Sunday, December 27, 2020

Menunggu Penolakan Orang Melayu....

UMNO ‘pecah’ jika pemimpin terus jadi ‘jurubicara’ kerjasama dengan DAP dan Anwar, kata Annuar Musa
PETALING JAYA: Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan sesetengah pemimpin menjadi “jurubicara” memupuk kerjasama dengan DAP dan Anwar Ibrahim, meskipun ia bertentangan dengan pendirian rasmi parti.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, akar umbi UMNO resah dengan tindakan pemimpin berkenaan menganjurkan kerjasama itu atas alasan membina jajaran baharu politik.

“Ada (pemimpin UMNO) yang ke hulu ke hilir cuba membawa justifikasi dan naratif kenapa UMNO harus terima DAP dan Anwar.

“Mereka mendapat platform rasmi dan dilantik secara rasmi, justeru ada yang menganggap mesej mereka adalah mesej pucuk pimpinan.

“Rata-rata akar umbi mengadu dan resah dengan gerakan ini. Jelas UMNO bergerak ke arah perpecahan, bukannya konsolidasi,” kata Annuar yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO serta Ahli Parlimen Ketereh.

Kelmarin, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ungkapan “No DAP, No Anwar” dalam parti itu hanya sentimen sesetengah pemimpin yang menolak sama sekali kerjasama dengan DAP dan ketua pembangkang itu yang juga presiden PKR.

Tengku Razaleigh berkata, UMNO tidak boleh terikat dengan ungkapan itu, tetapi harus bersedia dengan apa juga kemungkinan jika ia memanfaatkn rakyat.

Annuar hari ini menegaskan bahawa penolakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan.

Annuar kesal kerana pucuk pimpinan UMNO belum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang melanggar pendirian rasmi parti.

“Pihak yang masih berpegang kepada keputusan rasmi parti (tolak DAP dan Anwar) masih berdiam diri dan memerhati. Rata-rata mereka (ini) mewakili kawasan kubu UMNO dan yang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Apakah kubu-kubu (UMNO) ini bakal menjadi kubur taruhan apabila perpaduan Melayu dan solidariti parti yang menumbangkan Pakatan Harapan (PH) dirobek atas nama jajaran baharu,” tanya Annuar.

Annuar berkata, jika pemimpin UMNO terus diberi ruang untuk menyebarkan idea kerjasama dengan DAP dan Anwar, “peranan menyatupadukan orang Melayu bakal didokong…. oleh parti lain, bukan lagi UMNO.”

“Semoga UMNO tidak terjatuh kali kedua kerana kesilapan mereka yang berada di atas,” katanya di Facebook. - www.freemalaysiatoday.com

Friday, December 25, 2020

Disebalik Wajah Penceroboh....

DAP bela penceroboh tanah?
BANGI – Pelik! Mengapa parti tamak haloba, DAP sering membuat tindakan yang bertentangan dan bercanggah daripada undang-undang negara?

Demikian persoalan ditimbulkan rata-rata pengguna media sosial terhadap sikap DAP yang kononnya tunjuk ‘hero’ kepada pihak atau individu yang terbukti bersalah.

Sikap parti itu jelas dalam beberapa isu sebelum ini, termasuk pembinaan kuil secara haram dan pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang di Raub.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Chow Yu Hui menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak semakan kehakiman difailkan 204 pekebun durian Raub, sebagai mengecewakan.

“Hak masuk (ke tanah kebun) tidak diberikan, kami semua rasa hampa,” katanya.

Membidas kenyataan ADUN Tras itu, pemilik akaun Facebook Nordin Sariju berkata, sebagai wakil rakyat, Yu Hui sepatutnya menegakkan undang-undang, bukan menjaga kepentingan kaumnya sahaja.

“DAP, jika kaum dia langgar undang-undang tidak salah. Parti paling rasis,” tulis Mohd Radzuan Ibrahim.

“Baguslah kecewa. Semoga tahu diri negara ada undang-undang,” kata Solehah Remot.

Sementara itu, Mazrul Firas berkata, meskipun permohonan pekebun ditolak, tetapi mereka masih tidak didakwa dan dibiarkan bebas walaupun jelas menceroboh.

“Patut perlu denda sebab berapa banyak mereka dah tebang balak dekat kawasan itu,” tulis Hantu Hantu.

“Kerajaan Malaysia jangan mengalah jadi kerajaan yang berdaulat yang punya undang-undang,” kata Ali Roxtam.

Semalam, mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah, bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun ialah penceroboh di tanah berkenaan, justeru Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman. - ismaweb.net

................................................................................

Respon ADUN DAP kes ceroboh tanah nampak bodoh, menjengkelkan
Bersumpah junjung Perlembagaan tapi bela pesalah undang-undang negara

BANGI – Tindakan wakil rakyat parti tamak haloba, DAP yang kononnya cuba menjadi ‘hero’ mempertahankan 204 penceroboh tanah kerajaan di Raub, dilihat bodoh dan menjengkelkan.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak semakan kehakiman difailkan 204 pekebun durian Raub, sebagai mengecewakan.

“Hak masuk (ke tanah kebun) tidak diberikan, kami semua rasa hampa,” katanya.

Namun, ADUN DAP itu berkata, usaha mereka tidak akan terhenti setakat ini, bahkan pihaknya akan membuat rayuan.

Menyifatkan kenyataan itu dangkal, Ahli Jawatankuasa Cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman, M Firdaus Muhammad berkata, kekecewaan itu tidak sepatutnya dinyatakan oleh seorang wakil rakyat yang bersumpah taat setia menjunjung Perlembagaan.

Katanya, Yu Hui yang sudah bersumpah memelihara Perlembagaan, pada masa sama boleh membela pesalah undang-undang negara.

“Memang sepatutnya tugas mereka memastikan rakyat terbela, tetapi tidak sampai membela setiap kesalahan mereka.

“Apatah lagi, kesalahan pencerobohan ini adalah satu kesalahan yang sangat besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menyarankan DAP supaya ‘sekolahkan’ setiap ahli parti itu, khususnya dalam perkara asas seperti ini.

“Tidak perlu bekerja keras dilihat ‘hero’ rakyat untuk situasi begini, kerana ia lebih kelihatan bodoh dan menjengkelkan,” katanya.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan 204 pekebun haram durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Mahkamah memberikan dua alasan dalam menolak permohonan plaintif, iaitu pekebun tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah, bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Selain itu, mahkamah juga mendapati pekebun ialah penceroboh di tanah berkenaan, justeru sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman. - ismaweb.net

Wednesday, December 23, 2020

Melayu Punya Tanahair Tapi Tak Punya Tanah

Pendedahan dibuat oleh seorang pengkaji hal tanah milik Melayu mengejutkan, membimbangkan, kerana Melayu ditipu hidup-hidup oleh penjajah British dan juga oleh para pemimpin politik Melayu sendiri.

Rupa-rupanya dalam diam-diam penjajah British telah memberi kira-kira sejuta ekar tanah kepada Cina waktu penjajah berkuasa, dan Melayu masih khayal dengan seruling bambu di atas belakang kerbau.

Segala tanah yang bernilai komersial di bandar diberi kepada kaum Cina pendatang, Juga tanah lombong emas dan bijih tapi Melayu masih menanam padi, jadi nelayan bersabung nyawa dan punya tanah sekangkang kera di kampung.

Maklumat ini diperolehi dari dokumen-dokumen kerajaan penjajah British yang diperolehi dari simpanan arkib selepas 50 tahun dalam simpanan kerajaan.

Strategi penjajah melemahkan ekonomi Melayu sebagai bumiputra supaya mereka kekal dalam kemiskinan, dan selamanya menjadi pengemis pada kerajaan.

British bermanjakan pendatang asing kerana kepentingan politik dan ekonomi. British memperkayakan Cina dengan pemberian tanah berjuta ekar untuk memperkayakan mereka. British dan Cina menguasai ekonomi negara dan Melayu hanya menjadi petani, nelayan, buruh di luar bandar hidup dalam kemiskinan di bumi sendiri.

Cina menggantikan penjajah British menguasai ekonomi dengan tujuan aklhirnya menguasai politik di negara tercinta ini. Ini strategi politik penjajah British untuk menjadikan Melayu Islam hamba di bumi mereka sendiri.

British juga mempengaruhi rombongan kemerdekaan Tanah Melayu pimpinan Tunku Abdul Rahman untuk memberi kerakyatan sejuta pendatang asing. Tunku akur dan akhirnya pendatang asing dengan mudah, tanpa menguasai Bahasa Melayu, menjadi warganegara.

Akibatnya pada 13 Mei, 1969, pendatang asing yang menjadi warganegara inilah yang mencetuskan rusuhan kaum untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Melayu.

Bila Melayu berkuasa para pemimpin Melayu juga turut bangsatkan Melayu. Tanah Rezab Melayu peninggalan British berjuta ekar juga ditelan oleh kerakusan para perompak, koruptor Melayu dengan sogokan kaum pendatang untuk memiliki tanah hak Melayu.

Waktu PAS dan DAP berkuasa di Perak tanah TOL Kampung Baru Cina diberi hak 999 tahun oleh kerajaan Pakatan Rakyat campuran PAS, DAP dan PKR.

Hari ini nampaknya DAP dan PKR cuba menyingkirkan Tun Mahathir untuk menguasai kerajaan, dan melaksanakan agenda mereka iaitu menghapuskan hak istimewa Melayu/Bumiputra dalam perlembagaan.

Cita-cita DAP dan PKR sama saja, iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik, hak sama rata, dan institusi Raja Melayu dihapuskan, Islam bukan agama rasmi negara, dan percayalah kegiatan LGBT akan berleluasa kelak.

Melayu Islam mesti bersatu. Jangan emosi melulu. Berpegang pada tali Allah, hapuskan hasad dengki. Berjuang atas nama Melayu Islam menuntut hak kita yang sah. Jangan fikir tentang kepentingan parti masing-masing tapi berjuang membela nasib bangsa Melayu/Bumiputra dan Islam. Ini afdhal.

Umat Melayu amat berharap Raja-raja Melayu turut menyokong perjuangan rakyat yang menuntut hak mereka di bumi bertuah ini. Kalau DAP dan PKR berkuasa besar kemungkinan institusi Raja Melayu pun mungkin terancam.

Waktu penjajah British hendak menjadikan Raja-raja Melayu sebagai boneka Raja British melalui 'Malayan Union' pada tahun 1946 rakyat Melayu dari kalangan petani, nelayan, gjuru-guru sekolah, ustaz-ustazah dan pegawai-pegawai kecil, golongan marhein, membela nasib raja mereka.

Akhirnya penjajah British batalkan 'Malayan Union'. Hari ini Melayu Islam digugat oleh pendatang asing yang menjadi warganegara Malaysia.

Menjadi tanggungjawab moral dan agama Raja-raja Melayu mesti menyokong perjuangan bangsa Melayu dan Islam.

Allah-hu-Akhbar!

Oleh : Yahaya Ismail

Tuesday, December 22, 2020

Malaysia Boleh...!

Northern Shipyard bina bot Tentera Laut Nigeria
LANGKAWI: Syarikat pembinaan dan pembaikan kapal tempatan, Northern Shipyard Sdn. Bhd. (Northern Shipyard) berjaya membina empat bot peronda pesisir pantai berkelajuan tinggi milik Tentera Laut Nigeria bernilai kira-kira RM32 juta.

Pengurus Teknikal Northern Shipyard, Masmawi Ishak berkata, bot peronda itu dibina selepas mendapat tempahan daripada sebuah syarikat dari Singapura, Suncraft International Pte. Ltd. dan Tentera Laut Nigeria.

Katanya, empat bot peronda itu yang bernilai antara RM6 juta hingga RM10 juta sebuah, mengambil masa kira-kira 10 bulan untuk di­siapkan selepas memulakan pembinaan pada Februari lalu.

“Lebih membanggakan, pembinaan bot peronda itu menggunakan tenaga kerja dan kepakaran anak tempatan Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bot Peronda Pesisir Pantai Tentera Laut Nigeria di Royal Langkawi Yatch Club di sini semalam.

Bot peronda itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi dan disaksikan Pengarah Urusan Northern Shipyard, Ooi Cheng Choon.

Northern Shipyard merupakan anak syarikat Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd. yang menjalankan operasi feri bagi laluan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang, Satun dan Koh Lipe, Thailand.

Masmawi memberitahu, bot berkenaan memenuhi standard antarabangsa seperti kalis peluru, berkelajuan tinggi sehingga mencatat kelajuan 55 knot sejam serta memiliki peralatan canggih.

“Bot sepanjang 17 meter dan lebar 4.3 meter ini menggunakan daya penggerak enjin dari Jerman berkapasiti 1200 kuasa kuda untuk dua unit enjin, sistem penolakan permukaan air dari Switzerland serta reka bentuk dari Itali,” katanya.

Menurut beliau, ia merupakan kali pertama syarikat terlibat dalam pembinaan bot tentera dari luar negara.

“Bot ini dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Nigeria pada Januari tahun hadapan dengan menggunakan kapal kargo,” ujarnya.

Tambah Masmawi, syarikat berharap pihak kerajaan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menawarkan kepakaran dalam membuat pemasangan bot bagi agensi keselamatan negara.

“Kos bagi pembelian bot juga mungkin lebih murah kerana kita menggunakan kepakaran anak tempatan,” katanya. – UTUSAN

.........................................................................................................

RM6.083 Billion Sudah Dibayar Tapi Tiada Kapal LCS Siap Bina
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memanggil bekas menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal bulan depan, bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS).

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, turut akan dipanggil pada prosiding jawatankuasa itu adalah bekas panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek kapal LCS Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

“Pelantikan BNS Sdn Bhd dilakukan secara rundingan terus dan sehingga Oktober lalu, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar, dan tidak ada sebuah kapal LCS siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS siap dibina setakat ini,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Wong berkata isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/ Jabatan Persekutuan) dan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), diterbitkan pada 2019.

Jelasnya PAC Parlimen juga akan mengadakan lawatan tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak bulan depan.

“PAC Parlimen memandang serius isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda LCS oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF), membabitkan nilai perolehan sebanyak RM9 bilion.

“Kegagalan penyiapan kapal LCS amat serius, kerana ia membabitkan kelemahan dari segi tadbir urus, perolehan serta kewangan, tetapi memberi impak terhadap keselamatan dan pertahanan negara,”

Wong berkata PAC Parlimen berpendapat bahawa suatu penyelesaian hendaklah diputuskan oleh kerajaan secepat mungkin, dan berikutan itu, adalah penting bagi PAC Parlimen untuk menyegerakan prosiding isu itu dan membentangkan laporannya ke Dewan Rakyat.

Beliau berkata setakat ini empat mesyuarat dan prosiding dengan beberapa saksi telah dipanggil, antaranya Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abdul Aziz dan Pengerusi JKSTUPKK Tan Sri Ambrin Buang.

“PAC Parlimen berhasrat untuk melengkapkan dan membentangkan Laporan PAC berhubung isu pembekalan enam kapal generasi kedua LCS ini ke Dewan Rakyat, dalam sidang Parlimen pada Mac 2021,”

Sumber: BERNAMA

Antara Illi Najwa Anuar dan Navpreet Kaur?

Indah sungguh namamu diberikan ibu bapa, kenapa terima panggilan Navpreet Kaur
PANTUN Melayu ada berbunyi

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Buang emak buang saudara,
(buang emak buang agama)
Kerana kasih saya turutkan.

Hebat orang Melayu dahulu berseloka. Melangkaui zaman. Ternyata sudah menjadi realiti. Ini yang diketahui, yang tidak diketahui, bagaimanalah keadaannya. Buang emak buang agama, kerana kasih, saya turutkan.

Masih terbayang kisah Aishah Bukhari dan Lina Joey.

Sebagai mualaf, terpanggil saya. Izinkan saya untuk berbicara.

Tidak usahlah berdolak-dalih lagi. Jika sudah sebegitulah upacara perkahwinannya. Lupakanlah buat sementara bahawa beliau masih lagi beragama Islam.

Masih Islam atau tidak, tidak perlu tunggu permohonan untuk murtad. Melihat kepada tingkah laku, sudah dapat diketahui, sama ada sudah murtad mahu pun belum.

Jika pasangan tersebut masih berada di Malaysia, mungkin senang untuk diuruskan, tetapi jika sudah terlepas ke Punjab, gigit jarilah jawabnya.

Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini. Semakin hari, semakin hilang pedoman dan identiti dirinya.

Jika di hospital, wad bersalin, boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja anak luar nikah dilahirkan.

Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak diketahui, sejauh mana serius, ada atau tidak kekerapan permohonan untuk keluar Islam. Cuma berdasar kes di mahkamah, memang ada.

Ini belum lagi pendedahan, anak-anak perempuan India Muslim bercinta dengan anak-anak lelaki Hindu. Terselamatkah akidah kita?

Kepada ultra kiasu, perkara ini tidak ada apa-apa, atas dasar hak asasi manusia. Inilah pun yang mereka perjuangkan selama ini. Dah tentu mereka gembira. Precedent demi precedent bagi memudahkan tugas mereka.

Kepada kita bagaimana? Maruah kita? Perlembagaan kita?

Tak usahlah terlalu defensif dalam perkara ini. Sedarlah, ini semua kelemahan kita. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem pendidikan keluarga, kelemahan media yang sentiasa mensensasikan cerita-cerita cinta seperti pantun di atas dan sebagainya.

Kalau dah sampai tunduk kepada berhala, tukar nama, nak bersangka baik lagi bagaimana?

Katakanlah keluarga lelaki sudah biasa panggil dengan panggilan Navpreet Kaur, kenapa biarkan. Katakan dengan tegas, nama saya Illi Najwa Anuar. Panggil Illi atau Najwa, kenapa mesti dibiarkan, dipanggil Navpreet Kaur. Kaur dan Singh, itulah identiti agama Sikh.

Islam memang agama hikmah (wisdom) tetapi bukan berhikmah selamanya. Perlu ada penegasan terutama hal-hal berkaitan, akidah, nikah kawin cerai dan sebagainya. Ia tidak boleh dilakonkan atau olok-olok.

Dalam keadaan itu, kita diminta bertegas.

Sama seperti kedudukan kami sebagai mualaf, tidak ada masalah untuk berbaik dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang belum Islam, setelah memeluk Islam. Malah, dituntut bertambah baik, eratkan hubungan sebaik mungkin.

Tetapi jika mereka paksa kita menyembah berhala, maka penegasan ketika itu amat perlu, kecualilah antara hidup dan mati. Rasanya kita belum berada dalam situasi antara Mashitah (bersama anak) dan Firaun, memilih untuk menyembah Allah atau menyembah Firaun.

Ketika itu, boleh dibenarkan pilih, bertegas, terjun ke dalam kawah panas atau menyamar ikut Firaun. Mashitah bersama anaknya memilih penegasan daripada menyamar menyembah Firaun, walaupun menyamar itu tidak salah, kerana darurat.

Isunya adakah kita berada dalam situasi antara hidup dan mati? Sudah tentu tidak.

Saudaraku, Islam bukan agama main-main? Kemuliaan dan kehebatan Islam kerana penegasan. Apabila perkara berhubung dengan akidah, kita mesti bertegas, tidak boleh tidak. Bukan perkara main-main.

Pemimpin negara perlu bertegas, seperti mana kita bertegas mempertahankan Zakir Naik.

Bawa balik Illi Najwa. Buat penegasan, sama ada dia Illi Najwa atau Navpreet Kaur.

Begitu juga dengan suaminya, Manpreet Singh. Dilaporkan telah memeluk agama Islam. Tidak diketahui sama ada namanya sama Manpreet Singh atau ada sedikit tambahan (ubah) dengan identiti nama-nama Arab. Tetapi itu bukanlah suatu yang penting. Ada apa dengan nama. Nama Ridhuan pun, kalau perangai macam mangkok hayun tak guna juga.

Justeru, penjelasan dan pengakuan itu yang lebih penting. Jika Manpreet Singh yakin dengan Islam. Maka selamatlah Illi Najwa. Jika sekiranya Manpreet bertindak sebaliknya. Maka hilanglah Illi Najwa, yang ada hanya Navpreet Kaur.

Pilihan seterusnya, jika Illi Najwa bertegas bahawa dia bukan Navpreet Kaur, dia boleh bertegas untuk meninggalkan Manpreet Singh, sebelum keadaan jadi lebih rumit, apabila melahirkan anak nanti. Islamkah anaknya atau sebaliknya?

Persoalannya, mampukan beliau melakukan sedemikian? Mampukah beliau ubah pantun Melayu, demi emak, demi saudara, kerana Islam aku turutkan? Sama-sama kita mendoakan.

Oleh : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Monday, December 21, 2020

Ugutan Bunuh Cetus Kebimbangan, Gesa Hapuskan LTTE!

Tukar kerajaan, dilupakan? Tukar lagi kerajaan, senyap seribu bahasa?
BANGI – Pengerusi Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari meluahkan rasa kesal kerana isu kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih belum selesai meskipun sudah bertukar kerajaan.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa malu apabila seorang Ketua Polis Negeri yang saya sifatkan sebagai ‘SuperCop’, Datuk Ayob Khan turut pernah diugut oleh pengganas LTTE,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa beliau menerima ugutan terbaharu daripada anggota LTTE yang mahu membunuhnya.

Beliau berkata, ugutan itu yang diterimanya pada minggu lalu dilakukan oleh tiga anggota LTTE yang berada di Selangor.

“Ugutan itu mengatakan tiga anggota LTTE akan datang ke Johor untuk membunuh saya. Ini ugutan terbaharu yang saya terima,” katanya.

Mengulas lanjut, Cikgu Izzat yang juga Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersoalkan sama ada tindakan memerangi pengganas seperti LTTE adalah bersifat ‘bermusim’ oleh kerajaan.

“Tukar kerajaan, dilupakan? Tukar lagi kerajaan, senyap seribu bahasa?”

“Jika isu pengganas seperti LTTE tidak dibendung atau diatasi segera, ianya akan memberi kesan negatif malah akan membuatkan seluruh rakyat tidak tenteram dan terus dibelenggu rasa takut.

“Apa tidaknya, seorang penjawat awam iaitu anggota bomba yang meninggal dunia akibat rusuhan di kuil Subang Jaya dua tahun lalu, arwah Adib, sehingga hari ini tidak mendapat pembelaan,” katanya. - ismaweb.net

Sunday, December 20, 2020

Isu Ini Amat Besar, Bayangkan Benda Haram Dimakan Umat Islam

Penguat kuasa terlibat kartel daging tipu label halal tak boleh terlepas
JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran bahawa mana-mana anggota atau penguat kuasa agensi yang didapati bersekongkol dengan kartel daging tipu label halal, tidak boleh terlepas.

“Isu terbaharu di Johor berkenaan kartel yang mencampuradukkan daging tidak halal, kalau ada penglibatan misalnya pegawai kastam atau Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) perlu diambil tindakan tegas.

“Bayangkan benda yang haram dimakan umat Islam. Makanan yang haram dijual di pasaran dan kita orang Islam diberi makanan yang tidak disembelih,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Sinar Live bertajuk ‘Biar Diancam, Saya Tidak Gentar!’ yang bersiaran secara langsung dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru, semalam.

Ayob Khan menegaskan, pelaku perlu diburu dan ditangkap kerana isu tersebut amat besar.

Bahkan, siasatan menyeluruh juga perlu dilakukan jika benar ada yang terlibat, gesanya.

“Siasatan tersebut perlu supaya semua rantaian yang terlibat dikenakan hukuman termasuk mereka yang menyebabkan berlakunya ketirisan dalam agensi penguatkuasaan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai. - ismaweb.net

Gesa MP Muslim Usulkan Di Parlimen Mansuh Sekolah Vernakular

Tolak parti politik tak serius wujudkan sekolah satu aliran dalam PRU15
Biarpun berulang kali desakan dibuat, isu sekolah vernakular belum menemui titik nokhtah selagi kerajaan tidak bertegas mewujudkan sekolah satu aliran.

Kerajaan bertukar tetapi sekolah vernakular masih kekal – walhal ia menghalang pembentukan identiti nasional, selain mewujudkan pengasingan etnik di negara ini.

Atas dasar itu, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari menggesa Ahli Parlimen muslim mengemukakan usul supaya kuasa Menteri Pendidikan dikembalikan untuk menukar semua sekolah vernakular kepada sekolah kebangsaan.

“Tepat. Saya menggesa semua Ahli Parlimen Islam (kemukakan usul),” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Pada masa sama, beliau yakin bahawa majoriti rakyat bersetuju dengan pendidikan sekolah satu aliran.

“Mungkin ada yang ingat, saya menyentuh isu sekolah vernakular adalah bermusim atau secara ikutan. Anda silap.

“Majoriti rakyat Malaysia, yang betul-betul rakyat Malaysia akan bersetuju untuk sekolah satu sistem atau dipanggil sekolah kebangsaan sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat menolak mana-mana parti politik yang tidak berminat atau tidak serius dalam isu berkenaan.

“Kita boleh tolak pada PRU15 akan datang, boleh? Saya tanya sahaja, jangan melatah,” katanya.

Sebelum ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) antara gerakan yang memfailkan writ saman berhubung keabsahan sekolah vernakular.

Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, sudah tiba masanya mahkamah meletakkan satu titik pengakhiran terhadap sekolah vernakular yang sejak dahulu lagi mewujudkan polemik dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. - ismaweb.net

Friday, December 18, 2020

Kerakyatan Diberi Tanpa Asas Melayu

SEPATUTNYA kerakyatan kepada kaum bukan Melayu diberikan setelah setiap seorangnya memperlihat penjiwaan budaya Melayu yang mukhlis.
MENERIMA bahasa Melayu sebagai identiti nasional, tetapi menolak tulisan Jawinya bukan sahaja manifestasi pemikiran salah. Ia ikut memperlihat penaakulan terseleweng pada pihak yang membantah penggunaannya. Ini kerana selain tiada pertalian munasabah, penghujahannya adalah tidak tepat.

Mana-mana bahasa sekali pun termasuklah bahasa Melayu, pertama-tamanya ialah sistem komunikasi yang dikendalikan melalui bentuk lisan, tulisan serta pergerakan badan. Dalam konteks tulisan, bahasa Melayu mempunyai dua skrip, iaitu Rumi dan Jawi untuk mewakilinya melalui pelbagai cara. Antaranya tulisan tangan, kaligrafi, mesin taip pada masa lampau dan kini pemproses perkataan pada peranti digital selain percetakan bahan bacaan.

Sebenarnya, bahasa Melayu yang didakwa diterima itu juga didapati tidak pun diendahkan seadanya. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia hanya mahu dipelajari atas orientasi instrumental, yakni untuk memenuhi syarat yang ditetapkan. Ia yang sepatutnya juga dipelajari atas orientasi integratif, iaitu untuk menjadi ahli komuniti bahasa Melayu yang diterajui kaum Melayu, secara umumnya cuba dielakkan oleh kaum bukan Melayu.

Persoalannya, mengapakah hal sedemikian berlaku setelah sekian lama kita membina negara merdeka lagi berdaulat ini? Sehubungan itu, tidak salah jika dikatakan kita telah gagal dalam proses pembentukan negara bangsa untuk memiliki identiti nasional. Ini disebabkan kerakyatan dalam kalangan bukan Melayu tidak berkonsepkan budaya, sudah tentu yang Melayu sifatnya.

Ia hanya bersifat perundangan semata-mata dan boleh dirundingi pula. Ini dapat dilihat apabila kerakyatan yang diberikan kepada bukan Melayu sewaktu kemerdekaan, adalah pertukaran untuk memperoleh kedudukan istimewa bagi kaum Melayu.

Sesungguhnya, kesepakatan begini hanya baik untuk memenuhi matlamat jangka pendek bagi memperoleh kemerdekaan. Ia langsung tidak menguntungkan dari segi jangka panjang dalam konteks pendukungan identiti nasional yang dipersetujui bersama dan terdiri daripada simbol dan proses sosiobudaya Melayu.

Sepatutnya kerakyatan kepada bukan Melayu diberikan setelah setiap seorangnya memperlihat penjiwaan budaya Melayu yang mukhlis. Antara yang terpenting ialah cekap berbahasa Melayu.

Dengan ini, kerakyatan itu bukan sahaja mempunyai asas budaya, ia selari dengan pemerintahan Melayu sebelum penjajahan dan juga semasa penjajahan kerana negara ini masih diperintah raja Melayu dari satu segi, apatah lagi selepas penjajahan.

CAUVINIS
Kerakyatan sedemikian yang berasaskan budaya Melayu langsung tidak bersifat cauvinis, malah amat munasabah sebab bukan Melayu tidak merupakan penduduk asal dan memilih untuk mendiami negara ini. Ini juga selari dengan syarat kecekapan berbahasa negara di mana seseorang itu ingin diami sebagai rakyat.

Inilah prinsip lumrah yang diguna pakai untuk memperoleh kerakyatan di kebanyakan negara moden. Secara sejagatnya juga, kecekapan dalam bahasa negara adalah sejenis pengenalan penting seseorang rakyat dengan negara tumpah darahnya.

Jika syarat kecekapan berbahasa Melayu dilaksanakan dengan betul-betul pada masa dahulu, kini kita bukan sahaja akan mempunyai rakyat yang fasih berbahasa Melayu, kita juga akan mempunyai rakyat yang kesetiaannya tidak merupakan persoalan langsung. Ini kerana terdapat hubung kait pasti lagi sahih antara patriotisme dan bahasa negara!

Sebaliknya, kita melaksanakan dasar kerakyatan yang cukup liberal dalam soal ini. Untuk itu, pada hari ini kita mendapati berleluasanya bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu dan terus tidak mahu mengidentifikasikan diri mereka dengan negara ini melalui pertalian budaya Melayu.

Malangnya ketidakcekapan berbahasa Melayu dalam kalangan bukan Melayu adalah fenomena sosial yang bukan sahaja amat ketara keadaannya, ia juga didapati mempengaruhi kelakuan dan pemikiran mereka sehingga boleh dianggap sebagai tiada identiti nasional.

Natijahnya, kita amat memerlukan pendukungan kerakyatan dan identiti nasional berasaskan budaya Melayu. Sepatutnya konsep kerakyatan dan identiti nasional beginilah yang ditegaskan semasa kita mula membina negara dan sepanjang membentuk negara bangsa.

Sehubungan itu, harus diakui kita telah gagal dalam merumuskan konsep kerakyatan dan kenegaraan sedemikian sebagai asas kukuh kepada negara yang rakyatnya mempunyai identiti nasional.

LIBERAL
Dasar kerakyatan liberal tidak dapat disangkal lagi sebagai punca utama mengapa bukan Melayu rata-ratanya bukan sahaja tidak fasih berbahasa Melayu selaku bahasa negara. Ia juga merupakan sebab penolakan mereka terhadap apa-apa jua yang bersifat Melayu. Ini kerana kerakyatan yang diperolehi dahulu dan diwarisi kini tidak dibina atas asas budaya Melayu!

Tidak dapat dinafikan, tiadanya konsep nyata tentang identiti nasional yang perlu dibina atas asas budaya Melayu adalah penghalang terbesar kepada perpaduan negara. Sebenarnya tidak sukar untuk melakukannya kerana negara ini yang penduduk majoriti dan dominan Melayu adalah negara tuan rumah kepada bukan Melayu.

Dengan ini, mereka yang bukan asal wajib insaf untuk memperlihat emosi pengidentifikasian yang positif terhadap budaya kaum asal dan bukan sesekali sebaliknya.

Oleh:  PROFESOR Datuk Dr. Teo Kok Seong 

Thursday, December 17, 2020

Menceroboh Itu Salah....

PH cabul kedaulatan undang-undang bela pekebun durian ‘haram’
Tindakan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Pahang yang menggesa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap pekebun yang mengusahakan tanaman durian secara haram di Raub, adalah tindakan politik yang mencabul kedaulatan undang-undang.

Yang Dipertua ISMA Kuantan, Ustaz Norman Mohd Nor menegaskan, perbuatan yang salah tetap salah, justeru pihak berkuasa mesti bertindak tegas tanpa memilih bulu.

Katanya, mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965, mengusahakan tanah kerajaan yang masih tiada keputusan/kelulusan adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun.

“Kita sebagai rakyat, menyokong ketegasan kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bertindak mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos lalu.

“Bukan soal ia bangsa mata sepet, tetapi kalau betul perlukan tanah buatlah dengan cara yang betul, bukan tanam durian secara haram, tak perlu bayar cukai tanah, jual pula Musang King dengan harga seketul emas,” katanya kepada Ismaweb.net.

Ustaz Norman berkata, lebih menyedihkan apabila pihak bertanggungjawab bertindak, para peneroka haram dan pembela mereka memberikan bermacam-macam alasan dan memohon belas kasihan sehingga tidak segan silu meminta ihsan Yang di-Pertuan Agong.

“Sedangkan mereka tak pernah pun nak dengar titah Tuanku. Dalam bab penggunaan tulisan Jawi contohnya, sehingga sanggup bersusah payah ke mahkamah untuk memfailkan bantahan terhadap titah Tuanku. Sungguh tiada maruah perbuatan sebegini.

“Apa yang dipersoalkan dalam hal ini ialah bagaimana para pekebun durian ini dengan berani dan yakin mengusahakan penanaman durian Musang King secara senyap-senyap sehingga lebih 20 tahun tanpa mendapat teguran dari mana-mana pihak.

“Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu yang memberi jaminan kepada tindakan mereka. Mungkin juga mereka menggunakan ‘taktik-taktik kotor’ untuk mendiamkan pihak-pihak yang bertanggungjawab sekian lama sehinggalah perkara ini terbongkar akhir-akhir ini,” dakwanya.

Beliau menegaskan apa pun alasannya, ada banyak perkara yang tidak kena sehingga perbuatan menceroboh tanah kerajaan semakin menjadi-jadi.

“Hari ini, rakyat sudah celik. Nampak kejelekan di sana sini. Sudah serik kena tipu. Sudah insaf. Sudah ingin membetulkan di mana silap. Sudah pandai menilai yang mana intan yang mana kaca. Yang mana benar yang mana temberang.

“Rakyat hari ini pun sudah pandai mengkritik pemimpin dan pihak berkuasa. Pesan saya kepada para pemimpin dan pihak berkuasa, hisablah dirimu sebelum kamu dihisab oleh Tuhan,” katanya. - ismaweb.net

Wednesday, December 16, 2020

Antara Tanah Rizab Melayu Dan Tanah Musang King

Tanah rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang. Manakala tanah HARAM musang king, tidak berkurang, makin bertambah dan berleluasa. Apa dah jadi?

Hairan sungguh! yang HALAL tidak dijaga, yang HARAM dibiarkan bermaharajalela. Inilah kuasa wang ultra kiasu. Dengan wang dan durian king, mereka rasuahkan anak-anak kita, daripada pejabat tanah hinggalah kepada pemimpin. Kita tutup mata. Hanyut dengan duit, duit, duit.

Sejak dahulu kita dibelikan dengan duit. Akhirnya, semua tergadai. Maruah agama, bangsa, negara dan tanah air tergadai.

Tidak adakah sekelumit rasa bersalah menggadaikan semua ini. Dosa besar sebegini tidak oleh diampunkan. Tidak kira siapa terlibat, termasuk dalam kalangan pembesar, jika ada.

Berapa banyak lagi tanah berdaulat tergadai begitu sahaja?

Sudah banyak tanah berdaulat terlepas kepada ultra kiasu negara jiran yang dahulunya tanah Singa. Apa dah jadi.

Berapa banyak lagi tanah ini akan terlepas. Cuba buat kajian tanah-tanah dan asset-aset yang sudah terlepas kepada ultra kiasu, tidak perlu saya sebut negerinya. Jika tanah Singa pun sudah terlepas, Pulau Batu Putih pun terlepas. Inilkan pula Pulau Pisang yang sedang menjadi pertikaian.

Ultra kiasu terus tinggal di tanah yang luas. Peribumi tinggal di rumah pangsa. Wajarkah semua ini.

Malaysia negara jauh lebih besar berbanding Singapura.

Kita bina rumah pangsa (flat) sekecil-kecilnya, daripada satu bilik, dua bilik, dan tiga bilik. Bila ada protes rumah pangsa satu dan dua bilik, kita pun bina rumah pangsa tiga bilik.

Kita ingatkan dengan rumah pangsa tiga bilik, sudah cukup baik, rupanya rumah pangsa tersebut bukan untuk manusia, dengan hanya keluasan 600 kaki persegi. Sama seperti flat satu bilik, cuma ditambah bilik.

Berbanding dengan tanah Singa yang sudah terlepas, rumah pangsa (flat) dibina pada skala yang besar seperti kondominum. Ultra kiasu melabur untuk manusia kerana, mereka mahukan pulangan besar dengan melabur untuk manusia.

Kita punyai tanah yang besar dan luas, bina rumah flat, macam bina sarang burung merpati.
Keuntungan yang menjadi matlamat. Kita tidak melabur untuk manusia.

Tidak hairanlah, ramai anak peribumi Melayu yang tidak menjadi, kerana rumah (flat) mereka yang ada tiga bilik, bukan rumah dalam erti kata sebenar, tetapi sarang.

Akhirnya, anak-anak kita tidak suka duduk di rumah. Main di luar. Menjadi mangsa dadah dan gejala sosial yang lain.

Buatlah kajian berapa ramai orang Melayu tinggal di rumah murah atau rumah pangsa berbanding bangsa lain. Sedangkan, sepatutnya Melayu lah yang patut tinggal di atas tanah, sebab ini Tanah Melayu.

Keadaan sudah terbalik. Tanah Melayu, Melayu sudah tidak ada tanah, tidak tinggal di tanah. Hanya berada di flat-flat. Tanah Melayu adalah lantai rumah.

Siapa tinggal di atas tanah? Rupa-rupanya, Melayu sudah tidak ada tanah. Tanah rizab Melayu sudah hilang kerana tanah musang king makin bertambah. Adakah ini wajar?

Wahai umatku yang berada di pejabat tanah, pemimpin yang memayung tanah-tanah ini, sedarlah kamu, bahawa tindakan meluluskan tanah berdaulat kepada ultra kiasu akan dikutuk oleh generasi kamu akan datang, percayalah. Anak-anak cucu cicit kamu akan jadi mangsa

Bangunlah, bangunlah mulai sekarang. Pergi kaji dan cari balik tanah-tanah yang telah tergadai. Ambil balik. Jangan sampai jadi macam Genting Highland. Daripada 99 tahun telah menjadi 999 tahun, mungkin selama-lamanya. Menyesal kemudian tidak berguna

Siasatlah hingga ke akar umbi. Ambil tindakan tegas, meskipun mereka bergelar pembesar dan jerung. Pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar dosanya

Oleh : Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Monday, December 14, 2020

Tanah Yang Tergadai

Perjanjian Bangkok 1909...108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.

Kelantan hilang Tak Bai, Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao, Perlis hilang Wilayah Pujo.

1965.....kita kehilangan Singapura.
2008.....kita kehilangan Pulau Batu Puteh
2011.....kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar

Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang... tapi kita jual.

Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita.

Kita jual tanah TUDM Sg. Besi....
Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City... hak kekal.

Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.

Kita juga menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita... jual kepada China.

Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim.

Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.

Betullah kata orang...kita menumpang di tanah sendiri.

Teringat kisah saudara Palestin kita... walaupun ditawarkan cek kosong, untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.

Tapi kita...??

Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dengan hati yang pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata.

Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa!"

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia?

1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis... dan ibu2 mereka berkata,

"Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!"

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, FB yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya... Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna.

Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya.

Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya) - pariajalanan.

Sunday, December 13, 2020

Tamatkan Perpecahan Kaum Dengan Tutup Sekolah Vernakular!: PEMBELA

Tak pandai BM, ketepi bahasa kebangsaan berpunca sekolah pelbagai aliran
Tutup segera sekolah vernakular di negara ini jika perpecahan antara kaum mahu ditamatkan.

Perkara itu ditegaskan Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari.

Beliau berkata, kebanyakan isu yang timbul membabitkan kedaulatan negara antaranya berpunca daripada kewujudan sekolah vernakular.

“Tidak tahu hormat kedaulatan negara, ketepikan bahasa kebangsaan, tidak pandai berbahasa Melayu, tidak hormat bendera Malaysia adalah antara punca daripada sekolah vernakular.

“Jika mahu tamatkan perpecahan kaum, tutup segera sekolah vernakular!

