Thursday, August 29, 2019

Lupakanlah Malaysia Baharu Yang Penuh Dengan Penipuan, Dendam Dan Perkauman....

Kit Siang mahu bersara dan lupakan Malaysia Baharu?
KUALA LUMPUR -"Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu?' Itu pertanyaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sambil berjanji DAP tidak akan memungkiri janji mereka kepada rakyat.

Kit Siang melontarkan pertanyaan untuk bersara selepas lebih lima dekad bergelumang dalam politik ekoran keyakinan dalam kalangan penyokong yang dikatakan semakin menurun.

Mengulas dekad perjuangan dan pengorbanannya, Kit Siang berjanji bahawa DAP tidak akan memungkiri keyakinan rakyat atau mengetepikan prinsipnya serta harapan dan objektif Malaysia Baru.

Bagaimanapun, ahli parlimen Iskandar Puteri itu berkata DAP memerlukan masa untuk rakyat menyedari perkara itu dan menggesa para pemimpin parti supaya mempunyai stamina, ketekunan dan komitmen untuk kekal meneruskan apa yang telah dirangka.

Kit Siang mendakwa jika pilihan raya umum diadakan sekarang, beliau akan kalah dan DAP akan kehilangan 30 hingga 40 peratus undi di seluruh negara.

"Ini adalah kesan salah faham dan salah tanggapan terhadap DAP dan Pakatan Harapan dalam kalangan penyokong tegar kami.

"Kami memerlukan masa bagi penyokong dan rakyat menyedari bahawa DAP tidak mengkhianati mereka dan kami tidak akan berputus asa akan harapan kami berhubung objektif Malaysia Baru, perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti.

"Sekiranya DAP mengkhianati prinsip rakyat dan harapan Malaysia Baharu, maka DAP berhak ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak ada cara untuk memulihkan DAP atau mendapatkan sokongan pengundi dengan peralihan masa. Malah, hasilnya hanya mungkin lebih teruk.

"Tetapi jika DAP tidak mengkhianati prinsip dan harapan rakyat, maka masa akan menunjukkan betapa salahnya salah faham dan salah tanggapan mengenai DAP," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi memberi gambaran tentang kemerosotan keyakinan kepada DAP, Kit Siang memetik komen pada kenyataan terdahulu bahawa pemimpin parti itu telah menjadi pekak, buta dan bisu apabila percaya Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum ke-15 pada 2023.


Kit Siang berkata, dalam tempoh dua bulan, rakyat Malaysia telah terperangkap dalam kedudukan ganas di mana setiap komuniti hidup dalam ketakutan, keraguan, kecurigaan dan kebencian terhadap masyarakat dan agama lain, mempercayai bahawa hak, etnik, agama dan budaya mereka sedang terancam.

Beliau meletakkan kesalahan itu kepada kempen berita palsu yang terancang dan ucapan-ucapan berbaur kebencian.

"Bagaimana mungkin ini berlaku. Orang-orang Melayu percaya bahawa mereka telah kehilangan kuasa politik dan hak, etnik, agama dan budaya mereka menghadapi ancaman.

"Sebagai contoh, kerosakan sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini digunakan untuk menyebarkan ketakutan bahawa tiga juta warga China telah memasuki negara ini, mengubah demografi di negara ini. Pada hal berita ini langsung tidak ada asas kerana proses pemeriksaan kemasukan warga asing dilakukan secara manual oleh Jabatan Imigresen, dan semua pelawat terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Jika berfikir sedikit, mustahil tiga juta warga China boleh meloloskan diri melalui KLIA dalam masa tiga hari, yang bermakna lebih dari 10,000 pendaratan pesawat dalam satu hari. Bolehkah ini dilakukan tanpa ada yang menyedarinya," soal beliaua.

Kaum Cina di Malaysia pula kata Kit Siang takut hak, etnik dan budaya mereka menghadapi ancaman.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang berjaya mengatasi ketakutan kononnya kerajaan Pakatan Harapan menyekat persembahan tarian singa.

"Kerana kekurangan maklumat dan perundingan yang tidak mencukupi, warisan kerajaan terdahulu mengenai Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil dianggap sebagai serangan eksistensi terhadap pendidikan dan budaya Cina dan Tamil oleh kerajaan Pakatan Harapan.

"Dalam masa dua bulan, melalui berita palsu dan ucapan benci, para oportunis politik dan mereka yang terdesak telah menyematkan rasa tidak selamat terhadap kaum agama dalam setiap komuniti hingga menjadikegusaran, ketakutan dan kebencian masyarakat lain," katanya.

Dalam kenyataan itu, Kit Siang juga merunugut bahawa pembinaan negara Malaysia terjejas 16 bulan lepas selepas pilihan raya umum ke-14.

"Biar setiap rakyat Malaysia bertanya soalan ini: Jika setiap komuniti, etnik dan budaya menghadapi ancaman, siapa yang mencetuskan ancaman ini?

"Saya percaya Malaysia Baharu boleh menjadi negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang kerana empat tamadun hebat - Islam, Cina, India dan Barat - bertemu di Malaysia," katanya. - UTUSAN ONLINE

Statut Rom - Gerombolan Chauvinist Bersuara Lagi......

Gesaan agar kerajaan ratifikasi Statut Rom bergema semula
NGO Gabungan Untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dilancarkan semula dalam usaha menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk meratifikasi treati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi.

Badan Peguam Malaysia hari ini menganjurkan satu syarahan umum oleh hakim ICC, Chung Chang-ho dan forum mengenai mengapa Malaysia sepatutnya akur dengan Statut Rom, yang mentadbir ICC.

Dalam ucapan perasmiannya, Naib Presiden Badan Peguam, Roger Chan mengucapkan terima kasih kepada Chung kerana kesudiannya datang dari The Hague, Belanda untuk memberi penjelasan mengenai tugas mahkamah berkenaan.

"Terdapat salah faham yang besar tentang Statut Rom ICC di rantau Asia, syarahan seperti ini oleh Hakim Chung akan membantu dalam pemahaman (terhadap mahkamah tersebut) dan mengurangkan salah tanggapan mengenai ICC," katanya di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, Pesuruhjaya Suhakam Lok Yim Pheng, Presiden Badan Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor, ahli-ahli Badan Peguam serta wakil-wakil daripada Jabatan Peguam Negara dan badan bukan kerajaan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun, Hakim Mahkamah Rayuan Hasnah Mohammed Hashim dan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril turut dilihat hadir.

Chung, yang berasal dari Korea Selatan, dipilih oleh ICC pada 2015 dan mengetuai prosiding perbicaraan.

Dalam pembentangannya petang ini, beliau menjelaskan secara terperinci bagaimana hanya kes paling kejam melibatkan jenayah kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah pencerobohan boleh dibawa ke mahkamah itu.

Chung menegaskan bidang kuasa ICC adalah terhad dengan mematuhi prinsip "melengkapi" dan tidak akan mengatasi mahkamah sesebuah negara jika ia berfungsi dengan baik.

"Kita tidak boleh campur tangan bila-bila masa yang kita mahu.

"Kita perlu menunggu sehingga sesuatu negara (penandatangan) menghantar kes kepada kami. Kemudian baru kami boleh mulakan siasatan atau perbicaraan bagi pihak kerajaan yang berkenaan,"katanya.

Malaysia menarik diri daripada Statut Rom pada April tahun ini walaupun telah menandatanganinya sebulan sebelum itu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan membuat keputusan menarik diri selepas terdapat usaha pihak tertentu cuba melibatkan sultan untuk menentang kerajaan berhubung ratifikasi statut berkenaan.

Antara pengkritik ICC paling lantang ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang bertitah ratifikasi Statut Rom melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana akan memberi kesan kepada raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu dan agama Islam.

Kerajaan berulang kali menafikan ia akan memberi kesan buruk kepada negara.

Semasa forum hari ini, peguam jenayah yang juga penasihat undang-undang ICC, N Sivananthan berkata raja berperlembagaan seperti di Malaysia hanya mempunyai sedikit risiko pendakwaan oleh ICC.
Negara Raja Berperlembagaan seperti Kemboja, Jepun, Jordan dan United Kingdom sebelum ini telah menandatangani Statut Rom.

"Statut Rom mempunyai bidang kuasa yang terhad hanya meliputi jenayah yang paling teruk, kini hak Melayu tidak terjejas oleh penyertaan atau ratifikasi statut kerana ia tidak termasuk dalam bidang kuasanya [...]

"Begitu juga, undang-undang terhadap individu bukan heteroseksual bukan perkara subjek Statut Rom. Statut Rom tidak sama sekali tidak bersesuaian dengan Islam," kata Sivananthan sebagai respon terhadap kebimbangan berkenaan. - www.malaysiakini.com

Wednesday, August 28, 2019

Isteri Minta Cerai Kerana Suami Terlalu Baik

FUJAIRAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Seorang wanita di sini meminta cerai kerana mendakwa suaminya menunjukkan 'kasih sayang ekstrem' yang menyaksikan lelaki itu membantu membuat kerja rumah dan memberikannya hadiah.

Dia memberitahu Mahkamah Syariah di sini bahawa pasangannya tidak pernah bergaduh dan menjerit malah suaminya itu sentiasa melayannya dengan baik.

Biarpun disayangi, wanita itu mendakwa bahawa hidupnya ibarat ‘berada di dalam ‘neraka’ ekoran merasa bosan dengan layanan baik yang diberikan, demikian menurut akhbar berbahasa Inggeris UAE, Khaleej Times semalam.

Dia dilaporkan mengadu cinta dan belas kasihan yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut adalah berlebih-lebihan. Justeru, perbuatan suaminya itu mendorong dia memfailkan penceraian.

Wanita itu berkata, apabila dia mengadu tentang berat badan suaminya, lelaki itu terus menjalani diet yang ketat termasuk bersenam sehingga mengalami patah kaki untuk menguruskan badan.

Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menyenangkan hati wanita tersebut yang terus mengadu mengenai hadiah dan pujian yang diberikan oleh suaminya, lapor media tempatan.

Wanita itu berkata: “Saya mendambakan hari yang mana saya dapat bertengkar dengan suami tetapi ia kelihatan agak mustahil kerana dia begitu romantik dan sentiasa memaafkan saya serta memberikan saya pelbagai hadiah.” – Agensi

Tuesday, August 27, 2019

Kesetiaan Kepada Siapa...

Ramasamy istiqamah lawan Zakir Naik
OBSESI Dr. P. Ramasamy kepada Dr. Zakir Naik lebih mudah difahami jika kita menonton rakaman wawancara eksklusif antara beliau dengan editor stesyen televisyen India, Republic, bernama Niranjan yang disiarkan secara langsung pada 13 Ogos lalu.

Dalam wawancara eksklusif ini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy telah dijulang tinggi melambung oleh stesyen televisyen India tersebut sebagai ‘The man fighting hate preacher in Malaysia’ (Lelaki yang melawan pendakwah kebencian di Malaysia).

Ketika diberi ucapan tahniah oleh Niranjan atas kemenangan besar pertama beliau ke atas Dr. Zakir Naik (“Congratulations on your first big victory on Zakir Naik”), Ramasamy dengan bangganya mendabik dada bahawa beliau telah melawan Zakir sejak Zakir mula-mula datang ke Malaysia pada 2015 lagi (“You know I have been fighting Zakir Naik for the past three years since he came in to the country in 2015.”).

Ketika ditanya oleh Niranjan sama ada beliau akan menekan Perdana Menteri Malaysia yang kononnya beliau pernah bercakap secara peribadi supaya Zakir dihantar balik ke India (“I know that you also have personally been talking to the Prime Minister in his office and the establishment, will you now push for Zakir Naik to be deported to India, is the Prime Minister open to that?”), Ramasamy dengan tegasnya menyatakan bahawa memang itu yang beliau mahukan (“I am not sure whether they will deport him or whether they want to take some other action or whether they are going to prosecute him here under the Malaysian law, but I think one thing is clear, my opinion is Zakir Naik should be extradited to India because India wants him to face charges, I am very clear on that.”).

Ketika diminta oleh Niranjan supaya beliau akan terus istiqamah di dalam melawan Zakir (“We hope that you will sustain this battle against Zakir Naik”), Ramasamy dengan yakinnya menyatakan bahawa beliau memang akan berbuat demikian kerana Zakir kononnya tidak layak hidup di Malaysia malah tidak layak hidup di mana-mana dunia bertamadun (“Yes, it is not just a battle against Zakir Naik alone, it is a battle against this trickster and fraudster coming into the country whipping up hatred and animosity among the races, he has no place in Malaysia, he has no place in any civilized world.”)

Bila Ramasamy secara terbuka berjanji kepada India bahawa beliau akan terus istiqamah di dalam melawan Zakir dan beliau akan berusaha memulangkan balik Zakir ke India maka logiklah beliau obses kepada Zakir.

Soalnya kini ialah wajarkah Ramasamy berjanji kepada India melalui stesyen televisyen India bahawa beliau akan terus istiqamah di dalam melawan Zakir dan beliau akan berusaha memulangkan balik Zakir ke India?

Tidakkah tindakan begini seolah-olah membenarkan dakwaan Zakir bahawa sekurang-kurangnya Ramasamy sendiri adalah lebih setia kepada India berbanding kepada Malaysia?

DR. KAMARUL ZAMAN YUSOFF
penganalisis politik

Wajarkah Sekolah Vernakular Dan Dong Zong Ujud Dinegara Ini, Mereka Kian Rasis...

Penyata Razak kian malap, kita dibakar api perkauman
Setahun sebelum kemerdekaan Tun Razak melalui Penyata Razak 1956 menyatakan:

“...tujuan dasar pelajaran hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Federation of Malaya 1956: Perenggan 12)

Laporan Penyata Razak 1956 ialah kesinambungan dari Laporan Penyata Fen-Yu (1951) yang menolak cadangan pendidikan satu aliran yang dicadangkan dari Laporan Barnes 1950.

Justifikasi cadangan pihak kolonial dengan Laporan Barnes ialah untuk mengekang pengaruh Komunis di sekolah-sekolah vernakular terutama sekolah-sekolah Cina dan usaha mewujudkan pendidikan monolingualisme.

Penyata Razak menjadi paksi kepada dasar pendidikan hari ini sehingga ia menjadi Akta Pelajaran 1957.
Namun harus diingat ketika Laporan Barnes dibentangkan pada tahun 1950 dan ia ditolak oleh pejuang tegar pendidikan Cina sehingga tertubuhnya Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Se-Malaya (Jiao Zong).

Pelaksanaan cadangan Ordinan Pelajaran 1952 dan Kertas Putih 1954 pula melahirkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Se-Malaya (Dong Zong).

Di sinilah cabaran besar untuk merealisasikan apa yang diungkapkan oleh Tun Razak melalui Penyata Razak 1956.

Laporan Razak 1956 menggariskan beberapa perkara penting kepada dasar pendidikan kita iaitu penyatuan semua kaum menggunakan satu kurikulum kebangsaan dan meletakkan bahasa Melayu sebagai pengantar.

Inilah inti pati utama dan dasar yang harus difahami dan dimengerti oleh semua pihak tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama dan ras.

Kita mesti disatukan dalam satu sistem dan menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar teras di semua sistem persekolahan.

Namun persoalan yang masih terngiang-ngiang di benak fikiran kita, setelah kita melewati tempoh 62 tahun kemerdekaan sudahkan kita mencapai hasrat seperti yang diimpikan dari Penyata Razak 1956.

Kita masih mengekalkan sistem pendidikan vernakular yang mengakibatkan perpaduan dan keharmonian kita rapuh.

Polarisasi kaum
Kita dibesarkan dalam sistem pendidikan yang membentuk semangat prejudis dan rasis sejak di usia kecil lagi ketika dibangku sekolah rendah bahkan di peringkat prasekolah (tadika) lagi.

Keadaan ini mewujudkan polarisasi kaum dan mengheret kepada ketegangan kaum sepertimana yang terjadi dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Matlamat kesatuan bangsa dan perpaduan kaum yang diimpikan dari Penyata Razak 1956 kian malap dan kita dibakar dengan sentimen api perkauman yang menebal dek kerana semua pihak memikirkan kepentingan sendiri dan menjaga tembolok politik masing-masing.

Isu bahasa Melayu yang menjadi teras utama bahasa pengantar sering menjadi polemik di kalangan aktivis pendidikan cina sejak tahun 1950.

Tindakan mereka yang mempertikaikan usaha memupuk perpaduan melalui satu bahasa yang tunggal telah merencatkan hasrat penyata Tun Razak.

Isu pengktiran UEC dan kes pelaksanaan tulisan Jawi dalam buku teks tahun 4 di SJK(C) dan SJK(T) adalah bukti penentangan konsisten kelompok ini terhadap Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa “bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu”.

Penentangan ini adalah lanjutan siri-siri penentangan sebelum ini seperti pelaksanaan Skim 3M, penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perhimpunan Sekolah dan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Sedangkan pihak kerajaan telah memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Penyata Rahman Talib pada tahun 1960.

Amat menyedihkan setelah kita mencapai kemerdekaan ke-62 tahun, masih terdapat generasi muda daripada kaum Cina tidak tahu dan fasih berbahasa Melayu.

Akibatnya generasi ini akan sentiasa berkonfrantasi dan menidakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sudah tiba masanya kita kembali kepada asas yang digariskan oleh Penyata Razak 1956 untuk mewujudkan sekolah satu aliran yang menggunakan satu kurikulum dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tanpa menolak kepentingan mempelajari bahasa-bahasa lain.

