nuffnang

Monday, September 30, 2019

Chauvinist Mahu Mengubah Identiti Negara...Mana Akta Hasutan?

Kor Ming hasut rakyat benci Sultan Selangor - Najib
KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menghasut komuniti Cina supaya memprotes titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penggunaan tulisan selain bahasa Melayu pada papan tanda mendapat bantahan ramai pihak.

Tindakan itu juga disifatkan seolah-olah mahu tulisan dwibahasa dikekalkan sebagai menghormati kewujudan bangsa selain Melayu dalam negara ini sedangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan sudah pun memadai sebagai bahasa rasmi.

Menurut Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak itu dalam Facebook miliknya dilihat sebagai tindakan menghasut warga Cina supaya membenci Sultan Selangor.

"Kerajaan PH patut mengambil tindakan terhadap Nga Kor Ming kerana dia telah menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor.

"Posting Facebook mereka kata jangan salahkan kerajaan PH jika mereka tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa kerana ianya keputusan Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Najib meminta supaya DAP berhenti daripada memainkan sentimen perkauman yang bersifat menghasut rakyat supaya membenci Sultan Selangor.

"DAP mengajak orang Cina yang tidak puas hati dengan keputusan itu untuk membantah di depan muka Sultan Selangor.

"Saya harap kaum Cina tidak termakan hasutan. DAP mesti berhenti menghasut dengan memainkan isu perkauman," tegasnya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Nga Kor Ming selain menyifatkan beliau sengaja menggunakan tulisan Cina bagi mengelak daripada diketahui oleh masyarakat Melayu.

"Saya tidak pernah melihat MCA berkata sedemikian ketIka mereka berada dalam kerajaan. Ini semua menjadi sebab kenapa kami tidak akan mengundi kamu lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti," kata Cramesh Cheleya.

"Kurang ajar, tak sedar dek untung. Baharu dapat kuasa tak sepenggal sudah berani macam ini," kata Hafizan Abd. Mulok.

"Warganegara Malaysia guna tulisan dan Bahasa Malaysia lah. Kalau tak tahu bermakna kau bukan rakyat Malaysia lah. Pergi balik tempat asal usul kau tulis dan cakap bahasa kau. Itu pun susah nak faham ke?" soal Suhaimie Shaarie.

Sementara di Facebook Najib pula, rata-rata pengguna menyifatkan kenyataan Nga Kor Ming sebagai hasutan DAP yang menyentuh sensitiviti perkauman dan rasis.

"PH sehingga hari ini guna taktik yang sama. Tak ada cara untuk bangunkan ekonomi tetapi masih bersifat rasis. Terus buat rakyat bergaduh. Hormatlah antara satu sama lain," kata Vincent Ooi.

"Kalau betul, saya menyeru agar Sultan Selangor menyusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melucutkan kerakyatan mana-mana Cina yang terlibat termasuk menghasut seperti dalam gambar ini (Ngar Ko Ming)," tegas Ahmad Firdaus.

"Bahasa Cina untuk pendatang haram Cina yang diberi kad pengenalan sebab mereka memang tak reti bahasa. Sebab itu DAP bersungguh-sungguh menjaga pendatang haram yang ada kad pengenalan," ujar Nolan Rosnam. - UTUSAN ONLINE

Menunggu Pembelaan PH terhadap `Enam Jahanam'

Kes Adib: ‘Enam Jahaman’ Perosak Perpaduan Wajib Letak Jawatan
KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin menegaskan bahawa ‘enam jahanam’ iaitu Tommy Thomas (Peguam Negara), YB. V. Ganabatirau (Exco Dap Selangor), M. Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia), P. Waytha Moorthy (Menteri Perpaduan), Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Xavier Jayakumar (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli) meletak jawatan ekoran keputusan inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah berpunca dari jenayah.

Katanya, mereka adalah enam orang yang menjahanamkan perpaduan kaum dan berlaku khianat atas jawatan yang disandang.

“Rusuhan berlaku kerana ada di antara mereka yang menyimbah minyak ke api yang sedang membara. Sebaliknya, sebagai seorang Peguam Negara, Menteri atau Exco Negeri, mereka sepatutnya memadam api perkauman dan menjulang keharmonian
antara kaum yang menjadi tunjang utama masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, jawatan yang di amanahkan sewajarnya digunakan sebaik-baiknya untuk mendukung perlembagaan dan menghormati perasaan kaum lain.

“Apa yang berlaku menunjukkan enam jahanam ini tidak pedulikan tentang keharmonian kaum. Mereka sanggup mencetus rusuhan kaum hanya kerana untuk mendapat populariti politik. Tindakan mereka sama seperti harapkan pegar, pegar makan padi.”

Beliau berharap agar kes Adib ini dilayan sama seperti kes Kugan Anathan tahun 2009.

“Pesalah patut dicari hingga ke lubang cacing dan dihukum dengan setimpal. Rakyat terumatanya kaum Melayu memandang serius perkara ini. Jangan kerana ingin mempertahankan hanya beberapa orang pesalah tetapi menggadaikan keharmonian kaum yang telah sekian lama dibina,” tegasnya.

Dengan ini, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Tunas Muda menyokong saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk mendesak kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan tanpa pilih kasih supaya keadilan terhadap arwah Adib yang lama tertangguh dapat disegerakan.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak beberapa perkara berikut diambil tindakan segera:

(1) Menggesa Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan dan meminta maaf secara terbuka diatas kekhilafan besar kerana memfailkan afidavit yang berunsur skandal dan subjudis dengan mengambil posisi bahawa Adib tidak dibunuh yang jelas mendahului prosiding Inkues.

(2) Menyarankan pihak Polis mengambil tindakan segera tanpa menangguh lagi untuk mengenalpasti dan menyiasat suspek-suspek yang bertanggungjawab ke atas kematian arwah Adib.

(3) Mendesak agar pihak Berkuasa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencetuskan dan membuat kenyataan berunsur hasutan sehingga berlakunya rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield sehingga menyebabkan kematian arwah Adib.

(4) Mendesak Exco Dap Selangor V. Ganabatirau untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan diambil tindakan tegas dari segi undang-undang kerana bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.

(5) Mendesak 4 orang Menteri iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar disiasat dan dipertanggungjawabkan kerana mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh. – UMNO ONLINE

Sunday, September 29, 2019

Pembunuh Mesti Dibawa Ke Muka Pengadilan

Kes Adib belum selesai…perjuangan masih panjang
INILAH dia pasangan suami isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, yang merupakan ‘hero’ dan ‘heroin’ yang memperjuangkan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tak ramai yang mungkin mengetahui pengorbanan dan liku-liku yang harus mereka lalui untuk perjuangkan kebenaran.

Puan Syazlin Mansor membawa kes Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma. Beliau tidak caj walau ‘sesen’ pun, sama ada dari keluarga arwah Adib, mahupun dari Kementerian dan Bomba, ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini. Segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri.

Melalui Puan Syazlin lah, maka saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil memberikan keterangan di Mahkamah, yang Hakim Koroner pada hari ini telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif. Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa mengecaj walau sesen pun yuran pakar.

Ketika Peguam Negara Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan Peguam Syazlin dari inkues mewakili Kementerian dan Bomba — Tommy cuba untuk menggambarkan kononnya Puan Syazlin tidak kompeten. Dalam kenyataannya, Tommy menuduh Puan Syazlin telah melanggar prinsip kepeguaman (conflict of interest), lalu Tommy menulis surat kepada Menteri Zuraida, agar menamatkan perkhidmatan Peguam Syazlin Mansor. Bahkan Bar (ua) Council juga pada ketika itu mengkritik Syazlin, dan ada risiko Puan Syazlin diambil tindakan disiplin.

Suami Puan Syazlin, Tuan Soffian pada waktu itu adalah setiausaha akhbar kepada Menteri Zuraida. Bagi memastikan agar isterinya dapat terus memperjuangkan kebenaran dalam inkues arwah Adib, Tuan Soffian sampai sanggup meletakkan jawatannya — supaya tidak berlaku masalah kelak, untuk Puan Syazlin mengambil pendirian bertentangan dari arahan atasan orang-orang politik yang jahat dan tidak jujur. Sedangkan pada waktu itu Tuan Soffian memgang jawatan yang kanan di pejabat menteri, dengan gaji dan kelebihan-kelibahan yang enak dan lunak.

Kisah Adib belum berakhir. Perjuangannya masih panjang, dan perlu diteruskan, selagi para pembunuhnya belum dibawa ke muka pengadilan, dan selagi ada pihak-pihak yang memegang jawatan-jawatan penting perundangan yang tidak amanah dan berniat jahat.

Kita harus menghargai para profesional dan ilmuan seperti Puan Syazlin Mansor, Tuan Soffian, Prof Dr. Shahrom, dan Dr. Amir Radzi, yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan kelunakan hidup, demi memperjuangkan secebis kebenaran.

Oleh:  Aidil Khalid
           Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

Tidak Salah Kempen Beli Produk Muslim, Melayu Ada hak Memilih

‘Orang Cina kalau tahu produk Melayu mereka tak beli’
BANGI – Walaupun berlainan bangsa, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam.

Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditemui Ismaweb berkata, Kempen Beli Produk Muslim ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang Melayu berhak membeli barangan muslim, sama seperti orang Cina membeli produk daripada kalangan mereka.

Beliau mengakui tidak salah orang Melayu memberi keutamaan kepada produk keluaran kilang-kilang muslim kerana perkara sama sudah pun berlaku dalam kalangan orang Cina.

“Orang Cina kalau mereka tahu barangan itu dihasil daripada kilang Melayu, mereka tak beli pun. Itu ikhlas, mereka tak beli pun. Jadi itu tak salah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau secara gurauan bersetuju sekiranya istilah ‘boikot’ barangan bukan muslim digunakan susulan tindakan biadab segelintir orang Cina menghentam warisan budaya bangsa lain.

Kok Seong berkata demikian merujuk kepada tindakan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa pelaksanaan pengenalan tulisan khat seperti menyapu tahi lembu pada wajah diri sendiri dan tindakan ahli perniagaan bergelar Tan Sri menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu sama.

“Sampai sanggup jadikan bendera sebagai mangsa. Maksudnya dia tak tahu macam mana rakyat rasa. Bila rakyat bertindak untuk boikot baru dia tahu kesannya. Jadi bagi saya bagus juga ada boikot ini,” kata Kok Seong.

Kempen Beli Produk Muslim adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, bagi tujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara. - www.ismaweb.net

Saturday, September 28, 2019

Jom Kita Jayakan Kempen Beli Produk Muslim...

Ribuan jutawan muslim jika kempen BMF berjaya
Peniaga kena jaga kualiti, pengguna istiqamah beli produk muslim
JOHOR BAHRU – “Bukan hanya seorang jutawan, tetapi ribuan akan menjadi jutawan muslim jika Kempen Beli Produk Muslim berjaya dan menjadi amalan. Yang penting bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” kata Pengerusi UMMAH Johor, Dr Mohd Mazri Yahya.

Untuk memastikan impian itu tercapai, beliau berkata, sokongan daripada seluruh masyarakat perlu diperkuat dan dilakukan secara istiqamah bagi menampakkan hasil.

“Konsep membeli barang muslim telah lama kita amalkan. Mungkin dari dulu kita dah buat sedikit tetapi secara peribadi. Tapi kini dengan adanya kempen, ia menjadi makin rancak dan terus tular.

“Sekiranya secara berterusan, insya-Allah kita sebenarnya membantu Bumiputera untuk lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian Kempen Beli Produk Muslim negeri Johor yang diadakan di Restoran Jaws Crown, Kempas, Johor Bahru, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kempen ini digerakkan kerana pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang pada dasarnya bertujuan memperbetulkan kembali ketidakseimbangan sosioékonomi yang wujud antara kaum di negara ini, tidak begitu berhasil.

“DEB cuba bina ekonomi Bumiputera, tetapi malangnya DEB tidak sepenuhnya gagal dan tidak sepenuhnya berjaya. Usahawan yang terbentuk, berada di pertengahan tetapi tidak sampai ke bawah.

“Dengan adanya BMF, satu gerakan dari bawah ke atas, kita sendiri akan bina bentuk masyarakat usahawan Melayu Islam yang berjaya,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mazri berkata, bagi menjayakan kempen ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dilaksanakan supaya program ini kekal di setiap sanubari masyarakat.

“Yang pertama, pengguna perlu istiqamah membeli produk muslim. Peniaga pula perlu menjaga kualiti produk, perlu sentiasa memperbaharui produk supaya setaraf dengan barang bukan Islam. Pada masa sama, kita perlu menolak amalan riba dalam perniagaan, sementara konsep sedekah, zakat perlu diperkasakan.

“Sekiranya ini dilakukan, pengguna tidak akan rasa kecil hati dan yang kaya akan menggunakan keuntungan dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Jika kita dapat laksanakan perkara ini, insyaAllah ekonomi Islam akan berkembang di bumi kita sendiri,” katanya. - www.ismaweb.net

Apabila Bahasa Kebangsaan Dipinggirkan

[VIDEO] Guru kecewa kursus Pendidikan Seni dalam bahasa Mandarin
KUALA LUMPUR - Keterujaan seorang guru menghadiri sebuah kursus Pendidikan Seni terbantut apabila perjalanan program itu dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.

Menggunakan nama samaran Sirna Mnm di akaun Facebook miliknya, guru berkenaan yang telah menjadi pendidik selama 20 tahun ternyata terkejut dengan keadaan tersebut.

“Apalah nak jadi…selama 20 tahun lebih mengajar, sudah beratus kali pergi kursus, inilah kali pertama hari ini dalam sejarah pergi kursus penceramah bagi ceramah 100 peratus dalam bahasa Cina (Mandarin).

“Padahal pergi kursus atas tiket Pendidikan Seni. Guru-guru yang pergi ada ramai guru Melayu, India, Cina,” katanya dalam status akaun sosial tersebut, semalam.

Jelas Sirna Mnm, walaupun disediakan penterjemah bahasa dalam kursus itu namun terjemahan yang dilakukan didapati tidak tepat dengan maksud sebenar.

“Ada penterjemah tapi lima minit penceramah bercakap, dia terjemahkan empat atau lima patah perkataan sahaja.

“Habis itu macam mana. Memang objektif tak tercapai la,” katanya.

Tambah Sirna Mnm lagi, dia tidak boleh pulang dari kursus itu kerana bimbang arahan supaya menulis surat tunjuk sebab.

“Tunggu sahajalah sampai habis, ambil sijil balik dengan kepala kososng. Apa pun tak dapat.

“#Pergi kursus konon peningkatan guru seni, tapi penerangan dalam bahasa Cina (Mandarin)…kau rasa?” katanya kesal.


Dalam status sama, guru berkenaan turut memuat naik beberapa tanda pagar iaitu #hariinidalamsejarah #bingungsekejap #malaysiabaharu #rasamacamdokkatcinalapula.

Walau bagaimanapun, Utusan Malaysia mendapati status tersebut telah ditarik balik daripada akaun guru berkenaan, manakala video kursus itu dikongsikan oleh beberapa warga maya di ruang komen. - UTUSAN ONLINE

Kenapa Kita Masih Memerlukan Sekolah Cina?

DAP mendakwa 97% daripada pengundi Cina mengundi Pakatan Harapan. Pakatan Harapan pula mengatakan, kini rakyat Malaysia hidup dalam era Malaysia Baru di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. DAP, PKR, PPBM dan PAN mengatakan bahawa Pakatan Harapan telah membuat perubahan, penambahbaikan dan pembaharuan kepada negara. Untuk rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Harapan, mereka mengatakan, selepas 61 tahun, mereka akhirnya akan nampak perubahan, penambahbaikan dan pembaharuan di bawah Malaysia Baru.

Sekarang ini, cuba kita jangan mempertikaikan kesemua tuntutan mereka, bersetuju dengan apa yang mereka katakana, dan menganggap perkara itu adalah benar. Maksudnya, Malaysia Baru dibawah Pakatan Harapan akan wujudnya perubahan, penambahbaikan dan pembaharuan. Dalam erti kata lain, Malaysia tidak lagi memerlukan sekolah vernikular ataupun sekolah jenis kebangsaan Cina atau pun India.

Orang Cina berkata sekolah kebangsaan berkualiti rendah dan tidak cukup bagus untuk mereka, itulah sebabnya mereka mahukan sekolah Cina
Apa yang kita perlukan adalah sistem pendidikan untuk semua, ianya bukan sahaja menunjukkan yang Rakyat Malaysia menjadi satu bahkan tidak akan ada lagi jurang kelas atau pun tahap untuk rakyat Malaysia di Malaysia Baru di bawah Pakatan Harapan. Kerana jika sistem pendidikan tersebut bagus untuk Orang Melayu maka sudah semestinya cukup bagus untuk Orang Cina dan India. Ataupun Orang Cina dan India yang tidak cukup bagus untuk sistem pendidikan di Malaysia ini.

Dakwaan Orang Cina pula mengatakan yang sistem pendidikan Malaysia ini kualitinya terlalu rendah untuk mereka. Mungkin untuk Orang Melayu sistem pendidikan Malaysia sudah cukup bagus untuk mereka tetapi bagi Orang Cina pula kualiti dan ‘standard’nya adalah rendah dan tidak cukup bagus untuk mereka dan disebabkan itulah mereka mahukan sistem pendidikan yang lain dan yang lebih bagus dari sistem pendidikan Malaysia yang sedia ada.

Dalam erti kata lain, Orang Melayu boleh menerima layanan kelas ketiga, tetapi untuk Orang Cina mereka tidak akan menerima, melainkan ianya kelas pertama sahaja. Dan sistem pendidikan Malaysia adalah kelas ketiga manakala sekolah Cina adalah kelas pertama.

Dibawah Pakatan Harapan sistem pendidikan akan diperbaharui dan menjadikannya bertaraf dunia dan setaraf dengan sistem pendidikan di UK
Ironiknya, beberapa Menteri Pendidikan yang dahulu, kini berada dengan Pakatan Harapan.

Apapun, itu perkara yang lepas dan ketika itu di era Barisan Nasional dan Malaysia merupakan negara kelas ketiga. Menurut pada Lim Kit Siang, kini Malaysia telah melangkah ke hadapan dan akan menjadi sebuah negara bertaraf dunia. Ini bermaksud bahawa sistem pendidikan Malaysia akan juga bertaraf dunia dan setanding dengan UK.

Jadi, Pakatan Harapan sudah boleh mula menutup sekolah Cina dan Tamil dan katakanlah dalam tempoh tiga tahun pada 2022, kesemua sekolah Cina akan digantikan dengan sekolah kebangsaan. Sebelum PRU15 dalam 2023, ‘standard’ sekolah kebangsaan ini akan bertaraf dunia dan kemungkinan besar lebih bagus dari sekolah Cina.

Sekolah Cina melahirkan Cina bukannya Rakyat Malaysia
Menurut Orang Cina ni, dalam senarai keutamaan mereka, nombor satu adalah pendidikan dan nombor dua baru ekonomi. Saya juga meletakkan pendidikan sebagai nombor satu dalam keutamaan saya. Itulah sebabnya saya menjual kesemua saham saya di Amanah Saham hanya untuk menghantar kedua anak perempuan saya ke universiti di UK (satu di Kent dan satu lagi di Middlesex dan kos lebih kurang dalam £20,000 setahun untuk seorang) Oleh itu, saya tahu macam mana rasanya kehabisan duit hanya untuk menyekolahkan anak.

Alasan untuk mengekalkan sekolah Cina sebenarnya sudah tidak wujud lagi. Oleh itu, kita tidak lagi perlukan sekolah Cina. Kalau nak ikutkan, rancangan selama tiga tahun sudah mencukupi untuk menutup kesemua sekolah Cina di Malaysia dan menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu sistem pendidikan sahaja. Dengan Pakatan Harapan yang menguruskan Malaysia Baru, semestinya kita akan dapat menerima faedah seperti mana yang dikatakan oleh Kit Siang, dan Malaysia akhirnya akan mencapai taraf dunia dengan sistem pendidikan yang akan membuatkan negara seperti Britain iri hati.

Oleh: NO HOLDS BARRED
          Raja Petra Kamarudin

Friday, September 27, 2019

Apa Jadi Kes Jual Mykad?

Jual MyKad kepada warga asing senjata DAP PRU15 kah?
BANGI – Rakyat kesal dengan sikap kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) yang membisu dalam isu penjualan dokumen MyKad, dan sijil kelahiran kepada warga asing baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, rakyat juga kecewa apabila kerajaan tidak bersungguh-sungguh memberi keadilan berhubung isu membabitkan nyawa seperti kes Muhammad Adib Mohd Kassim; Syed Muhammad Danial Syed Syakir dan; mangsa terjejas akibat pencemaran udara di Pasir Gudang sebelum ini.

Pengguna Facebook, Mohd Zuraimi Hamzah berkata, aktiviti sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran adalah tindakan pihak tertentu yang mahu menjual negara secara halus.

“Bagi MyKad sewenang-wenangnya kepada warga asing untuk dapat duit pantas berjuta-juta. Orang macam inilah musuh negara secara senyap.

“Berselindung di sebalik jawatan-jawatan yang disandang. Secara senyap ‘menghancurkan’ negara. Merekalah barua sejati!” kata beliau.

Hariman Mohamad Yusof pula mendesak kerajaan untuk mencari dalang isu berkenaan serta menangkap pembeli dan penjual atas tindakan mengancam keselamatan negara.

“Senyap dah isu ‘MyKad tipu’. Sepatah haram pun tak ada sebarang kenyataan, desakan atau tekanan kepada PDRM, JPN dan sebagainya dari puak-puak komunis DAP. Sayangkan Negara? Patriotik? Malaysia Tanah Tumpah Darahku?

“Nampaknya tidak. Adalah lebih penting dan menguntungkan DAP sekiranya ‘pelancong China diMalaysiakan’, sebagai senjata PRU15. Rakyat, khususnya Melayu Islam, masih tak nampak? Tak sedar? Nak tunggu apa lagi?” tulis Fuad Abdul Rahman·

Sementara pengguna Facebook, Yusaini Yusof menyarankan rakyat mengadakan himpunan secara besar-besaran untuk menghalau pendatang haram dari China yang membahayakan negara.

“Menguntungkan puak-puak dia mana nak bising, cuma kalau pembangkang dah tentu hampir runtuh langit dibuatnya ,SPRM pun kerja 24 jam tanpa henti buat siasatan, inilah nasib Malaysia sekarang haru biru dibuat oleh PH,” tulis Arifin Tambrin.

Sementara Kayrie Kaydeen Kushiki pula hairan apabila kerajaan lambat bertindak berhubung isu penjualan dokumen MyKad serta isu lain yang melanda negara sebelum ini.

“Mana isu arwah Adib, Syed Muhammad Danial dan Pasir Gudang. Semua itu senyap saja. Apa kes,” katanya. - www.ismaweb.net

Mencurigai Warganegara Yang Tak Tahu Berbahasa Melayu

DAP jangan terlalu agresif campur isu kewarganegaraan, kata PAS
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan DAP sebagai "semakin agresif" dalam memberi tekanan untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai merujuk langkah kerajaan mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.

"PAS mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak mencampuri secara keterlaluan urusan permohonan kewarganegaraan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"PAS melihat DAP secara agresif memberi tekanan untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan termasuk cadangan meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu hadir selepas media melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang berkata kerajaan sedang mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan itu bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik.

Bagaimanapun, jelas Tuan Ibrahim, pindaan itu akan membuka ruang kepada dwi kerakyatan atau pertindihan taraf kewarganegaraan anak.

Selain itu, ahli parlimen Kubang Kerian itu turut menyatakan kebimbangan tentang pemegand kad pengenalan yang menurutnya tidak tahu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu.

"Pada masa ini, KDN sewajarnya diberikan ruang untuk mengemaskini kelemahan yang terdapat dalam proses kewarganegaraan sehingga menyebabkan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian kad pengenalan.

"Rakyat juga sangat bimbang dengan situasi lambakan pemegang-pemegang kad pengenalan yang tidak tahu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu walhal pengetahuan asas dan sesi temu duga ujian Bahasa Melayu adalah pra syarat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

"PAS mahu KDN terus membongkar dan menangkap semua dalang yang terlibat dalam isu penjualan MyKad. Isu ini sangat bahaya dan perbuatan khianat berbanding pelbagai isu remeh temeh yang sengaja ditularkan untuk menutup kontroversi ini," katanya.

Dalam perkembangan isu sama, Ketua Pemuda DAP Howard Lee menyifatkan dakwaan yang menuduh DAP mahu membawa kaum Cina dari negara China sebagai fitnah.

"Jika fitnah ini benar, tak perlulah DAP meminta Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin untuk membangkitkan isu nirkewarganegaraan (statelessness) dan kad pengenalan merah, sebaliknya hanya terus berdiam dan teruskan jual MyKad sahaja.

"Justeru, Pemuda DAP memandang serius terhadap isu pecah amanah ini dan permainan politik fitnah dalam isu ini," katanya dalam kenyataan media yang dikongsi di Facebook.

Howard dalam kenyataannya turut menggesa kerajaan menyelesaika segera lambakan permohonan kewarganegaraan oleh warga yang layak dalam mendapatkan dokumentasi mereka.

"Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka benar-benar layak," katanya. - www.malaysiakini.com

Thursday, September 26, 2019

Haramkan Dong Zong Dan Yang Berkaitan Dengannya...

UEC: Shafie perlu ada pendirian
KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Sabah perlu mengiktiraf sepenuh Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan membenarkan pelajar yang mempunyai kelayakan sijil berkenaan bekerja dengan anak syarikat di sana.
Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mestilah mempunyai pendirian untuk menyatakan sama ada lepasan sekolahd dengan kelayakan UEC boleh memasuki universiti awam selain menyertai perkhidmatan awam ataupun tidak.

“Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melakukan pembohongan yang Kerajaan DAP Pulau Pinang mengiktiraf UEC. Ini hanya untuk menutup fakta bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengiktiraf UEC.

“Kerajaan PH juga sepatutnya mengiktiraf UEC secepat mungkin kerana DAP telah berjanji untuk mengiktiraf sijil kelayakan ini selepas mengambil alih Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic berkata, UEC tidak akan menjejaskan perpaduan dalam negara dan tidak akan sama sekali mengancam status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. - UTUSAN ONLINE

Harga Rumah Pasti Turun....

Henti Bantu Pemaju - BNM, pemaju didakwa punca
Unit kondominium dan apartmen berharga antara RM200,000 dan RM300,000 mendominasi senarai hartanah tidak terjual di negara ini, terutama disumbangkan oleh hartanah di Perak dan Kedah. Persoalannya, apakah yang menghalang kepada pemilikan rumah mampu milik itu? Wartawan Utusan Malaysia, bertanyakan perkara itu kepada Penganalisis Bebas, PROF. DR. HOO KE PING.


Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Southern Cross University di Australia dan American Liberty University, Amerika Syarikat dan terbaharu, Economic Institute Tsinghua University di Beijing.

Apakah punca sebenar masalah lambakan ­rumah?
Semuanya bermula dengan kecuaian Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak mengawal pinjaman sejak 2010 lagi apabila mengalami pelonggaran kuantitatif (QE) di peringkat global. Pada waktu itu, kadar faedah turun dan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) diberikan. BNM terus membenarkan institusi perbankan memberi pinjaman kepada pemaju yang terus membina rumah pada harga yang lebih tinggi sehingga mencecah RM800,000.

Masalahnya kini, bilangan peminjam tidak banyak tetapi jumlahnya tinggi. Pinjaman RM800,000 buat seorang pembeli misalnya boleh dipecahkan kepada empat peminjam bagi rumah berharga RM200,000. Tetapi, kebanyakan pinjaman bank telah dikuasai oleh rumah yang mahal menyebabkan tiada pinjaman buat pembeli rumah berharga RM200,000 hingga RM300,000.

Bagaimana dengan alasan harga tanah mahal?
Pemaju juga antara penyebab kepada lambakan hartanah. Alasan harga tanah mahal itu yang mereka berikan semua­nya bohong. Pemaju sebaliknya membuat rumah mahal dengan menambah ciri-ciri mewah untuk mencari keuntungan tinggi. Sehingga hari ini, rumah yang tidak terjual adalah rumah berharga RM300,000 ke bawah. Perbadanan PR1MA Malaysia pula tidak menyelesaikan masalah kerana rumah dibina di kawasan tidak bagus dan ­sukar untuk dijual.

Kalau kita bandingkan pada 2004 hingga 2007, contoh harga rumah di Sri Peta­ling bernilai RM110,000 bagi apartment 1,000 kaki persegi. Tetapi mengapa harga rumah di lokasi yang sama kini mencecah RM500,000? Ini memang salah pemaju, bank dan BNM. Harga tanah tidak naik 10 kali ganda tetapi harga unit rumah naik lapan kali ganda. Itu salah. Kalau naik pun, rumah mencecah RM200,000 masih baik lagi.

Adakah fenomena gelembung perumahan di Malaysia jalan terbaik?
Ya betul. Gelembung perumahan boleh membantu. Biar gelembung ini pecah dan harga akan turun mungkin sampai 50 peratus, jadi, ramai orang boleh beli rumah. Biarkan pemaju muflis, jangan beri muka pada mereka yang telah mengaut ­untung beratus juta.

Kalau ikut ekonomi kapitalisme, biar pasaran jatuh supaya harga rumah turun supaya pembeli dapat beli rumah. Ini apa yang saya maksudkan supaya kerajaan jangan campur tangan. Kerajaan perlu berhenti membantu pemaju. Pemaju kaya yang memandu kereta Rolls-Royce sibuk ­me­minta tolong kerajaan dan tindakan itu tidak berperikemanusiaan sama sekali.

Jadi, apakah langkah kerajaan sekarang membantu pembeli rumah tempatan?
Cadangan kerajaan Pakatan Harapan menganjurkan Kempen ­Pemilikan Rumah (HOC) khas bagi pembeli luar negara tidak membantu menyelesaikan masalah lambakan rumah. Apabila orang luar beli, harga rumah takkan turun dan ini bermakna lambakan kekal ada. Jadi, ini bermakna tiada harapan buat pembeli muda.

Kerajaan tidak seharus­nya campur tangan. Mengapa membantu orang luar untuk memiliki rumah sedangkan rakyat sendiri masih berdepan masalah untuk membeli rumah di Malaysia!

Apakah kesan lambakan rumah kepada ekonomi negara?
Dari segi ekonomi, segmen pembinaan tidak memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar kira-kira lima peratus berbanding bank yang menyumbang dengan ­lebih tinggi. Tetapi bank berdepan masalah untuk memberi pinjaman bagi perniagaan lain dan ini memberi impak negatif kepada ekonomi.

Dalam keadaan ekonomi kini, ada pembeli yang terpaksa reschedule, berbincang dengan bank untuk mengurangkan pembayaran. Ini akan bertambah teruk jika berlakunya ­kemelesetan ekonomi, pengangguran dan akhirnya me­ngakibatkan pembeli rumah tidak mampu untuk membayar pinjaman. Maka, situasi sete­rusnya adalah lelongan rumah. - www.utusan.com.my

Isu Urus Babi Paling sukar

SHAH ALAM - Isu menguruskan khinzir(babi) antara perkara yang paling sukar bagi Exco Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Beliau berkongsi cabaran itu bersama Sinar Harian sejak menjawat jawatan berkenaan.

"Selama 61 tahun kerajaan terdahulu memerintah isu khinzir tak dapat diselesaikan. Apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah hari ini saya cuba selesaikan. Saya adakan dialog dengan penternak kerana dahulu mereka tiada lesen. Mahu tidak mahu saya kena beri lesen kerana hormati orang Cina.

"Selain itu isu ini amat sensitif kepada orang Melayu. Saya ibarat menarik sehelai rambut dalam tepung maknanya saya kena selesaikan isu ini dengan baik," katanya ketika diwawancara pada program Sinar Live di sini hari ini.

Justeru, beliau turut membuat satu pelan perancangan jangka panjang berhubung perkara itu.

"Kertas kerja ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan perkara berbangkit," katanya.

Beliau juga mahu masyarakat bersikap terbuka bagi mendepani isu berkenaan.

"Saya kena positif isu khinzir telah berlanjutan. Memang isu ini kurang menyenangkan kepada kita orang Melayu jadi saya ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah ini," katanya. - www.sinarharian.com.my

Siasat, Tangkap Ahli Politik Penyokong Tegar LTTE

Polis kena bertindak tegas untuk tambahkan keyakinan rakyat
BANGI – Pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap ahli politik parti tamak haloba, DAP yang tanpa segan silu mempamerkan sokongan mereka kepada Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, tindakan sedemikian perlu bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin parah.

“Sebelum ini Ketua Polis Negara memberitahu sesiapa yang menunjukkan sokongan kepada mana-mana kumpulan ekstremis hatta LLTE boleh diambil tindakan.

“Maka ini sudah jelas. Jadi kita harap polis bertindak tegas yang mana ia sekali gus menambah keyakinan kepada rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan seorang lagi wakil rakyat daripada parti tamak haloba, DAP menjadi penyokong tegar kepada kumpulan pengganas di Sri Lanka, LTTE.

Perkara itu didedahkan di laman Facebook Pusat Kajian Ancaman Pengganas dan Misionari di Malaysia semalam. Pendedahan itu menamakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam, Pulau Pinang, Satees Muniandy yang dikatakan penyokong kuat kumpulan pengganas berkenaan.

Sebelum ini, pemimpin DAP, P Ramasamy pernah didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE apabila gambarnya bersama pengasas dan Setiausaha Agung parti politik, Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Vaiko atau V Gopalasamy dimuatnaik di media sosial pada 14 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, dia menafikan dirinya terbabit kumpulan pengganas berkenaan dan mendakwa gambar itu adalah cerita lama iaitu sekitar tahun 2005 hingga 2006 ketika menjadi konsultan pendamai.

Pada masa sama, Firdaus Wong, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ramasamy berikutan pelbagai bukti telah dikemukakan berkaitan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu dengan LLTE serta serpihannya Transnational Government of Tamil Eelam (TGTE).

“Mungkin sekarang ini ada persepsi dalam kalangan rakyat bahawa apabila berkaitan orang Islam cepat diambil tindakan. Contohnya seperti buku berkaitan ISIS, SOSMA. Tetapi apabila berkaitan seperti LTTE, Ramasamy, Kulasegaran, Satees dan ramai lagi ahli parti politik ini, polis tidak begitu tegas.

“Kita berharap pihak berkuasa melakukan siasatan dan tangkapan seperti mana meraka mereka tegas melakukan tindakan itu terhadap orang Islam,” katanya.

LTTE diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Kumpulan pengganasa yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara negara pulau itu apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil, iaitu kumpulan minoriti. - www.ismaweb.net

Wednesday, September 25, 2019

DAP ‘Makhluk Perosak’

PAS khuatir DAP bawa bencana besar jika tidak dibendung

BANGI – PAS menyifatkan parti rasis dan cauvinis, DAP serta sekutu mereka sebagai ‘makhluk perosak’ kerana banyak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan mencetuskan sentimen agama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, ungkapan ‘makhluk perosak’ kerana DAP menunjukkan, sikap terbuka mencabar kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan raja-raja.

“Bukan itu sahaja, malah ada individu dan pimpinan politik yang menghina agama Islam seperti mempertikaikan pemakaian tudung dan aurat, mempersoalkan laungan azan, isu bacaan khutbah dan banyak lagi sehingga mempersoalkan ibadah khusus yang diamalkan oleh umat Islam.

“Kemuncaknya apabila mereka secara terang campur tangan membantah cadangan untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang hanya membabitkan orang Islam. Mereka juga lantang menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasikan.

“Kenapa mereka perlu mempertikaikan hal ehwal agama lain sedangkan Islam sendiri tidak menghalang penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka?” soal beliau dalam satu kenyatan hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, campur tangan DAP berhubung perkara berkaitan Islam adalah sebahagian tindakan melampau ‘makhluk perosak’ yang boleh menggugat keharmonian negara yang telah dijalinkan selama ini.

“Ibarat titisan hujan yang boleh mengakibatkan banjir yang besar, PAS menyuarakan kebimbangan tindakan mereka boleh menyebabkan bencana yang lebih besar kepada Malaysia yang kita sayangi ini jika tidak dibendung dengan segera,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, PAS berkali-kali menegaskan akan menyokong dan mempertahankan segala agenda perpaduan nasional dalam banyak kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak mereka.

“Pasca Himpunan Perpaduan Ummah dan termeterainya Piagam Muafakat Nasional turut menyatakan dengan jelas agenda perpaduan nasional ini tanpa ragu-ragu,” katanya. - www.ismaweb.net

Tuesday, September 24, 2019

Duterte Benar Tembak, Cederakan Pegawai Rasuah

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte memberitahu rakyat Filipina boleh menembak pegawai kerajaan yang meminta habuan wang untuk perkhidmatan mereka tetapi jangan sampai terbunuh.

Duterte menggesa penduduk awam bertindak tegas apabila berurusan dengan agensi kerajaan.

“Satu-satunya yang saya minta adalah rakyat Filipina menjadi lebih tegas.

“Jika anda membayar cukai, yuran, pembersihan atau apa sahaja, dan pegawai bodoh ini meminta rasuah, tampar mereka.

“Jika anda ada senjata, anda boleh tembak mereka tetapi jangan sampai membunuh kerana anda mungkin tersenarai dalam kalangan mereka yang diberi pengampunan.

“Tembak di kaki, ia menyebabkan kecederaan fizikal serius. Anda boleh mengaku dan diletakkan dalam perhatian.

“Anda tidak akan ke penjara. Cuma melapor diri kepada pegawai. Sekurang-kurangnya anda menembak pencuri bodoh,” kata Duterte dalam ucapan ketika perasmian pusat dan hab perniagaan kerajaan Bataan.

Presiden itu juga berjanji akan mempertahankan sesiapa yang menembak pegawai rasuah.

“Saya akan mempertahankan anda. Jika kejadian itu berlaku di pejabat saya, saya akan memanggil pengadu dan memberitahu supaya menampar pegawai berkenaan tiga kali.

“Saya akan bertanya jumlah wang yang diminta. Lima ribu? Kemudian meminta pengadu menampar dua kali lagi,” katanya.

Duterte berkata, beliau akan mengeluarkan arahan eksekutif memudahkan proses melakukan urusan dengan pejabat kerajaan. — Agensi

Monday, September 23, 2019

Apa ni....Kerajaan Tangkap, Kerajaan Bela

Asyraf Wajdi persoal tindakan Rayer
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menjadi peguam bela kepada salah seorang tertuduh kes sindiket penjualan MyKad.

Beliau berkata, pemimpin DAP itu berbuat demikian ketika persepsi yang mengatakan parti itu berusaha menambah keahlian parti melalui pemberian MyKad menular dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, tindakan Rayer membela tertuduh bagi kes sensitif dilihat seakan-akan mengesahkan persepsi tersebut.

“Persepsi kuat dalam masyarakat hari ini mengatakan DAP di belakang segala tindakan dan usaha menambah ahli melalui pemberian MyKad.

“Jadi tindakan beliau menawarkan diri sebagai peguam bela dalam keadaan beliau ialah pemimpin DAP hanya mengesahkan lagi persepsi kepada masyarakat.

“Apakah itu sengaja nak dilakukan beliau kerana mereka (DAP) adalah kerajaan dan menzahirkan sikap sebenar mereka yang sedang berkuasa?” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai kewajaran tindakan Rayer itu, Asyraf berkata, terserah kepada DAP sama ada persepsi tersebut wajar atau sebaliknya.

Pada 12 September lepas, enam lelaki didakwa di Mahkamah Seksyen Georgetown, Pulau Pinang atas 32 pertuduhan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta MyKad kepada warga asing.

Dalam prosiding pada 18 September lalu, pasukan pembelaan enam individu itu mengemukakan bantahan untuk tidak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Rayer yang mewakili tertuduh kedua, Datuk Lai Chin Wah memohon kepada mahkamah untuk membenarkan anak guamnya membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul, diludah dan dipaksa menandatangani dokumen ketika dalam tahanan polis.

Sumber :  www.sinarharian.com.my

Jangan Jual Tanah Air

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan hasrat menjual hartanah Malaysia kepada warga asing termasuk dari China dan Hong Kong yang kaya. Bagi saya langkah membuka pintu kota untuk memudahkan warga asing membeli hartanah Malaysia adalah idea sangat bahaya. Ia menggugat kedaulatan negara kita.

PADA 1948, Sasterawan Negara, Keris Mas menulis cerpen bertajuk Menjual Tanah Air. Ia memaparkan kisah seorang pemimpin tempatan bersubahat dengan seorang ejen Yahudi dari Singapura untuk memindah milik tanah rizab Melayu yang kaya dengan bijih timah kepada satu kompeni Eropah.

Muslihat itu berjaya dan orang-orang kampung yang miskin pun bertebaranlah pindah keluar dari kampung halaman mereka yang telah dirampas oleh kompeni Eropah.

Cerpen berakhir dengan babak Datuk Penghulu Muhammad Syah (pemimpin tempatan) mengiringi pengebumian protagonis (watak utama), Amir (yang telah mencuba tetapi gagal menghalang muslihat itu) dengan menaiki keretanya yang baru dihantar dari Singapura.

Cerpen ini rekaan. Namun penulis seperti Keris Mas adalah pemerhati dan pengkritik masyarakat yang tajam. Penulisannya mengandungi banyak pengajaran penting untuk kita semua. Malah 71 tahun selepas beliau menulis kisah ini, amaran dan kebimbangannya masih benar. Kebenaran yang mengerikan.

Sekarang kebenaran yang saya takutkan telah datang untuk menamatkan riwayat kita. Kita akan hancur lebur dipijak-pijak, dijadikan tangga oleh beberapa orang sahaja dalam kalangan kita yang hendak naik lebih tinggi ke puncak hawa nafsu.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan hasrat menjual hartanah Malaysia kepada warga asing termasuk dari China dan Hong Kong yang kaya. Bagi saya langkah membuka pintu kota untuk memudahkan warga asing membeli hartanah Malaysia adalah idea sangat bahaya. Ia menggugat kedaulatan negara kita.

Sejarah membuktikan penjajahan Inggeris bermula apabila pemimpin tempatan mengizinkan penempatan warga asing ditubuhkan di Pulau Pinang. Bermula dengan dipajak, kemudian mereka merampas secara paksa. Akhirnya seluruh negara kita menjadi jajahan mereka.

Pengajaran daripada sejarah ini jelas. Memberi izin dan memudah cara rakyat China dan Hong Kong memiliki hartanah di Malaysia adalah satu langkah berisiko tinggi jika kita mengambil kira kebangkitan negara itu sebagai kuasa ekonomi global.

Pembongkaran skandal penjualan dokumen kerakyatan Malaysia baru-baru ini menunjukkan betapa senang mereka yang diamanahkan menjaga negara menjual tanah air. Cadangan kerajaan untuk memancing warga asing membeli hartanah Malaysia membuka luas lagi pintu kebejatan seperti ini.

Kami terlalu sayang Malaysia untuk membiarkan sahaja kerajaan yang sanggup mempertimbangkan menjual tanah air untuk terus berkuasa. Kami telah menumbangkan seorang Perdana Menteri. Tiada siapapun yang tak boleh diganti.

Oleh: KU ALI

Takkan 8 Orang Saja Pemilik MyKad Palsu?

Muafakat gesa PDRM, JPN dan Imigresen kenakan hukuman setimpal
ISU sindiket menjual MyKad yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini baik di media sosial ataupun di akhbar tempatan tidak boleh dan tidak patut dianggap perkara remeh sebagai isu setempat sahaja.

Ia jelas merupakan isu nasional yang menyentuh soal keselamatan negara, yang melibatkan warga asing masuk secara haram ke dalam negara dan dianggap sah sebagai warganegara sedangkan ia adalah “illegal” iaitu kerana perbuatan jenayah menjual MyKad dengan mengesahkan dokuman secara tidak sah.

2. Laporan akhbar Berita Harian bertarikh 12 September 2019 memberitahu bahawa polis telah menahan seramai 20 individu berusia 32 hingga 70 tahun dan lebih memeranjatkan apabila antara dalang sindiket ini melibatkan pegawai kanan JPN Pulau Pinang yang berpangkat; Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.

“Pegawai berkenaan akan menguruskan sijil kelahiran dan MyKad secara tidak sah dan semasa proses mengemas kini data dilakukan, pegawai berkenaan akan mengarahkan beberapa kakitangan JPN lain untuk membantunya,” seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian.

3. Sindiket mengaut keuntungan wang yang lumayan ini seperti yang dilaporkan akhbar menyebut; “Sindiket terbabit memperoleh bayaran antara RM100,000 hingga RM600,000 daripada warga asing yang ingin memiliki MyKad, dan ia bergantung kepada permintaan daripada pihak sindiket.”

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang terbabit secara langsung atau bersubahat dalam sindiket terbabit.

Menurut beliau, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh, diarah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan membabitkan kes berkenaan atau berkaitan.

4. Selain dari kejayaan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan PDRM PK Pulau Pinang, membekas 20 individu yang terbabit dengan kes pemalsuan MyKad dan dokuman, MUAFAKAT juga mendesak supaya PDRM meneruskan lagi siasatan sampai ke akar umbi iaitu yang lebih penting mendapatkan kembali semula semua MyKad dan dokuman yang tidak sah beserta pemiliknya sekali, dan hendaklah mereka ini dihadapkan ke pengadilan, kerana bukan hanya bersalah memasuki negara secara haram tetapi juga kerana memiliki MyKad yang tidak sah.

