Tuesday, June 30, 2020

Bina Kuil Ditapak Haram, Ini ‘Rule of Jungle’: Firdaus Wong

Populasi Hindu di Singapura, Eropah tinggi tapi masalah ini tak berlaku
Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan mengapa masalah pembinaan kuil haram kerap berlaku di negara ini.

Beliau yang hairan dengan masalah berkenaan berkata, perkara tersebut tidak berlaku di Singapura atau mana-mana negara lain di Eropah termasuk Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, beliau turut menyifatkan aktiviti membina kuil di tanah orang lain sebagai ‘rule of jungle’.

“Ajaran siapa ini sebenarnya dan dimanakah rule of law? Kenapa yang sering kedengaran adalah kuil Hindu yang dibina di atas tapak haram, tetapi jarang sekali dengan gereja, tokong Cina mahupun masjid dibina di atas tapak haram?

“Kenapa masalah kuil dibina di tapak haram tak berlaku atau jarang berlaku di Singapura, Eropah dan Amerika yang juga mempunyai populasi penduduk beragama Hindu, tetapi kerap berlaku di Malaysia?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP, P Ramasamy yang mendesak kerajaan untuk menghentikan perobohan kuil dan menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk peka terhadap hak masyarakat Hindu di negara ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap perobohan sebuah kuil Hindu berusia 100 tahun terletak di hadapan pintu masuk stesen keretapi Alor Setar di Kedah.

Dalam pada itu, Firdaus mendakwa, secara kebiasaannya modus operandi pembinaan sesebuah kuil sering dilakukan di atas tanah milik orang lain.

Dakwanya, sekiranya pemilik mahu mengambil kembali tanahnya, mereka akan mendakwa bahawa binaan kuil telah berada di sana untuk tempoh lama kira-kira 100 tahun.

Malah, dakwanya lagi, mereka yang memiliki kuil enggan meninggalkannya meskipun diberi tempoh untuk keluar.

“Mereka minta pampasan. Ini seolah-olah tanam pokok dalam rumah orang lain dan minta pemilik rumah bagi pampasan? Siapa suruh tanam di rumah orang?

“Satu kumpulan dapat pampasan dan kumpulan lain tidak dapat. Kecoh satu dunia. Setelah bertahun suruh pindah tetap tak berpindah. Bagi notis keluar dalam masa terdekat akan buat cerita kononnya mereka ditindas,” dakwanya lagi.

Lantaran itu, Firdaus berkata, pemerintah bebas untuk merobohkan mana-mana pembinaan haram tanpa kompromi.

Beliau berkata, undang-undang di negara ini tidak berpihak kepada emosi sebaliknya berlandaskan fakta.

“Semakin diberi ruang, semakin degil. Kita perlu elakkan satu lagi kematian seperti Allahyarham Adib kerana sesuatu yang dibina atas tapak haram.

“Tun Mahathir pernah berkata, kerajaan Pakatan Harapan berhadapan dengan masalah rumah ibadat yang dibina di atas tapak orang lain yang tidak mahu pindah walaupun telah diarahkan pindah,” katanya. - ismaweb.net

Semua 'Naik Kepala' Bila Pemimpin Melayu Terlalu Apologetik

Ramasamy cetus kontroversi, pertahan kuil-kuil haram dibina tanpa permit
Pemimpin parti tamak haloba DAP, P Ramasamy seolah-olah tidak sedar diri apabila mengumpulkan pemimpin politik dan media bagi mendapatkan sokongan untuk mempertahan beberapa kuil yang akan diruntuh kerana dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, tindakan melampau pemimpin DAP disebabkan sikap pemimpin Melayu yang terlalu bersikap apologetik.

“Semua orang naik kepala kerana kerajaan terutamanya pemimpin politik Melayu terlalu apologetik dan tunduk dengan permainan politik mereka.

“Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia keturunan India berjumlah 2.01 juta atau 7 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia? Tahukah anda bahawa kuil Hindu adalah rumah ibadat yang paling banyak di Malaysia, jauh melebihi jumlah masjid di seluruh negara?

“Tahukah anda bahawa ribuan atau puluhan ribu kuil ini dibina tanpa kebenaran mana-mana majlis daerah, majlis perbandaran dan majlis bandaraya?

“Tahukah anda bahawa mereka akan bergabung dan menggunakan saluran politik seperti DAP, MIC dan apa jua persatuan bagi mempertahankan kuil yang dibina secara haram?,” soalnya.

Terdahulu, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, mendesak kerajaan negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) untuk menghentikan perobohan kuil dan peka terhadap isu-isu sensitiviti agama.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap perobohan sebuah kuil Hindu berusia 100 tahun terletak di hadapan pintu masuk stesen keretapi Alor Setar di Kedah. - ismaweb.net

Monday, June 29, 2020

Siasah Melayu....Setia Untuk Dikhianati

Kiasu mahu himpun seramai boleh kaumnya di Parlimen
DALAM diam-diam, secara sedar atau tidak, strategi kiasu sebenarnya mahu meletakkan seberapa ramai yang boleh kaum mereka di dalam Parlimen tanpa mengira sama ada ianya calon daripada MCA, DAP, GERAKAN hatta PKR sekalipun.

Oleh itu kiasu akan terus mendesak supaya MCA menuntut semua kerusi tradisi, yakni kerusi yang sebelum ini diletakkan calon Cina di kawasan yang berpotensi memberi kemenangan, walaupun kawasan itu jelas majoritinya Melayu.

Desakan ini lebih menggila terutamanya apabila MCA kini berada bersama Perikatan Nasional (PN), yang mana merupakan kerajaan Melayu-Muslim.

2. Dengan menguasai majoriti kerusi di dalam Parlimen, maka segala bentuk tuntutan dan cadangan penggubalan akta yang mewakili kepentingan kiasu atau kaum Cina akan menjadi lebih mudah.

Pertambahan kerusi Cina bermakna pengurangan kerusi Melayu.

Ini seterusnya akan mempengaruhi kuasa tawar-menawar di dalam Dewan Rakyat.

Kuasa politik Melayu tentunya berkurangan, lantaran perpecahan parti-parti Melayu sedia ada dan tidak senada.

Yang lebih memburukkan keadaan adalah ada di antara wakil-wakil rakyat Melayu tersebut merupakan barua kiasu dan Cina serta hanya menjadi Pak Turut seperti PAN mahupun rosak fikiran mereka dengan fahaman liberalisma seperti PKR.

Golongan ini tentunya tidak boleh diharapkan mewakili majoriti Malayu di Malaysia.

3. Seterusnya kita akan menyaksikan harapan untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi berkecai.

Agenda mengangkat Mahkamah Syariah seperti Rang Undang-Undang (RUU) 355 akan menjadi kenangan.

Yang akan kedengaran kelak adalah cadangan membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan dan juga cadangan pengiktirafan UEC.

Kesemua kebiadapan ini berlaku ketika mereka belum lagi menjadi majoriti.

Aspirasi kiasu Cina tentunya mendapat sokongan wakil rakyat non-Muslim yang lain yang mana akan memburukkan lagi keadaan.

4. Senario ini amat merbahaya dan umat Islam harus menyedari perkara ini sebelum terlambat.

Bagi mengatasi keadaan ini, Muafakat Nasional (MN) mesti bertegas dalam memastikan kesemua kawasan majoriti Melayu WAJIB diberi kepada calon Melayu Islam, tanpa berkompromi dengan sesiapa pun.

Jangan nanti kita hanya mampu tercenggang tanpa dapat berbuat apa-apa apabila hak keistimewaan orang Melayu dicabul, dan lebih parah lagi apabila ada usul mahu mengugut kedudukan Raja-Raja Melayu.

5. Sebelum ini dalam Barisan Nasional (BN) tidak ada PAS. Sekarang orang Melayu sudah ada MN gabungan PAS dan UMNO yang majoriti adalah Melayu Islam.

Kerusi tradisi UMNO tentunya terpaksa dikongsi bersama dengan PAS. Ini tentunya tidak menguntungkan permuafakatan politik sedia ada dan bakal mengundang konflik.

Bagi mengatasi masalah tersebut, maka adalah lebih baik kerusi majoriti Melayu yang sebelum ini dipegang MCA dan MIC diberikan kepada PAS.

Apakah setelah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU140, UMNO masih mengharapkan kepada MCA dengan membelakangi PAS jika kawasan Melayu yang berpotensi dimenangi oleh calon Melayu.

Hanya dengan berselindung disebalik “setia kawan” sekalipun, jelas telah gagal maka perlu diserahkan juga kepada MIC atau MCA.

Adalah lebih baik sekiranya MCA memberi tumpuan kepada kerusi majoriti bukan Melayu yang nampaknya mempunyai prestasi buruk sehingga gagal dipertahankan.

6. UMNO dan juga PAS kena ingat dan sedar sekarang ini momentum menolak Pakatan Harapan (PH) semakin hari semakin menebal dikalangan orang Melayu.

Jangan kerana hendak menunjukkan setia kawan kepada MCA dan MIC, akibatnya orang Melayu mulai mual dan bosan dengan MN pula, sedangkan sudah terang lagi bersuluh MCA dan MIC GAGAL menawan pengundi bangsa mereka sendiri.

7. Cukup-cukuplah bermain strategik politik pusing sana sini namun masih beralasan mahu menjaga hati setia kawan, sedangkan kawan itu sendiri mengkhianatinya – hingga ke tahap kehilangan kerajaan dan akibatnya segala yang dibina oleh UMNO semasa mentadbir kerajaan sekian lama dalam sekelip mata tergadai dan lenyap dari pandangan akibat dilelong.

Apakah UMNO mahu mengatakan MCA dan MIC tidak bersalah?

8. Dan ahli UMNO harus ada Saja’ah (BERANI) bersuara menegur dan menasihati pemimpin yang sudah tamat tarikh luput atau sudah patut berundur kerana terpalit dengan sejarah yang tidak menyenangkan.

Dan pemimpin itu juga harus menerima kenyataan bahawa dirinya sudah menjadi liabiliti kepada parti.

Ahli-ahli bawahan sudah menyampah dan meluat dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin yang buruk perangai itu.

Perubahan paradigma perlu dilakukan, UMNO dan PAS adalah parti sandaran majoriti orang Melayu, maka pemimpin harus berani menghadap cermin dan berani pula mengatakan di mana letaknya dirinya di dalam parti?

Adalah lebih elok pemimpin-pemimpin tersebut berundur secara terhormat.

9. Sekiranya MN masih pengecut dan tidak mempunyai kejantanan untuk berbuat demikian.

Pemimpin-pemimpin Melayu kena peka dan bertindak bijak serta segera menghantar calon Melayu di kawasan Melayu untuk mensabotaj rancangan kiasu dan Cina.

Umat Melayu Islam perlu lebih bijak dan berlepas diri daripada politik kepartian sempit.

Sebanarnya Melayu tidak ketandusan. Tanpa UMNO dan PAS, kita masih mempunyai parti-parti Melayu lain seperti PUTRA, BERJASA dan IKATAN.

Sekiranya MN masih meletakkan calon MCA, umat masih mempunyai calon Melayu Islam lain yang boleh dipilih.

10. Umat Islam mesti ada pilihan memilih Melayu Islam dalam setiap kawasan yang dipertandingkan.

Mesti ada calon Melayu Islam, tidak kira parti apa sekalipun, dan jika terdapat Melayu lawan Melayu, maka pengundi harus bijak memilih Melayu Islam yang mempunyai integriti, intelektualiti, spiritualiti (kerohaniah) yang tinggi serta berakhlak mulia, beradab dan tawadhu.

Semua ini perlu bermula dengan ilmu, mempunyai kefahaman dalam politik Islam dan bukan politik kepartian, ini perlu mula diajar di masjid-masjid sebagai pencetus proses overhaul politik Melayu Islam di Malaysia.

Oleh: Haji Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT

Monday, June 22, 2020

Di Manakah 'Jantan' Pemimpin Politik Melayu

Demi masa depan bangsanya, MCA, DAP, Gerakan saling bekerjasama
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menegaskan, beliau konsisten berpendirian bahawa parti politik MCA, DAP dan Gerakan sebenarnya saling bekerjasama serta lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Beliau berkata, parti-parti itu pada hakikatnya saling bekerjasama untuk memperjuangkan ekonomi, bahasa, budaya dan masa depan politik bangsa Cina di Malaysia.

Usaha parti-parti politik ini, katanya, digiatkan melalui pelbagai forum dan persatuan yang kuat lagi serta menyatukan mereka.

“Contohnya seperti Dewan Perniagaan Cina, persatuan Dong Zhong, Hua Zhong dan lain-lain lagi,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Bahkan, kata beliau lagi, hakikat itu jelas dilihat dalam sikap MCA dan DAP terhadap pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi di sekolah.

“Pemimpin MCA sendiri membantai tulisan Jawi di kalangan bangsa Tiong Hua dengan menggunakan medium bahasa Mandarin berkali-kali dan ini bukanlah secara kebetulan.

“Ini hanyalah satu daripada contoh hipokrasi mereka,” dakwanya.

Terdahulu, aktivis Adrian Lim Chee En dalam satu portal berita dilaporkan mendedahkan parti komponen BN, MCA bersikap licik dalam menghasut komuniti Cina berhubung cadangan pengajaran tulisan Jawi melalui penggunaan bahasa Mandarin.

“MCA ini licik. Apabila dia nak hasut orang Cina, dia siar kenyataan dalam Mandarin agar orang Melayu tidak faham.

“Jadi, saya bantu terjemahkan kenyataan-kenyataan anti-Jawi dari MCA untuk bantu sahabat-sahabat Melayu saya faham apa hasutan mereka,” katanya.

Adrian berkata, antara pemimpin MCA yang kelihatan memegang kain rentang anti tulisan Jawi itu ialah Datuk Seri Wee Ka Siong yang kini Menteri Pengangkutan dan Datuk Dr Mah Hang Soon yang sekarang Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut berbuat demikian Tan Teik Chang yang kini Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang dan Chong Sin Woon yang sekarang dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.

Kesal dengan perkara itu, Prof Zainur mempersoalkan, prinsip pemimpin-pemimpin Melayu yang ada dalam kerajaan hari ini terhadap Ahli Parlimen MCA yang sangat licik ini.

“Di manakah ‘jantannya’ pemimpin politik hari ini dalam mendepani MP MCA yang hanya dua orang ini?

“Kenapa pemimpin politik Melayu hari ini masih lagi sibuk bergaduh sesama sendiri bertahun-tahun?,” soalnya. - ismaweb.net

Friday, June 19, 2020

Akhirnya Rais Pun Tinggalkan Mahathir

TAN Sri Rais Yatim seorang pemimpin yang sangat mementingkan tutur kata yang sopan dan menghormati adad serta adab Melayu yang tinggi.

Sebagai pemimpin politik berpengaruh, sokongan dan gerakan politik beliau sentiasa memberi kesan mendalam.

Beliau memilih untuk bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam Bersatu dan berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu.

Ramai yang tidak tahu bahawa kedua-dua pemimpin ini adalah akrab dan Rais juga sering menegur Dr. Mahathir khususnya yang membabitkan pentadbiran serta dasar negara yang tidak selaras dengan kebajikan rakyat.

Sebagai pemimpin veteran Rais berpendirian beliau tidak perlu takut untuk menegur pemimpin utama negara demi kebaikan rakyat.

Namun akhirnya Rais sendiri meninggalkan Dr. Mahathir dan besar kemungkinan kerana kedegilan Dr. Mahathir hingga sukar mendengar teguran beliau.

Rais sering membangkitkan soal politik menjaga perut rakyat. Perkara itu berkali-kali ditegur beliau terhadap Dr. Mahathir sama ada di dalam pertemuan formal atau tidak formal.

Bagaimanapun Dr. Mahathir tetap dengan dasar beliau yang memaksa rakyat menjerut perut serta dituduh malas dan akhirnya kerajaan PH mulai dibenci oleh majoriti rakyat.

Dr. Mahathir pada asalnya dikatakan telah bersetuju dengan Langkah Sheraton iaitu membawa keluar Bersatu dari PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama gabung PAS serta BN.

Langkah itu dibuat kerana kerajaan PH terlalu banyak berpolitik sehingga gagal berfungsi sebagai kerajaan untuk membela rakyat.

Beliau bagaimanapun membuat pusingan U dan kembali kepangkuan DAP serta PKR menjadi pembangkang.

Dan kini beliau terpaksa merayu kepada PKR supaya terus menyokong beliau sebagai perdana menteri sebagaimana DAP, untuk menumbangkang kerajaan PN.

Dr. Mahathir sedang berusaha memurnikan DAP dengan meyakinkan orang Melayu bahawa parti cauvanis Cina itu tidak merbahaya dan bukannya berniat jahat untuk menghancurkan Melayu.

Sedangkan selama hampir 22 bulan memerintah negara, terang-terangan DAP berusaha untuk merampas semua hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Malah sejak sekian lama berada di dalam kerajaan, Dr. Mahathir tidak putus-putus mengingatkan orang Melayu tentang bahaya agenda DAP yang akan menyebabkan Melayu terpinggir di tanah air sendiri.

Selain memurnikan DAP, Dr. Mahathir memainkan peranan halus dalam peletakan jawatan CEO-CEO di dalam GLC yang kononnya kerana enggan bersekongkol dengan kerajaan PN yang korup.

Begitu juga naratif yang hampir sama sebelum pilihan raya lalu dibuat apabila beliau menutup kedai rotinya bagi memperlihatkan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat buruk.

Golongan bijak pandai Melayu khususnya, cukup mudah tertipu dengan persona yang ditebar oleh Dr. Mahathir dan akhirnya mula menyokong gerakan yang dilancarkan walaupun kebanyakan mereka bukanlah ahli mana-mana parti.

Dan apabila tiba pilihan raya mereka akan berkempen serta menggunakan pengaruh di dalam keluarga dan masyarakat untuk menumbangkan kerajaan.

Bagi kerajaan PN, khususnya BN jika mereka tidak menyedari taktik itu, mereka akan jatuh ke dalam lubang yang sama. – SM

Thursday, June 18, 2020

Kembalikan GST: Ada Berani?

DI SESETENGAH tempat, bilangan pengunjung ke pusat beli-belah nampak ramai. Mungkin disebabkan mereka mahu `balas dendam’ terkurung tiga bulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tetapi tanya hati sendiri. Mesti terdetik rasa `sedikit kurang seronok’.

Hendak masuk ke pusat beli-belah, anda kena cari pintu yang dibuka kerana walaupun ada banyak eskalator atau lif, ia dikurangkan menjadi satu atau dua sahaja. Ia berkaitan kesulitan pengurusan pusat beli-belah mengadakan tempat pendaftaran dengan tenaga yang terhad.

Ia jadi lebih boring bila hendak masuk ke kedai individu. Lagi sekali kena daftar dan tembak dahi. Hendak pakai aps MySejahtera pun ada kedai yang tidak ada aps tersebut. Jangan tanya kenapa. Pengurus mungkin ingat dia kena bayar pakai duit poket sendiri (ia percumalah, bro!)

Ada sekali lalu di hadapan kedai perabot Eropah, nampak orang sanggup berbaris panjang di tengah panas semata-mata untuk memasukinya. Amboi gigihnya!

Hendak makan pula, memang dilema jika datang ramai sebab satu meja hanya dibenarkan dua orang. Paling lawak, seorang kena duduk paling hujung sendirian – nak kata pengerusi tak juga, apalagi speaker dewan sebab agak berjarak. Lebih senang berhubung guna Whatssap daripada cuba bercakap dalam nada tinggi supaya dia boleh faham.

Ini semua `normal baharu’. Selagi vaksin Covid-19 belum ditemui, belum disahkan mujarab, selama itulah perkara tersebut di atas jadi amalan. Kalau rimas, elakkan semua lokasi di atas. Tiada masalah besar. Masa PKP semua dah berlatih pesan makanan guna penghantar bermotosikal. Di rumah, semua anak beranak boleh duduk semeja dan meriah.

Hilang Kerja
Satu perkara yang pasti dan sudah pun berlaku akibat bencana pandemik covid-19 ialah perniagaan melingkup mengakibatkan orang kehilangan pekerjaan. Tidak pasti bagaimana penerimaan anda masing-masing.

Bagi yang bekerja dengan kerajaan, mungkin paling terjamin kerana dalam apa keadaan sekali pun, perkhidmatan awam hanya melaksanakan dasar tiada pengambilan baharu. Jarang ada pemberhentian berskala besar.

Dan ini tidak sama kerja kerajaan yang dibuat atas dasar lantikan politik. Bila perdana menteri meletak jawatan, memang semua hilang pekerjaan. Tapi itu kejadian sebelum kuatkuasa PKP.

Yang paling rapuh, paling vulnerable adalah pekerja sektor swasta, khususnya dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan. Impak yang terkena kepada sektor perhotelan, memang diketahui.

Ada yang mengatakan hotel yang terpilih sebagai hotel kuarantin, boleh survived sepanjang PKP. Saya diberitahu selepas tamat kuarantin 14 hari, tidak bermakna pengusaha dapat bayaran sewa bilik. Kena tunggu juga. Sementara hendak tunggu, modal operasi memang pusing kepala.

Tetapi bukankah hotel yang terpilih itu terdiri daripada hotel yang memiliki rangkaian? Bukan berstatus rumah tumpangan kendalian orang perseorangan. Tentulah mereka boleh survived. Itu persepsi liar. Bila bilangan sewaan bilik sekadar 20% sebulan, hotel bertaraf tujuh bintang pun boleh tersungkur dalam tempoh 3 bulan PKP.

Begitu juga industri media. Akhbar-akhbar arus perdana walaupun memiliki sayap berita dalam talian masing-masing, tahu tanpa sokongan versi cetak, daya hidup mereka pun turut terjejas.

Minggu lepas, tersebar angka cetakan yang menyeramkan. The New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro di bawah Media Prima, dikira secara bergabung sekadar terjual 70,000 naskhah. Ketika akhbar Utusan Malaysia tamat riwayat akibat bangkrap pada Oktober 2019, angka jualannya ialah 60,000 naskhah.

Sudahpun terbit berita Media Prima berkemungkinan mengadakan satu lagi pusingan Skim Pemberhentian Kerja Sukarela (VSS). Tidak pasti sejauh mana kebenaran, walaupun teman-teman di Media Prima mengakui mereka sudah diminta bersedia untuk dipotong gaji.

Secara peribadi, sebagai bekas anggota akhbar yang ditutup akibat masalah kewangan, apa yang berlaku di Media Prima dapat saya rasai sama peritnya sekarang kerana sudah pun melaluinya, hilang kerja, menjadi murung, menjadi penerima manfaat Skim Insurans Pekerja Perkeso selama enam bulan dan kemudian cuba bangkit semula untuk menyara hidup sekarang.

Insyallah, kepada yang kehilangan kerja akibat Covid-19 ini, anda boleh bangkit semula. Anda boleh lakukannya. Hilang kerja tidak semestinya dunia sudah berakhir. Mungkin dulu tergolong dalam kelas T20, tiba-tiba hilang menjadi B40 dan layak menerima duit saguhati kerajaan RM30, semua ini akan menjadi pendorong untuk kita bangkit, bangkit dan terus melangkah memperbaiki kehidupan.

Hidupkan semula GST
Beberapa penganalisis ekonomi termasuk pakar percukaian kini perlahan-lahan mula meluahkan apa yang suatu masa dahulu dianggap pendapat `paling tidak popular’, malah merupakan satu penyebab kerajaan BN digulingkan iaitu Cukai Barangan & Perkhidmatan atau GST.

Benarkah? Begitu jeliknya GST ini diperlakukan oleh ahli politik yang menggunakannya sebagai senjata ampuh menumbangkan kerajaan, dan kita tertawa kebodohan kepada diri sendiri membaca pernyataan kerajaan PH yang mengakui kerugian 50% daripada kutipan yang dicatat GST sebelum itu.

Untuk rekod fakta sahih, GST yang berkuatkuasa pada 1 April 2015 meraih hasil cukai RM41 bilion pada 2016 dan RM44 bilion pada 2017.

Rakyat dibuai dengan tiga bulan bebas cukai selepas kemenangan pilihan raya umum PH pada Mei 2018 sebelum penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST 2.0) pada 1 September 2018. Untuk rekod sahih, SST sekadar mencatat perolehan RM27.5 bilion.

Untuk rekod sahih, GST bukanlah suatu sistem percukaian direka daripada ilham hasil mimpi Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bermalam di Pekan, Pahang. Sebaliknya ia adalah hasil rundingan dan perbincangan pakar-pakar ekonomi negara yang diminta mencari satu kaedah bagaimana hendak menutup ketirisan yang dinikmati para peniaga tetapi merugikan negara sekian lama.

GST dimomok oleh penentang Najib sebagai sistem percukaian ala-penjajah British yang hanya merugikan penduduk yang dijajah. Kononnya, rakyat membayar berganda berbanding SST. Hanya selepas GST ditamatkan oleh PH dan diganti dengan SST pada 1 September 2018, baharulah kita sedar bahawa harga cukai perkhidmatan minum di restoran itu tidak menurun sesen pun! Sebab itu tak perlu sibuk tinggalkan duit tips di restoran. Mereka sudah caj service tax kaw-kaw!

Satu aspek kelemahan GST yang diperakui ramai ahli ekonomi luar dan dalam negara ialah kadar 6% yang anggap mengejut dan membebankan secara mendadak.

Atas hujah serupa jugalah mengapa sekarang ada sebilangan ahli ekonomi, pakar percukaian mula berani menyarankan agar diperkenalkan semula GST. Ini kerana ia adalah kaedah percukaian paling berkesan untuk negara meraih hasil.

Dan hasil ini sangat-sangat penting ketika kerajaan berusaha memulihkan negara kesan pandemik Covid-19.

Tetapi di dalam keadaan banyak perniagaan pun sedang sakit sekarang, apakah pengenalan semula GST ini kena pada masanya?

Secara umumnya, memang tidak sesuai tetapi jika sewaktu aman pun SST hanya mencatat RM27.5 bilion, berapakah boleh diunjurkan semasa Covid-19 ini? Kira nasib baik jika dapat raih RM9 bilion.

Oleh itu, GST boleh diperkenalkan semula tetapi pada kadar yang lebih rendah seperti 3% mulai sekarang sehingga 2021. Tahun hadapan, kerajaan boleh mengkaji semula sama ada hendak melanjutkan 3% GST atau naikkan kepada 4%. Bergantung kepada prestasi ekonomi negara tahun hadapan.

Dan tidak perlu `blanket ruling’ GST ini dilaksanakan. Pekebun kecil getah atau kelapa sawit misalnya, hanya dikenakan cukai GST bila komoditi mencatat kenaikan harga.

Samalah seperti inisiatif kerajaan sekarang seperti pengecualian cukai perkhidmatan bagi hotel, pelepasan cukai bagi pengurangan sewa, penangguhan pembayaran cukai adalah langkah yang betul bagi membina semula ekonomi negara.

Tapi kalau saranan ini pantas dijadikan senjata politik sekali lagi, saya minta rakyat yang sayangkan negara supaya meneliti sedalam-dalamnya pandangan dan hujah pakar-pakar ekonomi luar dan dalam negara untuk anda benar-benar faham bahawa GST adalah sama dengan sistem percukaian yang diamalkan di negara Barat.

Kurangkan membaca celaan politik mengenai GST. Negara kita perlukan bantuan kita semua untuk pulihkan ekonomi. GST ini adalah satu daripada jalannya.

Wednesday, June 17, 2020

Peranan Politik Tun M Sudah Berakhir

Integriti perjuangannya sudah tiada lagi, hanya tinggal dendam
Peranan politik Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berakhir kerana beliau bukan lagi individu yang mempunyai kedudukan di dalam Pakatan Harapan (PH), kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, selain bilangan kerusi yang dimiliki pasukannya semakin berkurang, Dr Mahathir juga kini dipecat dari parti yang diasaskannya sendiri –
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Justeru, Ustaz Abdullah mempersoalkan apakah permintaan yang bekas Perdana Menteri itu boleh tuntut daripada rakan komponen dalam PH iaitu PKR dan parti rasis, DAP.

“Hakikatnya peranan politik beliau sudah berakhir. Integriti perjuangannya sudah tiada lagi.

“Hanya dendam dan kepentingan diri. Sebelum ini ramai yang percaya Dr Mahathir akan bela Melayu dan Islam dalam PH, tetapi sekarang segalanya ternyata salah.

“Semua hairan bagaimana beliau sanggup jadi alat dipergunakan PKR dan DAP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri bersama empat lagi Ahli Parlimen dari Bersatu dipecat berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Selain Dr Mahathir, empat lagi yang dipecat adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Difahamkan, mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Bersatu mula berpecah kepada dua kem selepas Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa parti berkenaan keluar PH sebelum membentuk kerajaan PN bersama UMNO dan PAS serta sebahagian Ahli Parlimen PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Manakala, Dr Mahathir bersama penyokong setianya terus bertegas untuk bersama dalam gabungan PH. - ismaweb.net

Penganiayaan Secara Sistematik...

Murid bukan Cina dianiaya di sekolah aliran Cina – Robin Wong
Oleh kerana semua orang mula berkongsi cerita pengalaman rasis masing-masing, ini pula adalah pengalaman saya. Cerita agak panjang, jadi mungkin kalian boleh bancuh teh ais atau sediakan jajan sambil membaca.

Sebahagian besar tahu bahawa saya memilih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya saya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Saya memilih TIDAK bertutur dalam Bahasa Mandarin.
Semasa saya tiba di KL pada tahun 2008, saya secara sedar menolak belajar bahasa Kantonis, dan ini adalah keputusan saya sendiri, dan saya akan terus pertahankannya sepanjang hayat saya.

Ya, ini ada kaitannya dengan perkauman, saya rasa sudah tiba masanya saya mengatakan kebenaran saya, dan jika anda mengambil berat tentang saya sebagai rakan, ini adalah peluang anda untuk mengetahui mekanisma yang membuatkan saya terdetik.

Saya pergi ke sekolah rendah Cina di Kuching yang mempunyai aliran Melayu. Dua kelas diajar dalam Bahasa Cina sepenuhnya, dan satu kelas dalam Bahasa Melayu.

Ibu saya memilih untuk mendaftarkan saya ke aliran Melayu kerana dia bimbang saya tidak dapat menangani begitu banyak bahasa yang semakin meningkat, dan dia melihat pentingnya Bahasa Melayu di Malaysia.

Berkatilah dia, dia seorang yang berwawasan dan masih kekal seperti itu. Ya ampun, kekejaman yang saya saksikan di sekolah Cina itu memberi kesan kepada saya seumur hidup.

Kelas aliran Melayu terdiri daripada sekitar 20-30% pelajar Melayu, sekitar 50% orang Cina (ya, kami mempunyai pelajar Cina dalam aliran Melayu di sebuah Sekolah Cina, saya adalah salah seorang dari mereka), dan kami juga mempunyai Anak Negeri Sarawak yang kaum lain, termasuk Iban dan Bidayuh.

Guru-guru dari kelas aliran Cina adalah raksasa dari dimensi neraka.
Mereka tanpa alasan yang baik masuk ke kelas kami (mereka tidak mengajar kelas kami, kami adalah aliran Melayu) sementara kami menunggu guru seterusnya tiba dan kemudian menjerit "KAMU SEMUA BODOH! KAMU SEMUA TAK GUNA BODOH!".

Saya ingat perkataan bodoh telah digunakan lebih dari 10 kali dalam jeritan itu.

Terdapat zon di sekolah itu. Pelajar aliran Melayu tidak dibenarkan berjalan ke zon aliran Cina. Pernah suatu ketika saya sakit perut, dan tandas terdekat dengan kelas saya pula penuh, jadi saya berlari ke zon Aliran Cina, yelah, kecemasan kan ... tidak sabar.

Seorang cikgu itu nampak saya, dan memberi amaran kepada saya dengan lembut agar tidak menyeberang ke zon mereka. Saya bernasib baik kerana hanya mendapat amaran. Rakan sekelas Melayu saya yang kebetulan berjalan secara tidak sengaja kena dua kali rotan.

Saya telah melihat bagaimana guru aliran Cina secara sistematik telah menyeksa, membuli, menganiaya kanak-kanak yang tidak bersalah secara lisan dan fizikal, hanya kerana mereka bukan orang Cina.

Saya sangat muda pada ketika itu. Saya tidak tahu apa-apa. Tetapi pengalaman ini berputar-putar dalam fikiran saya selama-lamanya. Ia adalah rasisme, dan ternyata ianya berlaku.

Semasa saya berpindah ke sekolah Menengah St Thomas, saya terlepas dari rasa ngeri ini. Sekolah ini mempunyai minoriti Cina, dan majoriti pelajarnya terdiri daripada kaum bumiputera. Tidak ada yang boleh berbahasa Cina di sekolah ini, kami menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Sarawak secara bergantian.

Saya diajar bahasa Mandarin sejak muda, tetapi dengan cepat saya menyedari satu perkara. Sekiranya saya bercakap bahasa Mandarin, rakan-rakan Melayu / Bukan Cina saya tidak dapat memahami saya.

Ini adalah masalah dengan masyarakat Cina di Malaysia. Adakah anda sedar bahawa semangat anda untuk melindungi identiti dan tradisi anda telah menimbulkan isu dan masalah kepercayaan dari kaum lain?

Saya kagum dengan rakan Jepun saya di Universiti. Ok kita keluar dari topik sedikit tetapi percayalah ini juga berkaitan.

Saya mempunyai 4 rakan pelajar pertukaran Jepun yang saya temui di Universiti, nama mereka adalah Shoko, Tomoko, Michiko dan Kensuke. Beberapa dari mereka ada dalam senarai rakan FB saya sekarang.

Mereka dengan sengaja memilih dan berjanji satu sama lain TIDAK untuk berbahasa Jepun sepanjang masa di Perth, Australia, bahkan kepada diri mereka sendiri, sehingga orang lain dapat memahami mereka dan mereka dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Kembali ke kisah utama saya, saya minta maaf jika anda merasakan saya tidak bercakap bahasa Cina kepada anda adalah sebagai satu sikap yang sombong, tetapi saya tidak mengharapkan anda memahami pendirian saya.

Tetapi sebagai rakyat Malaysia, anda seharusnya dapat berbahasa Melayu yang mana ia lebih penting daripada berbahasa Cina.

Saya berjanji TIDAK PERNAH akan berbahasa Cina lagi, sebagai protes kepada semua kengerian yang telah saya saksikan ketika membesar, bersekolah di sekolah rendah Cina itu.

Sebilangan guru di sana lebih menakutkan daripada makhluk jahat dari filem seram.

Salah satu cara untuk MENGHENTIKAN perkauman di Malaysia? TUTUP SEMUA SEKOLAH CINA. Noktah.

Kita tidak memerlukan sekolah Cina. Untuk apa? Untuk meneruskan tradisi?

Bukankah kita sepatutnya merangkul kehidupan kita di sini di Malaysia dan mewujudkan Malaysia baru di mana kita hidup bahagia dengan SEMUA kaum lain, bergandingan tangan, dan tidak membiarkan bangsa atau bahasa memecah-belahkan kita?

Saya tidak menentang orang yang boleh berbahasa Cina, itu adalah pilihan anda. Sama seperti saya memilih untuk tidak boleh berbahasa Cina.

Tetapi, jika anda orang Malaysia, dan anda tidak boleh membina ayat Bahasa Melayu yang lancar, atau menulis surat dalam bahasa Melayu, kita tidak akan menjadi kawan baik.

Penulis: Robin Wong  Terjemahan: Cinca

Tuesday, June 16, 2020

Toleransi Tahap Gaban

Roboh kuil haram, Melayu rasis!
BELUM pun Adib mendapat keadilan, semangat rasis orang India diapi-apikan semula oleh P. Ramasamy, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Kali ini, kerana Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak dalam halaman Kemta Komunting, Taiping, telah di roboh.

P. Ramasamy berkata, beliau difahamkan kuil tersebut telah diroboh oleh pihak berkuasa penjara walaupun terdapat jaminan daripada kerajaan negeri kepada pemilik kuil, Hindu Sanggam Malaysia dan MIC ianya tidak akan dirobohkan

Beliau seterusnya berkata “PN munkin tidak terlalu berlainan daripada BN, malah ia mungkin lebih buruk kerana hanya terdapat seorang bukan-Melayu sebagai token dalam gabungan itu.”

“Berat sebelah terang-terangan PN terhadap orang bukan Melayu atau bukan Islam mungkin menimbulkan perbezaan antara etnik dan antara agama dalam suasana anti-etnik Malaysia.

Saya akan melawat tapak tersebut di Taiping dalam masa terdekat untuk memastikan siapa yang bertanggungjawab atas perobohan kuil itu.”

Sebelum kita bincang apa yang dikatakannya, kita perlu ambil perhatian kepada fakta sebenar mengenai tindakan merobohkan kuil itu, kerana apa yang dibesar-besarkan ialah betapa tidak adilnya tindakan itu.

Kuil itu dibina di atas tanah kerajaan Persekutuan yang dimiliki Jabatan Penjara, tanpa kebenaran. Mungkin kerana kasihan, kurang prihatin atau cuai, seperti di merata-rata tanah kerajaan di seluruh negara, kuil itu dibiar beroperasi entah berapa lama, sambil ia semakin dibesarkan. Biar apa pun, kuil itu berada di atas tanah kerajaan secara haram. Orang-orang yang membinanya dan memilikinya adalah penceroboh. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang. Kerajaan berhak meroboh kuil itu bila-bila masa.

Masalahnya ialah campur tangan ahli-ahli politik. Saya katakan, di negara ini orang politiklah yang menyusahkan dan menjadi penghalang pelaksanaan undang-undang oleh penjawat awam. Sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka adalah pembuat undang-undang. Sepatutnya merekalah yang menghendaki undang-undang yang mereka buat itu dilaksanakan dengan tegas terhadap orang-orang yang melanggarnya.

Tetapi tidak, kerap kali merekalah yang akan campur tangan untuk mengelak ia dilaksanakan apabila ia mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan undi. Dalam kes ini, daripada kenyataan P. Ramasamy itu, kita percaya, apabila kuil itu hendak diroboh, Hindu Sangam Malaysia dan MIC negeri Perak telah membuat representasi, besar kemungkinan kepada kerajaan negeri Perak supaya ia tidak diroboh. Maka, mengikut beliau, kerajaan negeri (Perak) telah memberi jaminan kepada Hindu Samgam Malaysia dan MIC bahawa ia tidak akan diroboh.

Siapa yang memberi janji sedemikian? Ahli politik negeri Perak? Tanah itu kepunyaan kerajaan Persekutuan. Mereka tidak ada bidang kuasa membuat janji sedemikian. Lagi pula, jika ada janji sedemikian pun, ia tidak akan mengikat kerajaan Persekutuan.

Kita juga percaya, seperti biasa, ahli-ahli politik itu, kerana digertak pengundi-pengundi India akan mengundi pembangkang jika kuil itu dirobohkan, kerana takut kehilangan undi dan kalah dalam pilihan raya, akan merayu kepada Jabatan Penjara dan kerajaan Persekutuan supaya tidak merobohnya.

Tidak mustahil, seperti berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya, pemilik-pemilik kuil itu telah ditawarkan pula dengan tanah gentian dan “pampasan” untuk membina kuil baru. Lebih buruk lagi, kita lihat apa yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya yang mengorbankan nyawa Adib itu, setelah menerima tawaran tanah gentian dan wang “pampasan”, mereka masih enggan berpindah lagi. Perhatikan bagaimana penceroboh mendapat tanah dan “pampasan” dengan sokongan parti politik dan NGO mereka dan naifnya ahli-ahli politik Melayu!

