2. Dan apakah meminda undang-undang sedia ada kepada yang lebih berat, dapat menyelesaikan isu pemandu mabuk yang menyebabkan kematian?
3. Atau, kita sebenarnya memerlukan solusi yang lebih mendalam bagi menyelesaikan isu ini?
4. Arak tidak baik untuk kesihatan. Dapatan daripada kajian yang direkodkan melalui jurnal bertajuk ‘No Level of Alcohol Consumption Improves Health’ yang melibatkan 195 buah negara dari tahun 1990 sehingga 2016 mendapati alkohol adalah penyumbang besar kepada masalah kesihatan sejagat, tidak kira kecil atau besar kadar pengambilannya.
5. Bukan sahaja agama Islam, tetapi agama lain juga tidak pernah menganjurkan untuk penganutnya minum arak.
6. Di negara-negara Barat selain daripada mengenakan hukuman yang berat dan ketat, mereka juga turut melaksanakan tindakan kawalan terhadap rakyatnya. Ini termasuklah larangan minum arak di tempat awam dan juga perniagaan minuman beralkohol mestilah hanya dijual di kedai yang berlesen sahaja.
7. Malaysia pula bagaimana? Sebuah negara Islam, majoritinya beragama Islam, majoriti rakyatnya tidak mengambil alkohol sebagai ‘cara/budaya’ hidup, tetapi arak amat mudah didapati hatta di kedai-kedai serbaneka 24 jam yang berada di ceruk-ceruk tempat sekalipun majoriti penduduk adalah beragama Islam.
8. Ada apa pada ‘peminat’ arak ini? Industri yang semakin mengukuh konon ‘menyumbang’ kepada pendapatan cukai negara? Terbaharu, FB Malaysia menyekat status rakan-rakan seperjuangan yang lantang menyuarakan ketidakpuashatian. Siapa di sebalik semua ini?
9. Ternyata, bukan sekadar undang-undang yang perlu ditambah, kerana boleh jadi si peminat arak masih tetap bebas menikmati minuman ini. Tetapi, kerajaan juga mesti mengambil langkah kawalan. Jika industri arak menjadi punca kepada lemahnya kerajaan untuk menggubal tindakan dan akta, maka saya hari ini mahu menjadi penghasut.
10. Saya ingin menghasut rakyat supaya bersatu menentang industri arak ini. Kerana ketahuilah, bala dan keruntuhan sosial masyarakat awam lebih besar daripada pendapatan yang disumbang oleh industri arak ini.
Oleh: Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan parti BERJASA
No comments:
Post a Comment