasil kerana orang sama mengetuai kerajaan kini, yang dahulunya telah gagal dalam menaikkan harga jualan air mentah ke Singapura. Maka ingin saya tanya, apakah bezanya?”.

BILA MB TIDAK LAGI BERMINAT BELI AIR TERAWAT...
BEGITUPUN Hasni lebih terpanggil untuk mengulas rancangan Menteri Besar pada Jumaat lepas untuk tidak lagi mendapatkan bekalan air terawat dari Singapura.

Osman yang membangkitkan perkara itu ketika berucap menutup sesi pemukiman yang sama di Putrajaya memberitahu, Johor mahu menampung sendiri keperluan sumber itu.

Dan tegas Hasni: “Air suatu komoditi penting yang perlu ada penguasaan. Untung berniaga adatlah, tetapi bukanlah berniaga dengan air. Ahli perniagaan tidak boleh nampak untuk buat keuntungan berlebihan sahaja.

Inilah yang saya katakan satu lagi keganjilan di negeri Ujong Tanah.”

Hasni menarik perhatian, dalam terma-terma yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Air Sungai Johor 1962, Singa­pura mempunyai hak untuk mendapatkan 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor dengan bayaran 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.

Manakala Johor akan membeli air terawat dari Singapura pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Dalam perjanjian itu Johor diperuntukkan dua peratus atau 5 juta gelen air terawat pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Ini bermakna perjanjian itu membolehkan Johor membekalkan 5 juta gelen air pada kadar harga berkenaan.

Namun, kata Hasni, apabila Menteri Besar membuat kenyataan tidak lagi berminat mendapatkan bekalan air terawat dari Singapura, yang BN/UMNO Johor persoalkan:

“Bukankah air terawat 50 sen yang dibeli dari Singapura itu jauh lebih murah berbanding kos RM1.80 yang dikenakan oleh SAJ-Ranhill (penyedia dan pengurus perkhidmatan air Johor).

“Sepatutnya air terawat yang dibeli dari Singapura ini boleh menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Jelas Hasni lagi, dengan persetujuan melalui Perjanjian 1962, jualan dua peratus air terawat kepada Johor bersangkut-paut dengan kemudahan-kemudahan lain yang Singapura peroleh seperti kedudukan Loji Rawatan Air (LRA) republik itu yang berada dalam Johor iaitu LRA Tai Hong di Kota Tinggi.

“Bila ada tempoh perjanjian (masih berbaki 42 tahun lagi yang berakhir sehingga 2061), maka kalau Menteri Besar kata tidak mahu beli lagi air terawat, itu bermakna suatu tindakan yang mensia-siakan kemudahan yang ada.

“Dua peratus bersamaan 5 juta gelen air ini adalah kemudahan diberi kepada kita. Sepatutnya kerajaan negeri beri tumpuan pada usaha mengambil alih SAJ-Ranhill kerana hanya Johor syarikat airnya dimiliki oleh pihak swasta berbanding negeri-negeri lain.

“Oleh kerana air komoditi strategik, faedahnya meluas kepada rakyat Johor jika dimiliki oleh kerajaan negeri.

“Antaranya tarif air boleh diturunkan kerana keuntungan dari perniagaan air tidak boleh berlebihan. Malah keuntungannya terkawal yang dibuat urusan jual beli dalam industri air,” katanya.

Tambah Hasni lagi kepada Tumpang: Tindakan Menteri Besar ini ibarat kata pepatah Melayu, ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

“Sudahlah dia (Singapura) duduk, sewa, dapat lagi 250 juta gelen air...banyak terima manfaat, kita (Johor) macam ini juga.”

Malah, Hasni difahamkan, dengan hubungan baik Singapura-Malaysia, republik itu kerap juga menjual lebih dari 5 juta gelen air kepada Johor sehingga mencecah purata 15 atau 16 juta gelen sehari atas permintaan kerajaan negeri, misalnya semasa musim kemarau.

Balas Hasni: “Benda yang Tuhan bagi kita tidak ambil kemudahan itu. Kalau kita anggap 3 sen (untuk setiap 1,000 gelen dari keseluruhan 250 juta gelen yang dijual kepada Singapura) ini suatu yang tidak munasabah.

“Tindakan Menteri Besar tidak menggunakan kemudahan 5 juta gelen sehari ini juga suatu tindakan tidak munasabah.

“Itu satu kenyataan (MB) yang beremosi. Saya anggap ia pertimbangan yang tidak wajar dan mendesak kerajaan negeri memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada melalui perjanjian air Johor-Singapura,” kata Hasni lagi.

Apa agaknya respons Osman kepada hujahan Hasni?

Tumpang tunggu....Zulkifli Jalil

Statut Rom Gugat Kuasa Agong

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Wisma Putra menyatakan bahawa Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangai dokumen penyertaan negara ini sebagai negara ahli bagi Statut Rom (Rome Statute).

Pada 15 Februari tahun ini juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diberitahu oleh Menteri Luar Malaysia berkenaan dengan keputusan Kabinet berkenaan dengan penyertaan Malaysia sebagai negara ahli Statut Rom.

Persoalannya, adakah Seri Paduka Baginda juga diberitahu oleh Menteri Luar berkenaan dengan implikasi terhadap kedudukan baginda sebagai Ketua Negara dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia seperti yang termaktub didalam Perkara 32 (1) dan 42 Perlembagaan Persekutuan dengan penyertaan Malaysia sebagai negara Ahli?

Statut Rom
Statut Rom adalah satu perjanjian di peringkat antarabangsa (undang-undang antarabangsa) yang telah dipersetujui oleh wakil-wakil negara di dunia pada Julai 1998 dan telah dikuatkuasakan pada Julai 2002 bagi penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court, ICC) yang terletak di The Hague, Belanda.

Perkara 6 hingga 8 statut ini memperuntukkan bidang kuasa ICC untuk mendegar dan memutuskan kes-kes jenayah yang terhad kepada jenayah pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity), jenayah perang (war crimes) dan jenayah pencerobohan (crimes of aggression).

Namun, bidang kuasa mahkamah ini adalah tertakluk kepada Prinsip Saling Melengkapi (Complementarity Principle) di mana pihak berkuasa tempatan atau mahkamah sesebuah negara akan terlebih dahulu menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Antara aspek-aspek penting yang perlu diberikan perhatian yang mendalam sebelum menjadi sebuah negara anggota atau ahli Statut Rom ialah Perkara 27, Perkara 28(a), Bahagian Kesembilan serta Perkara 120 Statut Rom.

Perkara 27 dan Perkara 28 Statut Rom memperuntukkan bahawa ketua negara dan komander tentera adalah tertakluk kepada bidang kuasa ICC jika mana-mana jenayah tersebut dilakukan oleh mana-mana orang bawahan atau pihak berkuasa negara tersebut.

Bukan itu sahaja, sebarang imuniti atau kekebalan yang diperuntukkan kepada mereka, baik di dalam undang-undang negara mahupun undang-undang antarabangsa, tidak akan terpakai jika mereka dibicarakan di hadapan ICC, bila mana pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara tersebut tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Jika pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara tersebut tidak mampu atau tidak mahu untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut, maka ICC akan meminta pihak berkuasa negara tersebut untuk bekerjasama bagi menangkap dan menyerahkan mereka-mereka yang berkemungkinan telah melakukan jenayah tersebut, termasuklah ketua negara dan komander tentera seperti termaktub di dalam Bahagian Kesembilan Statut Rom.

Tidak seperti perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain yang memperuntukan bahawa sesebuah negara ahli boleh menghadkan pemakaian beberapa peruntukan didalam negara mereka, Perkara 120 Statut Rom secara jelas tidak membenarkan mana-mana peruntukan yang termaktud didalam Statut Rom dihadkan penggunaannya didalam negara ahli.

Ini bermakna, Perkara 27, 28(a) dan Bahagian Kesembilan Statut Rom akan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh negara Ahli.

Agong dan Mahkamah Khas
Sungguh pun Malaysia mempunyai Mahkamah Khas yang tertubuh di bawah Bahagian 15, Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan semenjak tahun 1993 bagi mendakwa Agong (atau mana-mana Raja Melayu) bagi mana-mana kesalahan jenayah (termasuk kesalahan atau saman sivil), terdapat beberapa halangan dan implikasi yang wujud dari segi perundangan untuk membicarakan Agong bagi sebarang pertuduhan.

Sebarang tindakan atau pertuduhan jenayah (atau saman sivil) keatas Agong (atau mana-mana Raja Melayu) hanya boleh dilakukan jika mendapat persetujuan awal daripada Peguam Negara seperti yang termaktub dibawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, pertuduhan jenayah (atau saman sivil) ke atas Agong (atau mana-mana Raja Melayu) hanya boleh dilakukan atau berjalan atas kapasiti persendirian (personal capacity) dan bukan atas kapasiti atau jawatan rasmi (official capacity) Agong (atau mana-mana Raja Melayu).

Sejak penubuhan Mahkamah Khas ini pada 1993, kes-kes yang telah dihadapkan di hapadan Mahkamah Khas ini kesemuanya adalah berkenaan tuntutan sivil sama ada ke atas Agong atau mana-mana Raja-Raja Melayu yang lain.

Ini kerana Seri Paduka Baginda atau mana-mana Raja-Raja Melayu akan hilang kedudukan mereka sebagai Agong dan raja pemerintah bagi negeri-negeri di dalam Persekutuan jika disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah.

Justeru, kekebalan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain) atas kapasiti atau jawatan rasmi adalah tidak tergugat.

Jika ini berlaku, pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara ini akan dilihat sebagai tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Maka, Malaysia akan diminta oleh pihak ICC untuk menangkap dan menyerahkan Ketua Negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kepada ICC, seperti mana yang berlaku kepada Presiden Sudan dan Libya.

Negara-negara jiran yang lain yang mempunyai sistem pemerintahan beraja atau Raja berpelembagaan seperti Brunei dan Thailand dan juga negara-negara lain seperti Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan sebagainya tidak menganggotai atau menjadi ahli Statut Rom.

Tambahan pula, Filipina telah keluar daripada menjadi negara ahli Statut Rom, termasuk keputusan negara-negara lain seperti Gambia, Burundi dan Afrika Selatan yang cuba untuk keluar daripada menjadi negara ahli tetapi telah menarik balik keputusan tersebut.

Adalah tidak wajar bagi Malaysia untuk menjadi negara ahli Statut Rom buat masa ini. Ini kerana beberapa undang-undang, terutama Perlembagaan Persekutuan harus diperhalusi dan dipinda sebelum Malaysia menjadi negara ahli kepada Statut Rom ini bagi mengelakkan sebarang ketidakmampuan atau ketidakmahuan Malaysia bagi menangani jenayah-jenayah tersebut dalam negara, terutama bagi memelihara kedudukan dan keistimewaan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain).

*  Dr Fareed Mohd Hassan adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Sunday, March 10, 2019

Masih Ada Lagikah Komunis Di Malaysia.....

Rakyat lagi takut dengan pemerintahan ala komunis China berbanding Taliban
Demikian bidas Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman terhadap kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang tidak senang dengan kerjasama baharu antara PAS dan UMNO, baru-baru ini.

Pemimpin parti tamak haloba DAP itu dilaporkan berkata, kerjasama kedua-dua parti berkenaan akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika PAS dan UMNO berjaya membentuk kerajaan.

Membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak itu, Abdullah Zaik menyifatkan Kor Ming gagal memahami suara hati rakyat Malaysia yang sebenar, terutama sesudah berada di posisi kerajaan.

“Rakyat Malaysia sebenarnya dibayangi kekerasan pemerintahan komunis China seperti yang berlaku kepada etnik Uyghur, jika terus berada di bawah pemerintahan yang didominasi DAP.

“Di bawah pemerintahan komunis China, orang Islam dibunuh dan dipaksa meninggalkan agama Islam seperti yang dilaporkan akhbar. Bahkan, mereka dipaksa makan babi, dilarang berpuasa pada bulan Ramadan dan sebagainya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Abdullah Zaik berkata, sejak perubahan tampuk pemerintahan negara, fenomena permusuhan terhadap Islam dan orang Islam tidak dapat disembunyikan, malah sedang berlaku di Malaysia.

“Ini membuatkan mereka berfikir mungkinkah umat Islam di Malaysia akan menerima nasib yang sama jika terus diperintah oleh DAP.

“Tiada bayang Taliban di Malaysia. Taliban hanya hantu buatan Amerika di Afghanistan tidak akan muncul di Malaysia. Membayangkan penyatuan umat Islam sebagai Taliban hanya propaganda murahan pemimpin DAP,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pemerintah, DAP sepatutnya bersikap menenangkan keadaan, bukan bertindak sebaliknya dengan menyemarakkan ketegangan menerusi kenyataan yang provokatif dan tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menuduh kerjasama PAS-UMNO sebagai ‘pengisytiharan perang’ kepada orang bukan Melayu. - www.ismaweb.net

Saturday, March 9, 2019

Alhamdulillah! Demi Melayu, Islam...

SIAPA sangka gambar di bawah boleh dipetik lensa kamera?

Siapa sangka selepas puluhan tahun UMNO menjadi musuh Pas, setelah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) barulah Pas nampak siapa lawan, siapa kawan dalam memperjuangkan agama Islam.

Kerjasama Pas-UMNO bukan sandiwara atau wayang, sehinggakan tak termimpi oleh sesiapa yang membawa pengumuman rasmi jalinan kedua-dua parti bagi tujuan perpaduan ummah.

Ia semua atas prinsip kebersamaan mempertahankan Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam.

Dikupas peristiwa berikut yang dipercayai mencetuskan bibit-bibit permuafakatan Pas-UMNO sehingga membawa ke perjumpaan kepemimpinan Pas-UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur kelmarin.

TITIK TOLAK DARI RUU 355?
Pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU 355 di Dewan Rakyat pada April 2017 adalah hasil kesepakatan dan perpaduan antara Pas-UMNO.

Tanpa ada sokongan padu dari pemimpin UMNO tidak mungkin Pas boleh membawanya (RUU 355) ke Parlimen.

Walaupun pembentangan RUU 355 itu hanya bagi memperkasakan Mahkamah Syariah sedia ada dan cuma melibatkan orang Islam, namun apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri secara terbuka menentang usaha menambah baik un­dang-undang Islam itu, bukan sahaja Pas, malah orang Melayu pun curiga dengan tindak tanduk DAP.

Mengapa PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendakwa dirinya parti-parti Melayu menghalang pelaksanaan hukuman lebih berat dari pindaan akta itu?

Apabila Kit Siang membantah RUU 355 ini, semua ikut ‘melolong’ sahaja.

Bahkan, bantahan DAP disifatkan oleh Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai melakukan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam.

“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia,” kata Abdul Hadi menerusi tulisan di Facebook waktu itu.

Kalau hendak dikatakan gelisah kerana takut RUU 355 ini tem­piasnya terkena kepada orang bukan Islam, boleh diterima juga alasannya. Padahal ini tidak sama sekali akan berlaku.

Ia hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ahli-ahli Parlimen DAP ini tidak akan masuk Mahkamah Syariah pun. Kenapa takut sangat?

Amat sedih apabila melihat ‘drama’ tindak-tanduk Kit Siang dan beberapa orang kanannya dalam sidang Dewan Rakyat tempoh hari yang sanggup mencuri masa dan ‘mengumpan’ ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah pembentangan RUU 355 itu.

‘PUKULAN’ DI PANTAI TIMUR
Banyak pihak dalam politik ‘tersentak’ dengan aura Pas dalam PRU-14. Daripada sebuah parti yang langsung tidak diberi harapan sehingga ada tergamak membayangkan Pas hanya akan melukut di tepi gantang, keadaan sebaliknya berlaku. Itu juga kehendak-Nya.

Pada 9 Mei tahun lalu me­nyaksikan kejayaan Pas yang ‘bukan kecil anak’. Terengganu kembali ke pangkuannya menerusi kemenangan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu daripada 32 keseluruhan kerusi. Ini berbanding 14 kerusi pada PRU-13.

Pas turut mengekalkan pe­nguasaannya di Kelantan selepas memperoleh 28 kerusi. Di Kedah pula, Pas turut menggigit, biarpun cuma memperoleh 15 kerusi sementara tiga kerusi di Perak.

Dan meskipun hasrat Pas mahu menjadi king maker tidak kesampaian, tetapi ia tetap menjadi parti paling berpengaruh di Pantai Timur termasuklah memenangi 18 kerusi Parlimen.

Dengan Pakatan Harapan (PH) sendiri agak malap sumbunya di Pantai Timur, tiada siapa pun dapat menafikan bahawa Pas akan mengukuhkan lagi pengaruhnya pada masa akan datang.

