nuffnang

Saturday, November 30, 2019

Rakusnya Gerombolan Chauvinist

Pejuang UEC rakus, nak untung tanpa ubah dasar: Kok Seong
Sistem pendidikan negara tak nak ikut, tapi kuota IPTA nak pula
BANGI – Tiada gunanya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika dasarnya tidak selari dan mengikut sistem pendidikan negara, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pejuang UEC akan terus mendesak sijil peperiksaan berkenaan diiktiraf tanpa sebarang syarat, bahkan mahu dikekalkan seperti sedia ada.

Beliau berkata, pengiktirafan terhadap UEC akan memberi isyarat tidak baik kepada sistem pendidikan negara kerana menerima dasar pendidikan luar yang bertentangan dengan kurikulum kebangsaan disebabkan daripada tekanan politik.

“Kita tidak mahu politik dicampur-adukkan dengan bidang semulia pendidikan. Jadi kita harap sangat UEC tidak diiktiraf kerana berada di luar sistem kita. Mereka pernah diberi kesempatan untuk masuk dalam sistem kita tetapi enggan.

“Jadi, apabila mereka mahu terus berada di luar sistem pendidikan negara, maka tak perlulah mohon atau desak dengan gunakan tekanan politik, janji manifesto supaya ia diiktiraf. Apabila diiktiraf pastinya ia tidak baik untuk sistem pendidikan negara,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Prof Kok Seong berkata, rata-rata kaum Cina sama ada daripada MCA, DAP atau Gerakan sememangnya akan sehati sejiwa dalam perjuangan mengiktiraf sijil berkenaan.

“Semua kaum Cina memang mahu UEC diiktiraf, dan sebolehnya mereka mahukan ia diiktiraf tanpa syarat sehingga ada yang membuat permintaan melampau.

“Mahu UEC diiktiraf tanpa perlu diubah dasarnya, tetapi diberi kuota ke IPTA dan bekerja di sektor awam. Mereka ini hanya mahukan keuntungan sepanjang jalan. Betapa rakusnya permintaan pejuang-pejuang UEC ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan berkenaan terletak kepada Kabinet sama ada untuk UEC diiktiraf atau kekal menolaknya seperti yang diharapkan banyak pihak.

“Saya kira semua orang berpandangan bahawa keputusannya 50-50. Mungkin ia diiktiraf atau mungkin tidak. Kabinet sekarang terdiri daripada barisan yang bercampur-campur.

“Jadi ada pihak yang menjangkakan Kabinet akan mengiktiraf, tetapi kita berharap supaya ianya ditolak,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, laporan lengkap Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung pengiktirafan sijil itu dijangka diserah kepada kementeriannya, selewat-lewatnya hujung tahun ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.

“Laporan akan disusun bersama lampiran termasuk transkrip setiap temubual yang telah dilakukan. Setakat ini, pasukan itu telah berjaya menyiapkan 38 sesi transkrip daripada 48 sesi rakaman yang ada,” kata Maszlee. - www.ismaweb.net

Friday, November 29, 2019

Gerombolan Chauvinist Hanya Tersenyum....Lu Boleh Bikin Apa?

Jangan biarkan si biadab berleluasa
ALASAN penggunaan Jalur Gemilang yang salah sempena perasmian Kejohanan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak, anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) baru-baru ini mengundang kemarahan ramai selepas tular di media sosial.

Ramai menyifatkan kesilapan itu mencabul kesucian bendera Malaysia dan satu kebiadaban yang tidak boleh dibiarkan.

Imej bendera bintang berbucu lima yang dipaparkan menerusi klip video berdurasi satu minit 42 saat ketika nyanyian lagu Negaraku itu ternyata membuatkan ramai tidak senang duduk sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

‘Penghinaan’ yang dipaparkan secara terbuka menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah agenda sebenar penganjur pada temasya sukan berkenaan? Adakah tidak sengaja atau disengajakan?

Kesilapan itu menyebabkan MABA memohon maaf dan akan bertanggungjawab sepenuhnya termasuk memecat kontraktor yang terlibat.

Meskipun pihak pengurusan MABA telah memohon maaf, namun masih ramai tidak berpuas hati termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu tindakan tegas diambil.

Beliau menyifatkan tindakan MABA menggunakan Jalur Gemilang yang salah adalah satu tindakan cukup memalukan kerana tidak melambangkan budaya Malaysia.

“Alasan ‘tersilap bendera’ seperti yang dikemukakan pihak terlibat tidak boleh diterima kerana budak kecil berumur 5 tahun pun mengetahui mana satu bendera Malaysia.

Kedaulatan
Insiden berkenaan turut dianggap sengaja mahu mempersendakan simbol kedaulatan negara.

Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong berkata, tindakan biadab itu adalah satu pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta.

“Tindakan biadab ini seolah-olah mempersendakan negara. Jalur Gemilang adalah satu lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh itu, kita jangan ambil mudah terhadap perkara ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bendera bintang berbucu lima itu, pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, bendera itu adalah draf dalam fail dan tidak pernah diterima sebagai bendera rasmi Malaysia.

“Tidak timbul isu bendera itu pernah menjadi bendera rasmi Malaysia. Ia tidak diterima ketika itu. Apapun alasan diberikan tidak boleh diterima dan bersifat kurang ajar.

“Sebagai rakyat Malaysia tidak kira kaum dan bangsa, kita wajib tahu mengenai bendera negara sendiri. Tidak ada isu kesilapan kerana bendera adalah simbol penghormatan dan martabat sesebuah negara,” katanya.

Bukan setakat itu sahaja, isu bendera semakin panas apabila sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas seorang netizen mendedahkan bendera negeri Perak pula terbalik pada jersi pemain bola keranjang.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, penjelasan pihak pengurusan pasukan berkenaan mendapati kesilapan cetakan hanya berlaku pada sehelai jersi pemain.

Beliau turut mengingatkan semua pasukan, persatuan dan kelab sukan negeri agar lebih cakna dan teliti terhadap lambang terutama bendera rasmi negeri bagi mengelak masalah berkenaan berulang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan, Asrullah Affendi Abdullah menegaskan, ‘kesilapan’ melibatkan bendera itu bukan kali pertama berlaku.

“Seharusnya Kementerian Belia dan Sukan bersama pihak berkuasa perlu mengambil tindakan amat tegas sebagai amaran kepada mana-mana badan sukan.

“Kami mencadangkan mana-mana badan sukan yang mahu menjalankan sesebuah acara perasmian perlu mendapatkan kelulusan bahan paparannya daripada kementerian berkaitan terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan membuat pindaan undang-undang sedia ada berkait bendera Jalur Gemilang supaya kehormatan negara dijaga dan dilindungi.

Mungkin ramai bersetuju dengan semua pandangan itu supaya kerajaan dan rakyat Malaysia tidak lagi memandang enteng terhadap sebarang kes yang melibatkan simbol kebangsaan. Sudah tiba masanya elemen kebangsaan diperkasakan tanpa kompromi.

Jika dibiarkan dan tiada tindakan, dikhuatiri insiden sama akan terus berulang dan menjadi modal provokasi segelintir pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan masyarakat majmuk. - www.sinarharian.com.my

Adakah Ini Yang Di Terima Dari Sekolah Vernakular

Rakyat tak kenal Jalur Gemilang ialah pengkhianat, kata menteri
KUALA LUMPUR: Rakyat yang tidak mengenali Jalur Gemilang tidak boleh dilabel sebagai dungu dan jahil, sebaliknya mereka ialah pengkhianat nasionalisme, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik susulan isu paparan bendera Malaysia berbintang 5 bucu dalam satu kejohanan bola keranjang di sini, baru-baru ini.

“Pada saya, kejahilan terhadap Jalur Gemilang bagi seseorang warga yang mengaku rakyat Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

“Ini tidak boleh dikira satu kedunguan atau kejahilan, tetapi perlu dilihat suatu pengkhianatan terhadap terhadap nasionalisme kita,” katanya pada sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2020 kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu itu dibangkitkan Ikmal Hisyam Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) apabila masih ada pihak yang tidak mengenali bentuk bendera Malaysia walaupun selepas 62 tahun negara merdeka dan ia perlu diberi penekanan dalam sistem pendidikan negara.

Maszlee berkata, kementeriannya bertanggungjawab mendidik rakyat untuk mencintai negara dan mempunyai semangat nasionalisme.

“Kita akan pastikan setiap rakyat mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, maka bermula Jun tahun ini, kita memperkenalkan semula Pendidikan Sivik di sekolah.

“Bukan saja melahirkan rakyat Malaysia beretika tinggi, mentaliti sivik, tetapi lebih daripada itu yang cintakan negaranya dan sanggup mempertahankan identiti nasional demi melawan musuh negara.”

Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit mencelah mengaitkan isu bendera Malaysia berbintang 5 bucu itu dengan pemimpin MCA yang menyebabkan Presidennya, We Ka Siong (BN-Ayer Hitam) tidak berpuas hati.

Wee berkata, secara dasarnya beliau tidak bersetuju mana-mana pihak cuba menghina bendera negara.

“Jangan kaitkan dengan politik, yang tak betul kita cakap tak betul, kita tak menghalalkan kenyataan yang haram.

“YB (Rayer) tak baca surat khabar, dia (Presiden Lua Choon Hann) sudah mohon maaf mewakili persatuan (Persatuan Bola Keranjang Malaysia), kalau tidak baca, jangan tuduh membuta tuli serang kita (MCA).”

Kelmarin, Persatuan Bola Keranjang Malaysia memohon maaf atas kesilapan pasukan siaran langsungnya memaparkan Jalur Gemilang berbintang 5 bucu pada skrin digital pada majlis perasmian Piala Lum Mun Chak Maba/Milo ke-28 baru-baru ini.

Gambar dan klip video paparan bendera itu tersebar di media sosial dengan sesetengah pengguna internet mendakwa persatuan terbabit rasis dan mempromosikan komunisme.

Hari ini, Lua yang didakwa orang kuat MCA, mengumumkan beliau mengambil cuti secara sukarela dan jawatan serta tugasnya akan diambil alih timbalannya, Tan Kang Yong sementara menunggu siasatan pihak berkuasa selesai.

MCA sebelum ini meminta semua pihak tidak mengaitkan isu itu dengan parti berkenaan. - www.freemalaysiatoday.com

Thursday, November 28, 2019

Bertindak Segera Sebelum Malaysia Jadi Negara Komunis

Cuba ultra kiasu terbalikkan bendera China, mesti tak balik ke tanah air
SEJAK ultra kiasu memerintah, saban hari ada sahaja berita atau isu yang menakutkan dan mengejutkan berlaku, yang juga bertentangan sama sekali dengan pembinaan negara bangsa

Terbaharu mengenai perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28, semalam, dicemari dengan paparan bendera Malaysia dengan lima bintang, bukannya 14 yang melambangkan 14 buah negeri bernaung di bawah Malaysia.

Seperti biasa, apabila menjadi sensasi dan kontroversi, senang sahaja jawapannya, minta maaf.

Pimpinan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) segera memohon maaf. Minta maaf, kepala bapak kau!

Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ultra kiasu ini sengaja melakukannya.

Sudahlah bahasa rasmi yang digunakan sepanjang kejohanan (yang saya dengarlah), hanya bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Cuba lihat laman sosial MABA, langsung tidak ada satu perkataan pun bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris dan bahasa Cina sahaja. Hina sangatkah bahasa Melayu? Ini bahasa negara.

Semua orang tahu sukan bola keranjang dibolot oleh satu kaum sahaja. Kaum apa? fikirkan sendiri.

Ternyata, perkara ini sengaja dilakukan. Takkan bergenerasi tinggal di Malaysia, lebih 62 tahun merdeka masih tidak dapat mengenalpasti jalur gemilang.

Nyata sekali, pemikiran komunis sedang bersarang dalam organisasi ultra kiasu ini.

Bangunlah bangsaku, terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan ultra kiasu, walaupun baru sahaja memerintah.

Bayangkan jika lebih lama lagi. Kita tidak boleh dibiarkan. Meruntuh memang mudah, membina terlalu sukar untuk kita.

Ultra kiasu tidak boleh sama sekali dibenarkan bermaharajalela. Tindakan mesti diambil dengan sekeras-kerasnya.

Ini bukan pertama kali, sebelum kita membaca dan diperdengarkan bagaimana mudahnya ultrakiasu daripada bangsa yang sama ini, menterbalikkan, menghina jalur gemilang dan sebagainya.

Bendera ini lambang kedaulatan negara. Tidak boleh sama sekali dipermainkan. Saya cabar ultra kiasu, berani atau tidak mempermainkan bendera negara komunis China.

Cuba ubah dan terbalikkan, sudah tentu kamu tidak akan balik lagi ke tanah air ini.

Kenapa kamu begitu menghormati bendera negara China, tetapi langsung tidak menghormati bendera negara yang telah kamu datangi dahulu dan tinggal sekian lama.

Kamu bina kekayaan di sini, kamu kaut segala keuntungannya, tetapi kamu tidak pernah setia. Kamu tidak pernah bersyukur.

Allahurabbi, bangsa jenis apakah yang tinggal di bumi bertuah ini. Mengalahkan yahudi.

Saya cukup bimbang, sekiranya berlaku sesuatu kepada negara, mereka inilah yang pertamanya, akan mengangkat kaki, lari berpihak kepada musuh.

Jauh sekali untuk mempertahankan nusa bangsa ini yang berpaksikan semangat patriotisme.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Tuesday, November 26, 2019

Bendera Pun Tak Tahu, Sekolah Di Mana?

Persatuan bola keranjang minta maaf bendera 5 bintang cetus kemarahan
PETALING JAYA: Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) hari ini memohon maaf atas paparan bendera Malaysia 5 bintang pada majlis perasmian sebuah kejohanan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Maba dalam catatan di Facebook berkata, pasukan siaran langsungnya tersilap memaparkan bendera salah pada skrin digital.

“Kami minta maaf atas kesilapan ini dan kami mengambil tanggungjawab penuh terhadap tindakan ini.

“Tolong maafkan kami, kami sentiasa berusaha mengembang dan membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia.”

Gambar dan klip video paparan bendera silap itu dalam majlis perasmian Piala Maba Milo Lum Mun Chak ke-28 tersebar di media sosial dengan sesetengah pengguna internet mendakwa persatuan terbabit rasis dan mempromosikan komunisme.

Dalam satu mesej kepada media, Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata, Maba membuat satu laporan mengenai perkara itu yang sedang disiasat polis.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, kejadian itu menunjukkan sesetengah rakyat tidak menghargai identiti negara dan makna di sebalik lambang serta warna Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, katanya, kes ini mungkin berpunca daripada kejahilan berbanding perkauman dan komunisme.

“Kejahilan ini kerana kita tidak peduli atau benar-benar sayangkan negara ini. Kita tidak menghargai kemakmuran yang kita capai berdekad lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada tindakan segera Maba memohon maaf, tetapi berkata, persatuan itu perlu sedar kenapa ramai yang mencurigai kejadian itu.

“Maba dilihat dimonopoli kaum tertentu dan tidak menghormati identiti negara. Facebook Maba hanya memuatkan catatan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Poster kejohanan itu hanya menekankan bahasa Inggeris dan Mandarin.”

Malah, Katanya, permohonan maaf Maba di Facebooknya hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Jadi, katanya, jika Maba mahu dimaafkan rakyat, ia perlu menunjukkan contoh baik dengan menghormati bahasa kebangsaan dan Jalur Gemilang. - www.freemalaysiatoday.com

Friday, November 22, 2019

Pahang Tetap Kuat Kuasa Tulisan Jawi Di Semua Premis Tahun Depan

Penguatkuasaan tulisan jawi dilakukan susulan titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 13 November tahun lepas bagi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.

KUANTAN - Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang akan tetap dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun hadapan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abd Rahim Muda berkata, kerajaan negeri tidak akan memberikan tempoh lanjutan selepas tempoh berkenaan diberikan.

"Peniaga perlu mematuhi arahan pelaksanaan tulisan jawi pada semua papan tanda dan iklan di premis perniagaan sehingga 31 Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR- Teruntum) meminta tempoh tempoh pelaksanaan itu dilanjutkan pada Mac tahun ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.

Chon Siang berkata, tempoh lanjutan tersebut perlu kerana papan tanda dan iklan gagal disiapkan oleh pengusaha iklan dalam tempoh yang terlalu singkat.

Abd Rahim bagaimanapun berkata, pemilik premis yang ingkar atau gagal mempamerkan tulisan jawi akan dikenakan tindakan kompaun.

"Tampal sahaja.. tidak perlu iklan baharu dan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) boleh membantu," katanya. - www.sinarharian.com.my

Thursday, November 21, 2019

Membangkitkan Ghairah Wanita

Lelaki adalah makhluk yang bisa mengungkap perasaan dan bersikap romantis sebelum menginjak ke hubungan seksual padahal, kadang-kadang, perasaan dan sikap itu bukanlah yang sebenarnya, hanya berpura-pura atau agak berbohong. Beda dengan wanita yang cenderung menyembunyikan perasaan, hasrat maupun fikirannya, apalagi yang berkaitan dengan seks.

Inilah delapan cara yang bisa menjadi media untuk menyatukan dan mempertemukan hasrat, sehingga tumbuh proses yang membuat hubungan seks menjadi keinginan bersama. Proses yang membuat api ghairah menjadi hidup dan membakar, sehingga meningkat kualiti hubungan suami isteri itu secara maksima.

1. Keterbukaan
Kebanyakan pasangan merasa sukar membicarakan hasrat, keinginan dan pikirannya tentang seks. Bisa jadi, kerana tidak adanya keterbukaan di antara mereka sehingga berakibat diliputi rasa cemas atau bahkan takut, kalu bicara aneh-aneh disangka kehidupan mereka pun aneh. Padahal, itu bukan suatu hal yang aneh. Dengan adanya keterbukaan, makin kecil kendala psikologis yang bisa menghambat hubungan itu sendiri. Bahkan dengan kata-kata 'nakal' pun ternyata bisa membuat pasangan wanita anda terlepas dari tertekan dari rasamalu. Sebagai ganti, dia akan berlaku hangat.

2. Membangun suasana.
Suasana adalah faktor yang memberi pengaruh dalam optimalisasi kualiti hubungan suami isteri. Suasana romantis pada umumnya diperlukan untuk membuat proses menuju kondisi yang disebut pra hubungan seksual. Kerananya, jangan langsung terburu berfikir hubungan intim. Bujukan, rayuan, elusan dan kata-kata lembut (meskipun gombal) sangat penting bagi wanita, kerana dengan begitu ia merasa sangat diperhatikan, dimanjakan, dibutuhkan, sehingga tumbuh rasa aman, percaya dan cinta. Dengan demikian ia tidak malu-malu untuk menyalakan ghairahnya.

3. Cerita cinta
Menceritakan percintaan kemesraan teman, variasi teknik yang dilakukan orang lain, ini sebenarnya merupakan romantisme yang dapat menyentuh emosi. Dengan bercerita, merupakan foreplay atau permulaan hubungan seksual. Foreplay ini dapat dibagi dalam dua bagian, yaitu yang halus dengan secara batin dan yang lebih kasar yang adalah dengan secara jasmani. Tapi yang pasti, cerita cinta ini adalah langkah awal untuk memutus dan menghilangkan hambatan psikologis di samping diam-diam merangsang titik ghairahnya.

4. Ajak Berfantasi
Foreplay dengan cara seperti ini jelas sangat berpengaruh dan sangat baik untuk memperbaiki kehidupan seksual seseorang. Variasi seks adalah membangun suatu imajinasi yang belum pernah dilakukan atau tidak mungkin kerana adanya berbagai sebab. Dengan fantasi itu, terputuslah segala hambatan dan ketidakmungkinan.

Fantasi bisa diwujudkan dan bisa tidak. Ketika fantasi ini dilaksanakan, itulah yang disebut variasi seks. Yang jelas, seks akan bisa membantu membangkitkan ghairah.

5. Nonton film
Meskipun sebagian besar dari film-film biru itu terlampau vulgar dan mengada-ada, tetapi terkadang bisa jadi bahan acuan untuk memecah kebuntuan atau membuka pintu keinginan untuk suatu proses kontak seksual. Memang tidak semua wanita bersedia melakukannya kerana boleh jadi adanya persepsi umum bahwa film-film itu adalah menghilangkan akal budi dan martabat. Tapi kembali pada motivasinya. Apakah sekedar pembuka hidangan, sekapur sirih atau penyalaan titik ghairah.

Soalnya, bisa jadi, dengan melihat bersama-sama teknik-teknik bantuan lewat audio visual, imajinasi wanita berjalan.

6. Godaan Nakal
Foreplay berbentuk ucapan kata-kata romantis namun menjurus nakal ini dapat dijadikan sebagai pembakar ghairah. Ini adalah salah satu bentuk bercumbu yang tidak berhubungan langsung dengan seksual. Jadi hanya batas berkasih mesra tanpa meraba atau tanpa sentuhanan.

Perangsangan di dalam diri wanita sebenarnya tumbuh tergantung otaknya. Jadi, proses pembakaran ghairah wanita bisa terjadi dari hasil penggabungan antara fikirannya dan juga tindakan. Maka, bisikan dan lontaran kata-kata 'nakal' sangat bisa jadi turut mendukung terbakarnya ghairah seksual wanita.

7. Menyentuh dan Memijat
Tindakan yang mengundang ghairah bisa dilakukan secara verbal, maupun dengan sentuhan atau perabaan. Bagi wanita, sentuhan merupakan rangsangan yang bererti. Membelai lembut rambut, wajah, bibir dan lokasi sensitif adalah cara verbal yang jitu, tapi harus dilakukan dengan hati-hati. Sebab, tidak semua wanita menyukai hal ini pada mulanya. Tapi pada dasarnya, bila titik peka tubuh wanita tersentuh dapat menimbulkan sensasi yang besar.

Dalam bentuk lain, sentuhan ini dapat berupa pijat-pijatan. Pijatan itu bisa mempengaruhi titik-titik saraf organ yang berperan dalam optimalisasi hubungan intim. Namun begitu, harus difahami, sentuhan berupa pijat-pijatan tak selalu berakhir dengan kontak seksual. Tapi pijatan bisa memberikan rasa aman yang besar, bahkan juga impresi kemanjaan dan kasih sayang.

8. Mandi Bersama
Berada di bawah pancuran shower disusul mandi buih bersama, juga merupakan sebagai dari variasi yang mampu membakar ghairah wanita. Cara ini memang untuk pasangan yang sudah lebih terbuka dalam berfikir tentang seks. Sembari bermesraan, Anda bisa membicarakan variasi-variasi, dan menciptakan romantisme yang menjadikan anda berdua seperti tokoh dalam roman atau pelakun utama dalam film cinta.

dari berbagai sumber

Akhirnya Yang Menang Adalah Kebencian

Pilihan raya - bagi orang Melayu pembenci itu - barangkali tiada jauh bezanya dengan hari keramaian. Ia menjadi masa dan tempat paling nikmat untuk mereka semua mengecap kelazatan suatu kebencian.

Sebagaimana diceritakan dalam karya agung Hikayat Hang Tuah itu: “Setelah sudah maka diangkat orang pula hidangan minuman dan tambul pelbagai rupanya. Maka piala yang bertatahkan ratna mutu manikam itu pun diperedarkan oranglah. Maka sekaliannya pun minumlah terlalu ramai dengan segala bunyi-bunyian. Maka biduan yang baik suaranya pun bernyanyilah. Maka segala yang minum itu pun mabuklah; ada yang sempat berjalan; ada yang rebah di tengah jalan tiada khabar akan dirinya; ada yang menari, rebah tiada dapat bangun. Terbanyak pula yang tiada dapat pulang, tidur di balairung dan setengah tidur di balai gendang.”

Pilihan raya - buat orang Melayu yang pembenci itu - barangkali hanyalah sebuah hiburan. Tempat untuk mereka menjadi tidak segan-silu dengan benda-benda yang memabukkan. Sampai jadi nanar akibat berlebihan minum ketuanan.

Kemabukan itu menyebabkan mereka hilang kewarasan, sampai jadi dangkal pemikirannya. Hinggalah mereka tersalah menyembah tuhan dan mengangkat pimpinan.

Mereka gagal melihat apa yang harus dan wajar mereka junjung atau tinggalkan. Sampai tidak berkesudahan mengangkat ahli skandal yang sedang berhadapan dengan bermacam pertuduhan dalam perbicaraan.

Barangkali apa yang berlaku di Tanjung Piai itu bukanlah kemenangan BN, bahkan bukan juga kekalahan PH. Akan tetapi ia adalah kejayaan orang Melayu memenangkan suara dan slogan kebencian mereka terhadap orang Cina yang mengibar bendera DAP - yang menurut mereka sangat membahayakan.

Barangkali - orang Melayu yang pembenci itu - terlalu teruja dengan sentimen kebencian yang mereka minum dan makan dalam banyak jamuan di Tanjung Piai. Keraian dan pesta yang mereka hadiri memang penuh dengan lambakan gaya dan stail tarian-tarian kebencian.

Takkan menang apa-apa
Orang Melayu itu memang tidak pernah mahu ketinggalan. Lalu mereka pun makan dan minum segala hidangan sampai jadi pekak dan buta hingga hampir pengsan.

Semua harus tahu bahawa sesungguhnya politik kebencian itu hanya akan memenangkan kebencian. Ia tidak akan menangkan apa-apa jenis perjuangan untuk Melayu, mahupun untuk Cina yang Melayu itu takutkan.

Apa yang berlaku di Tanjung Piai itu bukanlah kemenangan Islam versi PAS yang sering sesuka hati membacakan fatwa mengikut situasi dan keadaan menguntungkan mereka.

Apa yang berlaku di sana adalah permainan kebencian yang menggilakan, tanpa mengira siapa pun mereka, sama ada di kem BN mahupun kem PH.

Andainya permainan politik negara mahu terus-terusan mengambil jalur strategi isu bangsa dengan mengaitkan prejudis ke dalam rancu konflik politik kebencian yang tak pernah padam sejak sekian lama, barangkali orang Melayu tidak akan menang apa-apa.
Orang Melayu nampaknya cuba menolak PH kerana mahu menzahirkan jihad kebencian mereka kepada Cina DAP yang mereka anggap bahaya. Orang Cina pula memberikan sokongan mereka kepada BN demi menambah bilangan ahli parlimen mereka di dalam parlimen.

Sebahagian Melayu kemudian terlihat penuh kebebalan apabila terlompat-lompat meraikan menang ke atas PH yang kononnya ada Cina jenis mengancam.

Cina dalam DAP mungkin saja sedang bergembira kerana paling tidak berhasil juga kumpulan terbabit untuk mengukuhkan kuasa politik orang Cina dalam parlimen melalui tunduknya penguasaan Bersatu yang - dalam diam - menampar muka masyarakat Cina melalui permainan politik ras mereka.

Raksasa jahat lagi hina
Jadi barangkali pada hakikatnya orang Melayu itu tidak menang apa-apa. Kerana Tanjung Piai sudah diwarnakan sejak awal lagi dengan warna-warna bangsa dan label-label agama.

BN atau Muafakat Nasional itu hanyalah nama yang membungkus susuk-susuk pimpinan yang mengaku tidak tahu-menahu apa yang berlaku dengan akaun peribadi mereka.

Maka orang Melayu yang itu pun berteriak-teriak kesukaan kerana dapat menumpaskan PH yang ada "Cina DAP berbahaya". Cina MCA yang tidak bahaya itu pun berjaya dihantar ke Parlimen dengan gelak ketawa.

Sebaliknya orang Melayu penjual dan pembeli permainan politik kebencian itu pada akhirnya mendapat apa?

Orang Melayu penganut mazhab politik ras harus bangun dan jaga daripada kebencian mereka. Perlakuan politik benci-membenci ini seumpama rasuah - iaitu sejenis raksasa jahat lagi hina - yang kini dibuat tanpa selindung serta terbuka.

Malah ada orang Melayu tanpa silu menerima itu bukan sebagai sesuatu kekejian serius yang membawa bencana. Rasuah yang berlaku sudah diinstitusikan, dikomplotkan dan diskandalkan pun orang Melayu terima dengan berlapang dada.

Orang Melayu jenis ini menerima berita dan perkhabaran rasuah itu hanya selaksana membaca seperenggan naskhah teks hikayat Sejarah Melayu agaknya: “Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya maka dipinang oleh Raja Kuci, maka tiada diberi oleh Pau Kubah. Maka diserangnya oleh Raja Kuci, maka peranglah orang Kuci dengan orang Cempa terlalu ramai, tiada beralah. Maka pada suatu hari Raja Kuci menyuruh pada penghulu bendahari Cempa membawanya muafakat diberi emas dan harta terlalu banyak. Maka penghulu bendahari Cempa pun kabullah, serta telah dinihari maka dibukakannya pintu kota oleh penghulu bendahari Cempa. Maka segala orang Kuci pun masuklah ke dalam kota Bal, maka beramuklah dengan orang Cempa. Maka kota Bal pun alahlah.”

Atau malah dari sepotong teks lain dalam hikayat Sejarah Melayu yang berkata: “Maka pada suatu hari Raja Kuci menyuruh pada penghulu bendahari Cempa membawanya muafakat diberi emas dan harta terlalu banyak. Maka penghulu bendahari Cempa pun kabullah, serta telah dinihari maka dibukakannya pintu kota oleh penghulu bendahari Cempa.”

Segala kecurangan penyalahgunaan kuasa dan penyundalan rasuah yang terdedah di dalam mahkamah kita jadikan hanya hiburan yang tidak menggerunkan sesiapa.

Sebagaimana orang Melayu pembenci Cina tadi melihat pilihan raya, tidak pernah jauh beza umpama hiburan dalam keramaian-keramaian dalam istana yang penuh dengan penari dan arak untuk meraikan sesuatu yang tidak punya makna melainkan hiburan kosong semata.

Asalkan nanti Melayu yang pernah curang dengan bermacam jenis penyundalan itu kembali mendapat kuasa.

Oleh: HARIS HAUZAH 

Wednesday, November 20, 2019

Sekolah Vernakular: Tidak Akan Ada Ahli Politik Berani Suara Bila Berkuasa

Netizan 'muak' sikap pemerintah tak usaha laksana sekolah satu aliran
BANGI – Tidak akan ada mana-mana ahli politik yang berani bersuara memansuhkan sekolah vernakular dan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran ketika berkuasa.

Demikian luahan hati seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Mohd Ihsan yang kesal dengan sikap ahli politik yang gagal berjuang untuk negara dan rakyat, sebaliknya lebih fokus menjaga kuasa serta survival politik masing-masing.

Rata-rata netizen ‘muak’ dengan lakonan politik membabitkan isu sekolah vernakular yang menjadi pertikaian sejak sekian lama.

Walaupun menyokong gesaan sekolah vernakular dimansuhkan, netizen menyifatkan sikap pemerintah yang tidak berusaha merealisasikan sistem pendidikan satu aliran sebagai punca utama kegagalan.

“Apabila orang Melayu bersatu, ianya memberi kelebihan ke atas usul yang dibawa berbanding ia diangkat secara partisan yang menyebabkan ‘pihak sebelah sana’ berani menentang,” tulis Zaffian Omar.

“Kalau bukan sekarang bila lagi? Dah 62 tahun negara merdeka. Kuatkuasakan Perlembagaan dan daulatkan bahasa kebangsaan, termasuk menghapuskan sekolah vernakular,” kata Islah Zainuddin.

Sementara itu, pemilik akaun Nelang Tiu berkata, sekolah perkauman boleh dihapuskan dengan syarat kerajaan diperintah oleh majoriti orang Melayu.

“Isu sekolah satu aliran telah lama dan disuarakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, khususnya tokoh pendidikan. Tetapi antara faktor kegagalan utama adalah ketakutan kerajaan sama ada di era BN (Barisan Nasional), tambah lagi kerajaan PH (Pakatan Harapan) hari ini.

“Bahkan, rakan komponen PH iaitu DAP telah ambil tindakan melalui laporan polis yang merasakan mereka berkuasa penuh sekarang ini, berbanding ketika dulu,” tulis AkuHamid Seman.

Mohd Azrul Azuan pula menyindir sikap kebanyakan pejuang vernakular apabila membabitkan kuota untuk kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), kononnya patut dibuka kepada semua kaum.

“UiTM pakat semua nak masuk, berhujah kata universiti tempat semua kaum. Tapi, bila cerita sekolah satu aliran, macam-macam alasan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilaporkan berkata, DAP – parti yang dominan dalam kerajaan – akan bekerjasama dengan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur akan memastikan niat mencabar kedudukan sekolah Cina dan Tamil tidak kesampaian.

“Kami tidak boleh menghalang seseorang untuk (bawa isu) ke mahkamah dan kami tidak leka.

“Jika dia mahu lakukan provokasi, maka kami pasti akan menggunakan sifat paling keras untuk mempertahankan hak belajar bahasa ibunda,” kata Nie Ching seperti dilapor Sinchew Daily.

Kenyataan Nie Ching itu susulan keputusan peguam, Mohd Khairul Azam yang mahu membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular.

Mohd Khairul berkata, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan isu undang-undang sama ada Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya. - www.ismaweb.net

Tuesday, November 19, 2019

Pejuang Vernakular Sangat Agresif Hingga Tonjol Sifat Cauvinisme

Pemimpin dahulu terlalu ikut tuntutan politik dimainkan kaum bukan Melayu
BANGI – Sikap pejuang sekolah vernakular dalam mengangkat dan memartabatkan bahasa ibunda mereka dilihat terlalu agresif sehingga menonjolkan sifat cauvinisme, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, tidak salah untuk bahasa ibunda Cina dan Tamil dipelajari di negara ini, tetapi janganlah cara pendidikan itu berlebihan sehingga mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Katanya, keadaan itu jelas dilihat dalam isu rancangan memperkenalkan tulisan jawi dan khat kepada pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta Tamil dengan kadar yang cukup minimum iaitu enam muka surat.

“Tetapi lihat bagaimana pejuang sekolah vernakular ini menentang, ianya sangat agresif dan berlebihan sekali dengan mengatakan ia perancangan licik Melayu untuk mengislamkan anak-anak bukan Melayu.

“Itulah yang dimaksudkan cara mereka memperjuang dan menegakkan pendidikan vernakular. Cara mereka terlalu cauvinisme. Alasan mereka tak mahu tulisan jawi kerana akan menjejaskan identiti sekolah Cina dan Tamil,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyifatkan sekolah vernakular kononnya ‘tapak’ perpaduan, Kok Seong sama sekali menolak perkara itu dan menegaskan, kewujudan sekolah vernakular langsung tidak membantu memupuk perpaduan nasional.

“Terutamanya masyarakat Cina, mereka mengatakan sekolah Cina itu adalah tapak perpaduan kerana melihat statistik pelajar bukan Cina di sekolah berkenaan sekitar 20 peratus.

“Jadi jumlah itu mereka gunakan sebagai statistik untuk mengatakan bahawa sekolah vernakular memupuk perpaduan bukannya menghalang,” katanya.

Pada masa sama, Kok Seong turut kesal dengan sikap tidak tegas dan kegagalan pemimpin terdahulu untuk memansuhkan sekolah vernakular, dan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran.

“Dalam perbincangan awal didapati bahawa sekolah vernakular akan wujud untuk sementara waktu sahaja, dan akhirnya akan dimansuhkan menjadi sistem pendidikan satu aliran.

“Namun, apa yang kita lihat hari ini, sekolah vernakular begitu diperkasa sekali dan jika ia dimansuhkan sekarang pasti mendatangkan banyak musibah,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin dahulu terlalu mengikut tuntutan politik yang dimainkan kaum bukan Melayu, terutama orang Cina sehingga terpaksa mengalah demi kelangsungan kuasa.

“Pemimpin Melayu terutama UMNO ketika itu terpaksa mengalah kerana orang Cina tidak akan akan menyokong mereka sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi.

“Kita perlu kepada keberanian politik jika mahu memansuhkan sekolah vernakular dan mengubah kepada sistem pendidikan satu aliran,” katanya. - www.ismaweb.net

Saturday, November 16, 2019

Pentadbiran PH Bermasalah, Langgar Hukum Allah SWT

Pemimpin Melayu BN berminda 'anglophile', PAS hilang prinsip
KUASA itu milik siapa? Ramai orang terlupa apabila membicarakan perihal kuasa. Mereka ingat kuasa itu diperoleh dengan kudrat mereka semata-mata.

Tetapi mereka silap kuasa itu milik Allah SWT. Allah SWT boleh menaikkan dan menjatuhkan mana-mana kuasa dengan mudah.

Apatah lagi jika sesebuah kerajaan itu melanggar perintahnya yang paling asasi, iaitu melanggar hukum Allah SWT ketika mentadbir.

Jika kita lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) serba tidak kena hari demi hari.

Pergaduhan demi pergaduhan, masalah demi masalah. Kematian demi kematian wakil rakyat PH.

Kerajaan menjadi goncang, orang Melayu merana. Kononnya menteri-menteri bukan Islam yang dilantik akan adil terhadap orang Islam, nampaknya retorik semata-mata.

Mereka terus menegakkan agenda kaum, bangsa dan agama mereka. Sementara Menteri Melayu Islam dalam PH terus membisu.

Bila-bila masa sahaja pakatan ini akan tumbang. Tetapi layakkah Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan mereka?

Dengan keadaan sekarang, BN juga tidak mampu. Pemimpin Melayu mereka lemah dan bagai lalang. Hanya berminda ‘anglophile’.

Mudah dibeli dan terbabit dalam skandal rasuah. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar bagus.

Begitu juga PAS. Hilang prinsip entah ke mana. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Ratusan tahun begini hendak ke depan pun tidak mampu.

Meneliti senario pada hari ini, siapakah yang mampu untuk menggantikan kedua-dua pakatan yang sangat lemah ini?

Jawapan ada di tangan anda orang Melayu.

Oleh: Ustaz Ibrahim Alias

Thursday, November 14, 2019

Memahami Keinginan Romantis Wanita

Jika anda tidak membuat pasangan anda tahu bahawa dia istimewa kepada anda, maka anda bukan seorang lelaki romantis. Walaupun pasangan anda seorang artis atau model yang sangat cantik dan berjaya atau wanita kerjaya yang menawan, berjaya dan menawan semua orang. Dia masih memerlukan pengesahan daripada anda bahawa dia cantik dan menawan dan sangat istimewa kepada anda.

Kebanyakan wanita mahu disayangi, dihormati dan dihargai oleh rakan kongsi mereka. Wanita sangat gembira jika dia diperlakukan istimewa oleh pasangannya. Melakukan sedikit dalam hal ini akan membuat hubungan anda dengan pasangan anda kurang mendalam dan hambar.

Kemudian bagaimana lelaki boleh menjadi romantis? Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah memberi perhatian. Memberi perhatian kepada pasangan anda bukan hanya duduk di sebelahnya apabila anda berdua menonton TV. Tetapi ini bermakna lebih menyedari kehadirannya, menghargai, melibatkan diri dalam hidup anda dan anda dalam hidupnya. Dan apabila anda menyedari sesuatu yang indah, unik atau elegan tentang dia maka biarkan dia tahu, baik dengan kata-kata dan tindakan. Jika rambut itu cantik dan anda suka, kemudian belai dengan jari anda. Sikap sebegitu bukan sahaja akan meningkatkan hubungan yang hambar menjadi bermakna, tetapi juga akan membuat pasangan anda berasa lebih baik tentang dirinya sendiri.

Wanita yang anda suka mahu anda bertemu dengannya dengan baik. Dia mahu anda meneroka dia seperti sebuah negara baru. Walaupun anda telah tidur di sisinya selama bertahun-tahun, ada begitu banyak perkara di dalamnya yang anda tidak tahu. Jadikan dia berani menceritakan impiannya, fantasinya dan cita-citanya. Bagaimanakah anda memahami keinginan cinta seorang wanita? Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda cuba

1) Tunjukkan penghargaan anda dalam kata-kata
Walaupun anda sering bersamanya, ia membantu anda mengatakan bahawa anda dapat memahami dan memahami apa yang pasangan anda inginkan dalam hidup bersama. Lebih baik dihantar terus ke telinganya mungkin melalui bisikan mesra sewaktu ingin bersama.

2) Cintailah dia Sebagaimana dirinya yang sebenarnya
Seorang lelaki tidak semestinya mempunyai badan yang baik seperti seorang atlet, wajah kacak seperti bintang filem atau dompet tebal seorang jurubank untuk menjadi romantis. dan wanita tidak perlu glamor untuk menginginkan percintaan. Dia tidak perlu menjadi dewi, atau ratu, untuk menghormati, penghargaan dan pujian. Dia sama elegan seperti dia. Biarkan dia tahu itu, doronglah kekuatannya, meraikan kejayaannya, hargai dirinya dengan sebenarnya.

3) Menghargai apa yang dilakukannya
Sama ada dia bekerja sepanjang hari di pejabat atau menjaga isi rumah, ia melakukan banyak hal tanpa mendapat komentar, tanpa mendapat penghargaan. jangan meremehkan apapun. Perhatikan apa yang dilakukannya dan beritahukan kepadanya mengenai keberhasilannya, hargai dirinya dengan sebenarnya.

4) Ketahuilah Kepintarannya
Dia mahu anda tahu idea idea kreatifnya, nasihat berguna, dan mungkin juga perbualan lucu, bahawa dia mempunyai kelebihan. Dia mungkin menawarkan idea, ia mungkin berkaitan dengan rumah anda, pakaian anda atau pekerjaan anda. Daripada menerimanya begitu saja lebih baik anda memberitahukan bahwa anda menghargainya.

5) Akui Kecantikannya
Walaupun pasangan anda tidak begitu cantik seperti bintang filem, tetapi biarlah dia tahu bahawa bagimu dia adalah wanita paling cantik di dunia. Daripada mengatakan "anda cantik" mungkin dia tidak percaya. Tunjukkan sesuatu yang istimewa tentang penampilannya sekarang. "Baju itu membuatkan kamu bertambah ayu" atau "Bibir kamu yang mulus menginginkan aku mengucupnya". - Anonymous

Sunday, November 10, 2019

Gerombolan Mana Yang Tidur Bersama DAP

Dipaksa tidur dengan perisik, rejim komunis China zalim
REJIM komunis China kerap menafikan tindakan zalim mereka terhadap etnik Uyghur di Xinjiang, sebagaimana yang dilaporkan oleh media antarabangsa.

Penafian itu juga disahkan oleh Menteri Agama kerajaan baru, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika lawatan beliau ke China pada 25 hingga 28 Febuari 2018, untuk menghadiri ‘Thematic Briefing on China’s Ethnic Minority and the Promotion of Unity and Solidarity Among Ethnic Groups in Xinjiang’ anjuran Biro Antarabangsa, Parti Komunis China.

Namun sehingga ke hari ini, pelbagai perkara negatif berterusan melaporkan kezaliman rejim komunis China ke atas etnik Uyghur.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Menteri Agama dengan mengatakan bahawa tiada sebarang penindasan dilakukan oleh rejim komunis ke atas penduduk etnik Uyghur di Xinjiang.

Dr Mujahid juga menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China itu sebagai ‘berita palsu dari China‘ apabila berucap di Beijing Foreign Studies University.

Lebih mengejutkan, selang beberapa hari kenyataan dibuat oleh Dr Mujahid, Dr Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) membidas serta mempersoalkan penggunaan istilah ‘institusi vokasional dan latihan’ apabila Dr Mujahid memuat naik gambar ke laman Facebook mengenai lawatannya ke Xinjiang.

Melalui kapsyen di dalam gambar itu, Dr Mujahid mendakwa bahawa China menyasarkan pengkritik dasar Beijing dengan berselindung di sebalik dakwaan memerangi keganasan. (3.1)

Baru-baru ini, salah seorang bekas tahanan etnik Uyghur yang berjaya keluar dari negara China dan berselindung di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa ramai wanita Islam Uyghur, yang suaminya telah ditahan di kem konsentrasi telah didatangi oleh pegawai tentera China, selain memaksa tidur bersama dan melayani mereka. (4.2)

Perkara berkenaan didedahkan oleh Mihrigul Tursun, 29 ketika sidang media anjuran Media Radio Free Asia di National Press Club, Washington pada 26 November.

Mihrigul berkata, keengganan wanita Uyghur mengikut kehendak mereka akan mengakibatkan mereka diseksa dengan pelbagai cara zalim termasuk disuntik menjadi mandul -salah satu usaha menghapuskan etnik ini.

Beliau berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku di negara yang dilabelkan sebagai negara terkaya dan semakin maju dengan kebudayaan pembangunan teknologi pesat. (5.3)

Selain itu, kisah kezaliman melampau rejim komunis China ini juga dikongsikan oleh seorang imam beretnik Uyghur yang kini bermastautin di Australia.

Abdul Salam Alim menceritakan penderitaan dan tekanan yang dihadapi kaum keluarga serta jutaan rakyat kaumnya di Xinjiang.

Beliau berkata: “Biasanya anggota perisik China akan dihantar untuk menghuni setiap rumah etnik Uyghur di Xinjiang ketika suami mereka ditahan di kem-kem tahanan, malah anggota perisik atau pegawai tentera China ini akan tidur bersama seluruh ahli keluarga,“

Demikian gambaran dasar tekanan asimilasi sistematik yang dilaksanakan oleh China terhadap etnik Uyghur.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berasa amat kecewa dengan kenyataan Menteri Agama sebelum ini yang terlalu mudah terpedaya dan gopoh membuat kenyataan, tanpa menyelidiki secara mendalam apa sebenarnya yang sedang berlaku di Xinjiang.

Justeru, UMMAH berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi menyelamatkan saudara seagama kita yang tinggal di China.

UMMAH juga membantah keras penindasan dan gerakan atau operasi dil uar batasan kemanusiaan terhadap penghapusan etnik Uyghur yang tidak bersalah, tetapi diperlakukan seperti haiwan dengan penuh kekejaman walaupun kaum ini mempertahankan akidah dan keimanan mereka kepada agama Islam.

Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu kaum Islam Uyghur.!

Haji Rashidi bin Haris
Naib Pengerusi UMMAH
Ketua Media MUAFAKAT

Hebatnya Jho Low....Catch Me If You Can


Friday, November 8, 2019

LTTE: Sahkan Reputasi Buruk Seorang Peguam Negara

Diminta failkan kembali pertuduhan sama ke atas ADUN
BANGI – Tindakan menarik balik dua pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran tanpa memberikan sebarang tunjuk sebab memberi gambaran bahawa Peguam Negara tidak berwibawa.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan ini secara terbuka menunjukkan wujudnya campur tangan politik dan pilih kasih jika dibandingkan dengan pertuduhan yang dikenakan kepada tahanan lain di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Penarikan pertuduhan tanpa sebab dalam kes Harimau Kebangkitan Tamil Eelam (LTTE) yang membabitkan ADUN DAP ini hanya mengesahkan reputasi buruk Peguam Negara yang sudah banyak kali menyemak dan menggugurkan pertuduhan yang dibuat ke atas ahli politik daripada Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad mengingatkan kerajaan yang melaung-laungkan prinsip ketelusan supaya tidak menggunakan kuasa pregoratif Peguam Negara sewenang-wenangnya seperti yang pernah diamalkan pada zaman Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan masalah keganasan bukan masalah yang boleh dipandang enteng kerana ia mampu menjejaskan keselamatan negara.

“Sekalipun jika pertuduhan ini ditarik balik kerana masalah-masalah teknikal, rakyat mahu Jabatan Peguam Negara menyelesaikan masalah-masalah itu dengan segera dan failkan kembali pertuduhan yang sama ke atas Adun itu.

“Saya percaya bahawa kes yang berkaitan keganasan lebih-lebih lagi di bawah SOSMA tidak akan dibawa ke mahkamah melainkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh,” katanya.

Semalam, Mahkamah Sesyen Seremban membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Gunasekaran.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, di sini, masing-masing pada jam 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lalu. - www.ismaweb.net

Agenda Pengganas Komunis Hapuskan Islam, Institusi Diraja

Pelik bila ada pihak mahu iktiraf komunis pejuang kemerdekaan
BANGI – Perjuangan kumpulan pengganas komunis hanya untuk memporak-perandakan dan merampas apa yang telah dicapai oleh sebuah negara merdeka.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata, sejak dahulu lagi, pengganas komunis berjuang untuk menjatuhkan kerajaan, sama ada British atau kerajaan merdeka untuk dijadikan sebagai republik komunis.

Beliau berkata, mereka akan komited dengan sistem komunis atau berlindung di bawah negara berpengaruh supaya sistem sedia ada di sebuah negara merdeka dapat dipecahkan.

“Melalui itu juga, Raja-Raja Melayu, kerajaan, Perlembagaan dan agama Islam dihapuskan. Negara diambil alih oleh pengaruh dan ideologi lain.

“Mereka (komunis) mahu rampas apa yang kita capai sebagai negara merdeka,” katanya dalam temubual rancangan Cakap Serupa Bikin, di TV Pertiwi, hari ini.

Justeru, beliau hairan dan tidak bersetuju apabila ada pihak tertentu yang mahu mengiktiraf pengganas komunis, kononnya sebagai pejuang kemerdekaan.

“Saya mendengar komunis pejuang kemerdekaan ini baru-baru saja lagi. Masa mula berkhidmat dahulu, saya tidak pernah dengar pun yang komunis ini pejuang kemerdekaan.

“Apa yang pasti mereka ini adalah ‘pengganas’, kerana kita lebih menilai mereka daripada tindak-tanduk kumpulan itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, usaha mengkomuniskan rakyat di negara ini bukanlah perkara baharu yang berlaku pada masa kini, sebaliknya telah dijalankan sejak dahulu lagi.

“Berdasarkan pengalaman saya, usaha mengkomuniskan telah dilaksana masa dulu lagi. Cuma sekarang ia ditingkatkan lagi untuk mempengaruhi orang ramai menyokong fahaman yang mereka pelopori masa kini.

“Dahulu sudah ada usaha ini, tapi tidaklah secara terang-terangan. Polis mungkin tahu, tetapi tidak menghebahkan seperti sekarang,” katanya. - www.ismaweb.net

Thursday, November 7, 2019

Ruang Untuk Chauvinist, Komunis Dan Terrorist Melakukan Kejahatan

PM janji pindaan Sosma, akta drakonian selesai tahun ini
PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad berjanji pindaan ke atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan mana-mana peruntukan undang-undang berbentuk drakonian akan selesai dalam sidang Parlimen tahun ini.

Perdana menteri berkata, pindaan itu bertujuan mengelakkan penyalahgunaan undang-undang drakonian.

“Kita mungkin tidak hapuskan undang-undang ini sama sekali, tapi akan ada perubahan di bahagian-bahagian bersifat drakonian seperti menangkap dan tahan tahanan tanpa didakwa akan dipinda.

“Termasuklah yang terdapat dalam Sosma akan dilakukan secepat mungkin,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, pindaan terhadap sebahagian peruntukan dalam Sosma sudah dibincangkan Kabinet.

Mahathir bagaimanapun menafikan pindaan itu ada kaitan dengan penahanan dua Adun dan ahli DAP yang didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) minggu lalu.

“Kita dah kata nak buat janji ini sebelum ini, tapi ‘delayed’ sebab beberapa faktor. Jadi, kita fikir kena ambil langkah seberapa cepat sebab tak nak disalah gunakan.”

Sidang Dewan Rakyat selama 36 hari yang bermula 7 Okt lalu dijadualkan berakhir 5 Dis nanti.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan habeas corpus yang difailkan lima suspek, termasuk dua Adun DAP yang didakwa menyokong LTTE, atas alasan ia adalah akademik.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Shahril Mohd Salleh dilaporkan berkata, tangkapan dan penahanan awal lima lelaki itu untuk siasatan sudah luput selepas mereka didakwa di mahkamah.

Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran bersama Adun Gadek, G Saminathan, S Chandru, V Suresh Kumar serta S Arivainthan memfailkan permohonan untuk dibebaskan daripada penahanan di bawah Sosma pada 21 Okt lalu, susulan penahanan mereka antara 10 dan 12 Okt.

Pada 31 Okt lalu, Gunasekaran, Saminathan, Suresh dan B Subramaniam didakwa memberi sokongan kepada LTTE melalui ucapan atau media sosial sejak 2014 hingga bulan ini.

Lapan lagi – A Kalaimughilan, Chandru, V Balamurugan, Arivainthan, R Sundram, S Thangaraj, M Pumugan dan S Teran – berdepan satu pertuduhan tamabahn memiliki bahan berkaitan kumpulan
pengganas itu.

Semua kecuali Subramaniam dan Sureshkumar didakwa dengan pertuduhan sama di lima negeri pada 29 Okt lalu. Mereka berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup, jika sabit kesalahan. - www.freemalaysiatoday.com

UEC Adalah Virus, Rosakkan Hubungan Antara Kaum

Pemimpin Melayu, tegaslah tolak UEC
PEMIMPIN Melayu dalam kerajaan perlu berani dan tegas menolak UEC. Mereka kelihatan berdolak dalik dengan kaum pejuang UEC, berlembut kerana nyawa politik dan akhirnya membayangkan UEC akan dihalalkan.

UEC adalah virus. Kalau virus ini tidak dibanteraskan ia akan mendatangkan penyakit yang merosakkan hubungan antara kaum yang sedia terjalin. Usaha membanteras virus yang menjadi semakin sukar dan liar selepas Pilihan Raya Umum (PRU14). Ia menuntut penglibatan, kesungguhan dan kefahaman pelbagai pihak terutama pemimpin politik.

UEC singkatan bagi Sijil Peperiksaan Bersepadu juga adalah bahan uji yang mengukur kekentalan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ia tidak boleh dibiarkan berlama-lama dalam landskap politik negara yang baru, rapuh dan berterusan dengan tawar menawar politik. UEC mesti diputuskan secara tegas dan pantas bahawa ia tidak dapat diiktirafkan dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Ketegasan ini perlu supaya tidak ada ruang untuk dijadikan isu politik dalam suasana yang belum stabil ketika ini. Kekentalan politik pembuat dan pelaksana dasar adalah penting supaya isu yang menjurus kepada prasangka kaum tidak merebak pada hal-hal yang boleh mencalarkan kaum lain.

Desakan mengiktirafkan UEC adalah kesan jelas daripada kebergantungan politik kepada sesuatu kaum tertentu. Kerana kebergantungan ini membuatkan banyak tidak berani berkata dan bertindak benar demi generasi muda Malaysia pada masa depan. UEC seolah-olah akan menyihirkan siapa yang menentangnya. Amat hebat sihirnya.

Suatu hakikat yang tidak dapat disembunyikan ialah UEC cuba merobek kesepakatan yang dipersetujui dalam kontrak sosial yang seterusnya terbentuk Perlembagaan. Dalam konteks Perlembagaan di mana tercatat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, UEC kelihatan cuba menafikan hal ini. Maknanya sistem pendidikan kebangsaan wajib menjunjung bahasa Melayu cuba dialih. Padahal kedudukan bahasa Melayu tertera jelas dalam Dasar Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan 1996.

Sementara UEC adalah komponen yang dilahirkan dalam sistem pendidikan Cina di negara ini yang mengutamakan bahasa ibunda. Pertentangannya berlaku apabila sijil yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan yang menolak bahasa Melayu didesak diiktiraf untuk kemasukkan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang berada dalam Dasar Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan 1996.

Nampaknya “keberanian politik” sesetengah pemimpin tidak berhasil membendung gelombang yang mendesak supaya UEC diiktirafkan. Hingga satu ketika hampir diiktirafkan tetapi kerajaan menarik balik. Mujurlah gerakan massa bangkit menentang pengiktirafan UEC. Tetapi belum berjaya sepenuhnya kerana pengiktirafan sijil ini hanya ditangguh bukan ditolak.

Hujah-hujah yang bersifat akademik dan kajian yang mendalam tentang baik dan buruk UEC dalam konteks sistem pendidikan kebangsaan sudah cukup banyak dibentangkan. Tokoh dalam dunia pendidikan, budaya dan bahasa juga sudah banyak mengemukakan alasan yang cukup kuat dan munasabah menolak UEC. Tetapi pejuang UEC terus mendesak hingga menggoreskan perasaan kaum lain terutama orang Melayu dan juga Cina yang patuh pada sistem pendidikan yang mendaulatkan bahasa Melayu.

Maka adalah sangat wajar kita bertanya kepada pejuang-pejuang UEC, kenapakah dari awal lagi, (di peringkat sekolah rendah kemudian sekolah menengah) mereka memilih sistem pendidikan yang bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara? Kenapa pula di peringkat universiti beralih memilih IPTA yang bertentangan dengan dasar mengagungkan bahasa Cina?

Bukankah lebih baik alang-alang menongkah sistem pendidikan kebangsaan, kerana keangkuhan dan kesombongan, teruskanlah memilih universiti swasta atau di luar negara yang tidak mengutamakan bahasa Melayu? Pergilah. Tidak perlulah menganggu keharmonian dengan ugutan-ugutan politik selepas PRU14.

Kenapa tidak memilih universiti di Taiwan misalnya yang selari dengan sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah sekolah aliran Cina di negara ini? Maka yang kelihatan ada semacam kesengajaan untuk mencetuskan kontroversi menolak bahasa Melayu yang menjadi teras dalam Dasar Pendidikan Negara.

Pemegang-pemegang sijil UEC sebahagian besarnya terdidik dalam persekitaran yang asing, seolah-olahnya bukan di negara ini. Bahasa pengantarnya Cina dan sosialisasi antara pelajar dalam kelompok yang diasingkan dari sifat pelbagai kaum. Hal ini tidak berlaku di sekolah kebangsaan yang membina jambatan antara kaum di peringkat kanak-kanak lagi.

Kerajaan telah menyediakan sekolah kebangsaan di peringkat rendah dan menengah untuk semua rakyat. Sekolah kebangsaan bukan sekolah untuk orang Melayu. Hanya yang mempunyai agenda serong sahaja menganggap sekolah kebangsaan adalah sekolah orang Melayu. Orang Melayu sebenarnya tidak ada sekolah sendiri seperti Cina atau India yang ada sekolah vernakular masing-masing dan mendapat bantuan kerajaan.

Selepas dimanjakan dengan menyalurkan bantuan yang bukan kecil pada sekolah vernakular (sebenarnya inilah pemangkin polarisasi kaum), puak cauvanis melangkah ke depan menuntut supaya UEC di sekolah Cina diiktirafkan untuk memasuki IPTA. Untuk apa?

UEC tidak ada kena mengena dengan dasar kerajaan kerana pertama, bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan 1996, kedua, sudah ada sekolah untuk semua kaum iaitu sekolah kebangsaan. Menuntut supaya UEC diiktirafkan adalah mengambil peluang daripada kebergantungan politik Melayu kepada bukan Melayu di negara ini.

Menuntut pengiktirafan UEC adalah satu perjuangan politik dan budaya. Ini bukan soal kualiti sistem pendidikan kebangsaan yang lemah.Tetapi ini sebagai satu peluang bagi memastikan sistem pendidikan, budaya dan bahasa Cina mengatasi kaum lain di negara ini. UEC diambil dari Taiwan kemudian mereka menuntut (memaksa) supaya kerajaan mengiktirafkan sistem yang menafikan kedudukan bahasa Melayu.

Pada peringkat awalnya memang tidak kelihatan agenda politik. Ini kerana yang tampil di depan khalayak adalah pertubuhan bukan kerajaan, Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) tetapi lebih dikenali dalam bahasa Cina sebagai Dong Zong. Tetapi yang berada di belakang Dong Zong adalah parti-parti politik Cina di negara ini. sebahagian orang Cina sepakat tanpa mengira ideologi politik memperjuangkan kepentingan mereka termasuk UEC.

Sangat jelas bahawa seni berpolitik Cina sangat jauh ke depan berbanding Melayu. Mereka memastikan tidak berpolitik telor sebiji riuh sekampung. Agenda Melayulah. Agenda Islamlah. Tetapi sebahagian penuh kepura-puraan. Oleh hal yang demikian, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan yang menang dalam PRU14, kedua-dua belah pihak berjanji akan mengiktirafkan UEC. Dalam BN ada MCA dan Gerakan, dalam Pakatan Harapan ada DAP. Hebat.

Inilah akibatnya apabila sesetengah pemimpin tidak berani bertegas kerana bimbang faedah politik mereka terjejas. Kesungguhan politik Melayu terlalu rapuh gagal memastikan kelestarian perpaduan kaum dalam jangka panjang.

Sekolah vernakular adalah perosak perpaduan. Tetapi ironinya orang Melayu pula yang berteriak supaya sekolah tahfiz ditutup dan selamatlah sekolah vernakular.

Dong Zong bukan terlalu naif dan tidak tahu bahawa UEC bertentangan dengan Dasar PendidikanNegara dan akta pendidikan. Malah mereka mungkin lebih mendalaminya. Tetapi mereka tetap menuntut kerana UEC menjadi barang dagangan yang sangat bernilai di pasaran politik kaum negara ini pasca PRU14.

Ahli akademik dan pejuang bahasa masih bertolak ansur. Mereka mencadangkan supaya pemegang sijil UEC mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam subjek bahasa Melayu (selalu disebut Bahasa Malaysia untuk memadamkan Melayunya) dan Sejarah. Ini satu penolakan yang sangat diplomasi dan paling beradab. Bagaimanapun diplomasi ini tidak dihargai apabila Dong Zong menolak syarat itu.

Penolakan ini bukan kerana mereka bimbang pelajar sekolah vernakular akan gagal dalam peperiksaan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Sebaliknya kerana syarat yang diberikan itu bertentangan dengan dasar mengutamakan bahasa Cina.

Hal ini disebabkan oleh sistem pendidikan Cina di negara ini mengutamakan bahasa Cina. Ini menunjukkan bahasa Cina adalah alat pembudayaan Cina yang sangat penting. Sikap caunavisme pihak tertentu menjadikan sesetengah pelajar Cina sendiri menjadi mangsa. Kalau UEC diiktirafkan sudah pasti ia akan memangsakan pelajar Cina di sekolah kebangsaan kerana rakan mereka yang memegang UEC mendapat keistimewaan.

Peperiksaan untuk mendapat UEC adalah alternatif pelajar-pelajar yang tidak mahu mengikuti sistem pendidikan kebangsaan yang mengutamakan bahasa Melayu. Siapa yang memberi kuasa atau kelonggaran untuk mewujudkan alternatif yang mengenepikan bahasa Melayu? UEC adalah suatu tindakan yang menzahirkan sikap besar kepala kaum yang perjuangkan UEC. Kamu, pemimpin-pemimpin politik Melayu dalam kerajaan sudah tidak relevan sekiranya tidak tegas menolak UEC.

Ku Seman Ku Hussain
Bekas Pengarang Mingguan Malaysia

Friday, November 1, 2019

Projek RTS Yang Tidak Menguntungkan Malaysia...

Projek RTS diteruskan dengan kos RM3.16 bilion - Mahathir
Malaysia bersetuju meneruskan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dengan kos terbaru RM3.16 bilion.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kos terbaru itu adalah penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.

"Kita akan teruskan dengan projek itu dan selesaikan sedikit isu kesesakan lalu lintas.

"Butiran projek akan dibincangkan bersama kerajaan Singapura," kata Dr Mahathir pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Pada 18 Okt, Kementerian Pengangkutan Malaysia mendapat kelulusan kabinet untuk meneruskan projek Laluan RTS dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek.

Turut hadir sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew; Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri. - www.malaysiakini.com

Sukar Sangatkah Untuk Kita Membina Jambatan Bengkok....

Dr M tak faham kenapa Singapura tak mahu jambatan baru
JOHOR BAHRU: Dr Mahathir Mohamad hairan dengan keengganan Singapura berkompromi dengan cadangan Malaysia untuk pembinaan jambatan baru bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlarutan di Tambak Johor.

Perdana menteri berkata Singapura mengambil pendirian itu meskipun negara itu menikmati ‘subsidi’ harga air dari Malaysia sejak 1962.

Beliau berkata pembinaan projek Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura (RTS) akan hanya meredakan sedikit kesesakan di Tambak Johor.

“Anda lihat, kami sanggup mengorbankan wang untuk menyokong Singapura supaya mereka boleh membeli air dengan harga murah tetapi apabila kita mahu membina sebuah jambatan untuk mengatasi masalah trafik, mereka enggan untuk mengadakan jambatan. Saya tidak tahu kenapa.

“Saya tidak ada pada tahun 3000. Pada masa itu, akan ada 100 juta penduduk di Johor yang ingin pergi ke Singapura… masih tidak akan ada jambatan baru. Saya tidak dapat melihat bagaimana kita boleh begitu bertolak ansur kepada Singapura tanpa negara itu bertolak ansur dengan kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ), Bangunan Sultan iskandar (BSI) hari ini.

Mahathir juga menjelaskan dengan bilangan rakyat Malaysia dari Johor Bharu yang ulang-alik dari Singapura dengan menaiki motosikal, maka sukar bagi mereka untuk menggunakan perkhidmatan RTS.

Selain itu, katanya, walaupun mempunyai perkhidmatan yang lebih cekap di BSI, ia tidak dapat menangani masalah sebenar kesesakan khusus semasa hujung minggu dan musim perayaan.

“Kita mempunyai beberapa idea untuk mengurangkan kesesakan di bangunan ini tetapi itu tidak mencukupi… jika sampai musim raya dan hujung minggu… kita akan hadapi kesesakan berterusan..

“Walaupun kita dapat tingkatkan tahap kecekapan… tetapi selagi tidak ada jambatan, kita tidak dapat selesaikan masalah di Tambak Johor,” kata beliau.

Mengikut laporan berita baru-baru ini, jumlah pelawat yang melalui BSI pada hari biasa seramai 250,000 orang manakala untuk kereta antara 40,000 hingga 50,000 buah, motosikal melibatkan 70,000 buah manakala lori atau bas antara 3,000 hingga 5,000 buah.

Menyentuh mengenai isu semakan semula harga air, Malaysia berharap agar rundingan antara kedua-dua negara berhubung isu itu dapat diteruskan secepat mungkin.

“Kita tidak dapat berbincang perkara ini kerana tidak dapat menentukan tarikh perbincangan jadi… satu hari kita tak bincang perkara ini… kita kerugian berjuta-juta malah meningkat kepada bilion ringgit.

Pada awal April lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai berhubung perjanjian air termasuk kemungkinan menyelesaikan pertikaian menerusi timbang tara atas dasar persetujuan bersama.

Melalui Perjanjian Air 1962, Singapura dibenarkan mengeluarkan 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Sementara, Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar 50 sen bagi setiap gelen. - Bernama