Ramai cerdik pandai kita termasuk pemikir dari kalangan bukan Melayu menyuarakan hasrat ini seperti Profesor Teo Kok Seong, Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, tokoh sejarah mendiang Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Tan Sri Ghafar Mahmud bekas KPPM dan Mufti Perak Harussani Zakaria.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar pernah menyatakan bahawa keharmonian kaum di negara ini perlu bermula seawal sekolah lagi dan sekolah satu aliran ini mampu menjamin pertumbuhan ekonomi melalui perpaduan kaum yang lebih kukuh dan menyakinkan.

SMK Victoria, MTB Sungai Besi model terbaik
Antara model terbaik sekolah satu aliran ialah SMK Victoria dan Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi.

Sekolah seperti ini mempunyai pelajar pelbagai kaum dan mereka diajar cara memahami dan menghormati budaya dan adat masing-masing menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran tanpa mengenepikan bahasa-bahasa lain.

Antara kritikan keras Prof Dr Teo Kok Seong berhubung kegagalan kita memupuk perpaduan melalui wadah pendidikan ialah tiada keberanian politik di kalangan pemimpin kita.

Pemimpin politik kita perlu berjiwa besar untuk mengatasi persoalan ini jika kita mahu memerdekakan pendidikan kita.

Ambillah kejayaan negara Indonesia dan Singapura yang berjaya membina perpaduan bangsa melalui sekolah satu aliran.

Semuanya ini perlukan iltizam politik dari semua pihak untuk melihat kemajuan negara dan generasi akan datang.

Di Malaysia, kita tidak melihat semangat kebangsaan dan patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat.

Walaupun kita sudah 62 tahun merdeka, bahasa Melayu masih terpinggir di kalangan rakyat Malaysia dan perpaduan kita renggang.

Apa makna kemerdekaan jika kedaulatan bahasa kebangsaan dipinggirkan?

Apa makna kemerdekaan jika perpaduan dikesampingkan dan apa makna kemerdekaan jika keluhuran perlembagaan diketepikan?

Inilah masalah pokok kita bersama yang belum diselesaikan.

Ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Ke-48 Politeknik Ungku Omar, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pernah bertitah:

“Anak muda hendaklah memahami dan menghayati pentingnya faktor perpaduan dan pentingnya setiap kaum menghargai serta menghormati kehadiran masing-masing.

“Adalah penting mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan,menidakkan hak sesuatu kaum atau melanggar perkara-perkara asas yang telah dipersetujui semasa penggubalan perlembagaan merdeka.”

Semua pihak perlu akur dengan saranan dan nasihat titah diraja Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kita perlu kembali menghayati semangat dan roh Penyata Razak jika kita mahu mewujudkan perpaduan melalui wadah pendidikan.

Sampai detik ini dan menjelang 31 Ogos nanti, merdekakah pendidikan kita. Tepuk dada tanyalah hati nurani kita dan berfikirlah dengan akal dan jiwa yang merdeka.

Oleh: Mohd Azizee Hasan

Monday, August 26, 2019

Gerakan Pelampau Makin Tunjuk Taring Hina Islam, Robek Perlembagaan

Cacing naik ke mata, sampai bila kita nak sabar?
Sejak pemerintahan Pakatan Harapan (PH), gerakan pelampau sama ada radikal agama atau liberal yang mengikut ideologi Cina Komunis semakin bermaharajalela dan menunjukkan taring, kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat.

Beliau berkata, gerakan ini bukan sahaja mengingkari keputusan kerajaan yang diumpamakan sebagai ikan bilis, malah mereka juga sudah berani menderhakai institusi Raja-Raja dan Yang Di-pertuan Agong yang diibaratkan sebagai ikan jerung.

“Puak-puak ini juga menggegar agama Islam, merobek Perlembagaan Negara dan sekarang mereka mula merosakkan pemikiran melalui perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Niat mereka untuk merosakkan seluruh sistem politik di dalam negara kita,” katanya ketika sesi perbahasan dalam ucaptama kluster Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) pada Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di sini, hari ini.

Ustaz Masridzi berkata, dalam pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini membuktikan bahawa umat Islam sedang terancam selain institusi raja, hak istimewa orang Melayu, Perlembagaan serta negara juga menghadapi tekanan sama.

Katanya, UMMAH yang selama ini tidak campur tangan dalam urusan politik terpaksa berbuat demikian apabila merasakan tanggungjawab untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

“Dahulu para ulama dan ahli agama tidak terbabit politik, tetapi hari ini mereka telah bangkit bersama rakyat, kerana kesabaran umat Islam telah diuji.

“Apabila cacing sudah naik ke mata, apabila mereka sudah lagi tidak hormat kepada raja dan negara, sampai bila kita mesti bersabar?” soalnya. - www.ismaweb.net

Hebatnya D4P.....above the law

Bantahan Jawi Brickfields didukung oleh DAP?
TERKEJUT mendapati turut hadir dalam perhimpunan Bantahan Tulisan Jawi, Puratchi, di Brickfields, yang disifatkan polis sebagai perhimpunan haram, malam tadi adalah Naib Pengerusi DAP Selangor merangkap ADUN Kota Kemuning dan Ahli Exco Kerajaaan Selangor, Ganabatirau Veraman.

Ganabatirau Veraman malah dirakamkan memberi kenyataan di lokasi perhimpunan di Brickfields mengenai mengapa perhimpunan itu diadakan serta apa pendirian dan prinsip mereka yang sekali gus menggambarkan bahawa beliau adalah sebahagian daripada penganjur perhimpunan itu.

Turut menunjukkan diri hari ini adalah Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat dan Setiausaha DAP Selangor merangkap ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew, yang mendedahkan usaha beliau untuk membebaskan salah seorang peserta perhimpunan yang ditahan malam tadi, iaitu Tan Boon Tak.

Sangat pelik bagaimana pemimpin sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada pemerintah di peringkat Pusat dan di peringkat Negeri boleh melibatkan diri dengan secara terbuka dalam satu perhimpunan haram untuk membantah satu keputusan yang telah dibuat secara rasmi oleh kerajaannya sendiri.

Apakah saluran dalaman kerajaan dan parti sudah tidak berfungsi lagi sehingga menyebabkan pemimpin kerajaan yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaannya sendiri sanggup melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang negara (Akta Perhimpunan Aman)? - HARAKAHDAILY 25/8/2019

Sunday, August 25, 2019

Diskriminasi Terbalik(reverse-discrimination)....

Perpaduan tak wujud kalau Melayu sendiri tak bersatu - Musa Hassan
Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata perpaduan kaum di negara ini tidak akan dapat dicapai sekiranya orang Melayu sendiri tidak bersatu.

"Perpaduan (antara kaum) tak wujud kalau orang Melayu tak ada perpaduan. Itu penting orang Melayu bersama untuk kita dapat kerajaan yang baik.

"Kadang kala kita kena lihat, apa kesilapan yang kita lakukan. Begini, oleh kerana kita ada kesilapan, kita hilang kuasa, kita dipimpin oleh kerajaan yang tak meletakkan teras Melayu dan agama," katanya pada Konvensyen Ummah Nasional di Kuala Lumpur hari ini.

Musa berkata sejarah menunjukkan Malaysia merupakan tanah milik orang Melayu, namun pihak tertentu cuba mewujudkan provokasi dengan mendakwa mereka ditindas orang Melayu.

"Sejarah menunjukkan tanah ini tanah orang Melayu.

"Kita kena menentukan kita boleh hidup bersama dengan mereka (kaum bukan Melayu). Tapi dalam dunia sekarang, mereka guna taktik 'diskrimasi terbalik' (reverse-discrimination).

"Mereka kata ditindas oleh orang Melayu.

"Tapi apabila orang Melayu tuntut hak, dikata Melayu rasis. Mereka wujud provokasi supaya kita melenting. Kita kena berjaga-jaga, kita tak perlu melenting," katanya.

Musa menggesa ketua polis negara sekarang supaya bertindak tegas dalam menangani provokasi sedemikian.

"IGP sekarang kena bertindak tegas untuk jaga keamanan dalam negara. Jadi, orang Islam harus tenteram. Tak perlu melatah dan naik semangat untuk lakukan perkara tak betul," katanya.

'Dari segi politik, Melayu minoriti'

Sementara itu, bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ibrahim Abu Shah berkata, orang Melayu kini berada dalam "keadaan kritikal."

"Kalau kita tak bangkit, satu perkara buruk akan berlaku.

Ibrahim berkata pada tahun 2010 beliau telah memberi amaran 'serangan Kristian evangelical' yang cukup strategik untuk menghancurkan Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

"Mereka mahu mempengaruhi ekonomi, politik, dan budaya umat Islam. (Rancangan) liberal plural hanya untuk orang Islam.

