Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia boleh menerima budaya berbogel dan kencing di hadapan orang lain, terutama pemimpin dunia yang datang ke negara ini.
Menggunakan kiasan menyindir budaya ‘Malu Apa Bossku’ yang sinonim dengan Datuk Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata bangsa manusia mempunyai tamadun yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak boleh dilakukan.
“Saya harap rakyat Malaysia akan alih daripada budaya yang dibawa oleh Najib Abdul Razak ini iaitu kita tak perlu malu. Apa nak malu.. pemimpin kita curi duit tak apa. Buat apa pun tak apa, bogel pun tak apa, kencing depan orang pun tak apa.
“Kita sudah terpesong dengan satu hujah yang dibawa oleh parti lawan iaitu yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Najib yang berkata bahawa kita tak perlu malu,” katanya pada sidang media melancarkan Aspirasi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor sempena Pilihan
Dr Mahathir juga mengajak rakyat Malaysia supaya berfikir mengenai budaya tidak perlu malu itu sehinggakan jika ada yang mencuri pun tidak dianggap satu kesalahan.
Memberi kiasan ‘Malu Apa Bossku’, beliau berkata:
“Tetapi fikirkanlah. Kita tak malu. Satu hari kita nak terima pelawat daripada negara luar. Pemimpin negara luar, presiden ataupun king. Bila sampai ke Malaysia, kita mesti ada barisan kehormatan… kita pun sambutlah.
“Pelawat datang dengan full uniform medal dengan selempang dan sebagainya dengan cukup lengkap tetapi pemimpin kita bogel. Cuma pakai kopiah saja.
“Kenapa bogel? Apa nak malu? Mungkin. Pemimpin kita pun biar tak apalah. Jadi inilah yang kita akan lihat. Pemimpin bogel kita akan kawad bersama dengan pelawat asing untuk memeriksa barisan kehormatan. Bila dia sudah berjalan dengan bogel bersama dengan pemimpin asing ini sampai ke separuh jalan kena hormat bendera.
“Entah macam mana pemimpin bogel ini nak terkencing… apa nak malu… kencing lah. Jadi sambil orang asing ini hormat bendera kita, pemimpin kita kencing. Sambil berdiri bogel, kencing. Nak malu apa. Inilah budaya yang dibawa oleh Najib.
“Budaya tak malu. Nak malu apa? Bogel pun tak apa. Nak kencing depan orang pun tak apa. Tak mandi lima belas hari. Pasal apa? Pemimpin… nak malu apa. Bossku pun tak apalah.
Inilah budaya yang dibawa oleh Datuk Seri Najib. Kita nak kembali kepada budaya asal kita. Kita hormat… tidak memalukan. Kita ingin lihat orang kita juga berpakaian cukup lengkap, bukan dengan nerbogel.
“Hari ni budaya bogel jadi tamadun, curi tak malu, penyangak jadi pun tak malu. Ini budaya parti BN, yang kita mahu ubah semula.” - Agendadaily
No comments:
Post a Comment