Apabila, ia diroboh, melentinglah ahli-ahli politik mereka, menyalahkan kerajaan (PN) atas sebab hanya terdapat seorang bukan Melayu dalam kerajaan PN. Ertinya, yang disalahkan adalah orang Melayu yang kerana banyaknya dalam kerajaan, bersikap rasis dan melakukan ketidakadilan kepada orang bukan Melayu. Penceroboh menjadi mangsa ketidakadlilan kerajaan yang diterajui orang Melayu yang rasis! Perhatilah bagaimana fakta diputarbelitkan.

Keadaan seperti ini telah menggalakkan beratus-ratus kuil agama Hindu dibina di seluruh negara, terutama sekali di atas tanah kerajaan. Atas sebab yang sama juga tiada tindakan diambil. Masalah ini semakin hari menjadi semakin serius.

Satu misalan ialah kuil di Hospital Kuala Lumpur. Saya masih ingat, dalam tahun 1970-an, ia masih kecil, bertiang kayu dan berbumbung zink. Hari ini lihatlah betapa besarnya ukiran-ukiran tokong yang sedang dilakukan.

Kuil di Hospital Kuala Lumpur itu ditutup sekarang, mungkin pembinaannya ditahan. Sampai bila? Takutkah hendak merobohnya? Bagaimana jika berlaku perubahan kerajaan lagi dengan DAP sebagai penerajunya. Enam puluh tahun BN berkuasa, ia cuai atau tidak berani merobohnya. Tidak hairanlah jika kuil haram itu akan disahkan (legalised) apabila berlaku perubahan kerajaan. Itulah masalah orang Melayu: ada kuasa tidak tahu atau tidak berani menggunanya, walau pun sah mengikut undang-undang. Orang yang melanggar undang-undang lebih berani daripada orang yang dilindungi undang-undang.

Kembali kepada P. Ramasamy. Beliau seorang ADUN dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau melanggar sempadan ke Perak untuk menjadi wira “berjuang untuk menghapuskan ketidakadilan kerajaan majoriti Melayu yang rasis terhadap kaum India.” Tidak mahu kalah, saya tidak hairan jika MIC dan NGO-NGO juga akan turut serta. Maka berulanglah kisah kuil Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya. Di seluruh Malaysia terdapat beratus-ratus kuil haram di atas tanah kerajaan. Modal politik mereka tidak akan kehabisan.

Saya katakan, kerajaan perlu bertindak tegas: semua rumah ibadat, tidak kira, kuil, tokong, gurdwara, gereja. masjid dan surau (jika ada), atau apa juga, yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan atau tanpa mematuhi undang-undang hendaklah diroboh, tanpa diberi tanah gantian dan/atau pampasan. Penceroboh perlu diberi pengajaran, seperti di negara-negara lain, bahawa orang yang tidak mematuhi undang-undang tidak boleh mengharap keuntungan daripada perbuatan salah mereka.

Ahli-ahli politik kerajaan hendaklah jangan campur tangan. Mereka perlu tahu untuk apa mereka dipilih dan apa tugas mereka. Demikian juga ahli-ahli politik pembangkang. Malah, sesiapa yang menyokong dan menggalakkan pelanggaran undang-undang dan mengapi-apikan semangat rasis pihak yang melanggar undang-undang sambil menuduh pihak yang hendak melaksanakan undang-undang dengan sah, rasis dan tidak adil, dibawa ke muka pengadilan.

Penjawat-penjawat awam yang ditugaskan melaksanakan tugas-tugas itu perlu berani berdiri tegak dan menolak sebarang campur tangan ahli politik yang cuba menghalang mereka daripada melaksanakan tugas mereka itu.

Amat mendukacitakan, hari ini, moral ahli-ahli politik di negara ini berada di tahap yang paling rendah dalam sejarah. Siang malam, pemimpin-pemimpin parti memikirkan siapa lagi yang boleh “ditarik” untuk menyertai kumpulan mereka untuk merampas kuasa atau kekal berkuasa. Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN sibuk membuat perkiraan sama ada harganya memadai untuk membuat lompatan. Saya akui bahawa mareka adalah kumpulan minoriti, tetapi bilangan mereka telah naik mendadak selepas PRU-14.

Dalan hal ini, Ahli-Ahli Parlimen PAS dan DAP adalah lebih kukuh pendirian mereka. Ini kerana, pada masa ini, mereka berada dalam parti yang kukuh dan mereka tidak ada pilihan lain yang lebih menguntungkan.

Penjawat-penjawat awam perlulah bersikap profesional dan menolak campur tangan ahli-ahli politik yang menghalang pelaksanaan undang-undang kerana kepentingan politik mereka. Pengundi-pengundi hendaklah menolak ahli-ahli politik yang tidak bermoral itu dan menyokong penjawat-penjawat awam dalam hal ini.

Itu sahajalah cara mengajar orang politik menghormati undang-undang supaya mereka dapat dihormati semula. Cara paling berkesan menangani ahli-ahli politik pembangkang ialah dengan tidak melayan mereka. Jika mereka melampaui garisan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan. Biar apa pun mereka tidak boleh dibiarkan mengulangi peristiwa di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya di kuil Sri Maha Mariamman di Komunting, Taiping dan lain-lain lagi.

Monday, June 15, 2020

Halau Babi-Babi Yang Mahu Rosakkan Tanaman-Tanaman Ini

Kerajaan Tanpa DAP Umpama Kebun Tanpa Babi, Kata Pensyarah
 KAMPAR – Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional yang diteraju oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terlalu jauh lebih bagus berbanding dengan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Edwin Michael, Pensyarah Sains Politik dan Kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman, membincangkan perkara itu laman Facebook miliknya.

Berikut merupakan tulisan beliau yang telah diterbitkan:

1. UMNO dan PAS membentuk Muafakat Nasional. Tindakan bijak ini bukan sahaja memberikan kelebihan dalam mendapatkan undi orang2 Melayu tetapi juga berjaya kukuhkan politik Melayu yang selama ini retak teruk.

2. Gabungan MN bersama PPBM dan membentuk PN ini dilihat akan terus mantapkan politik Melayu di negara ini. Dalam erti kata lain, hak dan kepentingan masyarakat Melayu akan lebih terjamin tanpa menafikan hak kaum minoriti.

3. Kekuatan politik Melayu adalah akar kestabilan sosioekonomi negara ini. Ini terbukti sepanjang 60 tahun negara dibawah BN. Dibawah PH pula ketegangan kaum adalah yang paling teruk dalam sejarah politik negara. Maka dibawah PN kita jangkakan Malaysia akan dapat kekalkan kestabilan politik dan sosioekonominya.

4. Apakah prestasi PN mengecewakan? Saya kata tidak berdasarkan kepada dua perkara utama iaitu kejayaan kerajaan PN dalam mengawal Covid19 dan juga keprihatinan kerajaan PN dalam menjaga kebajikan rakyat melalui pakej2 rangsangan ekonomi yang ternyata disambut baik oleh rakyat. Walau ada kelemahannya yang tersendiri, itu tidak membantutkan usaha kerajaan PN dalam menjaga rakyat.

5. Adakah rakyat protes secara terbuka dibawah kerajaan PN? Tiada. Rakyat berasa selamat, tidak gusar dan meletakkan kepercayaan penuh kepada pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PN. Tidak seperti ketika PH memerintah, saban hari ada saja rungutan rakyat tentang sesuatu keputusan kerajaan yang hanya untungkan kroni dan mereka yang rapat dengan pemerintah.

6. Perdana Menteri PN yang berkerja untuk rakyat. Bukan Perdana Menteri PH yang bekerja untuk kroni dan melabelkan rakyat pemalas.

7. Kerajaan PN bersama-sama MN telah membentuk satu perikatan politik yang stabil dan tiada apa-apa konfrontasi dengan kuasa asing yang memberikan pulangan positif dalam sektor pelaburan negara.

8. Perikatan parti politik yang stabil, diterima secara terbuka oleh rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat adalah perikatan yang pastinya akan menang dalam PRU15 nanti. PH telah buktikan ianya gagal dalam soal menjaga rakyat dan telah jahanamkan aset-aset negara serta Petronas.

9. Hanya satu masalah PN iaitu rakyat terpaksa hadap wajah-wajah seperti Azmin Ali, Zuraida, Rina Harun, Saifuddin Abdullah yang dilihat tiada ‘wow factor’ sebagai menteri PN.

10. PN ada kelebihannya untuk menang PRU15 namun ini harus mengambil kira dengan penyertaan GPS dan juga parti komponen yang lain seperti MIC dan MCA. Jadi mustahil PPBM mahu bertanding menentang MN yang pastikan akan pecahkan undi melayu dan berpotensi untuk berikan kemenangan kepada PH. Maka gabungan MN dan PPBM harus dilihat dari sudut positif.

11. Ingat, kerajaan tanpa DAP umpama kebun tanpa babi.

12. PRU15 ini lebih kepada menjaga kebun yang bakal berikan hasil tanaman yang baik dan halau babi-babi yang mahu rosakkan tanaman-tanaman ini.

Sumber: suara.tv

Monday, June 8, 2020

Bubar Dong Zong Jika Mereka Ikhlas Mahukan Keharmonian

Bubar Dong Zong jika mereka ikhlas mahukan keharmonian
Penganjuran kempen menangani rasisme yang dijalankan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) penuh dengan hipokrasi yang mahukan perhatian dan simpati.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, rakyat tidak pernah lupa bahawa Dong Zong merupakan pihak yang mewujudkan dan mempertahankan sistem sekolah vernakular dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Walhal, semua maklum bahawa UEC adalah sistem yang telah menjadi barah kepada perpaduan negara, tegasnya.

“Dengan ‘kuasa’ dan ‘pengaruh’ yang mereka ada, agenda-agenda subversif mereka ini didokong kuat oleh parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan sehinggakan mengiktiraf sistem UEC menjadi manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Haji Aminuddin berkata, rakyat tidak lupa bahawa penganjuran perhimpunan bekas-bekas anggota komunis yang diadakan pada tahun lalu telah dianjurkan dalam premis milik Dong Zong di Kajang, iaitu Kolej New Era.

Bahkan, katanya, rakyat juga tidak lupa bahawa Dong Zong telah menghasut masyarakat Cina dan sebahagian kecil masyarakat India untuk membenci tulisan Jawi dengan pelbagai tuduhan Islamofobik dan tidak masuk akal.

“Hasutan tersebut sangat berhasil sehingga sekolah-sekolah vernakular seluruh negara telah bangkit dan menggantung kain rentang dengan mesej-mesej anti-Jawi yang sangat mencabar kesabaran kita.

“Dong Zong jugalah yang ingin menganjurkan himpunan anti-Jawi secara besar-besaran yang menghimpunkan persatuan-persatuan cina seluruh negara, tetapi akhirnya dihalang oleh polis,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, rakyat tidak lupa bagaimana Dong Zong sangat berkuasa mengasak Kementerian Pendidikan ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan itu sehingga pelbagai tuntutan mereka dipenuhi dan berjaya mengakibatkan seorang Menteri Pendidikan letak jawatan.

“Paling penting, kita tidak lupa bahawa pengasas Dong Zong iaitu Lian Geok pernah dilucutkan kerakyatan Malaysia kerana ‘terlalu rasis’.

“Antaranya, beliau kuat menghasut rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong dan menghasut masyarakat Cina menolak sistem pendidikan negara melalui penentangan terhadap Penyata Barnes, Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib,” katanya.

Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, sejak dari awal penubuhan Dong Zong sehingga sekarang, sudah terbukti bahawa ia ternyata memecahbelahkan masyarakat.

Pun begitu, katanya, jika benar individu-individu di dalam Dong Zong ikhlas mahukan keharmonian, maka sistem pendidikan vernakular perlu dimansuhkan dan bangunkan bersama-sama sistem pendidikan satu aliran.

“Kemudian, bubarkanlah Dong Zong yang penuh dengan noda-noda dan kekotoran rasisme dan kebencian itu dan tinggalkan perjuangan pendidikan vernakular.

“Banyak lagi NGO Cina yang jauh lebih moderat, sederhana dan benar-benar ikhlas berkhidmat untuk masyarakat yang anda boleh pilih untuk menabur bakti,” katanya.

Sementara itu, kepada pihak kerajaan pula, beliau berharap agar petisyen rakyat menuntut Dong Zong diharamkan yang telah dihantar dalam bentuk memorandum kepada pihak kerajaan ketika zaman PH diambil tindkan oleh kerajaan Perikatan Nasional kini.

“Ingat, kami tetap akan berjuang sehingga sekolah vernakular dimansuhkan, tidak kira siapa pun menjadi kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Dong Zong melancarkan kempen media sosial ‘Menyalur Kasih Sayang Menjelang Wabak COVID-19’, kononnya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepelbagaian serta masalah rasisme dan xenofobia.

Pertubuhan radikal Cina itu mendakwa, sejak penularan COVID-19, ketakutan terhadap wabak ini telah membawa kepada kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat tertentu, terutama pekerja migran dan juga pelarian di seluruh dunia. - ismaweb.net

Dong Zong Cuba Perangkap Melayu?...Lancar Kempen Tangani Rasisme

Mereka dakwa Melayu tindas kaum Cina apabila sesama puak kiasu
Pertubuhan radikal, Dong Jiao Zong (Dong Zong) bersifat talam dua muka apabila melancarkan kempen yang kononnya sebagai usaha menangani kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat tertentu ketika pandemik COVID-19.

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris berkata, Dong Zong hanya bersikap harmoni dan bercakap mengenai hak sama rata serta perpaduan apabila mengeluarkan kenyataan kepada umum.

Namun, apabila berada sesama puak kiasu, Dong Zong akan bercakap mengenai penindasan kononnya Melayu tidak memberi peluang pekerjaan kepada kaum Cina, sedangkan syarikat mereka terang-terangan meletakkan Mandarin sebagai keutamaan, katanya.

“Mana boleh letak syarat begitu, ini negara Malaysia bukannya China atau Taiwan.

“Begitu juga Dong Zong akan menyentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu yang disifatkan oleh mereka sebagai rasis sebab hanya orang Melayu ada keistimewaan manakala bangsa lain tak ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kempen media sosial Menyalur Kasih Sayang Menjelang Wabak COVID-19 yang dilancarkan Dong Zong, kononnya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepelbagaian serta masalah rasisme dan xenofobia.

Pertubuhan radikal Cina itu mendakwa, sejak penularan COVID-19, ketakutan terhadap wabak ini telah membawa kepada kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat tertentu, terutama pekerja migran dan juga pelarian di seluruh dunia.

Menerusi kempen di media sosial, Dong Zong mengajak orang ramai agar menghasilkan slogan berkenaan konsep kepelbagaian dan mengambil gambar bersama slogan itu untuk dijadikan gambar profil di media sosial mereka.

Rashidi menyifatkan Dong Zong sengaja perangkap orang Melayu melalui kempen itu, kononnya sebagai rasis dan perkauman.

“Mereka perangkap orang Melayu dengan isu ini sebagai rasis padahal sejarah Tanah Melayu tidak begitu malahan orang Melayu memberi ruang yang luas kepada bangsa lain tinggal dan berniaga di negara ini.

“Tetapi mereka jadikan isu ini sebagai rasis. Dan banyak lagi yang menunjukkan Dong Zong selalu membangkitkan isu perkauman,” katanya.

Dong Zong antara pertubuhan yang rancak bergerak ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, apabila manifesto parti itu terkandung janji untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) – antara perkara yang diperjuangkan sejak dahulu.

Sepanjang 22 bulan PH mentadbir, pelbagai usaha digerakkan Dong Zong antaranya menolak pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan meminta kerajaan menambah bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). - ismaweb.net

Sunday, June 7, 2020

Politik Kayu Balak

Pada tahun 2002 hingga 2012 Malaysia berada pada kedudukan nombor satu di dunia bagi kehilangan hutan.

Laporan New Global Forest Map dengan jelas menyatakan bahawa Malaysia menghilangkan kadar 14.4 peratus daripada hutan dunia. Keadaan yang sama juga dilaporkan berlaku pada setiap tahun dengan kehilangan hutan diantara 60-200 ribu hektar.

Pada tahun 2016, 185 ribu hektar hutan dilupuskan, 2017 sebanyak 162 ribu hektar dan 2018 sebanyak 144 ribu hektar. Secara kasarnya antara tahun 2002 hingga 2018 sebanyak 2,508,553 hektar hutan telah dimusnahkan di seluruh negara dengan Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah sebagai penyumbang utama kepada kehilangan ini.

Negeri-negeri lain di Malaysia di semenanjung turut sama menyumbang akan tetapi Kelantan adalah penyumbang terbesar dan dijangka Kedah pula akan menyaingi Kelantan untuk menduduki carta antara penyumbang kehilangan hutan terbesar di Malaysia.

Sejak PAS menguasai Kelantan, pendapatan utama yang diperolehi adalah melalui hasil pembalakan yang boleh digelar sebagai politik kayu balak.
Walaupun ia diistilahkan dengan nama lain seperti penanam semula, deforestation dan lain-lain lagi, tetapi hakikatnya adalah merosakkan dan menghapuskan hutan semulajadi kurniaan Allah swt.

Pembalakan di Kelantan diibaratkan sebagai barah tahap empat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian pada 30 September 2019. Perkara ini dipertahankan dengan bermati-matian oleh pimpinan PAS termasuklah Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam sekitar yang baru.

Menggemparkan Malaysia
Pembalakan di Kelantan menjadi antara sumber hasil yang besar walaupun perkara ini pasti disanggah oleh mereka-mereka yang berkuasa. Pejuang politik kayu balak akan mengekalkan kekuasaan mereka dengan memperkukuhkan industri ini kerana banyak manfaat yang menantinya.

Penyakit suka menggondolkan hutan untuk menjana pendapatan mudah bagi negeri pimpinan PAS ini nampaknya mula meresapi negeri Kedah, negeri yang baru dikuasai PAS melalui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Yang menariknya, hanya selepas dua minggu menguasai negeri jelapang padi negara, Kedah berhasrat meneruskan kerja-kerja pembalakan dan menyambung semula lesen yang ditangguhkan semasa kerajaan PH menguasai negeri tersebut.

Kedah dijangka akan menjadi antara negeri yang bakal menyumbang kepada kerosakkan alam sekitar yang besar di Malaysia terutamanya menjejaskan kawasan Ulu Muda.

Sebuah kawasan tadahan air terbesar di utara semenanjung Malaysia yang mana akan menyebabkan terjejasnya pendapatan petani di Kedah, Perlis dan Perak Utara.

Politik kayu balak ini telah menggemparkan Malaysia dengan pendedahan kerajaan negeri Kedah berdepan saman RM1 bilion daripada pembalak, kemudiannya maklumat tersebut diperbetulkan oleh MB Kedah yang baru sebagai RM1.5 bilion. Perkara ini juga disokong oleh Menteri Alam Sekitar yang juga adalah dari parti yang sama. Bekas MB Kedah menafikan perkara ini.

Artikel ini bukannya bertujuan untuk menyerang kerajaan PAS, akan tetapi keadaan yang sama juga berlaku di negeri-negeri lain terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Ketika pemerintahan Taib Mahmud, masih ingatkah lagi kita seorang lelaki yang digelar Penan Putih, Bruno Manser yang hilang di hutan Sarawak pada 22 Mei 2000?

Beliau adalah seorang manusia yang melihat keindahan alam sekitar dan masyarakat asal yang tinggal di hutan sebagai lambang kemanusiaan yang tinggi.

Walaupun beliau digelar sebagai agen barat, pernah menjadi musuh nombor satu negara sebagaimana yang diistiharkan oleh Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1992, akan tetapi beliau telah berjaya membuka banyak mata di dunia tentang politik kayu balak di Malaysia, bagaimana struktur dan lumayannya industri ini hingga sanggup dipertahankan dengan bermati-matian.

Bukan sekadar rasuah malah pelbagai aktiviti jenayah lainnya juga dibawa sekali dengan politik kayu balak ini seperti pemburuan haram, pembunuhan, rogol dan lain-lainnya.

Mahathir pada ketika itu cukup lantang menentang Bruno Manser walaupun isu tersebut sampai ke pengetahuan PBB dan Kesatuan Eropah.

Industri eksport kayu kayan Malaysia hampir lumpuh dengan gerakan sistematik oleh Bruno Manser hingga memaksa Mahathir mengutus surat peribadi kepada Bruno Manser.

Mahathir juga pada masa itu sering menyalahkan Barat yang dilihat menekan Malaysia kerana memusnahkan hutan yang dimiliki negara. Malaysia, negara-negara Asia Tenggara dan Amerika Latin membekalkan hampir 80 peratus oksigen kepada dunia yang disebut sebagai paru-paru dunia.

Akan tetapi sekali lagi politik kayu balak cuba menjelaskan kepada dunia bahawa mengapa negara sepetti Malaysia harus memberhentikan pembalakan kerana ianya adalah sumber utama negara-negara membangun. Maka kita berterus-terusanlah merosakkan ekosistem dunia atas nama pembangunan.

Hingga nafi hak Orang Asli
Bagi kerajaan negeri yang berkuasa dan cuba menjadikan industri pembalakan sebagai sumber yang halal mungkin mereka beranggapan bahawa hutan adalah milik Allah swt dan ianya tidak perlu dipinta izin dari tuan tanah.

Hutan melalui kanun tanah negara adalah milik kerajaan negeri, maka tiada masalah untuk mereka menggondolkannya. Tetapi lupakah anda bahawa pemilik hutan, dan semua isi alam ini termasuklah jasad yang kita punyai ini adalah milik mutlak Allah swt.

Tidakkah kita berlaku adil kepada Tuhan yang maha agung pencipta hutan? Yang membuat kayu balak dan lain-lainnya. Jangan jadi lupa diri dan sombong dengan nikmat Allah.

Tidak cukup hanya menjaga hubungan dengan tuhan semata-mata, hubungan dengan manusia dan alam sekitar juga perlu dipelihara. Jika Allah dan manusia mempunyai hak-haknya yang perlu ditunaikan, perkara yang sama juga perlu ditunaikan kepada manusia orang asli dan alam sekitar termasuk kayu balak di hutan Kelantan, Kedah, Sabah mahupun Sarawak.

Seperkara lagi, kerana terlalu pentingkan politik kayu balak, maka masyarakat asal atau yang disebut sebagai Orang Asli sanggup anda nafikan hak mereka. Ya mereka mungkin tidak ada dokumen pemilikan tanah sebagaimana kita yang kononnya moden dan bertamadun ini.

Akan tetapi mereka menghuni hutan dan menduduki kawasan-kawasan tersebut lebih awal dari kita. Akan tetapi sama sekali anda tidak fikirkan nasib dan cara hidup mereka. Sudahlah berdakwah kepada mereka pun sekadar melepaskan batuk di tangga, dan sekarang hak-hak mereka anda rampas. Ingatlah anda semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt nanti.

Bagaimana pula kisahnya tentang banjir kilat? Tanah runtuh, banjir lumpur dan lain-lain lagi. Sama sekali akan dinafikan dengan apa cara sekalipun oleh kerejaan negeri dan pihak-pihak yang terlibat sebagaiamaman yang terjadi di Kelanta pada tahun 2015.

Seperti kejadian-kejadian tersebut tidak pernah berpunca daripada politik kayu balak ini. Ianya berpunca daripada perkara lain. Ya memang betul banyak faktor yang terlibat, akan tetapi politik kayu balak juga terlibat sama. Jangan nafikan perkara ini kerana anda akan menjawab dihadapan Allah swt nanti.

Akhirnya apa yang kita cari di dunia ini? Mahukah kita menjadi sebuah negara maju yang merosakkan segala sumber yang ada atas kepentingan diri dan agenda peribadi?

Jangan kita jadi kelompok yang akan diingati dalam sejarah sebagai perosak dan yang menjahanamkan alam sekitar untuk kejayaan politik kayu balak ini. Seperkara lagi yang tak payahlah dinafikan adalah berkaitan rasuah dalam industri pembalakan.

Laporan yang disiarkan akhbar juga sebelum ini menjelaskan bagaimana setiap agensi berkaitan pembalakan ini terlibat dengan rasuah. Malah SPRM melalui siaran media pada Jun 2019 juga menyatakan bahawa semua industri pembalakan adalah dalam radar mereka kerana rasuah yang melinkunginya. Maka sebab itulah politik kayu balak ini harus dihentikan.

Tiada politik kayu balak tiadalah rasuah. Bukankah Islam suruh jauhi rasuah? Jadi janganlah benarkan kawasan pembalakan baru dibuka. Memilih kemudharatan yang kecil dan mengelakkan kemudharatan yang besar adalah satu tuntutan.

Hutan dan kayu balak milik bersama. Bukan milik kerajaan negeri semata-mata yang boleh dibuat ikut sesuka hati anda. Suara rakyat tidak pernah diambilkira dalam menentukan kawasan perhutanan yang perlu dijahanamkan.

Kuasa yang dipegang ahli politik lebih mesra kepada tauke-tauke balak berbanding masyarakat dan rakyat yang mengundi mereka. Di mana demokrasi dan ciri-ciri Islamik yang diperjuangkan?

Ingatlah anda semua akan dipertanggungjawabkan dengan politik kayu balak yang diperjuangkan. Fikir-fikirkanlah untuk legasi anak-cucu dan generasi kita dihadapan.

Oleh: Dr Mohd Mizan Aslam

Saturday, June 6, 2020

Jadi Orang Suruhan DAP....

Tun M, Anwar perlu bekerjasama lawan Muhyiddin dan Najib: DAP
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bekerjasama melawan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, sekiranya kedua-dua pemimpin itu tidak bekerjasama, jumlah kerusi dimiliki Pakatan Harapan dan sekutunya (PH Plus) akan berpecah.

Menurutnya, selain Dr Mahathir dan Anwar, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut memainkan peranan penting dalam gabungan tersebut.

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 91 kerusi selepas pembelotan Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat Jugah Muyang. Bersama kumpulan Bersatu yang menyokong Dr Mahathir dan dua ahli Parlimen Bebas pro-Mahathir, PH Plus kini memegang 109 kerusi.

“Apa lebih penting, mengelakkan perpecahan dan menstabilkan 109 kerusi itu. Tidak kira sama ada Dr Mahathir atau Anwar yang akan menjadi calon Perdana Menteri,” katanya menerusi laman sesawang liewchintong.com, hari ini.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu, kedudukan Muhyiddin akan terancam sekiranya PH Plus yang terdiri daripada tiga komponen iaitu PH, Warisan dan kumpulan Dr Mahathir berjaya mempertahankan jumlah kerusi tersebut.

Ujarnya, DAP memahami kepentingan penyatuan kekuatan antara Dr Mahathir dan Anwar.

“Kita mesti bersedia untuk pilihan raya umum (PRU). Sekiranya kita sudah bersiap sedia, kita mungkin dapat menangkisnya kerana pihak lawan juga takut kalah PRU. DAP mesti mengelak daripada dijadikan ‘bogeyman’ oleh pihak lawan yang mahu meningkatkan ketegangan kaum.

“Bagi mengelakkan lawan kita memanipulasi sentimen perkauman untuk berkuasa, DAP perlu melakukan lebih banyak lagi dengan berada di barisan hadapan bagi memimpin dalam mempromosikan perpaduan nasional,” katanya. - sinarharian

Malaysia Miliki Kredibiliti Haramkan Arak

Negara berhak zahirkan keislaman serta melarang kemungkaran
Tiada kompromi dan toleransi perlu diberikan kepada arak bahkan ia sepatutnya diharamkan di negara ini kerana menjadi punca kemalangan jalan raya serta keruntuhan rumah tangga.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Naqib Zahid berkata, Malaysia mempunyai kredibiliti yang cukup untuk mengharamkan arak kerana merupakan sebuah negara Islam dan berhak untuk menzahirkan keislaman serta melarang kemungkaran.

“Ketahuilah bahawa pengambilan arak itu akan melibatkan risiko tinggi. Mereka akan memberi alasan ‘tidak mengapa, masih lagi di bawah kawalan’.

“Namun mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak tahu pun apa tahap kawalan mereka. Mereka mungkin mengata ‘ala sikit sahaja, tidak akan ambil lebih’.

“Namun mereka tidak sedar yang mereka telah melebihi ‘sikit’ yang mereka janjikan. Ada juga sesetengah daripada mereka yang mengatakan ‘arak ini ada baiknya’. Namun, mereka tidak sedar lebih banyak padahnya mengambil arak berbanding kebaikan yang mereka sebutkan itu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhammad Naqib berkata, arak juga bukan sahaja menjadi punca kepada kemalangan jalan raya, bahkan ada dilaporkan keganasan rumah tangga berlaku kerana pengaruhnya.

“Ada juga kes keruntuhan rumah tangga berpunca juga daripada pengaruh arak, malah lebih teruk lagi, ada juga jenayah bunuh berlaku kerana pengaruh minuman beralkohol itu.

“Sampai bila lagi kita perlu bertoleransi? Sampai bila lagi perlu kita menundukkan diri melihat keluarga mangsa menangisi mangsa akibat sikap tidak bertanggungjawab pemabuk arak? Sampai bila lagi perlu kita berdiam diri melihat arak merosakkan negara kita? Fikir-fikirkan sejenak,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Malaysia dikejutkan dengan siri kejadian pemandu mabuk. 3 Mei lalu, seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda, dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk.