(Tetapi) Kita tak rasa risau, tak rasa bimbang, hari ni rata-rata orang Melayu berpendidikan tinggi. Tapi kita tak kaji sepenuhnya implikasi yang berlaku," katanya.

Ibrahim berkata orang Melayu di negara ini telah berpecah kepada banyak kumpulan walaupun mereka membentuk 68 peratus daripada penduduk negara ini.

"Buku yang ditulis oleh orang Sepanyol, mengatakan orang Islam di zaman Andalusia, mereka berani, berpengetahuan dan berpendidikan. Sebab tu kita (orang Islam) boleh menerangkan Eropah masa zaman gelap mereka.

"Tetapi mereka berperang sesama sendiri. Mereka berpecah kepada banyak kumpulan yang lebih kecil.

"Dari segi masyarakat, kita majoriti. Dari segi politik, kita minoriti. Ini yang kita tengok hari ini kita berpecah kepada enam kumpulan," katanya menambah orang Melayu kini terlalu bertolak ansur. - www.malaysiakini.com

Tanah Melayu Milik Orang Melayu....

Tanah Melayu milik orang Melayu, bukan kaum India, kata NGO
Sebuah badan bukan kerajaan menolak dakwaan Malaysia milik orang India kerana pelbagai fakta sejarah membuktikan ia adalah Tanah Melayu kepunyaan orang Melayu.

“Atas kebaikan dan toleransi, bangsa Melayu telah sanggup berkongsi tempat tinggal dengan bangsa-bangsa lain.

“Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh menghapuskan identiti negara dan bangsa Melayu,” kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya ketika berucap dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional bertemakan “Ummah Berpakat Islam Berdaulat” hari ini.

Turut hadir bekas ketua polis negara, Musa Hassan dan veteran Umno yang juga bekas speaker Dewan Negara, Abu Zahar Ujang.

Julai tahun lalu, Menteri Sumber Manusia yang juga Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran mencetuskan kontroversi dengan mendakwa penduduk asal di negara ini ialah penganut Hindu, manakala orang Melayu hanyalah pendatang.

Beliau kemudiannya menafikan kenyataannya diputar belit pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum dan memohon maaf selepas dikecam pelbagai pihak.

Aminuddin menuntut kerajaan mengembalikan semua hak orang Melayu, termasuk tanah rizab Melayu yang digadai dan pemberian biasiswa.

“Hak mendapat pekerjaan di sektor awam, hak mendapat kemudahan perniagaan, hak untuk dimartabatkan bahasa Melayu, termasuk jawi yang semuanya telah dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.”

Beliau turut menggesa semua khazanah Melayu dari segi tamadun, sejarah pejuangnya, pendidikan, bahasa dan tulisan, seni serta budayanya dimartabatkan semula.

Katanya, Ummah tidak mahu Malaysia hilang identitinya hanya untuk mengambil hati bangsa lain.

“Kalau orang Cina ada negara Chinanya, orang India ada negara Indianya, maka kenapa orang Melayu mahu dihapuskan negaranya hanya kerana mahu dikenali sebagai negara pelbagai kaum?

“Islam tidak pernah menolak bangsa kerana kewujudan bangsa adalah ciptaan Allah.”

Beliau berkata, Ummah tidak menolak kehadiran bangsa lain di Malaysia, tetapi toleransi tidak boleh membawa kepada kehancuran nilai bangsa sendiri.

“Terbukti, toleransi yang dianggap mampu mendapat sokongan mereka akhirnya tersungkur di bumi sendiri.

“Jika pemimpin Melayu masih tidak sedar akan sejarah pahit ini, maka pasti sejarah akan berulang kembali dan layaklah agama dan bangsa ini lenyap di bumi tercinta ini.” - www.freemalaysiatoday.com

Siapa Itu Melayu Dan Apa Itu Melayu....

Tiada ‘tuan’ di bumi ini, kata aktivis kebudayaan
KUALA LUMPUR: Seorang aktivis kebudayaan berkata, sikap “ketuanan” yang ada pada diri mana-mana pihak harus dibuang kerana ia akan menimbulkan rasa kemangsaan dalam kalangan rakyat.

“Tidak ada tuan di bumi ini. Memang ada budaya dan masyarakat yang asas, tetapi apabila ada pergelutan di antara ‘ketuanan’, maka kita akan melahirkan sikap kemangsaan.

“Ini merupakan satu penyakit dan luka di Malaysia ini,” kata Eddin Khoo, pengasas Pusaka, sebuah pertubuhan kebudayaan yang berusaha mendokumentasi dan menghidupkan kembali seni persembahan dan tradisi kebudayaan tempatan serta serantau.

“Setiap masyarakat menganggap diri mereka sebagai mangsa masyarakat lain,” katanya pada forum “Bicara Kemerdekaan Kedua: Cabaran Membina Malaysia Di Alaf Baru” di sini, hari ini.

Eddin berkata, beliau bimbang keadaan yang wujud akan melahirkan masyarakat yang separuh celik, termasuk mengenai definisi Melayu itu sendiri.

Katanya, berhubung soal mengiktiraf Melayu sebagai budaya asas, soalan yang perlu ditanyakan terlebih dahulu adalah “siapa itu” Melayu dan “apa itu” Melayu.

“Kebanyakan anak Melayu tidak kenal pun apa itu Melayu, selain daripada pengiktirafan perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa pun yang bertapak di negara ini adalah menjadi anak bumi ini.

“Apabila kita bergelut, soalan sebenarnya tertumpu kepada isu pergelutan identiti yang semakin keras dan kaku.

“Baru-baru ini kita terperangkap pula dengan pelbagai isu budaya. Daripada jawi, sekolah vernakular, status bahasa Melayu, pengiktirafan UEC dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan daripada masalah pokok yang dihadapi adalah masalah luhur.

“Tetapi kita tidak mempunyai pegangan budaya dan sejarah untuk benar-benar menangani setiap dimensi masalah itu,” katanya. - www.freemalaysiatoday.com

Saturday, August 24, 2019

Ahli Politik Islam Lebih Takut Golongan Kafir

Umat Islam di seluruh dunia berpecah kepada beberapa kumpulan adalah disebabkan oleh ahli politiknya yang tidak berpegang kepada 'tali' Allah iaitu al-Quran dan Sunnah.

Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik berkata, malah keadaan itu berlaku disebabkan ahli politik Islam lebih takut kepada golongan kafir daripada Allah.

Beliau berkata, daripada pemerhatiannya, tidak ada sebuah negara Islam pun di dunia yang benar-benar mengikut perintah Allah dan ajaran Rasululallah.

"Apa yang berlaku (perselisihan dalam kalangan umat Islam) ialah disebabkan politik, ada beberapa kumpulan politik dan jika kita pergi jauh ke dalam, kita akan dapati mereka jauh daripada Islam.

"Malangnya saya tidak tahu negara Islam manakah yang benar-benar mengikut Allah dan Rasul sepenuhnya, saya minta maaf saya terpaksa katakan ini. Kita lebih takut kafir daripada Allah, kita lebih suka berjabat tangan dengan kafir.

"Mereka (ahli politik) tidak tahu kebahagian sebenar, mereka hanya mengejar kebahagian palsu dan sementara. Jika, ahli politik membaca al-Quran dan patuh perintah Allah dan Rasul dunia ini akan lebih indah. Mereka lebih takut kehilangan kerusi di dunia sedangkan mereka telah kehilangan 'kerusi' di syurga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta pada Perbincangan Ilmiah sempena Jelajah Zakir Naik 2019. Turut serta menjadi panel program tersebut ialah anaknya, Fariq.

Zakir berkata, umat Islam harus kembali kepada al-Quran dan Sunnah sekiranya timbul perbezaan atau perselisihan bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk.

"Penyelesaian yang terbaik ialah al-Quran. Di dalam Islam tidak ada kelompok-kelompok, semuanya sama. Al-Quran jelas menyatakan siapa yang berpegang kepada 'tali' Allah tidak akan berpecah.

"Tetapi politik hari ini lebih mendengar parti daripada Allah. Kita mengikut presiden (parti) daripada Allah. Sedangkan dalam politik Islam hanya ada satu parti iaitu Allah dan Nabi Muhammad SAW serta Khalifah ar-Rasyidin adalah contoh yang terbaik," katanya. -

Friday, August 23, 2019

Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat bukan Islam yang menggunakan tulisan Jawi tersebut.

“Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan Jawi di peringkat sekolah atas alasan ia merupakan langkah Islamisasi.

“Oleh itu, kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam, maka, produk bukan Islam hendaklah dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai dan apa juga label perniagaan bukan Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.

Tambah Nadzim lagi, pengguna Islam terutamanya telah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan menggunakan lambang dan tulisan yang sinonim dengan Islam seperti tulisan Jawi, lambang masjid serta nama-nama Islam sebagai jenama produk.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya untuk membezakan yang mana satu produk Islam dan produk bukan Islam agar pengguna boleh membuat pilihan lebih bijak.

Beliau turut berpendapat, rata-rata syarikat bukan Islam kurang memahami konsep halal dan toyyib sehingga melanggar syarat yang ditetapkan oleh pengeluar sijil itu.

“Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal daripada pihak Jakim dan kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.

“Namun begitu, mereka hanya perlu membuat pembetulan dan memohon semula sijil halal. Hakikatnya, kesan daripada produk yang tidak halal itu kekal dan tidak boleh dihapuskan semudah itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim tidak mengambil kira majikan yang tidak membenarkan pekerja solat atau memakai tudung.

“Ada hotel mendapat sijil halal tetapi tidak benarkan pekerja memakai tudung, ia tidak masuk akal kerana halal bukan hanya pada makan dan minum,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Thursday, August 22, 2019

Hebatnya Negara Thailand Dan Indonesia Memertabatkan Bahasa Mereka....Kita?

Tukar ‘Hari Sukan Negara’ kepada ‘Malaysia Sports Challenge’ untuk prestij, kata Steven
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Kiong tidak melihat penggunaan nama “Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19)” merendahkan martabat penggunaan bahasa Melayu.

Steven berkata ia antara lain bertujuan memperluaskan capaian program itu yang merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Beliau berkata penggunaan nama dalam bahasa Inggeris itu mampu meningkatkan lagi prestij program berkenaan, bukan sahaja dalam kalangan penggiat sukan tempatan, malah turut melibatkan sektor sukan antarabangsa.

“Kita ada banyak syarikat jenama sukan antarabangsa yang mempunyai pasaran di sini dan kita ingin menarik perhatian dan juga penyertaan mereka dalam aspek ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Majlis Hi Tea bersama penaja hari ini.

Pelaksanaan MySC’19 merupakan usaha penambahbaikan kepada Hari Sukan Negara (HSN), yang akan berlangsung selama 31 hari sepanjang Oktober berbanding HSN yang dilaksanakan hanya satu hari pada minggu kedua Oktober.

Ia merupakan cetusan idea Syed Saddiq yang menyasarkan seramai 5 juta orang, dengan melibatkan penyertaan 154,925 peserta di peringkat kebangsaan, 2,649,075 di peringkat negeri dan 2,196,000 di peringat daerah.

Steven optimis penggunaan bahasa Inggeris pada program tersebut tidak akan menjadi tembok penghalang kepada masyarakat untuk bersama-sama menjayakannya.

“Saya rasa tiada masalah kerana intipatinya masih lagi Malaysia, penganjurnya Malaysia dan pesertanya juga orang Malaysia.

“Tidak kira apa jenama atau bahasanya, saya rasa orang Malaysia tidak janggal untuk berhadapan dengan penggunaan bahasa itu,” jelasnya. - www.freemalaysiatoday.com

Kegagalan Yang Memalukan....

Serah pada PIBG isu khat Jawi memalukan dan PM hilang wibawa
Setelah dua hari berlalu penyerahan memorandum di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini tegas dengan pendirian dan terus menggesa kerajaan mengharamkan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mahu Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong). Kerajaan yang baik sepatutnya dengan segera mengambil tindakan kepada mana-mana pihak atau individu apabila berlakunya perancangan atau usaha ke arah mengancam keselamatan dan keharmonian negara dengan perbuatan menghasut. Jika ia tidak dilakukan sedemikian, Kementerian Dalam Negeri akan dilihat gagal dalam menguruskan kementeriannya.

Selain itu, berdasarkan keputusan mesyuarat kabinet pada Rabu lalu, Wira Putra merumuskan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik gagal dalam usaha memartabatkan pendidikan Bahasa Melayu dengan menambah pembelajaran tulisan khat Jawi. Beliau bukan sahaja dilihat gagal bertegas dengan usahanya malah dengan mudah usahanya itu dipatahkan dengan manipulasi jemaah menteri yang sebahagian besarnya mendokong dan menyokong usaha Dong Zong dalam usaha membatalkan pembelajaran tulisan khat Jawi tersebut.

Tindakan memberi kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menetapkan kurikulum yang perlu di ajar di sekolah kerajaan dan menjadikan elemen dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu sebagai selektif adalah satu tindakan tidak masuk akal. Ini kerana sokongan setiap sekolah khususnya sekolah vernakular pasti bercanggah dan tidak bersifat nasionalis. Keputusan seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang kewujudan Kementerian Pendidikan kerana ia seperti memperlekehkan kuasa menteri yang telah di amanahkan.

Maszlee seharusnya lebih tegas dan berani dan jangan jadi ‘pak turut’ hanya dengan desakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang rasis tidak tentu hala dan merasakan diri mereka besar kerana kononnya ada sokongan kuat dari kerajaan China. Jika usaha baik seperti ini diperkenalkan dalam pembangunan Dasar Pendidikan Nasional (DPN) juga Maszlee masih menari ikut rentak yang Dong Zong mainkan, adalah dicadangkan pindah sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia ke Bangunan Dong Zong dan serah sahaja kuasa kementerian tersebut kepada Dong Zong agar mereka boleh membuat aturan dan segala keputusan bagi menentukan DPN.

Jika dalam tempoh terdekat ini, Menteri Pendidikan masih menuruti kehendak Dong Zong yang rasis ini, maka ia akan menjadi kemenangan dan kejayaan besar buat mereka. Jika ini berlaku, maka, semulia-mulia tindakan yang perlu dilakukan oleh Menteri Pendidikan adalah meletakkan jawatan secara terhormat kerana kegagalan beliau bertegas dalam menguruskan kementeriannya turut telah di tegur oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kepada Kementerian Dalam Negeri, Wira Putra masih optimis dan mengharapkan pengharaman Dong Zong yang juga sangat diharap oleh seluruh rakyat Malaysia yang menolak usaha pencabulan keharmonian dan perpaduan negara ini agar tidak dilengahkan. Sudah banyak bukti melalui kenyataan dan tindak-tanduk mereka yang tidak menunjukkan sifat nasionalis dan cintakan tanah air. Lebih-lebih lagi apabila cuba melibatkan negara luar bagi mendapatkan sokongan, ia menggambarkan seolah-olah mereka tidak lagi bergantung harap pada kerajaan Malaysia dan sebaiknya segera diharamkan pertubuhan mereka dan minta dipulangkan kembali kewarganegaraan seterusnya segeralah berpindah pulang ke negara China dan bukalah Dong Zong di sana. Jika tak mampu untuk beli tiket kapal terbang, orang Melayu sedia membina tongkang khas yang muatannya juga besar bagi memberi laluan mereka yang rasis ini dapat pulang ke tanah air yang mereka banggakan ini.

Oleh itu, Wira Putra tetap dengan pendirian mahukan Dong Zong diharamkan bagi memastikan pertubuhan yang rasis dan sentiasa menentang dasar kerajaan mesti diharamkan kewujudannya di Malaysia.

Jelas kerajaan hari ini gagal menegakkan ‘Rule of Law’ dan gagal melaksanakan dasar-dasar nasional yang berteraskan asas Perlembagaan Negara. Ianya amat memalukan bila gagal mempertahankan dan melaksanakan pengajaran tulisan khat Jawi yang merupakan perkara kecil sahaja. Menteri-menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) jelas tidak menghormati wawasan Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri. Kerajaan PH sudah hilang integriti apabila menteri lain mencampuri urusan kementerian lain dan tidak mementingkan Dasar Nasional Negara (DNN) tetapi lebih kepada kepentingan sentimen kaum semata mata.

Keputusan menyerah kepada PIBG untuk memutuskan sama ada pengajaran khat Jawi boleh di ajar kepada pelajar atau tidak, adalah keputusan mempersendakan pemikiran rakyat. Lebih baik buat keputusan nyatakan cadangan pengajaran tulisan khat Jawi di batalkan dan Menteri Pendidikan serta Kementerian Pendidikan dibubarkan sahaja. Semua urusan pendidikan serah sahaja pada Dong Zong sebab Dong Zong lebih berkuasa dan lebih hebat dari Perdana Menteri.

Memalukan Anak Cucu.

Sudah tidak ada lagi di mana langit di junjung,di situ bumi di pijak.

Oleh:  Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
        * Penulis ialah Ketua Wira Putra

Wednesday, August 21, 2019

PM kata Mereka Rasis.....Bila KPN Nak Ambil Tindakan

Individu bangkit isu perkauman terus ditangkap, tiada lagi amaran - KPN
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama; sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan memang saya akan buat (lakukan tangkapan).

“Saya bagi arahan kepada anak-anak buah saya untuk siasat kes terkelas melibatkan keagamaan dan kaum. Jangan tunggu, terus siasat dan tangkap. Saya ulang tiada lagi amaran,” katanya kepada Bernama News Channel di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata banyak pihak terpedaya dengan agenda tertentu yang dicipta pihak-pihak tidak bertanggungjwab untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.

