Friday, April 30, 2021

Dah Lupa Bagaimana Ultra Kiasu Bersungguh Pertahan Komunis Chin Peng

Bila nak robohkan tugu komunis MPAJA di Taman Peringatan Nilai?
SAYA ucap syabas kepada Majlis Perbandaran Kajang yang telah merobohkan monumen atau patung Mao Tze Tung yang dibina secara haram di Taman Peringatan Nirwana, Semenyih.

Bagaimana pula dengan tugu Komunis MPAJA? Bila Majlis Perbandaran Nilai mahu bertindak merobohkan tugu komunis yang juga dibina secara haram pada 1996.

Sampai bila kita harus biarkan rakyat negara ini, terutamanya ultra kiasu, terus mengagung-agungkan komunis? Kepada ultra kiasu komunis itu adalah pejuang sepertimana mereka mendewakan Mao Tze Tung.

Mana lebih bahaya daripada patung Mao Tze Tung atau patung komunis MPAJA?

Sudah tentu MPAJA lebih bahaya. Mao Tze Tung berada di China, sedang MPAJA ada di depan mata. Saban kali MPAJA terus dinobatkan dan didewa-dewakan.

Saya cukup hairan, kenapa kita terus membiarkan tugu atau patung komunis itu terus didewa-dewakan hingga hari ini, sedangkan saya telah bangkitkan perkara ini sejak ia mula didirikan.

Sudah sampai masanya, kita melihat perkara dengan serius. Pemikiran komunis MPAJA sedang menguasai generasi dahulu dan diperturunkan hingga kini.

Sebab itu, kita lihat perangai dan tingkah laku komunis terus- menerus mengganggu-gugat pembinaan negara bangsa yang kita idam-idamkan.

Silibus sejarah sekolah persendirian Cina masih mengagungkan komunis. Komunis dilihat sebagai pejuang menentang Jepun.

Sedangkan kita semua tahu bahawa penentangqn komunis terhadap Jepun disebabkan oleh permusuhan yang panjang antara negara China-Jepun dalam Perang China-Jepun.

Permusuhan China-Jepun terus berpanjangan hingga ke hari ini. Bukan kerana komunis mahu memerdekakan negara ini ketika Jepun menduduki Tanah Melayu sekitar 1941-1945.

Justeru, saya amat berharap tugu komunis MPAJA ini segera dirobohkan sebelum pemikiran komunis terus mencengkam generasi akan datang. Pastinya ia akan menghalang pembinaan negara bangsa kerana ia telah ditanam sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya sekolah perkauman seperti sekolah vernakular dan sekolah persendirian Cina

Apakah kita sudah lupa bagaimana bersungguh-sungguhnya ultra kiasu mempertahankan komunis Chin Peng? Ultra kiasu turut menyeludup abu Chin Peng ke negara ini meskipun jasadnya tidak dapat dibawa pulang.

Teramat malang jika kita mudah lupa. Tidak hairan patung Chin Peng secara diam turut ditegakkan nanti jika tidak ada ketegasan dalam membina negara ini.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Bantu Pembeli Atau Pemaju?

Cadangan supaya institusi kewangan menawarkan pinjaman perumahan dua generasi dilihat hanya sebagai gimik untuk membantu pemaju menjual rumah berbanding usaha untuk membantu pembeli.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewa­ngan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, langkah itu juga tidak sihat untuk ekonomi negara kerana memberi kesan buruk kepada kadar hutang isi rumah negara.

“Agak memualkan apabila ia digambarkan sebagai usaha murni membantu pemilikan rumah sedangkan yang disasarkan untuk dibantu ialah pemaju yang mempunyai banyak unit tidak terjual.

“Langkah ini jika dilaksanakan akan memburukkan situasi kadar hutang isi rumah Malaysia. Jika sebelum ini hanya kadar atau nisbah hutang yang agak membimbangkan, kini ia melangkaui dua generasi.

“Ia akan merencatkan pembangunan ekonomi negara pada jangka masa panjang dan akan mengganggu gugat kelestarian ekonomi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Better Malaysia Foundation (BMF) supaya golongan B40 ditawarkan dengan pinjaman penuh yang dijamin kerajaan serta tempoh pinjaman dua generasi sehingga 60 tahun.

Pengasas pertubuhan tersebut, Tan Sri Vincent Tan berkata, ramai pembeli kali pertama dari golongan B40 tidak mampu mendapatkan 10 peratus bayaran pendahuluan, sekali gus menjadikan tawaran pinjaman penuh sebagai antara penyelesaian kepada dilema tersebut.

“Pinjaman perumahan tersebut juga patutlah dijadikan pinjaman dwigenerasi yang me­langkaui tempoh bayaran selama 40 ke 60 tahun,” katanya.

Baharom yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut menjelaskan, masalah utama isu pemilikan rumah ialah harga yang agak tidak munasabah dan di luar kemampuan pembeli.

Katanya, jika ada rumah de­ngan harga mampu milik, lokasinya pula tidak strategik.

“Peningkatan dalam upah dan pendapatan dalam tempoh empat dekad lalu dilihat jauh lebih kecil berbanding peningkatan berganda dalam harga rumah.

“Sudah sampai masanya kerajaan melaksanakan kawalan khususnya pada bahagian perkhidmatan dengan mele­takkan tekanan kepada mereka yang membeli rumah kedua, ketiga dan seterusnya yang pembeliannya hanya demi spe­kulasi dan pelaburan kerana ini juga antara sebab berlakunya kenaikan harga rumah yang mendadak,” katanya. – UTUSAN

Segelintir Pihak Tolak Jawi Sebab Mereka Sudah Biasa Budaya Barat

Perkasa Jawi di papan iklan, telefon pintar, pengangkutan dan bangunan awam
Kerajaan perlu bertegas dalam usaha memperkasakan tulisan Jawi – warisan peradaban bangsa – bagi mendidik masyarakat menghargai tulisan yang menjadi identiti orang Melayu.

Tidak hanya pada buku, pemerkasaan tulisan Jawi boleh dilakukan melalui papan iklan, komputer, telefon pintar, nama jalan, pengangkutan awam, nama bangunan serta premis-premis perniagaan, kata Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican.

Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu turut menyarankan tulisan Jawi diguna pakai pada kereta nasional di negara ini.

“Dalam hal ini, pendidikan awam antara perkara paling penting bagi memperkasakan Jawi – bagi mendidik masyarakat melalui pembentukan persekitaran.

“Malah, pendidikan berterusan tidak formal ini juga tangungjawab masyarakat, badan bukan kerajaan, dan sebagainya.

“Untuk fasa awal, kita perlu guna kedua-dua tulisan Jawi dan rumi. Ini mungkin untuk satu atau dua generasi lamanya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan mengesyorkan tulisan Jawi disertakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu seperti dilaksanakan kerajaan pada awal kemerdekaan dahulu.

Penyandang Kursi Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berkongsi pengalamannya berkata, ketika memasuki tahun satu pada tahun 1960, kesemua murid diajar tulisan rumi dan Jawi sehingga cekap membaca dan menulis kedua-dua tulisan itu.

Manakala pada 1970-an, katanya, Jawi dimasukkan dalam sukatan bahasa Melayu namun tidak diajarkan di dalam kelas.

“Dalam tahun 1970-an hingga 1980-an Jawi boleh diterima dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), khususnya untuk bahagian karangan,” katanya.

Menyambut baik cadangan berkenaan, Prof Ahmad Murad mengakui tiada salahnya akhbar tulisan Jawi dikembalikan semula.

Katanya, akhbar Jawi tidak semestinya mempunyai muka surat tebal atau mengaut keuntungan semata-mata, namun yang lebih mustahak adalah tanggungjawab kerajaan dan agensi-agensi awam memberi pendidikan berterusan.

“Perlu ada pendekatan semula bahasa Melayu dalam huruf Jawi dengan memperkenalkan semula tulisan Melayu dalam huruf Jawi sebagai satu persekitaran di Malaysia,” sarannya.

JAWI TIDAK KUNO
Dalam perkembangan sama, Prof Ahmad Murad menolak persepsi segelintir pihak yang menyifatkan bahawa tulisan Jawi adalah kuno atau ketinggalan zaman, selain menegaskan pihak yang berpendapat demikian perlu membuka minda lebih luas.

Beliau berkata, hal itu terjadi disebabkan negara kita didedahkan dengan budaya Barat di Eropah yang mengamalkan bahasa-bahasa Anglo Saxon seperti Inggeris, Jerman, Sepanyol, Denmark, Sweden dan Itali yang menggunakan tulisan rumi.

“Bahasa Jerman, Perancis dan Belanda ditulis dalam skrip rumi. Kita telah terbiasa dengan pemikiran bahawa semua bahasa di Eropah guna skrip rumi. Namun, bahasa Slavic, Greek tidak guna skrip rumi.

“Ini bukan soal budaya Barat, tetapi kognitif dan budaya kita telah terbiasa dengan aksara dan skrip rumi. Sebab skrip dan aksara yang didedahkan itu mempengaruhi kita.

“Jangan sebab kita didedahkan dengan huruf rumi, maka kita anggap seluruh dunia menggunakan huruf rumi sebagai huruf universal,” katanya.

Pada peringkat antarabangsa, katanya, bahasa Arab yang ditulis dalam aksara Arab atau Jawi tersenarai dalam lima bahasa paling terkenal serta mempunyai jumlah pertuturan tertinggi di dunia selain bahasa Perancis, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Beliau memberi contoh bahawa terdapat segelintir kaum yang menggunakan bahasa Tamil atau Urdu di India dengan tulisan Jawi atau Arwi dalam penulisan termasuk dunia perfileman.

“Kalau kita pergi ke Iran atau mereka yang cakap (bertutur) Parsi, huruf atau aksara yang ditulis adalah menggunakan tulisan Arab atau Jawi.

“Ini termasuk bahasa Swahili juga menggunakan aksara Arab yang kita sebut sebagai Jawi. Jawi bukan hanya untuk Melayu, cuma nama di setiap tempat adalah berbeza. Dalam bahasa Tamil kita panggil tulisan Arwi, manakala dalam bahasa Hindi, kita gelarnya sebagai tulisan Urdu,” jelasnya. - ismaweb.net

Apabila PBT Tidak Menyukai Bahasa Kebangsaan....

Premis tak guna bahasa Melayu
ISU penggunaan bahasa Melayu di papan iklan, bukan perkara baharu. Sudah kerap perkara ini ditimbulkan dalam pelbagai saluran, namun masalah ini masih berleluasa.

Isu ini turut bergema di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika ditinjau di sesetengah bandar besar di negara ini, kita boleh garu kepala kerana terfikir adakah kita berada di Hong Kong atau Taiwan.

Kedudukan bahasa Melayu kelihatan terasing, saiznya terlalu kecil malah seperti tidak diberi tempat sewajarnya.

Sedangkan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan sepatutnya diutamakan dalam sebarang papan iklan.

Sedih sekali melihat bahasa Melayu diabaikan atau hanya terselit di sudut papan iklan yang besar itu.

Sepatutnya pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh bertindak memperbaiki keadaan demikian. Mereka berkuasa meluluskan permit iklan malah boleh mengenakan denda atau mengarahkan supaya papan iklan itu diturunkan.

Terdapat Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Iklan 2007 di bawah kuasa PBT yang boleh digunakan.

Jika ditinjau, antara kesalahan yang sering dilakukan adalah mengabaikan penggunaan bahasa Melayu, meletakkan kedudukan bahasa Melayu sangat kecil berbanding bahasa lain, kesalahan bahasa dan terjemahan ke bahasa Melayu yang tidak tepat.

Contoh kesalahan ejaan dan tatabahasa seperti Lim Klinik, letrik, letronik, kelinik, perabut, eksesori, jualan larang masuk, Bangla untuk dijual, penjual gadis diperlukan, Ramadzan, kueh tiaw masih kedapatan.

Dalam konteks tempat saya di Batu Pahat, sebuah premis perniagaan yang tajuk besar iklannya Cozzy Confinement Center didapati keterangan iringan semua dalam bahasa Inggeris.

Sebuah pusat perniagaan dipanggil Old Street diikuti keterangan dalam bahasa Cina, tanpa sebarang perkataan dalam bahasa Melayu.

Sebuah restoran pula mengiklankan kedainya sebagai Thai Street Food tanpa sebarang penggunaan bahasa Melayu.

Justeru, saya menyeru semua PBT supaya peka dan meneliti papan iklan sebelum meluluskannya. Jika berlaku situasi mereka terlepas pandang, ambil tindakan dengan memberi teguran, mendenda atau menurunkan papan tanda. Kita tidak mahu cacing naik ke mata.

Slogan Cintailah Bahasa Kita jangan pula tinggal sebagai slogan dari segi teori semata-mata. Bertindak sebelum terlambat.

Oleh: MUSTAFFA SIRAJ
          Batu Pahat, Johor

Kepentingan tulisan Jawi seperti dilupakan kerana lebih fokus bahasa Inggeris

Tuntutan orang Melayu perkasakan tulisan Jawi munasabah, kata penganalisis tamadun India
Rakyat Malaysia khususnya warga bukan Melayu perlu melihat tulisan Jawi daripada perspektif estetika dan falsafah, bukan semata-mata aspek agama Islam.

Penganalisis politik, sosio-budaya dan tamadun India, Datuk M Periasamy berkata, tulisan Jawi amat bernilai tinggi dan indah serta mudah diadunkan dalam budaya-budaya lain, khasnya dalam seni khat.

Di China sendiri, katanya, orang Tiong Hua sudah menggunakan tulisan Jawi dalam bentuk seni khat secara meluas sejak dahulu lagi.

“Dari perspektif sejarah pula, tulisan Jawi bukanlah hanya untuk orang Melayu Islam sahaja, sebaliknya berperanan sebagai alat perhubungan umum bagi semua lapisan masyarakat sebelum merdeka.

“Malah, Jawi merupakan warisan negara yang tiada tolok bandingannya,” katanya dalam artikel yang disiarkan di Astro Awani.

Beliau berkata, apabila negara mencapai kemerdekaan, institusi raja sebagai warisan negara diperkukuhkan melalui Perlembagaan Persekutuan, namun peranan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Institusi Raja-Raja Melayu pula terlepas pandang.

Perkara itu, tegasnya, membawa kepada tenggelamnya tulisan tersebut dalam arus pembangunan negara.

“Kepentingan tulisan Jawi seakan-akan dilupakan kerana lebih perhatian diberikan kepada bahasa Inggeris yang menjadi bahasa komunikasi utama dunia,” katanya.

Atas sebab itu, beliau berkata, tuntutan orang Melayu untuk mengembalikan penggunaan Jawi tanpa mengetepikan bahasa lain adalah munasabah.

“Tulisan Jawi sebagai seni khat wajar dikembangkan dalam negara, sambil mempertingkatkan usaha-usaha untuk menerapkan nilai murni atau budi dari pelbagai budaya dalam kalangan rakyat supaya dapat melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi,” katanya. - ismaweb.net

Thursday, April 29, 2021

Apakah Majikan Sebegini Akan Lepas Bebas Tanpa Sebarang Hukuman....

Majikan kejam, kurung 22 pekerja restoran, bayar gaji RM10
PETALING JAYA: Tindakan kejam majikan yang sanggup mengurung pekerjanya terbongkar selepas 22 warga asing diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah restoran di Taman Chi Liung, Klang dekat sini hari ini.

Bukan sahaja, pekerja asing itu juga dibayar gaji RM10 sehari, malah mangsa juga akan dihukum potong gaji sekiranya mengambil makanan berlauk.

Menerusi serbuan Op Pintas Bersepadu yang dilakukan kira-kira pukul 12.45 malam tadi dilakukan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, bertindak atas maklumat Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudiannya menyerbu sebuah restoran dan dua asrama pekerja berkenaan.

Kata beliau, sebanyak 22 pekerja warga asing berusia lingkungan 23 hingga 44 tahun membabitkan 11 wanita warga Indonesia dan 11 lelaki warga India diselamatkan.

“Selain itu, kami menahan tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 60 tahun yang juga majikan serta penjaga premis berkenaan.

“Tangkapan dibuat untuk siasatan berkaitan eksploitasi buruh paksa, gaji yang dibayar tidak seperti dijanjikan, semua pekerja dikurung di asrama dan menerima ugutan daripada majikan dan penjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadil memberitahu, sebanyak 40 pasport, dua telefon bimbit, sebuah kereta jenis BMW dan wang tunai dipercayai hasil perniagaan berjumlah RM3,858 turut dirampas.

kata beliau, siasatan awal mendapati majikan gagal membayar gaji RM1,500 sebulan seperti yang dijanjikan dan hanya membayar RM10 sehari sahaja, selain mengurung mangsa selepas waktu bekerja.

“Waktu bekerja mereka juga panjang iaitu 12 jam dan tiada hari cuti. Mangsa juga tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit walaupun selepas waktu kerja dan kebenaran harus diperoleh oleh majikan sekiranya mahu menggunakan telefon.

“Mangsa akan diugut pukul jika cuba melarikan diri selain makan yang dicatu. Jika mereka ambil makanan berlauk, gaji akan ditolak,” jelasnya.

Kata beliau, tempat tinggal yang disediakan untuk pekerja-pekerja berkenaan juga tidak mengikut piawaian Akta 446.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan 1963 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966,” ujarnya. – UTUSAN

Jika Rakaman Palsu, Kenapa Tiada Kenyataan, Laporan Polis Dibuat?

‘Video rebus katak’, rakyat nak tahu rancangan 25 tahun Archbishop KL
Rakyat Malaysia perlu tahu apakah ‘perancangan 25 tahun’ yang sebenarnya didakwa dalam rakaman suara tular Ketua Biskop (Archbishop) Kuala Lumpur, Julien Leow, baru-baru ini.

Sebelum ini, tular video ucapan Julien mengenai agenda 25 tahunnya untuk ‘merebus umat Islam seperti merebus katak’, namun ada pihak termasuk orang Melayu tampil mempertahankan bahawa ianya adalah palsu.

Selain itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Katolik dalam satu kenyataan pula mendakwa, suntingan rakaman pada 2014 berkenaan adalah di luar konteks.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan bahawa rakaman terbabit adalah tulen dan ucapan itu benar diungkapkan oleh Archbishop Kuala Lumpur.

“Kalau mereka mengatakan rakaman itu diambil di luar konteks, maka apakah konteks sebenarnya? Puas saya memikirkan kemungkinan konteks dan sisi baik dari ucapan ‘rebus katak’ sedemikian.

“Kita mahu tahu juga apa perancangan 25 tahun yang sebenar dari ucapan yang kononnya mengikut konteks itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aminuddin turut mempersoalkan, apakah agenda Archbishop Kuala Lumpur itu sebenarnya tidak disenangi dalam kalangan ahli gereja sehingga ada yang merakam dan menyebarkan ucapan berkenaan.

“Yang merakam audio ucapan beliau ini dikatakan adalah ahli gereja dan pastinya penganut Katolik. Yang hadir ke gereja biasanya bukan calang-calang, pastinya penganut yang benar-benar tegar dan komited.

“Dan apakah yang dimaksudkan ‘berniat’ mengancam keamanan dan keharmonian antara penganut pelbagai agama oleh NGO tersebut sebenarnya merujuk kerja ‘orang dalam’?,” soalnya.

Beliau berkata, sekiranya penyebaran rakaman itu adalah kerja ‘orang dalam’, maka hasil konflik dalaman mereka saling memecahkan tembelang masing-masing.

“Sehinga kini, saya belum dengar Archibishop KL tampil dengan kenyataan rasmi dan membuat laporan polis dalam isu ini.

“Selepas sekian lama ianya tular, hanya NGO Katolik sahaja yang tampil,” katanya. - ismaweb.net

Ya! Memang Sejarah Tanah Melayu Lebih Bersifat Melayu Dan Islam

Itulah hakikat sejarah. Pejuang-pejuang Melayu paling banyak berkorban dan terkorban
APAKAH ultra kiasu mahu kita mengiktiraf sumbangan komunis, baharu sejarah negara ini berwarna-warni? Mari kita berdebat kalau berani.

Pertubuhan ultra kiasu Cina begitu agresif menentang buku teks Sejarah sekolah menengah kerana dikatakan terlalu Melayu dan Islam, dengan hanya menyebut sedikit sumbangan bukan Melayu dalam sejarah sekolah menengah. Tidak seimbang katanya.

Kalau ikut istilah seimbang dan adil dalam kepala otak mereka adalah, sama banyaklah iaitu 50-50, atau lebih. Jika lebih, maka dikatakan tidak seimbang. Itulah Malaysian Malaysia.

Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya sebut, sentiasa mahu menang, tidak mahu kalah. Itu sahaja cara untuk ‘survive’.

Ternyata, strategi ultra kiasu ini amat berjaya. Kita sahaja yang bodoh dengan gertakan mereka. Bukan tak nampak, tetapi menyangka bahawa dengan membiarkan sebegitu ia dapat meraih undi. Paling tidak, mengundi MCA dan Gerakan. Walhal ia hanya wayang.

Persoalan saya, bagaimana dengan buku teks Sejarah dan lain-lain buku teks di Sekolah Persendirian Cina? Apakah tidak perlu dikaji? Kenapa Kementerian Pendidikan, boleh meluluskan buku teks yang berunsurkan komunis ini?

Teks sejarah banyak memperkatakan sejarah Cina berbanding dengan sejarah Tanah Melayu. Pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu. Kemudian, biasalah, senyap hangat-hangat tahi ayam. Bila kita bising, baharu kecoh. Kemudian senyap.

Walhal jelas sekali, sejarah Tanah Melayu tidak diceritakan dengan benar. Hanya menceritakan sejarah Malaysia. Kenapa tidak ditekankan sejarah negara ini bermula dengan nama Melayu, orang Melayu/Bumiputera, atau dalam kata lain sebuah tanah yang berasaskan nama akar bangsa Melayu.

Silibus sejarah UEC begitu menekankan sejarah Cina di China (Taiwan), berbanding dengan sejarah Melayu di Tanah Melayu.

Saya sangat hairan, bagaimana kita boleh mengiktiraf sijil SPC ini iaitu UEC, yang sangat melencong subjek sejarahnya. Ini tidak termasuk lagi, subjek-subjek Cina yang lain. Bagaimana kita memantau keadaan ini.

Amat jelas sekali, ultra kiasu ini begitu mengagungkan komunis (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini yang dikatakan bodoh yang tidak boleh diajar. Jika ditanya pada saya, apakah sejarah Tanah Melayu, perlu ditulis dengan cara terlalu Melayu atau Islam, maka saya jawab tanpa ragu. YA.

Itulah hakikatnya. Sebagaimana sejarah Cina di negara China, sejarah India di negara India. Sejarah Melayu/Islam di Tanah Melayu.

Bangsa asal yang paling banyak berkorban untuk negara tersebut, bukan bangsa mendatang. Bangsa mendatang hanya mengambil kesempatan, melalui dasar pecah dan perintah penjajah. Mana mungkin imigran berani menentang penjajah British, kerana penjajah inilah juga yang menghantar mereka balik ke negara asal.

Sejarah mempertahankan tanah air dan sejarah mempertahankan kemerdekaan tanah bertuah ini, tidak banyak boleh dikaitkan dengan bukan Melayu.

Kaji baik sejarah, apabila kita dijajah, penjajah membawa masuk imigran-imigran Cina dan India, bersekali dengan buku teks mereka yang berorientasikan negara masing-masing. Sebab itulah, kenapa wujud sekolah vernakular, terlalu berkait rapat dengan sejarah ini.

Hanya selepas merdeka sahaja, buku teks sekolah vernakular diubah berorientasikan Tanah Melayu. Itulah mereka tidak mahu sebut Tanah Melayu tetapi Malaysia. Ultra kiasu mahu senyapkan istilah Melayu itu.

Saya tidak nafikan sumbangan orang Cina dalam aspek ekonomi. Bolehlah dicatatkan serba sedikit. Itupun disebabkan oleh polisi penjajah yang memisahkan mereka. Begitu lah kebaikan orang Melayu yang melayan imigran dengan baik, turut menyumbang kepada kejayaan ekonomi Cina.

Saya minta pertubuhan ultra kiasu ini, buatlah forum terbuka, kita debatkan perkara ini. Saya bersedia. Dengan syarat, pemimpin Dong Jong, Jiao Dong dan Hua Zong menjadi ahli panelnya.

Bacalah kebangkitan nasionalisme Melayu/Bumiputera apabila negara ini dijajah. Adakah muncul nama-nama bukan Melayu. Begitu juga kebangkitan Melayu menentang Malayan Union.

Akhir tahun 1800an dan awal tahun 1900an, semua tokoh-tokoh Melayu yang termaktub. Nama-nama seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Tok Gajah, Mat Kilau, Pandak Ali, Dato Bahaman, Yamtuan Antah, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan ramai lagi. Begitu juga di Sabah dan Sarawak, semuanya nama-nama bumiputera, seperti Rentap, Antanum, Mat Salleh, Sharif Masahor dan lain-lain. Tidak ada nama-nama lain, tidak ada nama Ah Chong, Ramasamy dan lain-lain disebut dalam sejarah menentan penjajah British.

Begitu juga kebangkitan nasionalisme Melayu bagi menuntut kemerdekaan sebahagian besarnya digerakkan oleh tiga puak nasionalis Melayu.

Golongan kiri Melayu diwakili oleh Kesatuan Melayu Muda, yang dibentuk pada tahun 1938 oleh sekumpulan intelektual Melayu yang mendapat pendidikan daripada Kolej Latihan Sultan Idris, dengan kehebatan Melayu Raya.

Pada tahun 1945, mereka menyusun semula diri mereka ke dalam sebuah parti politik yang dikenali sebagai Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Manakala mereka yang berlatar belakangkan Islam, diwakili oleh Kaum Muda terdiri daripada ulama-ulama Timur Tengah dengan sentimen Pan-Islam. Parti politik Islam pertama adalah Partai Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin) yang ditubuh pada Mac 1948. Kemudian digantikan oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada tahun 1951.

Kumpulan ketiga nasionalis Melayu terdiri daripada golongan elit barat yang merupakan birokrat dan ahli keluarga diraja yang berkongsi pendidikan Inggeris, Kolej Melayu Kuala Kangsar. Mereka membentuk organisasi sukarela yang dikenali sebagai Persatuan Melayu di pelbagai bahagian negara dan matlamat utamanya adalah untuk memajukan kepentingan orang Melayu.

Pada Mac 1946, 41 persatuan Melayu membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), untuk menegaskan penguasaan Melayu terhadap Tanah Melayu.

Kemuncak kepada kebangkitan Melayu adalah pada tahun 1946, apabila British memperkenalkan Malayan Union. Akibatnya, seluruh orang Melayu bangun menentang begitu mengejutkan British, sehingga terpaksa menarik balik Malayan Union. Ini seterusnya membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Persoalannya, di manakah wajah-wajah bukan Melayu?

Cuba sebutkan nama-nama bukan Melayu dalam kebangkitan menentang penjajah British bermula daripada kedatangan imigran sehingga selepas Malayan Union. Jawab pertanyaan saya, kenapa bukan Melayu tidak menentang Malayan Union? Apa syarat-syarat Malayan Union? ‘Fair and square, bukan? Sama rata, sama rata. Mahu menghapuskan semua hak Melayu, rajanya, Melayunya, dan memberi kerakyatan yang begitu longgar kepada bukan Melayu.

Ditakdirkan Malayan Union tidak ditentang hebat oleh orang Melayu, sehingga dimansuhkan, sudah tentu lanskap politik negara ini sudah berubah, kerana ketika itu bilangan bukan Melayu sudah melebihi bilangan Melayu itu sendiri di tanah tumpah darahnya.

Ultra kiasu selalu mencanangkan dalam teks sejarah mereka, sumbangan yang paling besar orang Cina adalah pada masa komunis (MPAJA) melawan Jepun, ketika kependudukan Jepun di Tanah Melayu sekitar 1941-1945.

Sedangkan seluruh dunia tahu, kenapa orang Cina menentang Jepun, adalah disebabkan oleh permusuhan yang begitu panjang antara dua negara China dan Jepun dalam Perang China-Jepun. Jepun pantang melihat Cina, begitu juga sebaliknya. Permusuhan mereka berpanjangan sehingga ke hari ini.

Ultra kiasu juga mahukan sumbangan Yap Ah Loy diiktiraf bukan hanya diceritakan sepintas lalu. Persoalannya, Kuala Lumpur itu sendiri bukan dibuka oleh Yap Ah Loy tetapi Sutan Puasa. Yap Ah Loy menjelma setelah Kuala Lumpur dibuka. Jadi, wajarlah nama Yap Ah Loy hanya disebut sepintas lalu. Takkan sejarah Yap Ah Loy mahu diseimbangkan dengan Sutan Puasa. Itu tidak boleh

Nampaknya, ultra kiasu mahu kita menyebut nama Lim Lian Geok, baharu seimbang.

Inilah masalah ultra kiasu, melihat keadilan itu seimbang atau sama rata sama rasa, ini tidak betul. Sebab itu, mereka tidak pernah puas.

Ultra kiasu ini menggesa kerajaan melaksanakan apa yang telah disuarakan, tubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri dari cendekiawan setiap etnik dan para pendidik bagi merangka strategi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat dalam buku teks mata pelajaran Sejarah.

Kalaulah mendiang Prof Khoo Kay Kim masih hidup, kita cadangkan nama mendiang, pastinya ultra kiasu ini akan menolak, kerana sejarawan ini adalah yang benar-benar ahli sejarah dan berkata benar.

Saya cukup teruja jika ahli sejarah ultra kiasu ini mahu mendebatkan perkara ini secara terbuka. Saya nak tengok siapakah tokoh pejuang kemerdekaan yang mahu ditonjolkan dalam kalangan kaum mereka, yang sanggup berkorban nyawa. Lebih seronok kalau mereka menonjolkan tokoh-tokoh komunis MPAJA.

Nasihat saya kepada pihak berwajib, tidak usahlah kita layan puak-puak ultra kiasu ini. Cuba kaji semua buku teks sekolah persendirian, berapa ramai sarjana Melayu yang dibawa masuk untuk menghasilkan teks buku sejarah mereka dan lain-lain. Jika adalah sarjana sejarah Melayu yang dibawa masuk, mana mungkin sejarah buku teks sejarah mereka terlalu kecinaan.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Sejarah Etnik Bangsa Lain Dimasukkan Sekitar Kurun Ke-19 Dan 20, Tak Cukup Lagi?

Ini Tanah Melayu, memang wajar didokumentasi dalam buku teks Sejarah
Sesiapa pun tidak wajar mempertikaikan kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah yang mengutamakan pengenalan peradaban Melayu dan Islam di negara ini.