5. Sebelum insiden terbaru ini, BH Online bertarikh 29 Julai 2019, ada melaporkan kejadian yang sama berlaku di Sabah apabila melaporkan; terdapat seorang pegawai pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tiga lelaki yang ditahan membabitkan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri di Semporna.

Bersama tangkapan turut dirampas daripada mereka antaranya borang daftar kelahiran, bahagian Kad Pengenalan, 34 cop palsu jabatan kerajaan, klinik kesihatan, hospital, ketua kampung dan Pesuruhjaya Sumpah.

6. MUAFAKAT berasa amat bimbang mengenai isu ini kerana ia boleh mendatangkan beberapa sebab dan kebarangkalian atau andaian antaranya seperti berikut;

1. Berkemungkinan individu yang memiliki MyKad Haram ini terdiri dari mereka yang pernah melakukan jenayah berat di negara asal mereka.

2. Berkemungkinan individu yang terdiri dari pemberontak atau pembelot di negara asal mereka.

3. Berkemungkinan individu terdiri dari kalangan agen-agen (spy) dari negara yang memusuhi negara kita.

4. Berkemungkinan mereka adalah para tentera musuh yang masuk secara sedikit demi sedikit untuk menjajah negara kita apabila mereka telah ramai dan ada arahan dari komandan mereka untuk bertindak.

7. Semua kebarangkalian atau andaian yang disebutkan di atas ini tidak mustahil boleh berlaku dan tidak boleh dianggap sepi kerana ia boleh terjadi apabila bilangan kemasukannya sangat luar biasa jumlahnya.

Walaupun sehingga artikel ini disiarkan berita melaporkan hanya 8 orang pembeli, pemilik MyKad palsu. Persoalannya; apakah hanya 8 orang sahaja?

Boleh jadi yang telah lepas jika diambil kira dengan laporan media; MyStar tajuk: “MyKad Palsu Dijual Kepada Warga Asing”, bertarikh 28 April 2017 tangkapan dan rampasan di Melaka, tidak mustahil individu yang telah terlepas masuk dan berada dalam negara dan berkeliaran dengan bebas dalam negara menggunakan MyKad Haram ini mencecah hingga jutaan orang???

8. Dari itu, dengan tegasnya MUAFAKAT mendesak semua pihak berwajib yang mempunyai kaitan dengan MyKad, dari PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, dan khususnya Jabatan Pendaftaran Negara mesti bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang diberi dengan mencari, membekas penjenayah negara, dan menghukum pesalah-pesalah ini dengan hukuman seberat-beratnya tanpa memberi sebarang jaminan, kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

9. Terbaru, peguam yang mewakili penjenayah dan pengkhianat negara ini membantah kes ini di pindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kenapa? Fikir-fikirkanlah…

Oleh:  Haji Rashidi Bin Haris
           Ketua Media MUAFAKAT

Sunday, September 22, 2019

Jual MyKad Boleh Dikenakan SOSMA - KPN

KUALA LUMPUR - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata tindakan sekeras-kerasnya boleh diambil terhadap pegawai kerajaan, rakyat Malaysia atau warga asing yang terlibat dalam sindiket yang memberi kesan serius kepada keselamatan negara itu.

“Sindiket ini memberi kesan kepada keselamatan negara yang amat serius. Oleh itu, SOSMA boleh digunakan sekiranya mereka terlibat.

“Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen membantu serta memberi kerjasama sepenuhnya untuk mengesan kes-kes lama,” katanya.

Abdul Hamid berkata setakat ini siasatan mendapati motif sindiket dan individu yang terlibat hanyalah untuk mencari keuntungan kewangan haram.

Ditanya mengenai penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes itu, beliau berkata pasukan petugas berkenaan telah ditubuhkan pada Ogos dan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

“Dalam pasukan petugas khas ini, kami ada Tim khas JSJ, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Cawangan Khas Bukit Aman yang melapor terus kepada saya.

“Tim ini dibantu oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Imigresen dan JPN sendiri bagi menghalusi dan mengesan semua pengeluaran laporan polis, sijil lahir, kad pengenalan dan pasport yang dibuat secara penipuan,” katanya.

Abdul Hamid berkata siasatan sindiket kes berkenaan ini dijalankan di Pulau Pinang pada Julai lepas oleh Ketua Polis Negeri.

“Tetapi apabila dinilai tahap keseriusan kes ini maka tim siasatan Bukit Aman ditubuhkan dan mengambil alih siasatan kes terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pelbagai bahagian daripada jabatan itu akan terlibat dalam pasukan petugas khas itu, bergantung kepada keperluan siasatan.

“Pegawai Imigresen akan sertai pasukan petugas khas ini sebagai anggota dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam pasukan petugas ini,” katanya.

Hari ini, Huzir berkata pasukan petugas berkenaan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), JPN dan Jabatan Imigresen dan pembentukan pasukan itu telah mendapat persetujuan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim.

Pada 19 Sept, polis menahan 20 individu termasuk seorang pegawai JPN yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah.

Mereka yang ditahan di Pulau Pinang itu terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga India.- BERNAMA

Ahli Politik Atau Terrorist....

Pengaruh LTTE Makin Berleluasa, PDRM Dilihat Makin Tak Berdaya, Kenapa?
Liberation Tigers of Tamil Eelam @ LTTE, telah diharamkan oleh 32 negara diseluruh dunia...

Ahli pertubuhan pengganas LTTE telah diharamkan memasuki ke dalam 32 negara tersebut...

Kerajaan Sri Lanka sendiri telah mengeluarkan senarai pertubuhan diharamkan yang ada kaitan dengan keganasan dan LTTE (BACA DI SINI)...

Di Malaysia sendiri, LTTE telah diharamkan sejak tahun 2006...



Mengikut maklumat dari PDRM, sejak tahun 2009 hingga tahun 2015, seramai 18 orang pengganas LTTE telah ditangkap oleh PDRM dan dihantar pulang ke Sri Lanka (BACA DI SINI)...



Turut ditangkap oleh PDRM ialah ketua pengganas LTTE, Selvarasa Pathmanathan (BACA DI SINI)...

Rakyat Malaysia ketika itu merasa sangat bangga dengan kejayaan PDRM menangkap hidup-hidup ketua pengganas LTTE yang dikatakan elit itu dan sangat-sangat dikehendaki oleh Interpol...

Tapi perkembangan terkini sangat-sangat membimbangkan rakyat Malaysia...




Walau pun PDRM pernah menunjukkan ketegasan terhadap pengganas LTTE tapi kenapa sekarang ia seakan tidak diendahkan malah pergerakan kumpulan pengganas LTTE yang diharamkan itu dilihat semakin merebak...

Malah mereka secara terang-terangan telah berani mengangkat sepanduk logo pengganas LTTE dan pengasasnya Prabhakaran...

Apa dah berlaku pada PDRM yang diterajui oleh Tan Sri Hamid Bador?

Apakah ada dalang ahli politik di sebalik kesuburan pergerakan pengganas LTTE di Malaysia?

Julai 2018, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun mengesahkan terdapat lebih 50 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy, atas penglibatan beliau dengan kumpulan pengganas LTTE (BACA DI SINI)...

Adakah benar Ramasamy terlibat secara langsung dengan pergerakan pengganas LTTE di Malaysia? (BACA DI SINI)...

Biar gambar berbicara!!!



Terkini didedahkan, P. Ramasamy, bukanlah satu-satunya saja pemimpin DAP dikaitkan dengan pergerakan LTTE di Malaysia, Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran, juga dikatakan ada hubungan dengan pengganas LTTE (BACA DI SINI)...

Sekiranya benar kedua-dua ahli politik DAP ini terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, ianya amat membimbangkan...

Ramasamy ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan baru-baru ini didedahkan, MP Jelutong, RSN Rayer, menjadi peguambela kepada Lai Chin Wah, pengkhianat negara yang menjadi dalang utama penjualan MyKad kepada warga asing di Pulau Pinang...

Manakala Kulasegaran pula telah dilantik sebagai salah seorang jawatankuasa untuk menapis permohonan kerakyatan Malaysia!!! (BACA DI SINI)...

250,000 permohonan kerakyatan Malaysia akan dipertimbangkan oleh Kulasegaran, salah seorang jawatankuasa yang mempunyai kuasa meluluskan permohonan kerakyatan...

Berapa ramai pengganas LTTE yang dapat Kulasegaran beri kerakyatan Malaysia!!!

Kita harap pihak PDRM dapat membasmi sebarang pihak atau kegiatan yang menghidupkan gerakan ini di Malaysia...

Bila mempertahankan kedaulatan negara dan memelihara keamanan Malaysia, pihak polis tidak boleh tunduk kepada mana-mana pihak sebab itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas PDRM...

Diharap Hamid Bador berhentilah keluatkan kenyataan-kenyataan bodoh dan terus-terusan menjadi badut kepada ahli politik...

Lebih 50 laporan dah dibuat ke atas Ramasamy sehingga Julai 2018, tapi hari ini Hamid Bador masih memantau!!!

Malah mantan KPN, Tan Sri Musa Hassan, pernah memberi amaran tentang bahaya kewujudan ideologi LTTE yang masih ada di Malaysia (BACA DI SINI)...