Beliau berkata, individu-individu yang terpedaya itu, kemudian berkongsi perkara tidak sahih, merakam video berbaur perkauman dan menyebarkannya di media sosial selain menghina dan memaki pemimpin negara.

“Saya menyeru kepada orang ramai jangan terpedaya dengan mainan politik pihak tertentu dengan secara tidak disedari mereka terperangkap, makanya orang yang menularkan video tidak tahu hujung pangkal, akhirnya mereka ditahan dan didakwa.

“Saya nasihatkan jangan ambil tindakan yang melulu dan ikut emosi,” katanya sambil menambah tindakan pihak tidak bertanggungjwab ini telah mengakibatkan masyarakat keliru, takut dan negara dilihat seolah-olah porak peranda.

Abdul Hamid berkata, pelbagai isu perkauman sedang dan telah diselesaikan pihak polis demi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Saya menyeru pemimpin politik supaya mereka ada sikap tanggungjawab dalam bulan (Bulan Kebangsaan) ini kerana kita hendak sambut Merdeka. Banyak kenyataan tidak bertanggungjawab dikeluarkan, sepatutnya mereka (pemimpin politik) lebih bertanggungjawab selepas kita berjaya jalankan proses demokrasi cemerlang.

“Sekarang macam porak-poranda pula. Semua kaum, orang ramai jadi takut apa yang berlaku dalam negara kita ini, biarlah bertanggungjawab.. Jangan keluarkan kenyataan tanpa guna akal fikiran, hentikan semua ini,” katanya. - BERNAMA

Wajarkah Hanya Menjadi Sebuah Boneka.....

Dong Zong di sebalik kerajaan?
SEDIH teramat sangat apabila perlaksanaan dasar Pendidikan negara perlu bertanya kepada PIBG Sekolah Cina sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak? Tidakkah kita sedar bahawa PIBG Sekolah Cina itulah Dong Zong? Di manakah maruah kita selaku kerajaan yang telah mendapat mandat rakyat dan berlegitimasi?

Apabila kerajaan telah menggubal sesuatu dasar untuk kepentingan negara, semestinya ia dilaksanakan sama ada suka atau tidak. Ini berlaku di semua negara.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di negara kita, seolah-olah Dong Zong itulah kerajaan. Kerana di belakang Dong Zong ada lebih 9000 NGO Cina menyokong. Ini tidak termasuk parti-parti politik ultra kiasu mereka, DAP, MCA dan Gerakan.

Ini bukan kali pertama, kita buat pusingan U-turn apabila dibantah Dong Zong, sudah banyak kali. Sejak zaman BN lagi. BN pula jangan cuci tangan dalam isu ini. Dosa kamu tetap ada. Kerana kemarukkan undi, kamu gadaikan agenda negara. Keadaan sama berlaku apabila pemerintah kerajaan berubah. Semua kerana undi.

Apa yang Dong Zong tidak bantah dasar Pendidikan yang telah ditetapkan kerajaan? Benar kata Perdana Menteri, semua mereka bantah. Sekolah Wawasan yang amat baik, idea Perdana Menteri, menggabungkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil gagal, kerana Dong Zong boikot.

Akhirnya, lima (5) buah Sekolah Wawasan yang telah dibina di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, gagal, tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekolah Wawasan kembali menjadi seperti Sekolah Kebangsaan.
Dong Zong tidak mahu murid-murid Cina bercampur dengan murid-murid Melayu. Dong Zong takut penguasaan Bahasa Cina anak-anak Cina terjejas jika bercampur.

Ketika PPSMI dikuatkuasakan, Sekolah Cina tetap dengan cara Cinanya, tanpa memperdulikan PPSMI. Dong Zong berkeras jika Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, murid-murid Cina akan menjadi kurang mahir berbahasa Cina.

Pendek kata, apa jua dasar yang boleh menjejaskan proses pencinaan murid-murid Cina menjadi secina-cinanya mereka akan tentang habis-habisan. Jika tidak percaya, tubuh RCI, kaji satu demi satu penentangan Dong Zong terhadap dasar-dasar kerajaan sejak ia ditubuhkan.

Dong Zong sentiasa menang dan tidak pernah kalah. Seolah-olah Dong Zong itulah kerajaan. Sudah sampai masanya Dong Zong ini diharamkan.

Saya mohon dan merayu kepada semua rakyat Malaysia, berikanlah sokongan penuh dengan Perdana Menteri, dalam berhadapan dengan pertubuhan rasis, cauvinis, dan ultra kiasu Cina ini. Tidak semua Cina menyokong mereka, tetapi Dong Zong berjaya menampakkan bahawa merekalah wakil keseluruhan Cina.

Tuesday, August 20, 2019

Memperlekehkan Perjuangan Orang Melayu...

Pemimpin DAP mahu komunis diiktiraf?
IPOH 19 Ogos - Pas Perak hari ini melahirkan kekhuatiran dengan isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan komunis susulan ciapan seorang pemimpin DAP di Twitter apabila mendakwa mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, ciapan berkenaan memusykilkan kerana perajurit yang mempertahankan negara ketika itu ialah tentera dari negara-negara Komanwel manakala tentera tempatan pula kesemuanya berketurunan Melayu dari negeri-negeri Melayu bersekutu.

Menurut Razman, terdapat juga pihak lain iaitu Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga dari Pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menentang atas dasar kebencian berhubung kait dengan perang China-Jepun.

Namun katanya, MPAJA yang mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari selepas kekalahan pihak Jepun, telah menimbulkan huru-hara, keganasan serta pembunuhan.

"Oleh itu, kami menggesa pemimpin berkenaan tampil menyatakan secara terang dan jujur tujuannya membuat ciapan berbaur rasis dan mungkin merangka satu gerakan berkaitan yang kami sebutkan.

"Sebarang tindakan untuk memperakui atau mengiktiraf perjuangan berkenaan sebagai mempertahankan negara, tidak dapat diterima sama sekali apatah lagi cuba memberi penghargaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Biarpun kenyataan itu tidak menamakan siapakah pemimpin DAP tersebut yang juga didakwa sebagai Ahli Parlimen dari Perak, namun ia dipercayai merujuk kepada Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Pada 16 Ogos lalu, Kor Ming dalam ciapan Twitter miliknya menulis 'Mendiang datuk saya & Timb Menteri YB @hannahyeoh adalah bekas perajurit yg mempertahankan negara semasa perang dunia II. Bila Jepun menjajahi tanahair kita, mereka yg berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira & wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan.'

Dalam pada itu, Razman berkata, gelaran perajurit, wira dan wirawati negara serta terma mempertahankan kedaulatan negara termasuk penghargaan yang diberi adalah hak eksklusif dan nilai yang tidak boleh disetarakan dengan MPAJA dan PKM.

Beliau berkata, MPAJA atau Bintang Tiga yang terdiri daripada ahli-ahli PKM ini telah meletuskan pertempuran perkauman khususnya antara orang Cina dengan Melayu sehingga merenggangkan hubungan.

"Adakah kini pemimpin DAP tersebut cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menjulang terbuka mendiang datuknya sebagai bekas perajurit yang mempertahankan negara?

"Adakah ini episod lanjutan provokasi awal memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai 'hanya tahu makan dan tidur sahaja' oleh taikun proPakatan Harapan, Koon Yew Yin sehingga martabat perajurit sebenar direndahkan dan mahu diletakkan mereka di ladang Felcra bagi menggantikan warga asing?" soalnya. -  utusan online 

Monday, August 19, 2019

Apabila Si Luncai Jadi Menteri....

Tak Faham Perlembagaan
‘Sekolahkan, ajar mereka semula’
Menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahupun pemimpin politik perlu ‘disekolahkan’ kembali bagi memastikan mereka lebih memahami Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia dan bagaimana negara ini diwujudkan.

Ahli Majlis Pimpinan Ter­tinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, terdapat menteri serta pemimpin politik dilihat gagal memahami Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum serta rakyatnya perlu menghormati dan menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan.

Tambah beliau, kurikulum pendidikan di sekolah vernakular yang menjurus kepada pemerkasaan Perlembagaan dari sudut menjunjung penggunaan bahasa kebangsaan jangan dipolitikkan dengan tekanan puak berkepentingan kaum dan menidakkan tujuan untuk bangsa Malaysia bersatu padu.

“Seperti dalam isu Jawi, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana sudah terkandung dalam Perlembagaan menerusi Dasar Bahasa Kebangsaan. Keba­nyakan pemimpin politik ini tidak memahaminya, jadi mereka mesti ‘di­sekolahkan’ dan di­ajar semula supaya boleh membimbing pengikut mereka tentang apa itu Malaysia.