Ini kerana, tanah semenanjung adalah ‘Tanah Melayu’ yang disebut juga ‘Land of the Malay’.

“Maka, sudah tentu Melayu memiliki sejarah yang sarat dengan kehebatan bangsa dan kegemilangan Islam yang menjadi tunjangnya.

“Manakan tidak, bangsa Melayu telah mencipta sejarah hebat sejak kurun ke-12 lagi.

“Justeru, khazanah bangsa ini mesti didokumentasikan dan diajar kepada anak bangsa Melayu yang menjadi pewaris takhta tanah air ini,” tegas Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin.

Beliau menegaskan, etnik lain yang datang bertandang ke Tanah Melayu ini sebagai pekerja lombong bijih dan pekerja ladang tidaklah disebutkan secara terperinci dalam buku sejarah.

“Kerana mereka adalah watak sampingan. Bukan watak utama dalam sejarah Tanah Melayu ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Bahkan, beliau berkata, cendekiawan sejarah negara ini sangat berjiwa perpaduan apabila meletakkan sejarah etnik bangsa lain sekitar kurun ke-19 dan 20.

“Maka tidak cukupkah itu? Kita dah bagi betis, jangan pula minta peha dan kepala,” katanya.

Sebelum ini, seorang sejarawan menggesa KPM mengambil tindakan selepas mendapati buku teks Sejarah sekolah menengah edisi terbaharu berat sebelah dan tidak tepat.

Ranjit Singh Malhi berkata, buku teks itu, untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, menumpukan Islam serta orang Melayu.

Katanya, mereka tidak menyatakan kemunculan dan perkembangan masyarakat majmuk Malaysia secara seimbang, adil serta memadai.

Sementara itu, pertubuhan radikal Cina, Dong Jiao Zong pula menggesa KPM menyemak semula kandungan buku teks Sejarah.

Dong Jiao Zong dipetik sebagai berkata, realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan sekolah menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Dakwanya, ini menyebabkan buku teks Sejarah tidak memberi gambaran sebenar sejarah rakyat di negara ini, pelajar tidak dapat benar-benar memahami sejarah negara, hatta ada yang mengelirukan, menyebabkan pelajar dari kaum lain dan pelajar dari etnik Sabah dan Sarawak berasa tersisih dan terpinggir. - ismaweb.net

Wednesday, April 28, 2021

Pakar Sejarah Tempelak Dong Jiao Zong Asyik Timbulkan Isu Perkauman

Tindakan Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) mempertikaikan isu kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah jelas membuktikan pertubuhan itu tidak mahu menerima sejarah Malaysia.

Bahkan, tindakan pertubukan radikal itu menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyemak semula kandungan buku teks tersebut seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai agenda merosakkan perpaduan kaum.

Mengulas perkara itu, pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, pertubuhan pendidikan Cina tersebut tidak habis-habis menimbulkan isu perkauman sejak dahulu lagi walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

“Kita tidak mahu bangkit tapi Dong Zong ada satu sikap yang sangat buruk. Mereka suka bangkit-bangkitkan.

“Beberapa kali kementerian atau kita terangkan tapi tak nak terima. Mereka sebenarnya nak jadikan ini agenda politik,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau menepis dakwaan bahawa buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

“Mana ada ‘Malay bias’, kita cakap juga hal orang lain dalam sejarah kita terutama dalam kurun ke-19 dan ke-20.

“Sejarah kita tidak pernah mengabaikan peranan imigran dalam sejarah ekonomi, politik dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Dong Jiao Zong dipetik sebagai berkata, realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan sekolah menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Dakwanya, ini menyebabkan buku teks Sejarah tidak memberi gambaran sebenar sejarah rakyat di negara ini, pelajar tidak dapat benar-benar memahami sejarah negara, hatta ada yang mengelirukan, menyebabkan pelajar dari kaum lain dan pelajar dari etnik Sabah dan Sarawak berasa tersisih dan terpinggir.

Katanya lagi, perkara ini adalah masalah berat yang perlu diperbetulkan dan diatasi oleh kerajaan. - ismaweb.net

Ini Tanah Melayu, Memang Patut Banyak Sejarah, Tamadun Melayu....

Pertikai buku teks Sejarah, Dong Jiao Zong ibarat kaduk naik junjung
Tindakan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong mempertikai kandungan buku teks Sejarah, akhirnya ‘memakan’ diri apabila teruk dikecam pengguna media sosial.

Sebelum ini, pertubuhan radikal itu dalam satu kenyataan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menyemak semula kandungan buku teks Sejarah sekolah menengah, setelah seorang pakar mendakwa ianya terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah yang tidak dinamakan itu turut mendakwa buku teks berkenaan kurang memperkenalkan sejarah dan budaya kaum lain, tidak menggambarkan keadaan sebenar serta tidak tepat.

“Realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat.

“…selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama,” dakwa Dong Jiao Zong.

Bagaimanapun, dakwaan Dong Jiao Zong itu mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan pertubuhan berkenaan tidak memahami kedudukan sebenar sejarah di negara ini.

Menurut pemilik akaun JJ Arden, tiada isu kandungan buku teks Sejarah tidak seimbang kerana Tanah Melayu pastinya mempunyai banyak tamadun Melayu, dan ia memang wajar diangkat serta ditekankan.

“Sama juga kalau di tanah besar China, takkan nak letak sejarah tamadun Jepun, mestilah tamadun mereka,” katanya.

“Dia lupa ini Malaysia, tanah Melayu bukan China atau India. Dah macam kaduk naik junjung,” kata Wan Saharuzaman Wan Sulaiman.

Sebahagian netizen turut menganggap Dong Jiao Zong semakin melampau dan bersifat rasis sehingga sering mencetuskan isu yang menggugat ketenteraman antara kaum.

“Ideologi penjajah ingin sekali lagi mengubah sejarah. Mereka tak akan menang jika berperang dengan Melayu tetapi mereka hanya ingin ubah sejarah Melayu,” kata Zaimy Jimmy.

“Duduk Malaysia belajar sejarah Taiwan dan China tu boleh pula? Patut halau saja pendatang ini,” kata Thajudin Mat Jizat.

“Harap kerajaan sekarang haramkan pertubuhan Cina yang cukup rasis ini,” tulis Sky Man Mohamat. - ismaweb.net

Agenda Perkasa Sekolah Kebangsaan Seolah-Olah Dipandang Sepi?

Mengapa sehingga sekarang agenda memperkasakan sekolah kebangsaan bagaikan dipandang sepi?

Jika dahulu, berdegar-degar agenda itu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 ketika Datuk Seri Hishamuddin Hussin menjadi Menteri Pelajaran.

Namun kini, ia seolah-olah ‘indah khabar dari rupa’, walhal sekolah kebangsaan sudah dirancang dan diberi harapan untuk menjadi selolah aliran perdana utama di dalam negara ini.

Lebih menggusarkan, Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Hussin berkata, senario hari ini semakin teruk dengan kebanyakan sekolah kebangsaan semakin padat dengan pelajar sehingga mereka terpaksa meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam suasana yang tidak kondusif.

“Ada ibu bapa yang mengeluh apabila sekolah dah penuh, mereka terpaksa hantar anak-anak di kawasan luar daripada tempat tinggal. Ada yang sekolahnya jauh, bukan semua orang mampu hantar anak ke sekolah yang jauh.

“Patutnya sekolah kebangsaan ditambah lagi jumlahnya dan diperkasakan. Tak perlu bina lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). KPM sebelum ini kata dah peruntukkan penambahan 10 buah SJKC. Kami tolak. Ia boleh dibatalkan, itu patutnya jadi hak SK.

“Hari ini cuba bayangkan, seluruh Malaysia banyak kawasan perumahan yang menghadapi masalah tidak ada SK. Contohnya kawasan perumahan di kawasan Puchong menghala ke Putrajaya, atau pun Alam Impian di Shah Alam juga tidak ada sekolah kebangsaan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas lanjut, Abdul Raof berkata, Menteri Pendidikan baik yang Melayu ataupun Cina sepatutnya lebih bertanggungjawab dan teliti dalam memelihara sekolah kebangsaan.

Beliau turut menggesa supaya infrastruktur di sekolah kebangsaaan ditingkatkan kualitinya.

“Infrastruktur mestilah lengkap seperti sekolah wawasan. Apabila sekolah kebangsaan diperkasakan, orang Cina, orang India pun nak masuk sekolah kebangsaan.

“Selain itu, tingkatkan juga kualiti guru besar, kena latih sebagai pengurus kurikulum bukan pengurus sekolah sahaja,” katanya.

Justeru, beliau sangat berharap KPM dapat menjadi lebih agresif dalam memperkasakan agenda yang telah sekian lama diperjuangkan ini tanpa sebarang kompromi.

“Kerana manfaat yang akan diperolehi adalah untuk semua, bukan anak Melayu sahaja,” katanya. - ismaweb.net

Tuesday, April 27, 2021

SJKC Di Kawasan Budaya Melayu?

ORANG Melayu ialah penduduk majoriti di Seksyen 5,
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
EKORAN kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu di Seksyen 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor yang dibantah penduduk majoritinya yang terdiri daripada etnik Melayu, etnik Cina melalui kepimpinan mereka mempertahan pewajarannya dibina di situ selain kewujudan SJKC.

Sebenarnya bantahan itu berasas sekali dan alasan pembinaannya bukan sahaja sangat tidak masuk akal, ia jelas memperlihat sifat ‘bangsat’ etnik Cina.

Pembinaan SJKC baharu itu akan pertama-tamanya merosakkan struktur sosial etnik Melayu yang merupakan penduduk dominan di Seksyen 5.

Sehubungan ini, struktur sosial itu yang terdiri pelbagai institusi sosial Melayu dalam bentuk budaya dan warisan mereka, akan terkesan dengan kewujudan institusi sosial bukan Melayu di dalamnya.

Dengan adanya SJKC baharu itu, ia akan menyebabkan budaya dan warisan Melayu di situ menjadi tidak setimbal (seimbang) yang akan akhirnya membawa kepada keadaan tidak utuh.

Keadaan tidak setimbal akan terjadinya kerana ketidakcocokan kehadiran institusi sosial bukan Melayu yang terserlah pula sifatnya dalam kawasan budaya Melayu.

Manakala keadaan tidak utuh bakal berlaku kerana perubahan yang mendadak, iaitu hadirnya institusi sosial bukan Melayu kerana ia bukan norma sebelum ini, adalah sesuatu yang sangat asing dan besar kejutannya kepada etnik Melayu.