“Dulu ada juga rakan bersama tapi sejak dah jadi pentadbir kerajaan, sendu sudah…,” katanya dalama kenyataan, hari ini.

Isu sekolah vernakular terus menjadi polemik apabila kerajaan sehingga kini masih kekal untuk mempertahankan kewujudannya meskipun banyak pihak mendesak ia dimansuhkan.

Sebelum ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) antara gerakan yang memfailkan writ saman berhubung keabsahan sekolah vernakular. - ismaweb.net

Friday, December 11, 2020

Mengakui Kekhilafan....

Demi jaga air muka UMNO, PAS dan Bersatu terima Saarani sebagai MB Perak
Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru.

Perkara itu mengikut sumber adalah demi menjaga air muka UMNO dan kestabilan PN. Kenyataan ini telah dimuat naik oleh SU MN bagi siaran media untuk kenyataan bersama ketiga-tiga parti itu.

Keputusan berkenaan sekaligus menamatkan kemelut krisis Perak serta mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Harap selepas ini UMNO jangan buat keputusan diluar muafakat samada MN atau PN.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut memohon maaf atas “kekhilafan” yang berlaku sehingga memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar minggu lalu.

Pernyataan maaf Zahid itu dicatat dalam kenyataan bersama Umno-Barisan Nasional, PPBM dan PAS yang ditandatangani oleh setiausaha agung ketiga-tiga parti itu.

Menurut kenyataan itu, Zahid yang juga pengerusi BN, memohon maaf dalam perjumpaan dengan presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini.

“Pengerusi BN telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN Perak atas kekhilafan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, Umno-BN, PPBM dan PAS juga mencapai persetujuan mengenai pelantikan jawatan-jawatan lain dalam pembentukan kerajaan negeri Perikatan Nasional baharu yang diterajui oleh Umno.

“Atas semangat permuafakatan PN, ketiga-tiga parti bersetuju mencadangkan Saarani Mohammad sebagai menteri besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan Perak,” menurut kenyataan itu.

“Ketiga-tiga parti turut bersepakat memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam kerajaan PN Perak dan juga diperingkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu. - www.mindarakyat.net

Thursday, December 10, 2020

Lupa Diri....

Dalam Tempoh Seminggu, 2 Kali Umno Mengamalkannya
1. Setelah kecundang dalam PRU14, UMNO agak bungkam untuk beberapa ketika. Dalam tempoh itu jugalah DAP buat onar mengganggu ketuanan bangsa dan institusi Islam. Tokoh-tokoh utama UMNO dihadapkan ke muka pengadilan atas kes-kes rasuah dan penyelewengan. Dan UMNO bercempera lagi apabila beberapa orang wakil rakyatnya melompat ke BERSATU.

2. UMNO umpama orang yang menderitai sakit tulang belakang, slip disc. Tulang belakangnya bermasalah dek onar dan nanar. Cara berdiri dan berjalannya nampak goyah. Ketika itulah datang teman dari jauh membantunya demi agama dan bangsa. Itulah teman, itulah saudara yang panjang dalam persengketaan. Dilupakan segala sejarah hitam. Maka terbentuklah Muafakat Nasional (MN) yang ada sekarang.

3. Sejak itu UMNO beransur-ansur boleh berjalan seperti biasa walaupun tongkat masih menguatkan langkahannya. Gembiranya UMNO tak terkira apabila menang strike dalam beberapa siri PRK.

Dendangan 'terima kasih PAS, terima kasih PAS' berkumandang mengalahkan kesyahduan suara azan. Merawang ke seluruh pelosok alam. PAS terkesima, hanya mampu mengalirkan airmatanya.

Melihatkan saudaranya telah mengerti tentang persaudaraan.

4. Kini UMNO merasakan dirinya telah pulih sepenuhnya. Berjalan pun dah mula melupakan tongkat. Kira bicara pun ada geger dan gegarnya. Harum bumi yang dicium kini ditapaki dengan gahnya. Dalam tempoh seminggu ini, telah dua kali UMNO mempersetankan tongkatnya. Tongkat dirasakan mengganggu kekuatannya melangkah. Tongkat hanya menunjukkan dirinya masih lemah. UMNO mesti kelihatan kuat dan gagah.

5. Justeru, pada 4 Disember, diusulkan undi percaya tanpa dirujuki teman dan saudaranya. Dan kedua pada 8 Disember sekali lagi tingkah yang sama diamalkan ketika menyembah nama MB kepada Sultan. Itupun dalam keadaan tak cukup sokongan. Sudah sombong. Dalam kedua-dua kes, sahabat dalam MN/PN dikesampingkan. Lebih menyedihkan, ada hati pula dengan DAP/PH dibuat perkiraan.

6. Memetik puisi Allahyarham Datuk Usman Awang: Berburu ke padang datar. Dapat rusa berbelang kaki. Berguru kepalang ajar. Bagai bunga kembang tak jadi.

7. Itulah UMNO, abang dalam persaudaraan. Sesat di hujung jalan. Adik menanti di pangkal jalan.

#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam


Oleh : BayangDiAir

Wednesday, December 9, 2020

Rakyat Terpaksa Hadap ‘politiking’ UMNO Tamak Kuasa

Slogan bela nasib rakyat hanya tipu daya untuk raih
sokongan Melayu

Rakyat kini terpaksa berhadapan dengan ‘politiking’ UMNO yang masih tamakkan kuasa.

Mungkin ramai tidak menjangka tatkala negara berhadapan krisis pandemik COVID-19, UMNO sanggup bermain politik dengan mengusulkan undi percaya bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ini menunjukkan pimpinan UMNO bukannya ikhlas memperjuangkan nasib rakyat, tetapi lebih mementingkan jawatan, periuk nasi dan kepentingan diri di saat rakyat menderita situasi sukar COVID-19, kata pemerhati politik, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan.

“Jelas tindakan UMNO ini tidak sedikit pun membantu rakyat bahkan terpaksa berhadapan dengan ketidaktentuan politik,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Jumaat lalu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal mempertahankan jawatan sebagai Menteri Besar selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan majoriti ADUN Perak.

Usul undi percaya yang dibawa oleh Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hanya mendapat 10 undi sokongan.

Manakala 48 undi lagi menolak sementara satu undi rosak menerusi undi belah bahagi.

Melihat pergolakan politik yang berlaku, Ustaz Ibrahim yakin rakyat semakin bijak menilai dan tindakan UMNO sebenarnya hanya menimbulkan persepsi negatif terhadap keikhlasan parti itu dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Walhal, sekarang bukan masa sesuai untuk bermain politik dalam keadaan negara masih belum stabil dari segi ekonomi serta kesan dari COVID-19.

“Kini rakyat boleh menilai slogan-slogan yang dilaungkan UMNO seperti Muafakat Nasional, perpaduan ummah dan membela nasib rakyat hanyalah tipu daya dan mainan politik untuk meraih undi dan sokongan orang Melayu.

“Hakikatnya mereka mempergunakan sentimen tersebut untuk kepentingan sendiri sahaja,” katanya.

Dilaporkan, ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dikatakan antara individu yang akan menduduki kerusi Menteri Besar Perak Ke-14.

Ia selepas semua ADUN UMNO Perak secara konsensus menamakan Saarani sebagai calon Menteri Besar yang baharu apabila telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Perhubungan UMNO Perak itu.

Namun, pengesahan dan perincian berkenaan nama-nama calon Menteri Besar hanya akan diketahui selepas istana mengeluarkan kenyataan rasmi. - ismaweb.net

Tuesday, December 8, 2020

Meniring Sebuah Penghakiman...

Kalah kes ceroboh di Raub esok bukti sistem negara kini pincang
BANGI, 22 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Keputusan kes pencerobohan tanah kerajaan di Raub, Pahang esok bakal menentukan dua kemungkinan kepada sistem negara.

Sekiranya keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan berpihak kepada rakyat dan kerajaan Pahang sebagai pemilik tanah, bermakna undang-undang diletakkan lebih tinggi daripada mana-mana pihak.

Ia juga menjadi hujah kuat untuk mana-mana kerajaan mengambil haknya daripada terus ‘dicuri’ penceroboh terutama berkaitan tanah, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

“Kemenangangan kes juga menjadi hujah kuat untuk penguatkuasa daripada pelbagai agensi kerajaan untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menceroboh dan menyalahi undang-undang.

“Ia juga sebagai manifestasi kesatuan suara rakyat adalah penting sebagai sebuah kuasa pendesak agar sebarang kompromi dan ‘deal’ ahli-ahli politik dalam kes sebegini dapat digagalkan.

“Dan sebagai amaran keras kepada mereka yang melanggar undang-undang dan mereka yang salah guna kuasa untuk berhenti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Esok adalah hari untuk pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 110 pekebun durian Raub, bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap pekebun durian.

Pekebun durian terlibat memfailkan permohonan itu dengan menamakan enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Selain untuk menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984, pemohon juga mahu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan serta hak penggunaan tanah kebun seluas kira-kira 2,167 hektar (5,357 ekar) kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pemohon juga mahu menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terlibat kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata, sekiranya keputusan itu berlaku sebaliknya dan memihak kepada pekebun haram, ia membuktikan bahawa berlaku kepincangan dalam sistem negara.

“Ahli-ahli politik dengan mudah boleh campur tangan dalam membela mereka yang menyalahi undang-undang.

“Sebelum berbicara lanjut, kita perlu fahami bahawa memang sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ini memang menceroboh untuk menanam Musang King dan ini telah diakui sendiri oleh mereka,” katanya.

Namun, akibat campur tangan politik, isu itu akhirnya dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman, kata Aminuddin.- ismaweb.net

Sunday, December 6, 2020

Mampukah Anak Muda Warisi Negara?

Cadangan Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 wajar disambut baik oleh semua pihak. Hal ini kerana PLKN yang diperkenalkan pada 2004 telah banyak memberi kesan positif terhadap usaha untuk memperkukuhkan perpaduan dan patriotisme serta pembentukan jati diri dalam kalangan generasi muda.

Hakikatnya pada hari ini, isu jati diri, perpaduan kaum dan semangat patriotisme terus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kita. Antara isu yang diperdebatkan mutakhir ini ialah sejauh mana tahap perpaduan dan patriotisme dimiliki oleh anak muda yang bakal menjadi pewaris negara ini?