Bukti apa lagi yang Hamid Bador mahu!!!

Pemantauan apa lagi yang Hamid Bador nak lakukan!!!

Siasat dan ambil tindakan ke atas P.Ramasamy konco-konconya sekali yang jelas menyokong LTTE...

Sumber : theunspinners.blogspot.com

Kebobrokan Pakatan Harapan

Tumbangkan PH demi kepentingan Melayu, Islam, negara
KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu ditumbangkan demi menjaga kepentingan Melayu, Islam dan negara, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Abdul Hamid berkata, dalam tempoh lebih setahun PH memerintah, rakyat dapat melihat hak dan kepentingan orang Melayu dihakis, agama Islam dan Nabi Muhammad dihina.

Selain itu katanya, angkatan tentera diperlekehkan dan tuntutan-tuntutan orang bukan Melayu semakin melampau di bawah kerajaan PH.

“Timbul juga isu institusi raja-raja, bendera negara dan lagu kebangsaan dihina selain pelaksanaan undang-undang berat sebelah dan ketenteraman negara semakin terancam serta hubungan antara kaum semakin tegang.

“Keadaan ekonomi juga semakin teruk, bantahan demi bantahan dibuat mengenai apa sahaja yang berkaitan atau yang mereka kaitkan dengan orang Melayu dan agama Islam dan satu demi satu bantuan yang memanfaatkan orang Melayu ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang menggelar orang Melayu dan Islam sebagai rasis apabila cuba mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

“Menyebut perkataan “Melayu” dan “Islam” pun dituduh rasis sedangkan mereka yang mengutuk orang Melayu dan menghina agama Islam tidak rasis.

“Perbandingan agama ditentang atas alasan menggugat ketenteraman negara sedangkan menghina Islam dan Rasulullah adalah kebebasan bersuara.

“Hal-hal agama Islam yang terpakai kepada orang Islam sahaja pun mereka masuk campur dan mahu kita mengikut kehendak mereka,” katanya.

Abdul Hamid juga berkata, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah tidak melarang dan menghalang, sebaliknya membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

“Itu pun mereka tidak puas hati lagi. Orang Cina mahu mewujudkan sistem pelajaran yang berasingan daripada sistem pendidikan kebangsaan.

“Tunjukkan kepada saya sebuah negara di dunia ini yang membenarkan rakyatnya berbuat demikian, apatah lagi membina sekolah-sekolah vernakular.

“Di Singapura pun tidak ada sekolah Cina pada hal Singapura diperintah oleh orang Cina,” katanya. – nthqibord.com

Saturday, September 21, 2019

Adakah Kerajaan Membenarkan Terrorist Bersarang Disini

Polis akan muktamad siasatan Ramasamy didakwa ada kaitan pemberontak Sri Lanka
KUALA LUMPUR: Polis akan mengumumkan hasil siasatan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Keputusan akan dibuat dalam sikit masa lagi,” kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador kepada wartawan hari ini.

“Perbuatan itu sekiranya benar mengagung-agungkan satu pertubuhan pengganas, amat tak kena dengan negara kita.”

Tahun lalu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan pengkritik lantang Ramasamy, menggesa pihak berkuasa menyiasat kaitan pemimpin DAP itu dengan LTTE, kumpulan yang diklasifikasikan organisasi pengganas oleh lebih 30 negara, termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Asri kemudiannya berkongsi sekeping gambar menunjukkan Ramasamy memberi penghormatan kepada imej satu simbol LTTE. Berpuluh laporan polis kemudiannya dibuat terhadap beliau.

Ramasamy kemudiannya menjelaskan beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE yang didakwanya bukan sebahagian dariapda kumpulan pemberontak itu di sebalik perang saudara selama lebih satu dekad yang memusnahkan Sri Lanka.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan Sri Lanka selepas satu perjanjian damai dimeterai antara Colombo dan LTTE.

Julai tahun lalu, polis menyoal siasat Ramasamy atas dakwaan hubungannya dengan kumpulan pemberontak itu. - www.freemalaysiatoday.com

Lucunya Negeri Ku.....Kamera Badan

MP tolak kamera badan, ‘penguat kuasa ada maruah, harga diri’
Anggota Parlimen Pasir Gudang menyelar keputusan kerajaan untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, imigresen dan kastam bagi menangani kes salah laku.

Hassan Abdul Karim berkata pasukan penguat kuasa tidak harus diperlakukan seperti penjenayah dan “robot yang tidak boleh dipercayai”.

“Perdana menteri dan seluruh anggota kabinet kerajaan PH perlu insaf bahawa anggota polis, imigresen dan kastam adalah manusia bermaruah dan ada harga diri.

“Jangan malukan mereka,” kata pemimpin PKR itu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam berkata kerajaan setuju dengan syor itu bagi menangani kes salah laku pegawai seperti memukul orang dan makan rasuah.

Tarikh pelaksanaannya belum diputuskan memandangkan ia melibatkan kos kepada kerajaan.

Dalam kenyataan hari ini, Hassan berkata banyak usaha lain patut dilakukan untuk mencegah rasuah, kebocoran dan ketirisan dalam agensi pasukan polis, imigresen dan kastam. - www.malaysiakini.com

Friday, September 20, 2019

Kenapa Melayu Pro-DAP Tak Sokong BMF?

Kenyataan 'sengal' Guan Eng heret politik dalam isu kepenggunaan
KEMPEN Dahulukan Membeli Produk Muslim (BMF) telah dimangsai oleh pandangan sesat yang diarusperdanakan oleh pemimpin politik Cina dan Melayu dalam kerajaan.

Tujuan murni kempen ini sengaja difahami di luar konteks yang sebenarnya hingga seolah-olah memboikot produk bukan muslim. Ini perangai yang tidak bertanggungjawab.

Akibat kegelojohan politik pemimpin Cina dan Melayu yang berkawan dengan DAP, mereka sengaja membina persepsi bahawa ini tindak balas politik orang Melayu. Ini suatu yang disengajakan bertujuan mensabotaj kempen berkenaan.

Dari manakah pemimpin Cina dan Melayu pro-DAP ini mendapat maklumat bahawa kempen ini adalah boikot? Tolonglah, jangan kutip maklumat-maklumat sampah di media sosial yang kredibiliti dan autoriti pihak yang meuar-uar itu diragui.

Lain kali baca betul-betul, faham bahasa Melayu betul-betul sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan kebodohan. Kenapa DAP dan Melayu pro-DAP takut sangat dengan muslim memberi produk muslim?

Sebenarnya mereka inilah yang tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan isu kepenggunaan iaitu kempen utamakan produk muslim sebagai perkauman dan politik. Salahkah muslim mengajak muslim lain membeli produk keluaran muslim. Ini termasuklah Cina, India dan lain-lain lagi yang muslim.

Tolonglah buka sedikit otak itu untuk memahami isu-isu bukan dari sudut politik atau kaum yang sempit. Beginilah kesannya kalau semuanya hendak dikaut keuntungan politik, kemudian mengarusperdanakan suatu yang di luar konteks sama sekali.

“Jika PAS dan UMNO tidak menentang bukan Islam dan bukan Melayu, mereka harus mengamalkan mengecam kempen boikot produk bukan Bumiputera seperti itu,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Nah, ini satu kenyataan sengal untuk mengheretkan politik dalam isu kepenggunaan.

Kalau DAP hendak bertelagah dengan UMNO dan PAS, silakan. Banyak lagi pentas lain untuk mereka bertelagah tetapi bukan menempek pada isu kepenggunaan. Ini tidak ada kena mengena dengan politik. Bijaklah sikit supaya rakyat yakin dengan pemimpin kerajaan masa ini.

Apabila Lim Guan Eng menyindir supaya memboikot juga telefon bimbit, itu adalah kenyataan berbaur perkauman kerana sebahagian besar penjual telefon bimbit adalah orang Cina. Kenyataan ini sebenarnya yang menyalakan ketegangan kaum.

Ada juga sesetengah pemimpin politik Melayu pro-DAP mengingatkan bahawa kempen ini tidak berjaya menjejaskan produktiviti dan ekonomi bukan muslim. “Kerja orang pendek akal dan sia-sia,” katanya.

Memang benarlah kempen bukan bertujuan untuk menjejaskan produktiviti dan memberi kesan pada ekonomi pengeluar bukan muslim. Ini sedikit pun tidak ada dalam agenda.

Kerajaan baru yang sudah tidak berapa baru ini menjanjikan kebebasan bersuara. Kebebasan juga mesti diberikan dalam memilih produk. Janganlah menafikan kebebasan pengguna muslim memilih produk yang disukainya.

Tidak usahlah mengugut kalau utamakan produk muslim akan menjejaskan keharmonian kaum. Ini mengarut. Sebaliknya kenyataan-kenyataan yang menolak kempen ini lebih perkauman.

Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Apa salah Kempen Halal?

ISU halal dan haram berkaitan makanan dan minuman terus menjadi topik perbincangan umum di mana sahaja dan terkini timbul kempen mengutamakan pembelian barangan produk Muslim oleh pihak tertentu sekali gus menjadikannya semakin ‘panas’.

Komuniti Islam terutama orang Melayu sejak dahulu lagi amat berhati-hati dan sensitif dalam pemilihan makanan halal kerana ia dianggap sebagai elemen yang ada hubungkait dengan kesempurnaan ibadat dan kehidupan seharian.