Ini semua tidak patut dipandang ringan. Oleh sebab itulah, etnik Melayu di situ membantah keras kerana musibah yang bakal berlaku kepada mereka, khususnya terhadap struktur sosial mereka. Hal sama pasti akan dibantah apabila institusi sosial bukan Cina dan yang signifikan pula mahu diadakan dalam kawasan budaya Cina.

SESAK
Dengan alasan bahawa enrolmen sekitar 20 peratus murid bukan Cina yang rata-ratanya Melayu, SJKC kini sudah berupa sekolah rakyat, yakni bukan lagi sekolah vernakular Cina semata-mata melainkan untuk semua etnik, malah diakui Sekolah Wawasan yang digagalkan etnik Cina sendiri.

Ini sama sekali tidak tepat kerana mereka tidak pernah mudah mahu menerima sebarang perkara bukan Cina untuk diadakan di SJKC, walaupun unsur pendidikan neutral untuk kebaikan murid Cina itu sendiri.

Ini dapat dilihat dengan jelas pada penolakan pendidikan tulisan Jawi biarpun dalam bentuk amat ringkas untuk tujuan pengenalan sahaja. Sehubungan ini, terdapat sebilangan SJKC melalui Persatuan Ibu Bapa Gurunya sengaja menolak pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka mengikuti pendidikan ini.

Ini dan banyak lagi dilakukan dan sering pula secara pengakuan terbuka atas dalil ia akan mencairkan identiti SJKC. Dengan kenyataan ini yang cauvinis lagi rasis, SJKC bukan sekolah bagi semua etnik, melainkan sekolah vernakular Cina yang mahu wujud dalam keadaan setotok-totoknya, walaupun di wilayah yang hanya ditenggeknya.

Pembinaannya juga didalilkan sebagai tidak boleh dipindahkan lagi dan perlu wujud di situ kerana ia keputusan kerajaan terdahulu. Dalil ini bukan sahaja helah, ia mahu mengelirukan rakyat. Ini kerana beberapa keputusan kerajaan lepas diubah kerajaan semasa. Antaranya penjajaran semula Laluan Rel Pantai Timur sehingga tidak mengikuti pelan asalnya di negeri tertentu.

Dalil pembinaan SJKC baharu itu yang diyakini mampu menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kini berlaku di tempat lain adalah amat tidak bertanggungjawab. Ini kerana beban yang ditanggung penduduk di kawasan sesak itu, mahu dipindahkan untuk digalas penduduk di kawasan lain yang tidak sesak.

Amat malang cara berhujah kepimpinan etnik Cina di situ yang langsung tidak memperlihat integriti, yang patut ada pada seorang yang dipilih rakyat untuk menjaga semua penduduk di seluruh Kinrara.

CEROBOH
Enrolmen murid bukan Cina yang ramai dan kian meningkat kini yang pada satu masa dahulu dicemuh etnik Cina, kini diakui mereka talian hayat untuk kewujudan SJKC sekarang dan pelestariannya pada masa mendatang.

Dengan ini, etnik Cina mahu memanfaatkan aspek kepopularan SJKC untuk membinanya sebanyak yang boleh dan di sebarang tempat pula, sehingga sanggup mencerobohi kawasan budaya etnik lain. Ini bukan sahaja sikap buruk yang menjijikkan, ia juga kerakusan yang memualkan.

Sesungguhnya fenomena sosial dan politik negara, khususnya di Semenanjung, yang terbina dari perkembangan sosiobudaya dan sosiopolitik yang amat berunsur etnik untuk sekian lama sehingga sudah bersifat konservatif sekali, adalah tidak mudah diubah strukturnya.

Ini kerana ia sudah menjadi sistem dan mantap pula. Justeru, untuk menjaga keharmonian, kita bukan sahaja perlu mengikutinya, ia juga kaedahnya dalam bernegara di Malaysia.

Dengan ini, menjadi keperluan mendesak agar SJKC baharu itu dipindahkan ke kawasan budaya Cina. Ini selari dengan citra yang mahu dibina untuk dikekalkan melalui identiti Cinanya yang tidak boleh sesekali dicairkan sebarang unsur bukan Cina.

Ia dapat dilihat pada ketidaksediaan SJKC menjadi Sekolah Wawasan yang menganjurkan kewujudan sekolah vernakular bersekali Sekolah Kebangsaan dalam satu kompleks sama, tetapi masih berupa entiti berasingan.

Ini ditolak, hanya etnik Cina yang mecurigainya sebagai satu perancangan licik untuk meleburkan jati diri Cina pada SJKC. Dalam pada ini, sungguh pelik sekali apabila SJKC kini bukan sahaja rela, tetapi mahu dipaksa dibina dalam kawasan Melayu dan yang amat dominan pula budaya kemelayuannya.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

KPM Janganlah Jadi Dayus Sangat.....

KPM digesa tukar status SJKC Too Joon Hing kepada sekolah kebangsaan
Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera bertindak dalam isu kontroversi membabitkan pembinaan SJKC Too Joon Hing dan menukarkan statusnya kepada sekolah kebangsaan (SK).

Presiden PPPPPM, Datuk Abdul Raof Hussin berkata, penambahan sebuah lagi SJKC di kawasan Bandar Kinrara dianggap sangat tidak munasabah, apatah lagi penduduk majoritinya adalah orang Melayu.

Jelas beliau, mengikut dasar KPM, untuk setiap kawasan perumahan atau taman baharu di kawasan yang penduduknya melebihi 2,500 hingga 3,000, pemaju diwajibkan memperuntukkan dua tapak ataupun sekurang-kurangnya satu tapak untuk dibina sekolah kebangsaan.

Tetapi, pemaju tidak diwajibkan untuk membina atau mengkhaskan tapak untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, katanya.

“Bererti apabila terbinanya kawasan baharu, KPM mesti membina sekolah SK. Sebab itu diwajibkan dua tapak untuk pembinaan SK, atau sekurang-kurangnya satu.

“Selain kawasan baharu, kawasan yang padat dengan penduduk contoh Bandar Kinrara, memang amat memerlukan SK.

“Tetapi di sana kita difahamkan SK ada tiga sahaja, sedangkan dalam radius 5km sudah ada lima SJKC. Mana logiknya? Di mana nilai tanggungjawab KPM?,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, dasar yang telah ditetapkan KPM sejak dahulu lagi itu adalah satu peraturan yang tidak boleh ditolak ansur sama sekali.

“Seeloknya, kita sasar satu kelas 25 orang, paling tinggi 35. Kalau ikut kenyataan ibu bapa, ada SK di kawasan Bandar Kinrara darjah satu sehingga 17 kelas. Andainya betul, ini dah sampai tahap gila. Ada ke satu darjah sampai 17 kelas?

“Bayangkan bagaimana sekolah itu jika murid-murid naik ke darjah 2. Berapa kelas lagi nak ada? Tak logik akal, perkara ini tak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Abdul Raof mendesak Perdana Menteri dan KPM supaya menukarkan status SJKC Too Joon Hing ini kepada sekolah kebangsaan.

“Kalau beri alasan dah diluluskan dan ada mengikut spesifikasi sekian-sekian, masih boleh kita ubah suai, tapi bukan meneruskan pembinaan SJKC.

“Ambil balik jadi SK, dan seterusnya boleh menjadikan sekolah ini, sebagai sekolah contoh. Sekolah di mana boleh memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin sebagai satu subjek tambahan. Boleh diajar dalam waktu sekolah.

“Sebagai contoh, sekolah wawasan pertama, Kompleks Sekolah Telok Se­ngat (KSTS), Kota Tinggi, Johor yang telah dilancarkan pada 16 Jun 1997.

“Saya cadangkan, tak apa, ubah status SJKC Too Joon Hing itu. Tak rugi. Kita pun nak galakkan murid Cina masuk SK,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Bandar Kinrara berhimpun membantah sekeras-kerasnya pembinaan SJKC yang kelima dalam kawasan majoriti Melayu.

Bagaimanapun, bantahan itu mendapat tentangan apabila Gabungan Badan Bertindak Seni Khat (Sekat) dan Majlis Bahasa Cina Malaysia membuat laporan polis berhubung himpunan berkenaan. - ismaweb.net

SJKC Too Joon Hing Di Kinrara Jadi Kontroversi

PETALING JAYA: Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing kontroversi baru-baru ini atas tapak yang asalnya untuk sekolah kebangsaan di Kinrara, Puchong.

Pembinaan tersebut akan menjadikan ia sekolah ketujuh SJKC dalam radius lima kilometer di kawasan tersebut selepas SJKC Kheng Chee, SJKC Yak Chee, SJKC Bukit Serdang, SJKC Shin Cheng (Harcroft), Tzu Chi International Chinese School dan SJKC Lai Meng.

Taburan SJKC tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati penduduk termasuklah Azizi Hashim.

Menurut Azizi, SJKC Too Joon Hing pada asalnya akan dibina di Taman Putra Prima, Puchong, namun terkejut apabila sekolah itu berpindah ke tapak yang diwartakan untuk sekolah kebangsaan tanpa pengetahuan persatuan penduduk dan penduduk setempat.

Sedangkan, kata beliau, ketika ini tiga buah sekolah kebangsaan sedia ada iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 1, SK Seksyen 2 dan SK Bukit Kuchai sudah terlalu padat.

“Satu darjah merangkumi sembilan hingga 10 kelas dengan kepadatan lebih 40 murid buat satu kelas.

“Ada antara anak penduduk terpaksa bersekolah di Petaling Jaya dan Bukit Jalil disebabkan ketiadaan tempat di sekitar Kinrara,” kata beliau dalam akaun Facebook miliknya.

SJKC Too Joon Hing adalah antara 10 SJKC diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas permohonan MCA pada 2017.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr. Mah Hang Soon mempertahankan pembinaan SJKC Too Joon Hing di tapak tersebut sambil mendakwa lokasi sekolah itu ditukar ke Bandar Kinrara Seksyen 5 ketika zaman pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh kerana prosedur pertukaran selesai, kementerian mengeluarkan permit kelulusannya dan diserahkan kepada jawatankuasa pembinaan sekolah ini pada bulan Mei tahun lepas,” katanya.

Malah, katanya, pembinaan SJKC baharu itu seharusnya diterima semua pihak kerana ia bukanlah sekolah berasaskan kaum Cina semata-mata.