Rakyat juga seringkali tertanya-tanya, apakah generasi muda yang ada pada hari ini mampu untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi, mempertahankan kontrak sosial yang dimeterai generasi terdahulu, mempertahankan jambatan perpaduan yang dibina sekian lama serta menjaga dan memelihara keamanan dan keharmonian kaum yang kita banggakan selama ini?

Ini menyebabkan masyarakat mula risau apa akan jadi kepada perpaduan kaum di negara kita suatu hari kelak.

Justeru, kita harap kerajaaan akan menjenamakan semula PLKN agar menepati keperluan serta kehendak semasa, juga masa hadapan golongan belia dan negara. Apa yang kita laksanakan sejak 2004 adalah mengikut keperluan pada ketika itu. Namun, saya percaya kini kita sedang melalui suatu zaman yang lebih mencabar dan kompleks. Oleh itu, kerajaan perlu melihat secara menyeluruh segala kelemahan mahupun kekurangan yang wujud sebelum ini bagi memastikan PLKN versi baharu ini lebih mantap dan holistik.

Dalam konteks ini, saya percaya kerajaan bakal berhadapan beberapa cabaran besar. Antaranya, cakap-cakap sesetengah anggota masyarakat dan ahli politik bahawa program ini bakal menelan kos operasi yang besar, tiada keperluan buat masa sekarang serta bukan suatu keutamaan dalam situasi kita sedang berperang dengan ancaman Covid-19.

TELUS

Oleh itu, PLKN versi baharu ini perlu dijenamakan semula agar boleh memulakan operasi dengan peruntukan kewangan yang paling minimum serta perlu membuktikan tidak akan berlaku sebarang elemen pembaziran. Malah, isu-isu yang pernah dibangkitkan oleh pentadbiran terdahulu seperti amalan kronisme dalam pemberian kontrak di kem latihan juga perlu dilihat sejuah mana kebenarannya agar kita boleh memastikan perkara seumpama itu tidak berlaku lagi jika ia benar. Ringkasnya, buktikan kepada rakyat dengan kos yang minimum dan pengurusan yang telus, PLKN versi ini mampu memberikan impak signifikan.

Cabaran berikutnya ialah pengisian modul latihan yang akan menjadi penentu kejayaan PLKN. Kerajaan perlu membuktikan memang ada kewajaran dan keperluan untuk melaksanakan semula PLKN melalui pembentukan kurikulum modul yang lebih mantap dan efektif. Misalnya, modul yang bakal dilaksanakan perlu fokus kepada aspek kenegaraan, patriotisme, perpaduan, jati diri, ketahanan diri, survival kehidupan serta elemen kesukarelawanan.

Sebahagian daripada modul ini telah pun dilaksanakan dalam PLKN sebelum ini. Jadi, eloklah dibuat pascanilai (post mortem) secara menyeluruh bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan modul-modul tersebut di samping melihat keperluan untuk menambah modul baharu. Untuk itu, dicadangkan kementerian membentuk sebuah jawatankuasa modul membabitkan kelompok pakar dalam pelbagai bidang agar dapat mengkaji modul terdahulu seterusnya dapat mencadangkan penambahbaikan dan penambahan modul baharu yang bersesuaian. Alumni atau bekas peserta PLKN juga wajar dilibatkan untuk memberikan maklum balas lebih tepat.

Di samping itu, bagi melaksanakan setiap modul ini, kita memerlukan barisan jurulatih berkaliber dan mampu menterjemahkan hasrat serta objektif utama. Untuk itu, kerajaan perlu memilih dan melantik individu-individu dari pelbagai latar belakang kepakaran, agama serta bangsa agar mereka dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang besar ini sebaik mungkin. Ingat, kejayaan atau kegagalan program ini banyak bergantung kepada intipati modul serta jurulatih yang melaksanakannya dengan efisien.

Dalam pada itu, kelompok peserta yang bakal menyertai PLKN juga wajar diberi perhatian serius. Misalnya, bagi memastikan objektif PLKN tercapai secara menyeluruh, kita berharap agar kerajaan mewajibkan semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta remaja berusia 18 tahun menyertai program ini. Jangan ada sebarang tolak ansur atau pengecualian dalam soal ini jika kita mahu membentuk sebuah generasi masa hadapan yang bersatu padu dan sanggup berkorban untuk negara. Malah, tempoh masa program juga perlu diteliti semula dan ditetapkan pada kadar bersesuaian supaya pelaksanaan modul dapat memberikan kesan dan impak yang dihasratkan.

Secara prinsipnya, saya percaya majoriti anggota masyarakat akan menyokong penuh cadangan melaksanakan semula PLKN jika kerajaan mampu menjenamakannya menjadi versi baharu, sekali gus membuktikan ia sangat diperlukan untuk mendidik dan membentuk generasi masa depan negara ini.

Semoga PLKN versi baharu dapat terus memainkan peranan sebagai wahana penting untuk memperkukuh perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi pewaris masa depan negara ini mengikut cara dan acuan kita sendiri.

Thursday, December 3, 2020

Universiti Sudah Hilang Roh, Hilang Arah

Terjebak dalam permainan ranking universiti dunia?
SABAN tahun apabila The QS World University Rankings dikeluarkan, sebahagian pemimpin institusi pengajian tinggi di negara kita mula gusar, nak menjawab institusi yang dipimpin berada di tahap mana? Nak jawab apa bila menteri tanya? Mulalah meroyan, mengarah sana sini, minta senaraikan penerbitan.

Dalam kepala otak kita hanya fikir untuk kekal kuasa dan jawatan. Langsung tidak terfikir soal pentingnya nilai ilmu dan kebijaksanaan untuk menjawab persoalan ranking. Tiada ertinya universiti ditubuhkan tanpa nilai manusiawi ini.

Tidak ada ertinya universiti, jika kebobrokan berlaku sana sini. Keadilan masih tidak dapat ditegakkan. Maksiat berleluasa. Kita masih bergaduh dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, sedangkan di luar sana masih ramai yang kelaparan dan kehilangan kerja.

Pendek kata, universiti hari ini tidak lagi melahirkan ilmuan dan cendekiawan, tetapi melahirkan sarjana Scopus/ISI/Q1-Q4 dll. Inilah yang sangat dibanggakan.

Sangat teruja membawa artikel pendek ini, bertajuk “The Lost Soul of a University”. Tidak tahu daripada siapa, tetapi penuh dengan makna dan erti.

There was a time, being an academician was about research and publishing your work in a reputable journal. Then came in the companies that started this ranking business. They tied it to publication which is also owned by them. Suddenly it is not just about publication anymore. Journals became tiered just like ranking of universities. And universities had to pay a lot of money to buy the tiered list. Now you hear of universities paying people to cite their papers. What are we becoming? We are so caught up in this ranking game that we have lost sight of our true north. I was talking to an eminent Prof. Emeritus and we agreed that it is a scam. I just hope that the Ministry will have the will power to overcome this ranking game and look again at what constitutes a good university. That money spent on ranking should be better spent on research grants. Let us all not lose sight of our true north.
#ILOVEMYJOB


Bacalah sama buku Harry R. Lewis. 2006. Excellence Without A Soul: How a Great University Forgot Education. New York: Public Affairs

Selepas perginya sejarawan mendiang Prof Khoo Kay Kim, kita tidak bersedia dengan penggantinya. Siapa sejarawan seterusnya?

Siapakah pengganti Allahyarham Prof Haron Din perginya ulama tersohor ini? Begitu juga ilmuan dan cendekiawan bidang lain yang telah pergi, tak sempat saya rakamkan di sini.

Pendek kata, sebut sahaja nama figura ini, semua orang tahu, malah “satu dunia tahu”.

Cuba sebut pemimpin universiti yang ada hari ini, siapa tahu? Siapa kenal? Apa kehebatannya di luar kampus berhadapan dengan khalayak? Saya yakin, tiada jawapan.

Itu yang saya katakan, hari ini, kita melahirkan sarjana berindeks, konon berimpak tinggi. Tersenarai dalam Scopus/ISI/jurnal berindeks/Q1, Q2, Q3 dan sebagainya, bukannya ilmuan dan cendekiawan tersohor.

Paling zalim, ada beberapa sarjana kontrak yang tidak ada penerbitan berimpak tinggi, telah ditamatkan perkhidmatannya, kerana dikatakan tidak menyumbang kepada pembangunan universiti.

Kita pun tertanya-tanya hebat sangatkan sarjana berimpak tinggi ini?

Bila mengajar, pelajar tidur. Bila kita tanya apa erti kehidupan, ternganga, melopong. EQ dan SQ entah ke mana, harapkan IQ sahaja. Kerjanya seharian, menerbit sebanyak artikel untuk naik pangkat. Tidak hairan jika ada dalam kalangan akademik yang umur baharu awal 30 tahun sudah bergelar professor (JUSA C). Seterusnya mengejar JUSA B, JUSA A, danTurus.

Bukan salah mengejar pangkat, tetapi kena cermin diri. Buat muhasabah.

Saya dengar pemilihan bakal pengganti Naib Canselor, sebuah universiti tersohor, pun begitu rentaknya, yang dipilih dalam senarai adalah mereka yang dinilai berapa banyak penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi. Sekali lagi kita terperangkap.

Cuba tanya, kenapa universiti-universiti besar, di negara-negara besar, yang tidak kurang langsung hebatnya, seperti di China dan India, tidak mahu terlibat dalam mengejar ranking? Jawapannya, China mempunyai sistem pengukuran kualiti universiti tersendiri mengikut aspirasi komunis mereka. Maka China hanya tumpu kepada EQ dan IQ dalam bidang sains dan pembangunan negara. Jadi ini menyebabkan universiti-universiti China tidak lagi menyertai pengukuran kualiti mengikut perspektif Barat seperti QS ranking dan TIMES Higher Education Ranking. Manakala India mempunyai pengukuran kualiti universiti tersendiri yang fokus kepada IQ, EQ, SQ dan jati diri India. Ini amat berlainan dengan pengukuran Barat. Matlamat kualiti pendidikan tinggi India adalah membangunkan jati diri, bangsa dan agama Hindu. (Iskandar Hasan Tan, 2020)

Berbeza dengan kita, seolah-olah ranking itulah tanda aras dalam menilai pencapaian dunia akademik. Jika tidak ada ranking seolah-olah kita gagal.

Sedar atau tidak, kita sedang menghasilkan robot-robot hanya pandai menulis. Ya, tidak dinafikan IQ mereka ini hebat, tetapi dari segi EQ dan SQ seolah-olah mereka ini telah mati.

Inilah robot-robot yang berjaya kita lahirkan hasil ciptaan barat, bukan ciptaan kita sendiri

Malah, di Barat pun tidak seekstrem ini. Ia hanya permainan segelintir Yahudi yang memperalatkan universiti untuk mendapat keuntungan. Sebab itu, negara yang sedar dan ada harga diri serta jati diri, seperti negara China, amat berhati-hati dalam permainan ranking ini. Sendiri mahu tahu, sendiri mahu faham.

Sepatutnya semua universiti berlumba-lumba mencari pengganti ilmuan dan cendekiawan hebat yang telah pergi. Malangnya, terjebak dalam permainan ranking.

Setiap tahun, The QS World University telah menyenaraikan kedudukan 1,000 universiti terbaik dunia berdasarkan enam kriteria iaitu penyelidikan, reputasi akademik, pengantarabangsaan, nisbah pelajar : pensyarah, kebolehpasaran graduan dan kapasiti pengajaran sesebuah universiti.
Boleh dikatakan kedudukan 10 universiti terbaik dunia, kekal milik universiti yang hampir sama.

Menurut Anuar Ahmad (2019), The QS World University Rankings dari sudut sejarahnya diwujudkan untuk tujuan persaingan perniagaan bagi universiti swasta. Misalnya, MIT, Stanford, Harvard dan Oxford semuanya universiti swasta. Ranking sangat penting dalam perniagaan mereka. Bagi tujuan pemasaran, perlu kedudukan universiti swasta diketahui oleh para ibu bapa yang sedang memilih universiti untuk anak-anak mereka.

Malangnya, universiti awam mula terikut-ikut dengan tipu daya ini, termasuk negara kita, yang begitu obses sekali. ‘Gila’ mengejar ranking ini, kerana itulah tanda aras menunjukkan kehebatannya untuk kekal berkuasa.

Pensyarah dipaksa meningkatkan jumlah penerbitan, bagi tujuan kenaikan pangkat, tanpa memperdulikan berapa orang yang membaca dan memanfaatkan penerbitan yang kononnya berimpak tinggi.

Akibatnya, sebahagian pensyarah muda yang turut ‘gila’ dengan kenaikan pangkat dan gelaran pun berlumba-lumba mengejarnya, tanpa berpaling untuk melihat nilai-nilai keinsanan. EQ dan SQ mereka, seolah-olah ke laut.

Puluhan juta ringgit dibelanjakan bagi tujuan ini. Bukan main seronok lagi pemimpin yang bergelar apabila kedudukan universiti mereka diumumkan antara terbaik dunia, khususnya di Asia.

Mereka ini tidak ubah seperti anak-anak yang menang dalam pertandingan ratu cantik sekolah. Mereka lupa matlamat dan falsafah sebenar kewujudan sesebuah universiti yang dipimpin.

Tidak ramai yang berfikir seperti Rektor UIA, Dzulkifli Abdul Razak (2020), UIA, yang begitu memahami makna ilmu (knowledge) dan kebijaksaan (wisdom)

The diversity of knowledge and wisdom from other world are ignored, which is an abysmal failure of university rankings

Mohammad Tariqur Rahman, turut sama bersetuju, the diversity of knowledge and wisdom is not evaluated by any university ranking

Kini, bukan rahsia lagi, sudah menjadi budaya, bila seseorang ahli akademik diminta (baca, arah dan bayar pun ada) supaya melakukan sitasi (citation) penerbitan sesama rakan universiti.

Paling meloyakan, melihat gelagat, sesama suami/isteri, menjadi pensyarah yang sama, duduk dalam universiti atau fakulti yang sama, saling masuk memasuk dan rujuk merujuk. Tujuan tidak lain supaya sama sama boleh naik pangkat dan mendapat gelaran. Hodoh sungguh orang sebegini. Paling sedih, ada kes yang turut dibawa ke mahkamah, kerana terlalu terlalu obsess bagi tujuan penerbitan, sehingga mengenepikan orang lain.

Universiti awam sudah menjadi pengikut setia permainan universiti swasta. Sepatutnya tidak begitu. Universiti awam seharusnya mempunyai mekanisme sendiri untuk mengukur tahap kualiti mereka. Bukan menggunakan kayu ukur universiti swasta. Universiti awam di Malaysia ditubuhkan adalah untuk pembangunan negara. Kita masih negara membangun. Kita perlukan universiti untuk memajukan masyarakat bukan sekadar mengejar kedudukan. (Anuar Ahmad 2019)

Apa guna penerbitan menggunung tinggi tapi kualiti hidup rakyat masih tidak berubah? Apa hebatnya penyelidikan dalam bidang pendidikan jika masih ramai kanak-kanak anak tercicir?

Apa faedahnya jurnal berimpak tinggi dalam pendidikan Islam, jika umat Islam masih terus bergelumang dengan masalah kebejatan sosial seperti dadah, seks bebas dan sebagainya?

Mengejar ranking sebagai matlamat akhir sebuah universiti juga tidak akan menyelesaikan isu rasuah dan ketidakadilan sosial dalam negara

Ahli akademik dengan ilmu yang tersemat di dada, perlu berani dan menjalankan peranan amar makruf nahi mungkar, bukan menjadi pondan, takut bersuara, kerana takut hilang jawatan, pangkat dan gelaran.

Keluarlah daripada kepompong kononnya seorang akademik hebat dengan lambakan penerbitan,
tetapi kaku dan bisu untuk berkata benar.

Kegilaan mengejar ranking sudah sebati dengan pemikiran pemimpin setiap universiti di Malaysia sehingga menyebabkan kita hilang fokus. Turunlah ke padang, lihat realiti sebenar. Apatah lagi ketika wabak COVID-19, melanda. Selami, apa kehendak rakyat sebenarnya.

Kepada semua pemimpin yang terlibat dalam pengajian tinggi, bertaubatlah. Kembali menghayati roh dan matlamat penubuhan sesebuah universiti. Apa ertinya, universiti kita hebat, tetapi perkara kecil seperti keceluparan ultra kiasu universiti pun kita tak mampu tangani. Apatah lagi untuk bercakap tentang isu-isu yang lebih besar seperti rasuah, jenayah kolar putih dan sebagainya.

Ingatlah, kerja kita terlalu banyak. Rakyat perlukan universiti awam untuk kita sama membantu mempertingkatkan kesejahteraan hidup mereka, melindungi mereka dari kezaliman, penganiayaan, penipuan serta membimbing mereka ke jalan benar dan diredhai. Apakah kita ada semua kelayakan tersebut?

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Tuesday, December 1, 2020

Apa Erti Politik, Kepimpinan Melayu Kalau Tanah Sudah Hilang?

Sungguh memalukan! Melayu jadi bahan ketawa 'tauke-tauke'
BANGI – Isu pencerobohan tanah – lambang kewujudan bangsa serta peradaban – yang kerap kali dibongkarkan belakangan ini bukan satu perkara kecil dan boleh dipandang enteng.

Penjajah British sedar akan perkara ini maka sebab itu mereka akur dengan tuntutan Raja-Raja Melayu bahawa hak orang Melayu di atas tanah ini harus dipertahankan dengan memberikan apa yang diistilahkan sebagai Tanah Rizab Melayu.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, tanpa tanah, suatu bangsa itu hilang kewujudan serta keabsahannya bahkan kemuliaan mereka dan sebaliknya dihina serta menjadi tidak lebih seperti pelarian sahaja.

Malah katanya, jika dibiarkan suatu bangsa itu hilang tanahnya, maka mereka akan menjadi pengemis dan pelarian di bumi sendiri seperti yang berlaku di Palestin.

Tambah presiden gerakan yang lantang memperjuangkan isu-isu rakyat itu, agak menyedihkan apabila wujudnya pihak yang tidak sedar diri kerana kerakusan dan haloba duniawi, sehingga sanggup menggadaikan Tanah Rizab Melayu yang kini hanya tinggal 12 peratus sahaja atau mungkin kurang daripada itu.

“Mereka juga menggadaikan tanah-tanah kerajaan yang bernilai jutaan ringgit kepada tauke-tauke yang membiayai hidup mereka.

“Mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah menggadaikan maruah bangsa Melayu, memperjudikan nasib anak cucu mereka sendiri, menjatuhkan maruah watan dan bangsa hanya kerana nafsu serakah diri yang menggila.

“Sebab itu tidak ada perkataan lain lebih layak yang harus diberikan kepada mereka melainkan ‘pengkhianat’. Walaupun mereka memegang jawatan dan mempunyai kedudukan yang berkuasa tapi mereka tidak lebih hanyalah bahan ketawa dan mainan ‘tauke-tauke’. Sungguh memalukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Aminuddin hairan apabila penasihat undang-undang negeri, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perhutanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyepi diri dan mengunci mulut dalam isu pencerobohan tanah seperti yang berlaku di Pahang.

Sekali pun ada undang-undang yang menjaga Tanah Rizab Melayu dan tanah kerajaan, beliau mendakwa, ia tidak lebih sekadar nota-nota yang tercatit di dalam kertas-kertas yang layak disampahkan.

“Apa erti politik dan kepimpinan Melayu kalau tanah sudah hilang? Apakah kita hanya mahu dan sanggup memerintah tanah orang? Ini kegilaan apa namanya? Kalau kita telusuri sejarah maka kita akan dapati banyak tanah orang-orang Melayu yang telah hilang.

“Telah hilang baik di utara mahupun di selatan tanah air yang menjadi bukti bahawa ianya sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua. Itu belum saya sebut lagi beberapa pulau di dalam negara juga telah tergadai.

“Ini bukan isu mainan tetapi isu kelangsungan hidup orang Melayu. Jangan kita biarkan pengkhianat-pengkhanat ini bermaharajalela meratah dan menggadai hak kita sebagai rakyat,” katanya yang turut mengajak rakyat bersama-sama memperjuangkan negara. - ismaweb.net

Monday, November 30, 2020

Siapa Selamatkan Sekolah-Sekolah Vernakular Dari Ditutup?

Kerajaan boleh bertukar, tapi agenda penggerak sistem
pendidikan swasta Cina tetap sama

SOALAN ini dan beberapa butiran di dalam status ini mungkin akan mengejutkan pembaca.

Ini bukan isu politik kepartian atau tokoh politik yang terlibat, tetapi sekadar untuk menunjukkan bahawa isu sekolah vernakular adalah isu lama tetapi mempunyai kesan terhadap politik negara.

Tidak ada mana-mana tokoh politik atau parti-parti politik yang akan terlepas dari tempiasnya, biar siapapun yang memerintah.

Dan tidak ada juga yang berani mengusiknya tanpa berhadapan dengan risiko politik kemudian hari.

Sokongan terhadap kewujudan sekolah-sekolah ini tidak semestinya secara automatik akan membawa kepada peningkatan undi dari orang-orang Cina ataupun penggerak-penggerak pendidikan Cina negara ini.

Malang sekali bagi mana-mana pemimpin politik Melayu yang beranggapan seperti itu.

Rakyat juga sudah sedia maklum bahawa sifir percaturan politik dalam isu sekolah vernakular ini tidak terikat kepada pihak mana yang berkuasa, akan tetapi apa yang penggerak-penggerak sistem pendidikan swasta Cina ini akan dapat dari pihak pemerintah.

Kerajaan boleh bertukar tangan tetapi prinsip, agenda dan matlamat penggerak-penggerak sekolah vernakular ini bukan sesuatu yang boleh ditawar-menawar dalam apa jua keadaan.

Ramai pemimpin politik Melayu-muslim tidak sedar akan muslihat ini.

Ada yang menjadikannya sebagai permainan politik untuk meraih sokongan dari masyarakat Cina.

Sampai bila bangsa dan umat akan dipermainkan?

Nota:
Seksyen 21(1)(b) Akta Pelajaran 1991 (yang dimansuhkan) memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT).

Rujukan
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/
Anwar enggan mansuh kuasa menteri tutup SJKC dan SJKT, kata Najib (April 27, 2007)

OlehMohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi iPeguam/Pemerhati politik

Thursday, November 26, 2020

Pembangkang Yang Kualitinya Ke Laut Lepas

Terdapat banyak suara dan cemuhan bahawa pentadbiran Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin adalah kerajaan paling teruk dalam sejarah negara ini. Tambahan pula, yang menjadikannya lebih nista dan menjengkelkan ialah ia tidak diundi dan direstui majoriti rakyat sebagai blok politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Blok politik ini hanya terbentuk selepas PRU14, dan dijadikan satu platform sendal terompah untuk mengkhianati mandat rakyat. Lebih sadis, blok ini terlalu mewakili satu kaum.

Namun, satu hal yang kurang juga diperkatakan ialah negara ini juga memiliki barisan parti pembangkang paling haruk, cacamarba, bercemperaan, kelam-kabut, tidak bersatu, tiada hala tuju, wawasan ke laut, serbah-serbih, tunggang-langgang, simpang-siur, mabuk, tak semenggah, hiruk-pikuk, tertonggeng, terlentang dan ke laut. Bukan sebarang laut, tetapi laut lepas; nun jauh di Laut China Selatan.

Terdapat banyak sebab-musabab untuk menyangkut semua kata sifat dalam perenggan di atas dengan barisan pembangkang, Pakatan Harapan.

Saya akan beri 3 yang paling membuatkan pengundi atas pagar meluat, dan berfikir banyak kali; wajar dan berbaloikah jika mereka diberikan undi sekali lagi pada PRU15?

Pertama, ini ialah barisan pembangkang yang paling tidak jelas siapa ketuanya. Sebagai ketua pembangkang, si dia adalah calon bayangan perdana menteri untuk pentadbiran paling tidak stabil, paling entah apa-apa dan paling kemaruk dalam sejarah Malaysia moden, dan sejarah orang Melayu berparlimen.

Ketua pembangkang misalnya bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dengan sangkaan punya angka. Kita, yang duduk di atas pagar; selaku rakyat memerhatikan dengan jelak tikaman angka itu.

Kita diberikan khabar yang angin-angin bahawa angka itu mungkin saja ampuh dan kukuh kerana ada sekumpulan penyangak bersedia menghulurkan tangan. Like what?

Gara-gara itu, barisan pembangkang ini menjadi lebih kacau-bilau. Ada wakil dari Amanah misalnya, melompat ke parti gabungan itu, iaitu PKR, yakni sesama sendiri entah sebab apa.

Khabar angin secara meluas juga tersebar sesetengah wakil Amanah yang “kaki usrah rahmatan lil-alamin” ini cenderung kepada ketua pembangkang sebagai perdana menteri.

Dalam benak mereka, maqasid maqasid maqasid. Manakala yang selebihnya pula menerima dengan suam-suam kuku, suam-suam gusi, suam-suam ketiak dan suam-suam kelangkang ketua pembangkang itu.

Dalam DAP pula, ada yang tidak dapat menerima ketua pembangkang yang akan menenggek di atas punggung sehimpunan mereka yang ada kes. Sementara sekumpulan lain pula terhegeh-hegeh mengulum gula-gula yang diberi. Rakyat tidak faham. Rakyat tidak diberi isyarat yang betul.

Hal yang sama juga terkesan dalam parti ketua pembangkang itu sendiri. Terdapat satu falasi, jika ahli tidak menerima si A, maka ahli itu adalah puak B. Ini tidak benar.

Terdapat juga wakil atau ahli dewan yang tidak mesti memuja ketua pembangkang, dan tidak pula mesti berselimut dengan kumpulan yang meneran keluar dirinya, iaitu kaum pengkhianat.

Ada ahli atau wakil dalam parti itu memang ada fikiran dan kepala otak sendiri. Makanya, sokongan untuk ketua pembangkang itu sendiri tidak pernah padu padat.

Kedua, kita mempunyai jumlah pembangkang tertinggi dan ramai dalam sejarah negara, akan tetapi blok pembangkang ini gagal memiliki Kabinet bayangan yang utuh untuk dicermin dan dinilai rakyat.

Kami, tidak tahu markah yang harus diberikan kepada barisan pembangkang ini. Mereka terlalu bercempera sesama sendiri.

Di tengah-tengah itu, juga ada GPS yang kononnya keinginan mereka hanya untuk mengutamakan hasrat rakyat Sarawak. Macam ya!

Dalam masa sama, kita juga tidak merasakan kejelasan solidariti antara Warisan, Pejuang dengan blok pembangkang ini; yang jelas kerana mereka itu konon – bebas – ya ampun bebas macam apa? Manakala yang memilih untuk betul bebas, sekerat dua orang juga tidak terlihat punya kejelasan yang berwibawa.

Seorang manusia tidak ada istilah bebas, merdeka sesifar-sifarnya, dia si manusia ini tentu memiliki satu kecenderungan. Akan tetapi apa? Yang ini juga gagal dibaca rakyat menyebabkan kekeliruan berganda. Ini kerana ideologi yang sekerat dua ini juga menyebabkan kita pengundi biasa gagal menebak.

Pembentukan Kabinet bayangan ini tidak susah mana, jika blok pembangkang memang kuat dan tidak bercemperaan. Bahkan sesetengah wakil pembangkang ini sudah pun ada pengalaman dalam kerajaan selama 22 bulan, tetapi mereka tidak dilihat benar-benar bersedia menyelamatkan rakyat.

Ketiga, di tengah sorak-sorai belanjawan yang ditawarkan kerajaan sedia ada ini banyak kepincangannya, barisan pembangkang yang ramai ini tetapi kualitinya entah ke mana, tidak pun dapat menawarkan bajet alternatif jujur dan telus untuk rakyat.

Padahal sebelum ini, ketika pembangkang tidak seramai ini, mereka pernah dan telah menyediakan belanjawan tawaran secara tradisi dan ia menjadi panduan kepada rakyat atau pengundi atas pagar yang celik politik. Kali ini, tidak kali ini. Mereka ikut sama terbuai dengan ketidakstabilan kerajaan sedia ada. Orang bergaduh, dia pun syok bergaduh.

Tidaklah menghairankan sesetengah pihak melihat pihak kerajaan mahupun pembangkang patut dilaga dan dihantukkan kepala mereka antara satu sama lain.

Kegagalan jentera kerajaan dan pembangkang dapat dilihat pada satu sosok manusia. Nama manusia itu adalah Ebit Lew.

Kelihatan Lew tanpa berpijak mana-mana blok boleh menyediakan harapan untuk rakyat negara ini. Cuma, beliau masih berkebajikan atas nama kepercayaan agamanya. Jika Lew berlari membantu segala kaum lain dan agama selain Islam; maka beliaulah abah sebenar Malaysia.

Agak menyedihkan dalam keadaan krisis politik dan kesihatan yang begitu sengit ini, barisan pembangkang gagal muhasabah dan munasabah untuk menawarkan sesuatu yang hebat, dan memaparkan diri sebagai ganti yang berguna untuk kerajaan megafon hari ini.

Lebih dahsyat ialah formula pembangkang dan kerajaan hampir sama, iaitu gantinya; orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Iaitu orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua dari dekad 1980-an. Jadi, rakyat tidak dapat melihat bezanya.

Adakah Malaysia terperangkap dalam dekad 1980-an? Helo pembangkang, orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Pembangkang tua.

Terima atau tidak, bajet paling mahal kali ini bukan soalnya. Siapa pun yang dipilih ke Parlimen nampak gayanya macam hampas. Baik di pihak kerajaan, mahupun pembangkang. Kekal atau tidak pemimpin atau pimpinan sedia ada ini selepas hari ini bukan lagi bicaranya.

Kami, rakyat sudah meluat. Apa maksud meluat? Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan ia bererti “berasa hendak muntah; meloya”. Reti? Reti tidak duhai pembangkang?

Kami sudah jeran dan jelak. Kami malas. Tutup radio. Tutup TV. Tutup telefon bimbit. Tutup Twitter dan Facebook. Lagi satu, rencana ini tidak berbayar. Tiada jasa menabur bakti pada huruf dan perenggan yang sedang kamu baca ini.

Ini bukan rencana terserempak menteri sedang mengayuh basikal sambil mendengar lagu Whitney Houston.

Rasa hendak muntah dan loya ini tulen. Kerajaan dan pembangkang sama. Semua tentang kuasa. Kami rakyat menunggu mati.