HABIS MADU SEPAH DIBUANG?
ADA pihak mendakwa DAP sudah terlupa satu jasa besar Pas pada mereka.

Benarkah ketika PRU 2013, semua calon DAP dikatakan me­nuju ke pusat-pusat penamaan calon berserta dua surat watikah? Satu yang ditandatangani oleh DAP manakala satu lagi ditandatangani oleh Pas?

Ini kerana dikatakan DAP sendiri tidak pasti sama ada surat watikah parti itu sebagai sah memandangkan ia ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP yang tidak dilantik secara sah dalam pemilihan parti sebelumnya yang diisytiharkan dibatalkan?

Untuk rekod, pada Disember 2012, pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana melibatkan keha­diran ratusan perwakilan pengundi haram.

Malangnya, jasa Pas itu khabarnya tidak membawa sebarang makna kepada DAP. Orang Pas tidak akan lupa insi­den-insiden yang dicetuskan DAP terhadap mereka sehingga dilihat seolah-olah melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang dahulu.

Antaranya, DAP Sarawak diberi autonomi untuk mengambil keputusan memutuskan hubungan bukan hanya dengan Pas malah dengan PKR di Sarawak yang diputuskan pada 27 Mac 2015. DAP Sabah turut memperlakukan serupa dengan Pas di negeri itu.

DAP juga mencari ikhtiar lain pula untuk keluar dengan membuat provokasi melampau terhadap Abdul Hadi dengan harapan Pas melayan provokasi itu dengan bertindak keluar dari PH.

Setelah usaha itu tidak berjaya, DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi seorang sahaja tetapi peliknya masih mahu ada ikatan dengan Pas. Dikatakan kempen dilakukan pihak tertentu supaya perwakilan Pas men­jatuhkan Presiden dalam Muktamar Pas ke-61.

Malah pada 2015, kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP memecat semua ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri itu.

Dan lebih kurang ajar lagi, DAP menidakkan laporan sekumpulan ahli Pas di kawasan Parlimen Kepala Batas bahawa mereka sukarela meletak jawatan. - oleh: Zulkifli Jalil

Friday, March 8, 2019

Faham tak orang cakap apa....?

Mat Sabu pertahan kenyataan Guan Eng
Nampaknya tiada seorang pun pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) berani mengecam Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan hasutan 'pengisytiharan perang ke atas bukan Melayu' termasuklah Mohamad Sabu, walaupun beliau Menteri Pertahanan.

Sudahlah tidak berani mengecam, Mohamad yang juga Presiden Amanah mempertahankan pula kenyataan Guan Eng tersebut dengan menyamakan maksud 'perang' sama sepertimana 'perangi rasuah', biarpun jelas Setiausaha Agung DAP tersebut memperkata dalam konteks perkauman.

"Guan Eng mengatakan perang politik, macam kita isytihar perang rasuah dalam politik," katanya dalam sidang akhbar selepas hadir ke program Bicara Minda di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Kelmarin, sebuah portal memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu 'pengisytiharan perang' ke atas masyarakat bukan Melayu.

Bagaimanapun, selepas dikecam hebat, Setiausaha Agung DAP itu telah mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan perang’ ditukar kepada ‘menyasarkan'.

Sehingga kini Guan Eng masih belum meminta maaf dan pihak polis juga belum mengambil sebarang tindakan ke atas Menteri Kewangan tersebut walaupun pelbagai pihak mendesak agar kes itu disiasat di bawah Akta Hasutan. - utusan online

Pemimpin Melayu PH Bagaikan Watak ' Davy Jones'?

HEBAT betul ' semangat setiakawan' pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) 'senyap sunyi' apabila pemimpin DAP melampaui batas dalam mengulas kerjasama UMNO-Pas.
Pemimpin Bersatu hanya diam, pemimpin Melayu PKR menyepi manakala pemimpin Amanah membisu. Mereka membiarkan sahaja pemimpin DAP mengkritik dan menyerang UMNO-Pas yang berusaha menyatukan ummah.

Biarpun pemimpin UMNO-Pas sebangsa dan seagama dan kerjasama itu pasti memberi manfaat kepada umat Islam tetapi disebabkan mereka adalah musuh politik maka pemimpin Melayu PKR,Bersatu dan Amanah hanya 'menikus' - takut benar mereka untuk menegur DAP.

Tetapi kita tidak perlu terkejut kerana nyawa politik kesemua parti itu bergantung kepada DAP, kalau DAP bertindak keluar PH, habislah kuasa mereka dalam kerajaan.

Oleh itu mereka lebih bersedia menjadi 'penakut' daripada kehilangan kuasa politik.

Tetapi sebelum pemimpin DAP bersuara menentang kerjasama berkenaan, pemimpin Melayu PKR,Bersatu dan Amanah paling lantang mengkritik kesepakatan itu namun mereka tidak berani menegur DAP yang dilihat membuat kenyataan berbaur perkauman.

Walaupun kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibidas dan dikecam oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin politik bukan Melayu tetapi pemimpin Melayu dalam PH tidak berkata apa-apa, maklumlah 'abang besar' sudah bersuara.

Kalau begitulah keadaannya, apakah orang Melayu boleh menaruh harapan kepada golongan tersebut bagi membela nasib kaum itu dan mempertahankan agama Islam?
Penulis yakin dalam PH ada pemimpin Melayu yang gelisah dan tidak puas hati dengan DAP tetapi mereka tiada kekuatan, ibarat watak Davy Jones dalam filem Pirate Of The Carribbean yang jantungnya dipegang oleh orang lain.

Justeru kalaulah ada orang Melayu masih berharap pemimpin-pemimpin Melayu PH boleh membela nasib mereka lupakan sahaja.

Ini kerana sudah terbukti berdasarkan keberanian pemimpin-pemimpin DAP, kita boleh memahami siapa paling berkuasa dalam PH.

Jika pemimpin Melayu PH tidak bersetuju dengan fakta ini, tunjuklah keberanian dengan menegur sikap melampau DAP, jika tidak jangan marah kalau mereka dianggap sama seperti watak Davy Jones - hidup matinya ditentukan orang lain - dalam konteks politik PH fikirlah sendiri siapa penentu survival pakatan tersebut.

Jangan Jadi Syaitan Bisu...

'PPBM, Amanah, PKR jangan diam seribu bahasa'
SEPANG - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR digesa tidak diam seribu bahasa berhubung keceluparan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap kerjasama UMNO-Pas.

Tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Shahrum Mohd. Sharif, selaku parti gabungan dalam Pakatan Harapan yang kebanyakkan ahli terdiri daripada orang Melayu dan Islam, mereka wajar memberi maklum balas segera terhadap kenyataan seumpama itu.

"Sehingga kini masih belum ada kenyataan daripada mana-mana pemimpin parti-parti itu untuk membidas kenyataan dibuat Guan Eng.

"Guan Eng selaku Menteri Kewangan tidak wajar mengeluarkan kenyataan dangkal seumpama itu yang boleh menimbulkan suasana tegang serta mengundang ketidakharmonian rakyat, agama dan kaum di negara ini," katanya ketika ditemui di pekarangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Terdahulu, Shahrum bersama wakil-wakil Pas, MCA dan MIC membuat laporan polis agar Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetus suasana tegang serta mengundang ketidakharmonian rakyat, agama dan kaum.

Dalam masa sama, Timbalan Yang Dipertua Pas Sepang, Sabirin Marsono pula menggesa polis tidak pilih bulu untuk menyiasat Guan Eng walaupun beliau merupakan Menteri Kewangan.

"Tidak kira siapa orang itu, pihak polis wajar menyiasat beliau mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi kaum di negara ini," katanya.

Semalam, portal Malaysiakini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung DAP yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di bawah panji penyatuan Melayu.

Walau bagaimanapun, beberapa jam selepas itu Malaysiakini memaklumkan Guan Eng telah memperbetulkan kenyataannya itu dan frasa ‘pengisytiharan perang’ diubah kepada ‘menyasarkan’. –  utusan online 

Thursday, March 7, 2019

Lucunya Negara Ku....

Melayu, India Sukar Dapat Kerja
KUALA LUMPUR - Walaupun memiliki kelayakan akademik, kemahiran bahasa dan pengalaman yang lebih kurang sama, namun bangsa seseorang pencari kerja terutama Melayu dan India didakwa menjadi faktor utama sukar mendapatkan pekerjaan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan Pusat Kajian Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS) mendapati kebanyakan ‘resume’ pemohon yang berbangsa India dan Melayu paling kurang mendapat panggilan majikan dalam sektor swasta.

Dalam masa yang sama, resume calon berbangsa Cina menjadi pilihan ramai majikan sektor swasta.

Menurut Cent-GPS, pihaknya telah menghantar 3,829 permohonan kerja kepada lebih 500 kerja kosong dalam tempoh beberapa bulan lalu dengan tujuh resume hampir sama telah diserahkan tetapi diwakili oleh calon daripada kumpulan etnik berbeza iaitu tiga Melayu, dua Cina dan dua India.

Katanya, kajian berkenaan memastikan kesemua tujuh resume mempunyai kelayakan, pengalaman, keupayaan berbahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin yang sama, cuma berbeza dari segi kepercayaan agama.

“Daripada tujuh calon itu, calon etnik Cina iaitu Nicola Yeoh dan Gabriel Liew menerima panggilan paling tinggi masing-masing sebanyak 240 dan 179 panggilan.

“Zulaikha Asyiqin Rashidi menerima 70 panggilan, Nur Sakinah Yusof (50) dan Kavitha Muthusamy (49) menjadi calon menerima panggilan paling rendah untuk wanita manakala Muhammad Saddiq Azmi dan Thivakar Gunasegaran hanya mendapat 43 dan 20 panggilan sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -  UTUSAN ONLINE

Tuesday, March 5, 2019

Siapakah Yang Akan Hancur Dahulu?

KETIKA kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, kita terdengar kenyataan seorang pemimpin yang mahu rakyat tolak Barisan Nasional (BN) sebab katanya tiada gunanya mengundi BN kerana parti itu sudah hancur.

Pada masa sama ‘serangan’ ke atas Pas dilakukan secara bertalu-talu. Pas ‘diserang’ kiri dan kanan dengan pelbagai tuduhan. Walaupun bukan Pas yang bertanding tetapi parti itu menjadi sasaran kerana apa?

Kerana pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengetahui dengan sokongan Pas, BN pasti boleh mencapai kemenangan.

Malah 24 jam sebelum pengundian berlangsung, penulis diberitahu oleh satu sumber bahawa gerakan sedang dilakukan habis-habisan untuk memecah belahkan kerjasama UMNO dan Pas, jika serangan itu berjaya, BN tidak akan mampu merampas Semenyih.

“Kerjasama atau gabungan UMNO, Pas ini benar-benar menakutkan PH, kalau ia berjaya dihalang PH akan menang, kalau tidak berjaya, BN akan menang,’’ kata sumber itu.

Ternyata yang akan menentukan sama ada sesebuah parti itu akan hancur atau tidak, kerjasama antara dua parti akan berjaya atau tidak, bukanlah ditentukan dengan kenyataan angkuh mana-mana pihak atau melalui serangan gelombang fitnah bertali arus, tetapi rakyat yang menentukannya.