“Pengiktirafan masyarakat bukan Cina kepada SJKC disambut positif oleh pengelola SJKC dan masyarakat Cina. SJKC ialah sekolah untuk rakyat, bukannya sekolah hanya untuk orang Cina.

“Jadi, jangan ada mana-mana pihak yang berusaha menggunakan isu pembinaan sekolah untuk membangkitkan sensitiviti kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, proses penubuhan SJKC Too Joon Hing adalah berdasarkan prosedur dan persetujuan Kementerian Pendidikan serta kebenaran pembangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Beliau juga menganggap pembinaan SJKC baharu itu akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana penduduk tempatan sering mengadu perkara tersebut.

“Saya percaya selepas pembukaan sekolah ini, ia dapat mengurangkan kesesakan di tempat-tempat ini,” katanya.

SJKC Too Joon Hing dijangka siap pada 2021 dan bakal menerima 1,000 pendaftaran murid. – UTUSAN

Tak Tau Nak Kata Apa.....!




Fenomena Asal Raya, Harga Daging, Ayam Naik

BUKAN perkara asing apabila harga bagi makanan basah seperti daging dan ayam meningkat lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ia berlaku pada setiap tahun, tidak kiralah ketika zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Ia tetap dan masih berlaku, sedangkan pelbagai kementerian diwujudkan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tidakkah kementerian berkaitan yang menjaga dan mengawal harga di pasaran membuat kajian mengenai berapa banyak jumlah keperluan setiap tahun menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Contohnya, berapa jumlah daging diperlukan setiap tahun menjelang perayaan itu.

Tugas tersebut katakanlah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta KPDNHEP, jadi kedua-dua kementerian tersebut perlu menyediakan kertas kerja.

Kertas kerja itu juga perlu meliputi jumlah keperluan daging lembu dalam negara bagi membolehkan pengiraan dibuat agar bekalan daging mencukupi. Langkah ini membolehkan ladang ternakan lembu ditambah di negara ini.

Sekiranya penternak tidak berkemampuan menyediakan keperluan itu, maka kerajaan boleh membawa masuk daging lembu dan kerbau dari luar negara.

Namun, perlu ada perjanjian antara kerajaan dan negara pembekal agar bekalan dihantar sekurang-kurangnya enam bulan sebelum perayaan.

Sementara itu, kenaikan harga ayam berpunca daripada sikap pemborong yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda di bulan Ramadan sehingga ke Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kerajaan harus menambah lagi pengeluaran permit import bagi membawa masuk ayam daripada luar negara, terutama dari Thailand kerana negara itu paling dekat dengan Malaysia.

Oleh: OMAR LOLO
          Kuala Lumpur

Monday, April 26, 2021

Asal Ramadan, Raya Harga Barang Naik Melambung-Lambung....

Harga minyak masak naik mendadak, kenapa tak masuk dalam barang kawalan?
Kenaikan harga minyak masak dalam botol bersaiz lima kilogram (kg) mengundang ketidakpuasan hati rakyat tatkala berdepan krisis ekonomi dan pandemik COVID-19.

Ini kerana, kenaikan itu dianggap membebankan lebih-lebih lagi menjelangnya sambutan Aidilfitri yang berbaki sekitar 17 hari lagi.

Terdahulu, media melaporkan bahawa harga minyak masak botol bersaiz lima kg dikesan naik mendadak hingga 10 peratus sejak awal tahun ini berbanding tahun lalu.

Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, tinjauan pihaknya mendapati harga minyak masak botol bersaiz lima kg kini boleh mencecah antara RM28 hingga RM34 berbanding RM25 hingga RM27 tahun lepas.

Situasi berkenaan mendapat respon pengguna media sosial, yang rata-ratanya meminta kerajaan memasukkan minyak masak botol dalam senarai barang kawalan.

Pemilik akaun Facebook, Jumasri Jumin pelik kerana Malaysia pengeluar minyak sawit tetapi minyak dijual dengan harga yang tinggi.

“Mudah sangat pihak pengeluar atau pembekal nak bodohkan pembeli… Sebab di Malaysia penguatkuasaan paling lemah di dunia,” dakwanya.

“Sudah bertahun keadaan yang sama dilalui, asal Ramadan dan nak raya semua harga barang naik, bukan sikit sikit naiknya, melambung-lambung.

“Tak kira siapa pun yang menjadi PM atau menteri yang terlibat menjaga mengawal harga barang. Nampak semacam tiada fungsi,” kata Peah Peah.

Ashrul Anwar Mukhashen pula berkata, inilah realiti yang terpaksa dihadapi rakyat.

“Saya pun geram juga tapi apakan daya…yang berkuasa dan diberi amanah pun nampak tidak bersungguh mengatasi masalah ini,” katanya. - ismaweb.net

Pemimpin Melayu Berpolitik Untuk Apa?

Beban sejarah sekolah vernakular
Inilah beban sejarah terpaksa ditanggung sepanjang 63 tahun negara mencapai kemerdekaan. Apalah ertinya merdeka dengan beban sejarah yang tidak pernah diselesaikan ini walaupun pemimpin bertukar ganti. Malah, menjadi biawak hidup yang membantutkan kerana terus mencakar dan mencakar.

Kerana beban sejarah ini, banyak perkara yang dirancang berdepan dengan halangan. Inilah satu tindakan tidak berpelembagaan tetapi sudah dianggap termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hinggakan banyak menganggap suatu yang biasa.

Begitulah cara orang Melayu berpolitik – sentiasa kalah dan mengalah. Agenda nusa dan bangsa tidak lagi utama disebabkan hambatan ketakutan hilangnya undi dalam pilihan raya. Perkara yang menjadi pemecah perpaduan dibiarkan sekali gus mewariskan beban dari generasi ke generasi.

Sekolah vernakular tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun begitu, dibolehkan didirikan dengan syarat ditanggung sendiri. Tetapi kerana politik Melayu yang lembik, secara diam-diam diberi peruntukan untuk menjaga hati. Padahal ini mengambil hak sekolah kebangsaan.

Inilah beban sejarah. Beban yang tidak pernah difikir serius oleh sesetengah pemimpin. Seolah-olah ada pemimpin yang berani berkata ‘tidak’ pada sekolah vernakular. Kalau pun takut untuk menghapuskan seperti di Singapura, cukuplah had dengan jumlah yang ada. Tetapi itu pun tidak takut.

COVID-19
Orang Melayu dan pemimpin Melayu berpolitik untuk apa? Orang Cina berpolitik untuk memperkukuh sekolah vernakular. DAP, MCA dan Gerakan berjuang secara bersama-sama. Di mana kebersatuan politik Melayu dalam isu ini?

Terbaharu dan sedang hangat diperkatakan, sebuah lagi sekolah vernakular akan didirikan di Puchong, Selangor. Dalam radius lima kilometer sudah ada enam sekolah vernakular Cina dan sebuah sekolah vernakular Tamil. Hanya tiga buah sekolah kebangsaan. Ini di Malaysia atau di China?

Kerajaan sebelum ini tidak mampu berbuat apa-apa. Kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan, semuanya tidak memberi harapan. Tidak adil untuk bertanyakan Perikatan Nasional yang bertungkus lumus dengan wabak Covid-19.

Kitalah yang menanggung beban sejarah sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dua kali menjadi Perdana Menteri. Selama 22 tahun dan 22 bulan menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir juga tidak mampu menegakkan Perlembagaan Persekutuan dengan mengehadkan sekolah vernakular.

Banyak yang percaya dengan kebersatuan politik Cina yang tidak pecah oleh perbezaan parti, sekolah vernakular di Puchong ini akan berdiri megah akhirnya. Tidak percaya? Tunggulah, tengok apa kesudahannya.

RASIS
Pemimpin politik Melayu saling kerkah antara satu dengan lain, politik Cina memperkukuh kelestarian bahasa dan sistem pendidikan Cina. Sekolah vernakular Cina ketujuh dalam radius lima kilometer di Puchong adalah mercu tanda kegagalan membuang biawak hidup di atas belakang kita.

Ironinya di kawasan yang sama hanya tiga buah sekolah kebangsaan dan semuanya sudah penuh sesak. Sepatutnya ditambah sebuah lagi sekolah kebangsaan, tetapi yang muncul sekolah vernakular Cina. Sekolah kebangsaan bukan sekolah orang Melayu, ini sekolah untuk semua.

Inilah enam sekolah vernakular yang ada di kawasan berkenaan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kheng Chee, SJKC Yak Chee, SJKC Bukit Serdang , SJKC Shin Cheng (Harcroft), Tzu Chi International Chinese School, dan SJKC Lai Meng.

Cauvinis yang memperjuangkan sekolah vernakular Cina dan pemimpin Melayu dalam kerajaan yang ‘tidak angkat kepala’ dalam isu sekolah vernakular patut membaca buku ini, From Third World to First. Penulisnya bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Antara yang menarik ialah pengalaman Lee Kuan Yew menghapuskan sekolah Cina di Singapura – di negara yang majoriti Cina oleh seorang Perdana Menteri Cina. Kalau menghapuskan sekolah Cina di Singapura boleh dilakukan, kenapa tidak di Malaysia?

Kita masih terhegeh-hegeh dan tidak ada keberanian yang luar biasa untuk melaksanakan sistem satu sekolah selepas 63 tahun merdeka. Banyak pemimpin politik Melayu hanya setakat memekik di PWTC tetapi dalam senyap-senyap DAP, MCA dan Gerakan perjuangkankan sekolah vernakular.

CUCI TANGAN
Kalau dalam radius lima kilometer di Puchong sekolah vernakular jauh melebihi jumlah sekolah kebangsaan, ini mencerminkan hakikat masa akan datang di seluruh negara. Apakah yang akan berlaku pada dasar pendidikan apabila sekolah vernakular melampaui jumlah sekolah kebangsaan?

Adakah hal-hal begini tidak membimbangkan pembuat-pembuat dasar terutama yang berkaitan pendidikan? Tidak bimbangkah akan anak-anak kita yang dipisahkan oleh sikap pengasingan dengan adanya sekolah vernakular ini?

Jangan cuci tangan menganggap tulisan ini berbau rasis. Ini soal masa depan anak semua bangsa yang dimangsai sikap pengasingan Cina dan menolak asimilasi di sebuah negara pelbagai kaum. Anak semua bangsa itu rakyat negara ini, di mana hidup matinya tidak ada tanah selain tanah yang satu ini.