Pada 22 Mei, seorang lelaki memandu kenderaan pacuan empat roda secara berbahaya di sebuah tapak perniagaan di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor menyebabkan lima orang cedera, sekali gus mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Terbaharu pekerja Alam Flora, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas terbabit kemalangan dengan seorang pemandu dipercayai mabuk di Jalan Kuantan-Gebeng berdekatan Kampung Bukit Rangin. - ismaweb.net

Friday, June 5, 2020

Rakyat Sudah Muak

Apakah pilihan raya umum ke-15 akan diadakan tahun ini?
Pakatan Harapan yang diketuai Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad secara berasingan memulakan perang psikologi untuk menimbulkan was-was terhadap bilangan sokongan ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mengapa perang psikologi ini dibuat melalui perspektif ini? Jika Muhyiddin tidak memiliki majoriti ahli Parlimen, siapakah yang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen?

Apakah Anwar ataupun Mahathir? Setakat ini Anwar dan Mahathir, kedua-duanya menyatakan mereka tidak tahu siapa ialah calon PM dari PH.

Jika salah satu mereka sudah mempunyai majoriti, sudah pasti perang psikologi akan berubah arah daripada menimbulkan was-was Muhyiddin tidak mempunyai sokongan yang cukup, kepada perang psikologi menimbulkan kenyataan Anwar ataupun Mahathir sudahpun mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk menjadi PM.

Selagi sokongan terhadap Anwar dan Mahathir sebagai PM tidak diketahui, maka Muhyiddin adalah ahli Parlimen yang mempunyai sokongan paling banyak untuk menjadi PM di waktu ini.

Strategi PH sejak dulu ialah mewar-warkan sesuatu agar rakyat percaya terlebih dahulu. Contohnya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub baru-baru ini berkata PH boleh kembali membentuk kerajaan sebelum Julai. Liew Chin Tong dari DAP pula memulakan tulisan-tulisan “psywar” cuba melagakan pimpinan Perikatan Nasional. Manakala PPBM terus meledakkan audio-audio mesyuarat yang sepatutnya tidak dirakam.

Langkah Kajang, 16 September dan strategi cuba menekan Mahathir menyatakan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar boleh dilingkungkan sebagai strategi yang sama. Masalah strategi PH ini ialah ia memberikan masa kepada musuh untuk merancang tindakbalas, dan akhirnya strategi ini membuahkan hasil yang tidak dijangka dan diinginkan.

Persoalannya, apakah kali ini ia akan menghasilkan kesudahan yang berbeza?

Ini berbeza dengan strategi politik yang diambil oleh pimpinan PN. Strategi PN seperti langkah Sheraton. Ia mengejutkan dan ia mematikan. Ia tidak diwar-warkan untuk musuh bersedia dan ia dilancarkan ketika musuh paling tidak bersedia.

Setakat ini, pimpinan PH memilih untuk tidak berperang mulut dengan PH. Jika ada yang menjawab pun hanyalah bekas perdana menteri Najib Razak. Maklumlah, hampir setiap perkara yang dicetuskan PH meski dikait dengan beliau.

Tiada siapa yang tahu apa yang sedang dirancang PN untuk bertindak balas. Apakah ada kejutan menanti PH? Atau apakah PN akan ketandusan idea kali ini?

Jika antara PN dan PH, mereka terus tidak dapat mencapai perbezaan sokongan majoriti di Parlimen yang nyata menjelang sidang parlimen seterusnya, eloklah semua pihak menghentikan drama politik dan membiarkan kerja pemulihan ekonomi dilakukan tanpa gangguan.

Apapun, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mula merangka prosedur operasi standard mengendalikan pilihan raya. Ini kerana kemungkinan PRU15 bakal diadakan adalah sangat tinggi jika politik negara terus bergolak.

Biarpun wabak Covid-19 di dalam keadaan terkawal, mengadakan pilihan raya adalah satu risiko yang amat besar kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara.

Jika politik negara terus bergolak sehingga pimpinan kerajaan tidak dapat memfokuskan kerja memulihkan ekonomi negara ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP), percayalah majoriti rakyat akan lebih rela memilih untuk berdepan dengan risiko yang ada dan menuntut Parlimen dibubarkan. Ini kerana majoriti rakyat sudah berasa muak dengan drama politik yang sedang berlaku hari ini.

Oleh: Timmy Say

LTTE: Berkas Segera Anggota Kumpulan Pengganas Sebelum Terlambat

Jangan 'pilih bulu', bersikap adil demi keselamatan negara
Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan awal menahan individu terbabit dengan kumpulan pengganas seperti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang boleh mengancam keselamatan negara tanpa ‘memilih bulu’.

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia, Sani Osman berkata, tindakan itu bagi memastikan agenda mereka tidak menular secara meluas sekali gus mendatangkan masalah kepada negara.

“Pihak berkuasa juga perlu bersikap adil. Kita tidak boleh lihat siapa individu berkenaan, asalkan fahaman dan penubuhan itu memberi ancaman kepada negara, maka kita kena ambil tindakan.

“Tidak kira ia kecil atau tidak merbahaya, asalkan ia sebuah kumpulan pengganas… tidak kira kerajaan lama atau baharu, asalkan tidak menyalahi undang-undang kita kena ambil (tindakan). Jika dahulu mungkin tidak tegas, sekarang ini kena tegas,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Meskipun berpandangan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 bukan waktu yang sesuai untuk membuat siasatan, namun Sani berkata, ia bergantung kepada pihak polis.

“Mereka lebih arif berkenaan perkara ini. Untuk meredakan keadaan ini, biarlah kita menangani dahulu ‘musuh’ yang tidak nampak ini yang boleh memudaratkan negara dan dunia. Jadi biarlah ambil tindakan itu sesuai pada waktunya,” saran beliau.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan terhadap 12 individu, termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, dikait dengan LTTE.

Dalam kenyataan 13 muka surat, Tommy memberitahu, keputusan itu diambil selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Jelasnya, perbuatan memiliki gambar atau perkara lain yang dikaitkan dengan individu atau kumpulan pengganas, tidak menukar seseorang itu menjadi pengganas atau menyokong kumpulan terbabit.

Beliau juga menggesa Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula setiap kumpulan pengganas setiap enam bulan mengikut suatu perintah di bawah Seksyen 66B (9) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengklasifikasikan LTTE sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas kerana ia masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara. - ismaweb

Thursday, June 4, 2020

KP Imigresen, Sila Jawab Mana 100,000 Pelancong India, China?

PEMBELA sambut baik kejayaan PDRM Johor tumpas sindiket PATI
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyambut baik kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor mengesan dan menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI), baru- baru ini.

Bagaimanapun, Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, sindiket berkenaan kebanyakannya bermula daripada negara jiran sahaja.

“Tetapi, isu sindiket pemalsuan kad pengenalan atau MyKad dengan kehilangan 100,000 pelancong China dan India sangat berkait rapat dengan sindiket penyeludup PATI.


“Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia di mana? 100,000 pelancong China dan India di mana…Tolong jawab,” soalnya sinis dalam satu kenyataan hari ini.

Gesaan itu dibuat susulan bimbang dengan ‘kehilangan’ lambakan warga asing yang dikhuatiri memberi ancaman kepada keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Terdahulu, laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga 2018.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Negara pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Semalam, 10 lelaki China pula ditahan kerana terbabit dalam sindiket perjudian atas talian di sebuah apartmen di Batu 9 Cheras, Kajang, - ismaweb.net

Begitulah Wajah Sebenar DAP....

Dr. Maza dedah sikap anti-ISLAM DAP, sesal pernah percayakan DAP
Saya juga antara juga orang yang tidak percaya bahawasanya DAP jika sekiranya mendapatkan kedudukan mereka mungkin akan menyebabkan keadaan umat islam tidak merasa selesa dan umat islam mungkin menjadi satu keadaan yang sukar”.

Tetapi apabila 22 bulan Pakatan Harapan memerintah yang mana saya antara orang yang pada mulanya mendukung diperingkat awal dan menteri – menteri sebahagaiannya tahu dan mereka berjumpa dan sepanjang pemerintahan PH pun tun beberapakali juga pun ada bertemu juga dengan saya dipejabatnya dan saya ada surat – menyurat yang beliau memanggil saya ke pejabatnya.”

Tetapi saya lihat 22 bulan dalam keresahan, saban hari isu berhubung dengan umat Islam dan orang Islam, walaupun tidak keluar dari mulut DAP itu secara terus, tetapi kewujudan DAP dan saya juga percaya peranan Parti Amanah yang berada di dalam kerajaan dan sebahagian PKR menyebabkan keberanian banyak pihak untuk mengeluarkan kenyataan yang begitu menguris perasaan orang Islam yang menimbulkan ketegangan antara umat Islam dan selain mereka.”

Saya adalah orang – orang yang terbuka dan saya tidak menjangkakan hal itu, boleh tanya ramai pada pemimpin DAP mereka ada sesi perjumpaan dengan saya sebelum daripada mereka membentuk kerajaan bertahun – tahun sebelum itu:

Tetapi apabila 22 bulan saya melihat kenyataan demi kenyataan bermula dari Ramasamy dan selainnya sangat – sangat mengguris perasaan, seolah – olah tidak ada dalam pemikiran mereka ini melainkan agenda untuk menimbulkan ketengangan dengan umat Islam samada secara langsung atau pun tidak langsung daripada mulut pemimpin DAP dan rakyat yang mana menyokong hal itu, golongan yang dikatakan dimanakan liberal melampau itu menjadi – jadi.

22 bulan lamanya kita mendengar hal ini daripada isu – isu biasa hingga pada isu bahasa sehingga isu tulisan jawi yang tidaklah isu sebenarnya menjadi isu kepada rakyat negera ini”.

Ketika itu saya merasakan, apabila saya membaca Al – Quran khususnya apabila dalam bulan Ramadhan dan Ramadhan sebelumnya juga dan mereka solat malam sesiapa yang melakukankan sebelumnya mereka akan tahu apabila melalui ayat Quran kita akan tahu keadaan ini tidak dapat diterima.

Kata Allah dalam surah Al – Imran 118: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai).

Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.

Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”.


Saya apabila melalui ayat itu sudah cukup…

Sumber: malaysiapolitik