Di tangan mereka ada kuasa sama ada untuk memberikan kemenangan atau tidak kepada mana-mana parti.

Oleh itu tidak perlulah terlalu mendabik dada menganggap PH adalah pilihan utama rakyat. Dua pilihan raya kecil sudah menjadi bukti bahawa PH semakin ditolak oleh rakyat. Justeru siapakah yang akan hancur dahulu?

Adalah pelik apabila ada penyokong PH berhujah BN menang kerana undi Pas. Kalaulah betul apa masalahnya? Bukankah kedua-dua parti itu sememangnya bekerjasama?

Apakah kesemua parti-parti dalam PH menang tanpa dibantu oleh undi penyokong-penyokong parti lain? Apakah Bersatu menang melalui seratus peratus daripada undi penyokongnya?

Mesyuarat cawangan dan bahagian pun kelam kabut bagaimana mahu ada beribu-ribu pengundi sendiri? Justeru terimalah hakikat rakyat sudah membuat keputusan.

PH perlu memahami ada sesuatu yang perlu mereka lakukan kalau tidak mahu PH hancur terlebih dahulu berbanding kerjasama UMNO dan Pas. Tidak usahlah memberi tumpuan bagaimana mahu memburuk-burukkan kerjasama tersebut dengan melancarkan gelombang fitnah dan tohmahan ke atas pemimpin-pemimpin kedua-dua parti berkenaan.

Sebaliknya berilah tumpuan memperkukuhkan kedudukan parti masing-masing dengan cara yang tulen, bukannya membuat seruan tidak bermoral menggesa wakil-wakil rakyat UMNO menyertai Bersatu.

Biar apapun alasannya ‘melompat parti’ adalah perbuatan tidak bermoral dari segi prinsip politik. Kalaulah merasakan parti kita hebat sangat dan parti lain sedang menuju kehancuran kenapa perlu mengambil wakil rakyat lain?

Dan ada pula cerita langkah mahu mengambil wakil rakyat parti lain ke dalam PH ada kaitan dengan ‘perebutan dan pertembungan kuasa’ yang bakal tercetus antara pemimpin-pemimpin utama dalam pakatan itu?

Puncanya kerana kalaulah manifesto kepada jutaan rakyat pun boleh dimungkiri apatah lagi ‘janji’ antara beberapa kerat pemimpin sahaja? Penulis tidak berhasrat mengulas panjang perkara itu kerana belum masanya lagi.

Apa yang pasti DUN Semenyih sekali lagi membuktikan populariti kerajaan semakin merundum.

Kegagalan menangani pelbagai masalah rakyat sebaliknya lebih banyak berpolitik termasuk meneruskan serangan ke atas UMNO dan Pas ternyata memakan diri.

Oleh itu jika pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan tidak berhati-hati, merekalah yang akan hancur dahulu bukannya BN, UMNO mahupun Pas. Percayalah serangan ke atas UMNO dan Pas tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Fahamilah majoriti orang Melayu kini menyokong kerjasama tersebut sama ada secara terbuka atau senyap.

Ia kerana mereka melihat parti-parti dalam PH tidak boleh diharap untuk mempertahankan kedudukan Melayu dan agama Islam. Itulah persepsi orang Melayu.

Jika pemimpin-pemimpin PH khususnya Bersatu merasakan mereka boleh melaksanakan tanggungjawab tersebut buktikanlah. Takkanlah nak tunggu dapat dua pertiga ahli Parlimen termasuk daripada melompat parti, baru nak bertindak?

Penulis percaya UMNO dan Pas tidak akan keberatan memberi apa juga sokongan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam tetapi persoalannya beranikah pemimpin-pemimpin Melayu dalam Bersatu, PKR atau Amanah mengetengahkan agenda demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam?

Setakat ini orang Melayu tidak melihat keberanian tersebut. Apa yang mereka saksikan ialah usaha mahu menghalang kerjasama UMNO-Pas, malangnya ia bukan dilakukan oleh DAP tetapi oleh parti-parti Melayu dalam PH.

Sebab itulah yang akan hancur dulu bukan UMNO, BN mahupun Pas tetapi parti yang sanggup bersekongkol dengan parti lain sehingga melemahkan kuasa politik Melayu.

Parti seumpama ini tidak bertahan lama kerana ia ditubuhkan bukan demi perjuangan bangsa dan agama tetapi sekadar untuk merampas kuasa, walaupun kesudahannya yang lebih berkuasa bukannya mereka. Jadi siapa yang akan hancur dulu, kita sudah boleh menekanya!

Oleh: Zul Bakar

Monday, March 4, 2019

Jangan Jual Aset Negara

SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, rakyat dihebohkan mengenai hutang negara yang dikatakan mencecah sebanyak RM1.065 trilion yang terdiri daripada RM752.2 bilion hutang rasmi kerajaan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan juga RM184.9 bilion tanggungan kerjasama kerajaan-swasta.

Justeru, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif di dalam mengawal paras hutang negara. Ini termasuklah mengurangkan pegangan kerajaan di dalam syarikat bukan strategik dan penjualan tanah milik kerajaan secara berjadual.

Kesemua inisiatif ini jika dilihat secara teliti ia merujuk kepada aktiviti menjual aset-aset negara.

Bagi mengurangkan pegangan kerajaan di dalam syarikat bukan strategik misalnya, kerajaan menerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pada November 2018 yang lalu telah melepaskan pegangan 16% saham IHH Healthcare Berhad (IHH) dengan nilai RM8.42 bilion kepada Mitsui & Co. Ltd., sebuah syarikat Jepun.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini Khazanah sekali lagi menjual 40 juta sahamnya dalam syarikat perbankan yang berpangkalan di Filipina, BDO Unibank Inc. dengan nilai RM415 juta.

Mengiringi tindakan ini adalah Axiata Group Berhad yang juga anak syarikat Khazanah yang turut menjual kesemua 28.7% pegangan saham mereka di dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte. Ltd. pada harga RM1.65 bilion.

Penjualan aset-aset strategik ini juga dilihat janggal kerana pegangan aset-aset ini sebenarnya memberikan pulangan dividen yang lumayan kepada kerajaan.

Misalnya, nilai IHH pada tahun 2017 mencecah AS$11 bilion dengan hasil penjualan tahunan RM11.1 bilion yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai RM2.3 bilion.

Manakala, pelaburan Axiata dalam M1 yang bermula sejak tahun 2005 telah menyumbang kepada pertumbuhan Axiata dengan dividen berjumlah RM1.1 bilion sejak 10 tahun lalu.

Dalam hal ini, Khazanah selaku syarikat pelaburan strategik negara dilihat telah diperah secukupnya bagi memenuhi keperluan kewangan semasa kerajaan dari semasa ke semasa.

Selain Khazanah, Petronas yang juga satu-satunya syarikat tempatan yang tersenarai di dalam senarai syarikat terbesar dunia, Fortune Global 500 juga ditekan apabila dipaksa membayar dividen khas yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia pada tahun 2019 iaitu RM30 bilion.

Jika ketika mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Khazanah melakukan ‘pelaburan yang melucukan’.

Ini kerana mereka melakukan banyak penjualan aset-aset strategik di samping mengingatkan bahawa peranan asal Khazanah iaitu di dalam memacu aspirasi ekonomi negara dan membantu meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera.

Namun, tindakan kerajaan di bawah kepemimpinan beliau kini dilihat cuba melakukan perkara yang sama dengan turut menjual aset-aset strategik milik negara secara umumnya atau pun Khazanah secara khususnya.

Adakah perkara ini berada di luar kawalan beliau sedangkan Perdana Menteri kini adalah Pengerusi Khazanah dan juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi adalah ahli lembaga pengarah Khazanah.

Ataupun adakah mereka sebenarnya sedar tetapi terpaksa melakukan perkara sedemikian demi menyelesai masalah hutang negara dengan cara yang mudah.

Sekiranya aset-aset negara terpaksa dijual bagi memenuhi obligasi semasa kerajaan, maka apakah lagi yang tinggal untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Apakah suatu hari nanti anak cucu masih dapat berbangga dengan aset-aset dimiliki negara yang tercinta.

Adakah tindakan ini hanya bagi menyelesaikan masalah semasa tanpa melihat kepada pulangan dalam jangka panjang.

Akhirnya, mereka melakukan apa yang mereka kritik pada satu ketika dahulu. Maka, mereka sedikit sebanyak mengikuti kata tanda pagar yang tular ketika ini iaitu #MaluApaBossku.

Oleh: Muhammad Iqmql Hisham Kamaruddin

Sfera atau leper?

BENTUK bumi sama ada sfera ataupun leper mendatar menjadi persoalan berterusan dalam tamadun manusia. Pengetahuan mengenai bentuk bumi ini mempengaruhi kepercayaan, budaya dan sains tabii sesuatu kelompok masyarakat. Ahli falsafah yang mengetuai institusi intelektual masyarakat pada zaman terdahulu telah mengemukakan fakta asas mengenai bumi, termasuklah bentuknya, struktur dan komposisi alam ini.

Yunani Kepada Sains Moden
Ahli falsafah Greek seperti Xenophannes, Thales, Anaximander, Anaximenes (sekitar 500 sebelum Masihi) memberikan hujah kukuh menyatakan bumi ini leper mendatar. Para ahli falsafah dengan pegangan kukuh konsep alam ini juga dikatakan berjaya meramalkan dengan tepat gerhana Matahari yang berlaku pada tahun 584 SM. Justeru, teori bumi leper lebih menyerlah sebelum 400 SM.
Namun, Aristotle (384-322 SM) mengemukakan konsep bumi sfera melalui logik ahli astronomi yang melaporkan terdapat bintang yang boleh dicerap di Mesir, namun tidak pernah kelihatan di Greek manakala, Eratosthene (240 SM) melakukan hitungan ukur lilit bumi dengan kaedah cerapan bayang matahari antara dua tempat. Begitu juga Ptolemi (kurun 1 M) yang memberikan alasan bumi hampir sfera dengan penurunan kelengkungan bumi yang seragam.

Tetapi beliau masih meletakkan kelengkungan awal bumi ini sebagai ‘satu kawasan jurang’ yang dijadikannya sebagai longitud asalan bernilai 0°. Dalam geografi klasik titik rujukan longitud ini dinamai Laut Barat. Tiada siapa yang berani belayar mengikut jalan ke arah Laut Barat kerana dogma kewujudan alam lain di sana masih dominan. Ptolemi sendiri yang menelusuri laluan darat ke arah timur berjaya memetakan beberapa benua dan wilayah termasuk yang sekarang menjadi India dan Asia Tenggara.

Semenanjung Malaysia dalam peta terawal ini dilakarkan dan dinamai sebagai Semenanjung Kencana (Chersonesus Aurea). Selepas zaman ini, kemajuan matematik klasik mengemukakan bukti yang bentuk bumi ini sfera. Antaranya, melalui pemetaan geografi, cerapan bulatan harian bintang pada lokasi berbeza dan cerapan gerhana bulan.

Dalam pada itu, ahli astronomi Muslim semasa era Khalifah al-Ma’mun (sekitar 830 M) melakukan pengukuran lilit bumi dan pembaharuan mereka terhadap teori orbit epikitaran Ptolemi. Kebangkitan sains tamadun Islam tidak menumpukan kepada isu bentuk bumi dan bentuk alam lagi, kerana mereka berusaha memajukan kaedah hitungan astronomi bagi aplikasinya dalam ibadat dan kehidupan seharian. Persoalan bumi sfera ataupun leper tidak lagi diendahkan ketika ini.

Namun, sebahagian kecil ahli sains baik di dunia Islam dan Eropah masih kekal dengan kecenderungan mereka, iaitu bumi ini leper. Ditambah dengan era kegelapan intelektual Eropah (kurun ke-5 M sehingga ke-12 M), pengikut yang mempercayai bumi leper dan bumi sebagai pusat alam (geopusatan) kekal dalam kelompok mereka tersendiri.

Di Eropah, terdapat ahli dalam kumpulan ini yang menggunakan semua konsep astronomi moden tetapi tetap mendakwa bumi ini leper. Begitu juga di Malaysia, atas hujah dalil al-Quran yang mujmal, mereka masih berkeras dengan ‘teori bumi leper’ atau ‘hamparan’.

Bukti Bumi Sfera
Semasa di sekolah menengah, dalam mata pelajaran ilmu alam (kini geografi), pelajar didedahkan dengan satu sub topik menarik, bukti bumi ini sfera. Sesuai dengan tahap pengajaran dan pembelajaran rendah, hujah yang digunakan bersifat eksperimen dan empirik. Pemerhatian kapal mendekati pelabuhan. Guru akan membawa pelajar ke pelabuhan yang terdekat dengan sekolah mereka berbekalkan binokular dan cerapan mata kasar.

Pelajar diminta mencatat pemerhatian mereka terhadap kapal yang mendekati pelabuhan. Semasa kapal berada bawah kelengkungan bumi, hanya serombong kapal yang kelihatan. Apabila kapal semakin mendekati pelabuhan bahagian kapal yang dapat dilihat semakin banyak sehingga keseluruhan kapal dapat dilihat. Keadaan ini hanya boleh berlaku jika bumi dalam bentuk sfera.

Bukti kedua, semasa berlaku gerhana bulan penuh ataupun separa, bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan ialah melengkung. Bayang ini hanya boleh diwujudkan oleh satu 
objek legap yang bentuknya sfera.

Kelengkungan bumi yang menjadi ciri utama bentuk sfera boleh juga disahkan berdasarkan waktu cerapan matahari terbit atau terbenam di ufuk.

Bukti yang paling nyata dan tidak boleh disangkal lagi adalah gambar bumi yang dirakamkan dari angkasa. Terdapat banyak satelit dan prob dalam menjalankan ekspedisi ke angkasa lepas merakamkan gambar bumi dari jarak beberapa juta kilometer. Jika menelusuri sains kejadian alam semesta, jisim yang berbentuk bongkah batu- batan angkasa pelbagai saiz ini akan bergerak pantas mengikut haluan graviti yang menariknya. Dalam pergerakan pantas dan tidak stabil ini, sebahagian bongkah ini berderai daripada jisim utama, proses ini berlaku berterusan sehingga bongkah ini menjadi sfera dan stabil.

Secara sunatullah, objek berbentuk sfera ini seperti bumi, bulan, planet dan matahari mempunyai hukum orbit yang boleh dihitungkan dengan tepat. Sebaliknya jika bumi leper, hukum orbit bumi tidak terpakai untuk ramalan efemeris orbit cakerawala.

Bumi akan mempunyai sistem mekanik kelangitan dan teori kedinamikan astronomi berbeza. Paradoks ini menyebabkan ahli-ahli astronomi tidak boleh meramalkan apa pun fenomena dalam sistem suria yang melibatkan bumi. Sedangkan dalam era moden ini, kita dapat menyaksikan sebahagian besar kesepadanan sunatullah ini dengan ramalan astronomi. Gerhana matahari yang berlaku saban tahun, diramalkan ketepatan waktu berlakunya sehingga mikro saat. Begitu juga apabila pencerap di bumi berpeluang melihat hentaman komet ke permukaan Musytari pada Julai 1994, tepat sebagaimana hitungan efemeris. Semua ini diramalkan dengan baik kerana teori bumi sfera menjadi asas.

Sebagaimana konsep bumi sebagai pusat alam yang kekal menjadi sebahagian model dalam astronomi, geografi dan matematik, konsep bumi leper juga masih digunakan dalam pemetaan. Jika Ptolemi yang menghasilkan peta pertama bumi berbentuk hamparan, peta moden sedemikian juga. Namun bentuk sfera bumi ini diperincikan dengan model sfera elipsoid, supaya lokasi negara-negara dalam peta sama seperti semula jadi di glob sfera. Langkah ini dapat mengelakkan bentuk dan keluasan sempadan sesebuah negara yang tidak sama antara model sfera dengan pemetaan hamparan.

Di sini, golongan yang taksub dengan ‘teori bumi leper’ hanya mengambil bentuk pemetaan hamparan bagi menguatkan hujah. Sedangkan pemetaan secara hamparan adalah unjuran dari bumi yang berbentuk sfera. Dalam pendidikan sains moden, amat penting epistemologi bermula dengan sejarah sains. Tanpa sejarah sains, generasi yang mempelajari ilmu secara ‘kotak hitam’ akan terpengaruh dengan logik secara luwes. Akhirnya hipotesis yang dinyahkan atau diperbaharui dibangkitkan semula secara memualkan.

Oleh : Dr. Baharrudin Zainal