Memang betul Perlembagaan Persekutuan dengan jelas melindungi hak setiap rakyat untuk mendapat pendidikan dan tidak didiskriminasi berdasarkan kaum. Pendidikan yang dimaksudkan itu menggunakan penghantar bahasa Melayu. Maka sekolah kebangsaan adalah yang tepat dan selari Perlembagaan Persekutuan.

Oleh hal yang demikian, sangat bertentanganlah apabila hak untuk sekolah kebangsaan diambil oleh sekolah vernakular. Andai dibiarkan kerana mahu menagih undi daripada Cina, sekolah kebangsaan menjadi sekolah kelas dua.

Beban sejarah adalah biawak hidup yang terus mencakar hasrat kita menuju perpaduan. Bertegaslah demi anak semua bangsa di negara merdeka.

Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Apabila Proses Kontekstualisasi Dan Normalisasi Berada Dalam Masyarakat Kita

Bukan saja kalimah Allah…
UMAT Islam dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Jill Ireland melawan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini yang memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri melarang orang bukan Islam menggunakan antara lain kalimah Allah bagi merujuk agama mereka adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Penghakiman tersebut turut membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah-kalimah lain iaitu Baitullah Kaabah dan Solat untuk tujuan yang sama.

Jelas penghakiman tersebut tidak selari dengan penghakiman terdahulu yang diputuskan di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur melawan Kementerian Dalam Negeri yang memutuskan kalimah Allah bukanlah bahagian yang penting di dalam agama Kristian yang menyebabkan larangan boleh dilakukan.

Ruangan kali ini bukanlah ingin mengulas kedua-dua penghakiman tersebut tetapi hanya ingin menukilkan berkaitan aspek kontektualisasi dan normalisasi di dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi.

Kontekstualisasi memberi gambaran tentang suatu proses di mana berita tentang kepercayaan sesuatu agama dibuat menjadi relevan dan sebati dengan budaya orang yang menerima seruan agama tersebut. Manakala normalisasi memberi erti tindakan menjadikan sesuatu itu biasa atau normal dan mudah diterima oleh sesebuah masyarakat.

Tindakan-tindakan sebegini mungkin di bawah sedar kita sudahpun mengambil tempat dalam masyarakat kita sejak lama dahulu. Sebagai contoh, kalua dahulu kita sangat jelas kuil adalah tempat melaksanakan amalan orang Hindu, gereja bagi orang Kristian, tokong bagi penganut Budha dan gurdwara bagi orang Sikh. Istilah-istilah yang dipakai tersebut sudah mula dikesampingkan kerana istilah yang lebih menyeluruh digunakan iaitu rumah ibadat. Kini apabila istilah rumah ibadat digunakan kita mungkin tidak dapat membezakan samada ia masjid, kuil, gereja, tokong ataupun gurdwara. Sudah tiada perbezaan lagi antara tempat tempat tersebut.

Begitu juga dahulu kita selalu katakan umpamanya orang Budha menyembah tokong, orang Hindu menyembah berhala dan lain lain lagi. Tapi kini istilah sembah tidak lagi digunakan sebaliknya istilah sembahyang digunakan. Jadi ramailah yang mengatakan seperti ‘ Ah Keong bersembahyang di rumah ibadat mereka’. Tiada perbezaan antara bersembahyang bagi orang Islam dengan yang bukan Islam.

Yang lebih menggusarkan orang Islam lagi apabila perkataan sembahyang itu juga tidak mahu digunakan oleh sebahagian orang bukan Islam sebaliknya mereka mendambakan menggunakan perkataan solat. Walaupun hakikatnya perkataan solat tersebut bukanlah perkataan di dalam Bahasa Melayu tetapi mungkin bagi tujuan normalisasi ia digunakan juga.

Saya mendedahkan perkara ini bagi memberi cetusan minda betapa proses kontekstualisasi dan normalisasi ini telahpun berlaku di dalam masyarakat kita. Bukanlah tujuan saya untuk membezakan antara agama bagi maksud diskriminasi tetapi pada pandangan saya adalah lebih baik setiap agama itu diidentitikan dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan mereka sehingga tidak membawa kekaburan kepada sesiapapun. Perbezaan bukan suatu yang merugikan kerana perbezaan itu sendiri merupakan kekuatan di dalam kepelbagaian penduduk di Malaysia selagi hormat-menghormati dan bertoleransi menjadi prinsip yang diamalkan.

Saya khuatir jika proses kontekstualisasi dan normalisasi ini terus dilakukan, pasti suatu hari nanti kita sudah tidak dapat membezakan satu agama dengan agama yang lain dan menganggap semua agama adalah sama. Jika ini berlaku, pluralisme agama akan berakar umbi di dalam masyarakat kita. Pluralisme agama bermakna mengakui semua agama adalah benar, ia sangat bertentangan dengan akidah Islam yang mempertegaskan satu-satunya agama yang diterima Allah swt adalah agama Islam. Oleh yang demikian memegang tekad semua agama adalah benar menyimpang dari akidah Islam itu sendiri bagi orang Islam. Sekiranya semua agama adalah benar, bertukar-tukar agama pula akan merupakan suatu yang normal.

Oleh yang demikian proses kontekstualisasi dan normalisasi ini perlu diperhalusi semula agar masyarakat Islam tidak akan terperangkap di dalam kekeliruan yang dinyatakan di atas. Mungkin masih belum terlambat bagi kita kembali kepada istilah asal yang jelas dan tidak mengelirukan tersebut.

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Politik Cina Carik-Carik Bulu Ayam

MUTAKHIR ini, timbul beberapa isu menarik mengenai politik bukan Melayu. Bukan sahaja politik Melayu berpecah antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Tetapi perpecahan juga berlaku kepada politik bukan Melayu.

Mungkin ramai tidak tahu, politik bukan Melayu yang ditunjangi politik Cina berdepan dengan krisis lebih serius daripada politik Melayu. DAP yang selama ini dikatakan menjuarai politik Cina mula terpalit dengan pelbagai masalah.

Antaranya golongan berpendidikan Cina dalam DAP mengatakan parti itu tidak lagi bersifat membela kepentingan dan hak Cina tetapi lebih menjurus kepada kemalaysiaan. Ini disebabkan golongan berpendidikan bukan Cina yang mendominasi DAP lebih memperlihatkan parti itu bersifat komunal (hak secara bersama), bukan bersifat etnik.

Akhirnya, DAP kini mulai ditolak sedikit demi sedikit dalam kalangan masyarakat Cina. Ini disebabkan apabila masyarakat Cina menghadapi masalah, DAP kelihatan kurang mampu membela nasib masyarakat Cina. Dalam hal ini, masyarakat Cina melihat DAP lebih mementingkan kepentingan agenda politik daripada agenda masyarakat Cina di negara ini.

Ini seterusnya menyebabkan golongan berpendidikan Cina dalam DAP mulai mempersoalkan beberapa tokoh berpendidikan bukan Cina yang sering mempergunakan agenda kepentingan peribadi daripada memberikan imej yang lebih positif dalam kalangan masyarakat Cina.

Tidak lama lagi akan berlaku pemilihan dalam DAP, lihatlah golongan mana yang mendominasi. Ini sudah pasti akan memberikan impak kepada pertandingan dalam merebut kerusi majoriti bukan Melayu dan campuran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Apa yang pasti kini, DAP bakal ditentang oleh MCA dan Gerakan jika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung esok memilih untuk menentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Malah, kenyataan Gerakan untuk bertanding di hampir semua kerusi bukan Melayu dan campuran menandakan parti itu tidak akan berganjak untuk berkongsi kerusi dengan MCA.

Perselisihan MCA dan Gerakan pada kali ini lebih serius berbanding peristiwa kekalahan MCA kepada Gerakan di Pulau Pinang.

Namun kali ini, jika Gerakan memilih menentang BN akan menjadikan MCA terpaksa bertarung untuk menentukan parti itu hidup atau mati dalam politik Cina.

Jika MT UMNO memilih untuk bersama dengan PN dalam PRU-15, maka MCA berdepan krisis yang mana parti itu perlu membuktikan masih relevan dalam konteks politik Cina.

Ini sudah pasti akan merintis jalan sama ada bersama dengan Gerakan menentang PH atau MCA terpaksa bertanding menentang Gerakan, andai kata Gerakan tidak mahu berkongsi kerusi.

MESRA

Situasi ini pasti jelas bahawa dalam politik Cina pasti akan diwarnai pertandingan tiga penjuru pada PRU-15. Malah dalam politik India juga turut terkesan dengan iklim perubahan. MIC kini lebih mesra dengan PN. Jika MIC menyertai PN, maka kemungkinan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) menyertai BN seterusnya bakal menentang MIC dan DAP.

Tetapi jika MIC tidak menyertai PN, IPF akan juga menentang MIC. Ini akan menyebabkan masyarakat India terpaksa memilih sama ada MIC, IPF, Gerakan atau PH. Bukan sifir jalan mudah untuk mana-mana parti politik India memenangi kerusi dalam PRU-15.

Perpecahan yang berlaku dalam politik bukan Melayu di Semenanjung juga memberikan tempias kepada politik Cina Sarawak. Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini, bukan sahaja akan berlaku pertandingan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan DAP, tetapi juga menerima pendatang baharu dalam kalangan parti kecil.

Wujud selepas berlakunya perpecahan dalam SUPP pada 2014, kini Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mesra dengan Bersatu bakal lebih bersedia menghadapi kekuatan SUPP, malah Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Ini menunjukkan politik Cina Sarawak kini berdepan pertandingan antara SUPP, SPDP, PSB, UPP dan DAP. DAP di Sarawak turut menghadapi krisis keyakinan dalam kalangan masyarakat Cina disebabkan lebih bersifat ‘ke-Semenanjungan’ daripada ‘ke-Sarawakian.’

Walaupun kita melihat perpecahan dalam politik bukan Melayu lebih serius daripada perpecahan politik Melayu tetapi kerumitan dan keributan dalam politik bukan Melayu kurang ditonjolkan oleh masyarakat bukan Melayu.

Punca utama adalah kerana masyarakat bukan Melayu lebih memilih agenda keutamaan penyatuan dan kepentingan hak daripada perselisihan perbezaan pandangan dan politik. Maka politik bukan Melayu yang nampaknya lemah dan berpecah tetapi kelihatan kuat dari dalaman, bukannya luaran. Ini adalah sesuatu yang berbeza dengan politik Melayu.

