Mengambil contoh keadaan di Kelantan pada 2004 lalu, Kerajaan PAS di negeri itu hanya menang dua kerusi tetapi kekal stabil walaupun kemudiannya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggal dunia.
“Kerajaan Pas Kelantan pada tahun 2004 menang dengan majoriti dua kerusi. Tetapi apabila seorang ADUN meninggal dunia, majoriti itu turun menjadi satu sahaja. Kerajaan itu kekal stabil sehingga PRU pada 2008.
“Maksudnya jika pandai mentadbir maka ia tiada masalah,” katanya.
Berucap pada Jelajah Penerangan Isu Semasa Negeri Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), Wan Saiful berkata keadaan di dalam UMNO juga tidak stabil menjadi punca PRN Johor terpaksa diadakan.
Sebelum ini, walaupun kerajaan Johor memiliki majoriti satu kerusi, parti-parti yang membentuk kerajaan gabungan serta pembangkang memberi jaminan akan terus memberi sokongan kepada Hasni untuk mentadbir Johor sehingga tamat penggal pada 2023 nanti.
Bagaimanapun, Hasni setelah mendapat restu Majlis Tertinggi (MT) UMNO memohon perkenan Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) 22 Januari lalu bagi membolehkan PRN diadakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuaratnya esok bagi menetapkan tarikh penamaan calon, hari mengundi awal dan hari pengundian, selain prosedur operasi standard (SOP) untuk PRN itu.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata keadaan di dalam UMNO itu sendiri sekarang ini telah berpecah-belah menyebabkan PRN itu terpaksa diadakan.
“Semua orang tahu UMNO ini berpuak-puak. Di negeri Johor saya rasa ada beberapa orang ‘warlord’ dalam UMNO. Ada muka-muka macam, Khaled Nordin… ada Nur Jazlan… ada Hisham punya.
“Ada Datuk Hasni yang nak membina kem sendiri setelah menjadi menteri besar. Ditambah lagi dengan kem yang datang daripada pusat Zahid Hamidi punya, Najib Razak punya dan Mohamad Hasan punya,” katanya.
Namun beliau berkata, realitinya apabila UMNO sendiri menolak Zahid daripada menjadi Perdana Menteri, maka UMNO telah bergolak dan berpecah-belah.
“Realitinya apabila Zahid mencipta sejarah sebagai Presiden UMNO yang pertama dalam sejarah UMNO ditolak oleh parti sendiri untuk dijadikan calon Perdana Menteri maka itu sudah bergolak.
“Tak boleh jadi Perdana Menteri… sejarah akan merekodkan bahawa dia adalah Presiden UMNO yang pertama yang bukan saja tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, tapi UMNO sendiri tolak dia.
“Dan penolakan ini menyebabkan UMNO itu tidak stabil. Bukan negeri Johor tak stabil. UMNO yang tak stabil dan kita lihat sekarang ketidakstabilan itu agak serius.
“Saya dengar cerita di Johor ini di banyak tempat kalau bukan semua tempat… tokoh-tokoh UMNO berebut-rebut nak jadi calon. Ada yang pergi merayu kepada Najib.
“Ada yang pergi minta sedekah daripada Zahid. Ada yang pergi rayakepada Pengerusi Perhubungan negeri Johor ini. Baik ketua bahagian Ketua Wanita, Ketua Pemuda bergolak sebab nak jadi calon,” katanya.
Wan Saiful berkata berbeza dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) yang tidak berebut, sebaliknya berfikir untuk memberi khidmat kepada rakyat.
“Kita menganggap bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah amanah yang akan dipersoalkan kepada kita di hari kemudian. Jadi kita tidak berebut seperti mereka.
“Dalam keadaan mereka berebut peluang untuk individu yang namanya Zahid Hamidi ni tunjuk kuasa dia. Waktu pilihan raya baru Presiden UMNO ada kuasa. Sebab semua nak watikah daripada dia.
“Kalau tak ada pilihan raya Zahid tidak relevan dalam perkiraan politik negara. Perdana Menteri orang lain. Menteri besar orang lain. Dia kena cari cara untuk naikkan nama dia dan inilah yang dia buat, menyusahkan rakyat,” katanya. - agendadaily
No comments:
Post a Comment