“Kena ada satu cara untuk mendidik mereka ini semua, mungkin perlu ada program ala Biro Tata Negara (BTN) tapi kali ini melibatkan semua kaum agar dapat memahami Perlembagaan Persekutuan dan bagaimana negara ini diwujudkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan itu dengan nada lebih tegas berkata, mana-mana menteri yang mempolitikkan isu membabitkan Perlembagaan Persekutuan sepatutnya mele­takkan jawatan.

“Mereka telah mengkhianati ikrar mereka sendiri serta sum­pah apabila memegang jawatan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, ini merupakan satu pengkhianatan.

“Hari-hari dise­but tentang bangsa Malaysia tetapi kita sendiri tidak tahu bangsa Malaysia itu bagaimana, adakah bangsa Melayu, Cina, India ataupun pelbagai kaum? Sekarang ini adakah kita mahu tunggu Perlembagaan itu dibubarkan untuk kita membentuk semula negara Malaysia?,” katanya.

Tambahnya, semua pihak perlu kembali kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui dan sekiranya polemik tidak memahami perlembagaan itu tidak dibendung, negara boleh menuju tahap membimbangkan dan lebih buruk boleh musnah.

“Adakah puak-puak ini tidak mahu menjunjung Perlembagaan Persekutuan kerana mahu memusnahkan budaya Malaysia itu sendiri? Kita sudah nampak hari ini, pergi hotel mana pergi bahasa Melayu, separuh hotel gagal, pusat beli-belah gagal mempamerkan dalam bahasa Melayu, itu yang sepatutnya dijunjung dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. - www.utusan.com.my

Friday, August 16, 2019

Adakah Musuh Negara Akan Lepas Bebas.....

Mana-mana pihak hina tentera adalah musuh negara - Mat Sabu
Mana-mana pihak tanpa mengira kaum yang menghina peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan musuh kepada negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Mohamad turut menganggap perbuatan itu sebagai jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Mutakhir ini kita lihat disebabkan negara aman dan tenteram, ada yang lupa peranan Kementerian Pertahanan dan unit-unit dibawahnya.

“Bagi kita, siapa sahaja yang hina ATM, mereka adalah musuh negara, tidak kira mana-mana kaum atau pihak. Bahkan, bagi kita menghina ATM juga adalah jijik dan tidak boleh diterima,” kata Mohamad.

Mohamad berkata demikian menerusi ucapannya ketika Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2019 di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Hadir sama dalam Majlis tersebut Timbalannya Liew Chin Tong.

Baru-baru ini, pengasas Gamuda, Koon Yew Yin dalam blognya berkata ramai anggota tentera hanya makan dan tidur malah ramai antara mereka tidak pernah menembak, dan mencadangkan anggota tentera dihantar bertugas ke ladang-ladang Felda.

Kenyataan itu dibuat Koon menerusi satu tulisan bertajuk "Cadangan saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita".

Bagaimanapun pendapat itu mengundang kritikan pemimpin kerajaan, pembangkang dan NGO yang berpandangan kenyataan itu menghina pasukan ATM.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Koon akhirnya membuat permohonan maaf, terutamanya kepada anggota tentera yang tersinggung dengan kenyataan itu.

Mengulas mengenai permohonan maaf dibuat Koon, Mohamad memaklumkan tidak akan ada perkataan menerima maaf yang akan keluar dari mulutnya, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

“Tidak sebut soal maafkan. Tidak ada perkataan maaf dan sebagainya. Laporan yang dibuat kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan atau tidak, atas kebijaksanaan mereka,” katanya.

Mohamad dalam ucapannya turut yakin kredibiliti anggota tentera tetap utuh dalam menangani pelbagai isu keselamatan domestik dan antarabangsa.

'Ada isu perkauman dimainkan'

Beliau turut mengkritik sikap netizen yang hanya melenting apabila kritikan terhadap anggota ATM dibuat seorang jutawan bukan Melayu, namun berdiam diri apabila kritikan terhadap pasukan itu dibuat bekas Ketua Menteri Sabah Harris Salleh.

Julai lalu, sebuah portal berpengkalan di Sabah, Dailyexpress melaporkan Harris menggesa anggota parlimen mengemukakan usul untuk mengkaji semula peranan ATM supaya wang berbilion ringgit yang dibelanjakan ketika ini boleh dijimatkan untuk memulihkan ekonomi negara.

“Apabila bekas ketua menteri Sabah keluarkan kenyataan minta bekas tentera jadi pengawal keselamatan, manakala tentera wanita elok menjadi amah atau tukang cuci, rakyat tidak melenting. Ia juga merendahkan pasukan tentera.

“Rakyat melenting dan membela pasukan tentera apabila ada jutawan katakan tentera hanya makan dan tidur, serta elok jadi peneroka Felda.

“Saya lihat ada isu perkauman yang dimainkan. Kenapa seorang Islam mengkritik tentera netizen diam, tetapi kenapa bila jutawan ini mereka melenting,” katanya.

Jelasnya, walau apa pandangan dilontarkan netizen, pasukan ATM harus tetap berkhidmat kepada kerajaan dan akan mempertahankan kedaulatan negara.

“Disebabkan kedaulatan negara yang dijaga oleh tentera menyebabkan peniaga boleh jadi jutawan, boleh bergerak ke mana-mana, boleh mencari makan dan boleh tambah pendapatan,” katanya.- www.malaysiakini.com

Adakah Rasisme Akan Dihalalkan....

Haramkan Dong Zong: Pertubuhan Rasis Sempit
SEPERTI biasa sejak daripada dulu jika ada isu yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya. Jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya. Apakah kita sekarang ini di bawah kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.

Dalam soal tulisan khat dan jawi ini walau Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat jelas seperti “Keputusan mengenai khat adalah muktamad”, seharusnya tidak lagi timbul pertikaian daripada Dong Zong serta ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP kerana ia adalah keputusan kerajaan yang diwakili juga oleh DAP. Kenapa lagi perlu petisyen dan sebagainya. Mereka sengaja mengaitkan isu jawi dengan agama, sedangkan jawi hanya tulisan arab dan Khat pula adalah seni tulisan.

Seperti yang kita tahu bahawa Dong Zong adalah salah satu Hua Tuan (Persatuan-Persatuan Cina Utama Malaysia) daripada lebih 2,065 persatuan Cina yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan di dalam Dokumen Siqiu. Pelbagai tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu Bumiputera Islam. Pelbagai perkara dalam Perlembagaan cuba mereka ubah dan hapuskan untuk melenyapkan hak istimewa Orang Melayu.

Setiap perkara yang berkaitan orang Melayu menjadi masalah kepada Dong Zong. Apakah Dong Zong ini “Pelampau Cina” yang menjadi “Tangan Jahat” bagi pihak bangsa DAP? Apakah tulisan khat yang menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu Islam seawal 1303 (Batu Bersurat Terengganu) itu dilihat sebagai ancaman kepada bangsa DAP? Apakah Dong Zong lupa bahawa Malaysia ini Tanah Melayu dan majoritinya juga Melayu Islam?

Dalam cadangan kerajaan era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini untuk mewujudkan satu Sekolah Wawasan di mana Sekolah Kebangsaan, SJK(C) dan SJK(T) dikumpulkan dalam satu kampus ditentang oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya Melayu diterapkan kepada anak-anak mereka nanti.

Antara tuntutan lain Dong Zong yang ada dalam Siqiu ialah menuntut agar sistem kuota di universiti, penjawat awam, pinjaman dan bantuan pelajaran dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau berasaskan kebolehan dan pencapaian.

Dong Zong juga adalah pemain utama dalam menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil UEC dan juga seawal pemerintahan kerajaan DAP-PH, Dong Zong menggesa agar bantuan kerajaan disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Persendirian Cina (Menengah dan Rendah) dan kerajaan DAP-PH secara terus merealisasikan tuntutan Dong Zong ini apabila memasukkan Sekolah Persendirian Cina sebanyak 60 sekolah dengan peruntukan RM12 juta dibawah peruntukan SJK(C) sebanyak RM50 juta yang berada di luar sistem atau dasar Pendidikan Negara sebagai sekolah yang mendapat peruntukan kerajaan dan secara tidak langsung ianya bertentangan dengan dasar kerajaan. Ini juga adalah tuntutan yang ada dalam Siqiu.

Tuntutan Dong Zong bukan lagi tuntutan tetapi seolah suatu perkara yang harus diutamakan dalam kerajaan DAP-PH hari ini. Untuk kepentingan mereka semuanya lulus dan “OK” tetapi apabila sampai kepada orang Melayu Islam dalam bab tulisan khat pun mereka menentang dan bersuara lantang dengan pelbagai cara.

Saya ingin memberikan ingatan kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang junjung hari ini. Ini Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam. Jangan dek kerana sikap Dong Zong terlalu lantang ini bakal mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu. Dong Zong jangan jadi “Pelampau Cina” yang akhirnya membakar kemarahan orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum.

Saya amat setuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu saya mencabar kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong atas dasar menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke dalam senarai negara bergolak atau negara yang tidak selamat apabila berlaku pertembungan etnik, kaum dan agama. Negara pasti tidak aman jika Dong Zong terus dibenarkan bersuara lantang. Dong Zong harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras budayanya juga adalah Melayu. Pasti api kebangkitan Melayu Islam bisa saja membakar setiap kulit chauvinist yang tidak sedar di mana bumi dipijak dan langit mana yang mereka junjung.

Naib Presiden UMNO
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Thursday, August 15, 2019

Berbisakah Pemimpin Kita...

Wah! berbisanya Kuan Yew, Suharto...
ORANG selalu kata lantaran Singapura kecil saiznya, maka mudah bagi pihak berkuasa mengambil tindakan dengan tegas dan cepat.

Boleh jadi betul begitu. Tetapi Tumpang melihat dari dekat sistem yang dijalankan mendapati yang penting ialah budaya menghormati undang-undang diamalkan terus menerus. Mula-mula, rakyat agak liat menerima dasar tegas itu tetapi lama kelamaan dasar itu menjadi sebahagian cara hidup yang diterima pakai.

Siapa yang tidak kenal dengan ‘harimau berantai’ Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, pengasas Singapura moden.

Tumpang menukilkan nama Kuan Yew dalam kolum ini kerana tiba-tiba kelmarin teringat dengan tindakan nekadnya - selepas membawa keluar republik itu dari Malaysia pada 1965 - menutup sekolah-sekolah dan universiti Cina di Singapura, sebelum kemudian menggantikannya dengan sekolah kebangsaan Inggeris di seluruh Singapura.

Universiti pula digantikan sebuah Universiti Cina dengan University Nasional Singapura berpengantar bahasa Inggeris.

Meskipun ini dilakukan serentak dengan penutupan sekolah Melayu dan Tamil, tetapi menutup sekolah kaumnya sendiri yang merupakan majoriti di Singapura memerlukan keazaman dan keberanian untuk bertindak luar biasa - kemungkinan menghadapi risiko kekacauan dan rusuhan besar.

Untuk menghapuskan Universiti Cina dalam tahun 1980, Nanyang University dipaksa bergabung dengan University Singapore bagi mewujudkan National University of Singapore.

Orang India Singapura menangis apabila sebuah sekolah menengah Tamil tertua di Singapura ditutup dalam tahun 1982 kerana sekolah itu merupakan benteng terakhir bagi bahasa Tamil di Singapura. Mereka telah membinanya dalam 1946 menerusi darah, keringat dan air mata dan mengadakan tabung sumbangan bulanan bagi penyelenggaraannya.

Kebanyakan mereka ialah penjual akhbar Tamil yang melihat penutupan itu bererti gelaplah masa depan bahasa Tamil.

Pejuang bahasa cina ditakutkan
Apa yang mereka takuti benar-benar berlaku di Singapura waktu itu. Lapan minggu selepas perpisahan dari Malaysia dalam Oktober 1966, Dewan Perniagaan Cina yang disokong oleh kesatuan guru-guru Cina, pengarang-pengarang akhbar Cina dan pemimpin-pemimpin berbagai-bagai persatuan suku kaum Cina menggesa kerajaan Singapura memberikan jaminan untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Singapura.

Belum pun kempen itu bermula, Kuan Yew telah mencantasnya dengan memberitahu mereka semua bahasa utama di Singapura mempunyai taraf yang sama walaupun sebenarnya pada masa itu beliau memang telah bercadang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Lima hari selepas pengumuman itu, dengan tujuan untuk menakutkan pejuang-pejuang bahasa Cina yang mewakili empat dewan Cina, Kuan Yew memanggil dan memberi amaran kepada mereka di bawah suluhan cahaya lampu televisyen bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapa juga mengeksploitasi bahasa Cina sebagai isu politik. Dengan itu tamatlah suatu percubaan untuk mengangkat martabat bahasa Cina. Tetapi beberapa orang pemimpin pelajar yang berasal dari Malaysia telah meneruskan tindakan bantahan dengan mengetuai tunjuk perasaan pelajar-pelajar Nanyang University dan juga Ngee Ann College di hadapan pejabatnya. Kuan Yew mengarahkan mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia.

Pada 1987 bahasa Inggeris secara rasmi menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan di Singapura. Tidak ada lagi sekolah Cina, Melayu dan India. Aliran pemikiran pendidikan Inggeris telah meruntuhkan sentimen perkauman, merasionalisasikan sikap, mengawal pengucapan dalam masyarakat berbilang kaum dan menjadi benteng pertahanan kepada masyarakat Singaporean Singapore. Maka itu orang Cina Malaysia yang kebanyakannya masih kecinaan dalam cara hidup mereka berasa terasing dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan generasi baharu Singapura.

Cina Malaysia Beruntung
Selepas merdeka, kerajaan Malaya juga telah memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan meningkatkan taraf sekolah kebangsaan pengantar Melayu ke peringkat menengah dan universiti di samping mengekalkan sekolah aliran Cina dan Tamil di peringkat rendah sahaja.

Begitu rentetan kisah sedih sekolah Cina dan Tamil di Singapura suatu ketika.

Apabila isu-isu semasa tanah air diselubungi dengan desakan puak cauvinis termasuklah berkisar polemik tulisan khat Jawi, Tumpang akui sedikit terkilan.

Hakikatnya masyarakat Cina Malaysia begitu beruntung dari Singapura dan satu lagi negara tetangga, Indonesia.

Di Indonesia, walaupun negara itu mempunyai etnik minoriti Cina yang berjumlah besar, negara itu menerapkan sistem sekolah aliran tunggal yang menggunakan bahasa Indonesia untuk pengajaran.

Di bawah rejim bekas presiden Allahyarham Suharto, kerajaannya menghalang budaya Cina ditonjolkan termasuk nama yang berbunyi Cina bagi menyerapkan identiti Cina dengan identiti Jawa-Melayu, penduduk majoriti Indonesia.

Bila timbul ‘kegawatan’ yang bersangkut-paut semangat kebangsaan hari ini, Tumpang teringat idea yang pernah dicetuskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1997 sehingga menubuhkan Sekolah Wawasan di mana semua pelajar dari tiga aliran bahasa yang berbeza akan ditempatkan di sebuah kampus tunggal di mana mereka boleh bergaul dengan satu sama lain.

Mengikut konsep itu, terdapat tiga buah sekolah di dalam satu kampus yang menggunakan bahasa ibunda mereka di kelas. Tetapi untuk aktiviti lain seperti sukan dan perhimpunan pagi, mereka akan bersatu dan menggunakan bahasa Melayu.

Sekolah Wawasan pertama mula beroperasi pada 2002 di Subang Jaya, di barat Kuala Lumpur dan waktu itu dibuka beberapa lagi.

Tetapi sayangnya konsep sekolah sedemikian yang baik, gagal dari aspek pelaksanaannya. Lagipun masyarakat Cina tidak minat.

Waima apa pun, Tumpang cukup yakin supremacy atau keagungan mana-mana pemerintahan tidak akan dinafikan jika pentadbiran berkenaan dirasai hingga ke pinggan makan dan bilik tidur.

Oleh: Tumpang Lalu

Menggunakan Pemimpin Melayu Untuk Menghalalkan Kehendak Mereka....

Rais Yatim pun mahu Zakir Naik keluar Malaysia
Pemimpin veteran negara, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan keadaan negara ini harmoni, namun berubah selepas penceramah kontroversi Zakir Naik hadir menetap di negara ini.

“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum (beragama) Hindu pula dikacaunya dengan memperkecilkan mereka.

“Zakir sedang berperanan bahaya batu api,” luah bekas menteri itu di laman Twitter, hari ini.

Zakir, yang dikehendaki oleh kerajaan India atas dakwaan ekstremisme dan pengubahan wang, dilihat sejak akhir-akhir ini mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menimbulkan kegusaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Tambah Rais, hubungan Malaysia dan India juga “muram” sejak kehadiran penceramah itu ke negara ini.
“Amat baik dia dipulangkan saja ke India. Kerana dia, hubungan Malaysia dan India juga muram.

“Kita ada banyak kerja lain lagi,” ujarnya.

Bangkit isu kontroversi Zakir Naik ke Kabinet

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran telah membangkitkan tentang kenyataannya Zakir Naik yang menimbulkan kontroversi dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

“Kami sudah menjelaskan pendirian kami iaitu tindakan harus diambil dan Zakir Naik tidak sepatutnya dibenarkan lagi untuk tinggal di Malaysia.

“Perdana Menteri mengambil perhatian terhadap kebimbangan kami. Kami serahkan kepada beliau untuk mempertimbangkan pendirian itu dan untuk menentukan secepat mungkin apa yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan,” ujar mereka dalam kenyataan, hari ini. – Roketkini.com