Politik Melayu lebih ke arah meruntuhkan dalaman sehingga ke luaran tanpa hala tuju sehingga boleh menghancurkan agama, bangsa dan negara. Kepentingan peribadi begitu terserlah mengatasi yang lain. Seterusnya memperlihatkan politik Melayu lemah sehingga memerlukan talian hayat politik bukan Melayu. Terpaksa mengemis.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Jika tidak segera kembali ke pangkal jalan, maka akan tersesat mereka ke hujung jalan. Ketika itu, sudah terlambat untuk berpatah balik kerana nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Politik Cina bersifat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua, air dicincang tidak akan putus. Berbanding politik sesama Melayu, boleh diungkapkan dengan kata-kata: “pergi mampuslah kamu.” Putus habis ikatan persaudaraan, pecah dalam semua perkara.

Dalam kalangan parti politik pecah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pecah, sesama usahawan pecah, sesama orang agama pecah, sesama artis pecah, sesama akademik pecah, dalam sukan pecah. Semua pecah. Masalah sosial makin tenat. Mahu kuat macam mana?

Hilang habis panduan al-Quran, sunnah. Terbit kata-kata yang menyakitkan hati, kafir, munafik, binatang politik, anjing menyalak dan macam-macam kata-kata kesat dan nista. Politik Melayu menuju kepupusan, musuh bertepuk tangan. Mereka untung, kita rugi. Berbaloikah ini semua? Fikirkanlah.

Oleh: DR. Iskandar Hasan Tan Abdullah dan
          Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

DAP Pertahankan Perbuatan Menghina Institusi Beraja?

LIM KIT Siang dan para pemimpin DAP lain yang bersolidariti dengan Fahmi Reza mendesak supaya beliau dibebaskan segera kerana, kata mereka, ‘satira politik bukanlah satu jenayah’, tetapi adalah ‘satu seni’.

Dalam tulisan beliau bertajuk ‘satira adalah seni yang sah’ pada 13 April lalu, Faisal Tehrani menyebut mengenai matlamat satiris untuk ‘mentertawakan si pelaku kesalahan’ serta betapa satira ‘harus mempunyai kecaman dan ejekan’ serta ‘mesti mempunyai kelucuan’.

Turut ditulis adalah niat satira supaya si pelaku kesalahan ‘akan berubah kerana menjadi bahan ketawa’ serta supaya ‘orang lain memahami kelakuan tersebut salah’ dan ‘menjauhkan diri dari perbuatan bejat itu’.

Saya tidak pasti apakah ‘kesalahan’ atau ‘perbuatan bejat’ yang telah dilakukan oleh Raja Permaisuri Agong yang mendorong Fahmi Reza membuat satira membabitkan Baginda. Apa yang pasti adalah Institusi Beraja, khasnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, bukanlah ahli politik, malah berada di atas politik, dan adalah payung rakyat.

Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong manakala prinsip kedua Rukun Negara pula menghendaki setiap rakyat Malaysia setia kepada Raja dan Negara.

Oleh itu, walaupun sekiranya Raja Permaisuri Agong benar-benar melakukan apa-apa kesilapan sekalipun, adalah amat biadab untuk Fahmi Reza membuat satira politik dan untuk para pemimpin DAP mempertahankannya atas nama ‘seni’ atau ‘kebebasan bersuara’.

Nama pun lagi ‘satira politik’ maka bersatiralah sepuas hati kamu jika karya kamu itu adalah membabitkan ahli atau isu politik, tetapi untuk ‘mentertawakan’, ‘mengecam’ dan ‘mengejek’ Institusi Beraja, walau atas apa isu serta untuk apa matlamat dan niat sekalipun, adalah jelas satu perbuatan yang salah, baik di sudut akhlak mahupun di sudut undang-undang.

Apatah lagi bila ungkapan ‘dengki ke’ yang didakwa dilafazkan oleh Raja Permaisuri Agong dan foto Baginda digantikan oleh Fahmi Reza dengan ungkapan sensitif ‘donkey ke’ dan foto ‘donkey’ sedangkan semua tahu ‘donkey’ itu dikaitkan dengan ‘kebebalan’.

Sangat memalukan bila melihat para pemimpin DAP mempertahankan perbuatan ini dan sangat menyedihkan bila melihat ada di kalangan Melayu Islam, khasnya yang berjawatan dan berpendidikan tinggi, turut menyokongnya. 

Sunday, April 25, 2021

Kerajaan Malaysia Gagal Bertegas Terhadap Apa Sahaja Tuntutan Dong Zong

Dong Jiao Zong semakin lantang mendesak bukti kerajaan lemah
Desakan demi desakan yang disuarakan secara lantang oleh pertubuhan radikal, Dong Jiao Zong adalah bukti jelas bahawa kerajaan hari ini lemah dan semakin hilang arah.

Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Mohd Johari menegaskan, apa sahaja tuntutan Dong Jiao Zong, kerajaan Malaysia gagal bertegas.

Malah, kerajaan sendiri ‘mengiktiraf’ Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) apabila Perdana Menteri menerima perjumpaan bersama mereka di Johor sebelum ini.

Kali ini, Dong Jiao Zong mahu mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyemak semula kandungan buku teks Sejarah yang kononnya terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

“Dong Jiao Zong adalah sebuah pertubuhan yang rasis kerana menuntut pelbagai tuntutan yang hanya berpihak dengan mereka dan bukan untuk rakyat Malaysia yang majmuk.

“Kepada KPM, sila ‘ikut’ tuntutan tersebut dan kalau boleh, masukkan semua sejarah dinasti dan ‘kehebatan’ komunis serta hubungan akrab antara China dan Malaysia seperti yang didakwa salah seorang menteri yang menyifatkan China adalah ‘Big Brother’.

“Jika boleh, ubah semua silibus yang ada kepada silibus Taiwan dan juga iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Mansuhkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana ternyata dilihat tidak berkualiti bagi pihak mereka,” sindir Mohd Nor Izzat.

Bukan itu sahaja, sindirnya lagi, kerajaan yang terlalu lunak dengan tuntutan pertubuhan rasis dan radikal juga ‘disyor’ memperbanyak sekolah vernakular dan menutup semua sekolah kebangsaan kerana dikatakan lemah dan rasis daripada mata Dong Jiao Zong.

“Kepada Kerajaan Malaysia, jangan haramkan Dong Jiao Zong. Mereka dahagakan kasih sayang. Tahniah,” katanya.

Terdahulu, Dong Jiao Zong menggesa KPM membetulkan ‘kesalahan’ dalam buku teks Sejarah sekolah menengah.

Pertubuhan itu mendesak sedemikian ekoran tercetus kontroversi berkenaan kandungan buku teks Sejarah, setelah seorang pakar sejarah mendakwa ianya terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

Dr Ranjit Singh Malhi berkata, buku teks itu, untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, menumpukan Islam serta orang Melayu dan tidak memasukkan fakta penting berkaitan pembinaan negara, selain menyimpang dan membesar-besarkan fakta.

Katanya, unsur berat sebelah yang menumpukan Islam dalam buku teks ketara dalam topik peradaban India dan Cina yang kurang daripada 10 halaman setiap satu, manakala peradaban Islam mempunyai 26 halaman.

Katanya lagi, ada beberapa kesalahan ‘tidak dapat dimaafkan’ dalam buku teks itu, walaupun terdapat panel pakar memeriksanya. - ismaweb.net

Sejarah Utama Negara Ini Dipelopori Oleh Bangsa Melayu

DONG Jiao Zong jangan perbodohkan bangsa Melayu
Malaysia adalah negara Tanah Melayu. Ianya dimiliki oleh bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Maka sejarah utama negara ini dipelopori oleh bangsa Melayu.

Islam adalah agama anutan bangsa Melayu. Bangsa pendatang muncul di negara ini semasa penjajahan Barat terutamanya Inggeris. Inggeris yang mengangkut mereka ke sini.

Apa sejarah mereka sebenar sebelum dipunggah ke Malaysia. Yang masyhur kedatangan awal ada dua kongsi gelap iaitu Ghee Hin dan Hai San. Ini sejarah mereka. Ambang merdeka mereka sibuk dengan pasukan bersenjata komunis Bintang Tiga. Lepas merdeka tubuh parti politik tapi ideologi komunis. Ini sejarah mereka secara ringkas. Cukup dengan sejarah ringkas untuk mengenali mereka.

Tidak ada sejarah yang boleh dibanggakan dalam perjuangan mereka yang perlu ditatap oleh generasi baru. Kerja mereka korek kekayaan negara ini untuk kesenangan dengan pelbagai cara. Kerja mereka jarah harta dan hasil bumi bumi ini bersama Inggeris. Nam thien ( Jarah ke Selatan ) ini slogan mereka.

Bermula dari negara Melayu purba di Funan, mereka jarah harta dan rampas negara hingga ke bawah hanya tersangkut di Malaysia. Inggeris yang kayakan mereka dengan bantuan modal percuma jutaan ringgit. Sebab itu mereka boleh jarah kekayaan Malaysia dengan mudah. Asalnya mereka miskin dan papa kedana. Mereka hidup merempat di negara sendiri.

Peperangan, kebuluran dan kezaliman yang tidak dapat dibayangkan oleh mata kasar. Tapi mereka angkuh dan sombong bila bangsa Melayu boleh kongsikan kekayaan negara ini dengan mereka. Mereka dapat warganegara mudah tetapi jauh untuk menghargai kebaikan bangsa Melayu. Jangan mudah percaya dengan mereka. Hidup mereka penuh dengan tipu muslhat demi kepentingan. Tanya orang orang tua kita yang sempat bersama dalam peristiwa ambang merdeka dulu.

Wahai bangsa Melayu. Kenali sejarah mereka. Apa Bintang Tiga buat terhadap pasukan keselamatan negara ini, PDRM dan ATM. Kekejaman dan pembunuhan yang amat memilukan dan menyayat hati. Tapi mereka mendakwa mereka juga pejuang kemerdekaan. Cukup peristiwa Bukt Kepong dan pembunuhan Raja Busu di Lukut Negeri Sembilan sebagai contoh untuk kita mengenali mereka.

Di manakah sejarah mereka di bumi Malaysia yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang.

Kita berterima kasih kepada sebahagian bangsa Cina yang menduduki negara ini dengan aman dan makmur bahkan berjuang untuk kedaulatan negara ini.

Oleh: Ustaz Sharipudin Ab Kadir