Sejauh pengetahuan saya dalam aspek hukum haram berkaitan makanan dan minuman ini, ulama membahagikan kepada dua kategori haram iaitu dinamakan haram semula jadi (haram zati) dan haram yang datang kemudian atas sebab-sebab lain seperti cara sembelih, proses, penyimpanan dan pertukaran sifat.

Saya rasa tiada masalah dengan haram semula jadi kerana ia memang sudah diketahui umum serta jelas statusnya. Apatah lagi masyarakat Islam sangat prihatin dan berhati-hati terhadap isu ini, namun mungkin agak sukar untuk mengenalpasti barangan yang menjadi haram ketika diproses, disimpan dan seumpamanya.

Justeru keadaan ini akan membawa kepada timbulnya keraguan terhadap status asalnya, sama ada masih halal untuk dimakan atau telah bertukar kepada haram. Menurut ulama, apabila berlaku keadaan seperti ini, langkah terbaik adalah tiada mengambilnya atau cari alternatif lain yang diyakini dan tidak meragukan. Antaranya sudah tentulah dengan membeli produk Muslim.

Tindakan membeli barangan yang jelas status halal sudah tentulah lebih baik daripada memilih barangan yang tidak ketara hala. Untuk memudahkan tindakan tentulah memilih barangan yang datangnya daripada produk Muslim.

Justeru, gerakan kempen mengutamakan produk Muslim adalah salah satu langkah terbaik dalam konteks mematuhi syariat dan membina ekonomi komuniti Islam khususnya di negara kita. Harapnya menerusi gerakan itu, segala usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang makmur dan maju serta masyarakat Malaysia yang bersatu padu dapat dicapai sebaiknya.

Oleh: ORANG KAMPUNG

Thursday, September 19, 2019

Syukur...Masih Ada Kewarasan

Khazanah tak jual lapangan terbang
KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad sama sekali tidak akan menjual Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada mana-mana syarikat memandangkan ia adalah aset strategik yang bernilai kepada dana pelaburan itu.

“Tidak betul. MAHB adalah pegangan strategik Khazanah. Tidak ada niat untuk menjual,” menurut sumber yang mengetahui maklumat berkenaan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini melaporkan Khaza­nah berada dalam proses akhir penjualan pegangannya dalam MAHB kepada sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang di London iaitu Vinci & Gatwick Airport.

Ini susulan status Facebook milik Badrul atau che’Gu Bard yang mendakwa, Khazanah menolak cadangan awal yang dikemukakan oleh ADP Incorporated untuk mengekalkan kerajaan Malaysia sebagai pemegang saham utama MAHB.

Menerusi status itu, dimaklumkan daripada sumber maklumat yang diperoleh, bahawa MAHB akan terlelong kepada Gatwick – London yang tidak mempunyai rekod kecemerlangan dalam pengurusan.

Khabar angin mengenai penjualan MAHB mula bertiup sejak akhir Jun lalu apabila terdapat laporan Gatwick akan membeli kepentingan dengan Khazanah mengekalkan sekitar 10 hingga 20 peratus pegangan daripada 33.2 peratus.

Gatwick Airport telah diuruskan oleh VINCI Airports dan Global Infrastructure Partners sejak 2009. Pada Julai lalu, dilaporkan VINCI Airports memperoleh kepentingan 50.01 peratus dalam pengendali lapangan terbang manakala Global Infrastructure Partners memiliki 49.99 peratus.

VINCI Airports menguruskan pembangunan dan operasi di 46 lapangan terbang di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Paris, Sweden, Portugal, Serbia, Brazil, Chile, Cambodia, Dominican Republic dan Costa Rica.

Apakah objektif pelaburan Khazanah?
Khazanah akan berusaha ke arah dua objektif pelaburan, iaitu komersial dan strategik dalam mempertingkatkan kekayaan negara.

Dana Komersial merujuk kepada dana kekayaan jangka panjang dengan sasaran pulangan yang setara dengan Indeks Harga Pengguna Malaysia (CPI) ditambah tiga peratus pada asas lima tahun berterusan.

Menerusi dana ini, ia terma­suk aset awam seperti Kumpulan CIMB, Kumpulan Axiata, IHH Healthcare dan Alibaba.com serta aset persendirian seperti The Holstein Milk Company, Sun Life Malaysia, WeLab dan Palantir.

Bagi Dana Strategik, ia melibatkan dana pembangunan dengan sasaran pulangan bersamaan dengan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) selama 10 tahun pada asas lima tahun berterusan serta manfaat ekonomi yang boleh diukur.

Di bawah dana ini, ia termasuk aset strategik seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Malaysia Airlines, MAHB dan PLUS Malaysia serta aset pembangunan se­perti Silterra, Iskandar Investment Berhad, Themed Attractions Resort & Hotels, Pinewood Iskandar Malaysia Studios dan Medini Iskandar Malaysia. - www.utusan.com.my

Jual...Jual Jangan Tak Jual...Lelong....Lelong!!!

Khazanah jual Prince Court RM1.02b
KUALA LUMPUR – Kha­za­nah Nasional Berhad (Khazanah) melupuskan keseluruhan pegangannya dalam Prince Court Medical Centre Sdn. Bhd. (PCMC) kepada IHH Healthcare Berhad (IHH) dengan nilai RM1.02 bilion secara tunai.

Perjanjian tersebut dimeterai antara syarikat tidak langsung milik Khazanah, Pulau Memutik Ventures Sdn. Bhd. dengan anak syarikat tidak langsung milik penuh IHH, Pantai Holdings Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, urus niaga itu adalah selaras dengan mandat baharu serta akan me­ningkatkan kecairan Khazanah bagi tujuan keperluan modal pelaburan masa depan.

Menurut beliau, cadangan pelupusan tersebut akan membolehkan PCMC menerima manfaat daripada kemasukannya ke dalam operasi IHH di Malaysia serta rangkaian globalnya yang lebih luas.

“Di samping itu, Khazanah yakin bahawa PCMC akan mendapat manfaat daripada peng­alaman luas IHH dalam penyediaan penjagaan kesihatan premium.

“Pada masa sama ia akan memantapkan kedudukan IHH sebagai antara pengendali penjagaan kesihatan utama di Malaysia yang mana Khazanah kekal sebagai salah satu pemegang saham utama dengan pegangan kepentingan sebanyak 26.04 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khazanah menjual 16 peratus pegangannya dalam IHH pada November tahun lepas kepada Mitsui & Co. Ltd. dengan nilai RM8.42 bilion sekali gus menjadikan syarikat Jepun itu sebagai pemegang saham terbesar IHH dengan penguasaan 32.9 peratus.

PCMC telah diambil alih secara strategik oleh Khazanah pada 2018 untuk membina sektor perkhidmatan penjaga­an kesihatan di Malaysia serta mempromosi Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini.

Transaksi berkenaan antara lainnya tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan serta para pemegang saham IHH yang lain.

Khazanah menjangkakan urus niaga itu akan dimuktamad­kan pada su­ku pertama 2020. - www.utusan.com.my

Wednesday, September 18, 2019

Kerajaan PH Ni Kerjanya Jual Aset Sahaja...

PM: Kerajaan akan jual hartanah tidak penting
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kebimbangannya mengenai keadaan kewangan negara sambal menyatakan Putrajaya sedang berusaha untuk menjual hartanah tidak penting di dalam dan luar negara yang mampu memperoleh harga yang baik.

Dalam temu bual dengan stesen radio BFM hari ini, perdana menteri berkata hutang yang besar yang diwarisi kerajaannya daripada pentadbiran terdahulu menjejaskan jentera dan rancangan kerajaan untuk negara.

Beliau juga bercakap mengenai pemulihan dana 1MDB dan perundingan semula projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain menangguhkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan membatalkan projek lain, katanya, Putrajaya juga boleh melupuskan beberapa asetnya untuk membayar hutang.

“Dari segi jualan aset, kita mempunyai beberapa hartanah yang kita tidak penting pada masa ini dan boleh mendapatkan harga yang baik. Kita akan menjual (ini) untuk apa sahaja nilai yang boleh mereka beri.

“Biasanya jumlahnya tidak terlalu besar, tetapi masih mengumpul nilai agak besar,” katanya.

Ditanya sama ada hartanah ini termasuk di wilayah Iskandar Johor, Mahathir berkata beliau tidak berfikir begitu kerana ia telah pun dijual.

“Wang itu telah dibayar, bukan kepada kita, tetapi kepada orang yang menjual tanah itu. Jadi itu bukan apa yang kita cari,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai hartanah berkenaan, mengatakan rundingan masih berjalan.

“Kita perlu mencari harga yang baik. Kita mempunyai hartanah di Hong Kong, Singapura dan negara lain, bukan sahaja di negara ini.”

Mahathir mengulas kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak, pada Sabtu yang menuduh kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan mempunyai mentaliti “jual, jual, jual” dan sentiasa berusaha untuk melupuskan aset negara kepada orang asing.

Mengenai perbincangan kemelesetan ekonomi, beliau berkata negara itu boleh mengelaknya jika kerajaan diurus dengan baik. Beliau juga berkata kerajaan mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mencegah kemelesetan ekonomi. - www.freemalaysiatoday.com