Mengapa masih tidak haramkan Dong Zong?
MENGAPA masih memberi muka kepada badan bukan kerajaan (NGO) rasis ini?
Pertubuhan ekstremis Cina, Dong Zong mendakwa, 98.29 peratus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menolak pembelajaran tulisan Jawi. Tiada guna memperkenalkan tulisan Jawi dan buang masa sahaja katanya.
Saya sudah lama menjangkakan jawapan yang amat kurang ajar ini, sekalipun tiada tinjauan dilakukan kerana ia sudah tentu tidak memeranjatkan.
Hal ini kerana suara pertubuhan ultra kiasu adalah suara orang Cina. Jika pertubuhan ultra kiasu ini kata putih, maka putihlah kepada orang Cina. Begitu juga sebaliknya di mana jika hitam, maka hitamlah.
Majoriti orang Cina akan mengikutnya, kecuali mereka yang sayangkan negara ini.
Tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mengharamkan pertubuhan pendidikan ini dan seangkatan dengannya. Ia membahayakan dan tidak langsung membantu pembinaan negara bangsa.
Apakah kita tidak berasa tercabar apabila NGO rasis boleh menolak keputusan kerajaan terhadap sekolah yang dimiliki kerajaan? Dibiayai dan didanai sepenuhnya oleh kerajaan.
Tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara didunia,di mana masa depan pendidikan negara ditentukan oleh NGO. Tetapi di Malaysia, Dong Zong berjaya melakukannya. Hebat mereka bukan?
Malah, tanpa segan silu ultra kiasu ini mencadangkan bahawa lebih penting untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar, kerana itu adalah bahasa kebangsaan kita. Baguskan cadangan ini? Adakah NGO rasis ultra kiasu benar-benar melakukannya?
Pelikkan? Apabila kerajaan mahu menambah masa mengajar dalam jadual waktu, subjek bahasa Melayu kepada 240 hingga 270 minit seminggu, merekalah yang paling kuat menentang atas alasan, ia akan menjejaskan masa subjek Cina yang lain.
Penambahan masa bahasa Melayu akan menghimpit masa subjek-subjek bahasa Cina yang lain.
Dalam erti kata lain, penambahan masa bahasa Melayu akan menjadikan murid-murid Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina dengan baik.
Pada mereka, bahasa Cina nombor satu, bahasa Melayu, boleh jalan, tiada nilai komersial. Tahu bahasa Melayu pun bukan boleh menambah kekayaan.
Lihat! Betapa hebatnya lakonan mereka.
Pertubuhan ini begitu cepat bertindak membuat tinjauan ke atas Jawi tetapi tidak pernah membuat tinjauan secara serius berapa ramai murid-murid SJKC yang boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Berapa ramai lulus dan berapa gagal.
Ultra kiasu ini amat takut jika tinjauan benar-benar dibuat, ramai yang gagal daripada lulus bahasa Melayu. Ini sudah tentu memberi satu pukulan hebat kepada mereka.
Sedangkan, standard bahasa Melayu di SJKC jauh lebih mudah daripada bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan.
Standard bahasa Melayu tahun 6 di SJKC, bersamaan dengan standard bahasa Melayu tahun 3 dan tahun 4 di Sekolah Kebangsaan. Itupun masih begitu ramai murid Cina yang gagal bahasa kebangsaan.
Apabila ditanya, kenapa ramai gagal. Jawapannya mudah sahaja, kerana murid Cina terpaksa menumpu banyak masa terhadap subjek-subjek Cina. Habis tu, kamu tinggal di mana?
Saya cabar Dong Zong, jika kamu mahu memansuhkan Jawi dan bersetuju memperkasakan bahasa Melayu, segera tambah masa subjek bahasa Melayu 270 hingga 300 minit seminggu, bukan sekitar 200 minit seminggu di SJKC.
Sehingga kini, saya teramat sedih, tulisan demi tulisan, bukti demi bukti, laporan demi laporan dibuat, kerajaan tetap tunduk.
Dengan ugutan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan, mengapa kerajaan masih berlembut dengan pertubuhan rasis ini.
Amat jelas daripada dahulu sampai sekarang, pertubuhan rasis ini, mahu membina negara dalam negara. Tetapi kita terus biarkan.
Kita terus sibuk berpolitik daripada membina negara.
Kita canangkan dengan megahnya ‘unity in diversity’ kononnya kita hebat. Kita mengamalkan ‘social cohesion’ atau kesepaduan sosial. Tetapi hakikat sebenar perpaduan amat rapuh.
Buktinya sangat jelas, bagaimana NGO boleh menentukan hala tuju pendidikan negara ini. Saya boleh mengemukakan banyak lagi bukti diperlukan. Tetapi tangan ini sudah letih untuk menitipkan bait-bait kata.
Saya pula dilihat jadi budak jahat. Berbaloikah melakukan ini semua?
Kadangkala terdetik juga dalam naluri hati berkata “pergi jahanamlah, aku dah tak nak cara, buang masa seperti mencurah air atas daun keladi,”
Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment