2) Kedudukan negeri itu yang berdekatan negara jiran yang maju seperti Singapura membolehkan mereka muhasabah perkembangan warga mereka sendiri sama ada ianya seimbang atau tidak antara kampung-kampung dengan bandar-bandar.
3) Warga Johor yang bijaksana akan faham dan sedar bahawa kemajuan menyeluruh sesuatu bangsa itu berkait rapat dengan kepimpinan yang tegas dalam bab INTEGRITI, menjunjung nilai KEBANGSAAN demi PERPADUAN serta berjiwa RAKYAT.
4) Warga Johor yang saya kenali amat mementingkan keseimbangan ini terutama bagi kelompok Melayu-Islamnya yang kebanyakan mereka pernah belajar di sekolah agama negeri sesi petang, lantas mereka tentu kenal mana halal dan haram, mereka tahu siapa angkuh dan siapa mungkar.
5) Warga Johor mahu negeri mereka kekal maju, bersih dan gah di persada nasional. Namun mereka juga mahu nilai-nilai budaya, adab, dan warisan terpelihara hendaknya dari asakan rakus pengaruh ultra liberalisme dan nafsu kapitalisme yang menyembah duit tanpa batas.
6) Seawal zaman Temasek (Singapura yang ketika itu sebahagian dari kerajaan Johor Lama) dilanggar todak, hingga ke zaman akhir penjajahan British, Johor tidak sunyi dari watak-watak RAKYAT biasa yang bukan saja bijak malah berani membawa perubahan.
7) Warga Johor tidak patut lupa jasa Hang Nadim dalam menyelamatkan nyawa RAKYAT di Temasek dari terus ditikam todak yang mengganas kerana dikatakan akibat sumpahan setelah pemerintah ketika itu mengarahkan pembunuhan Tun Jana Khateb seorang yang warak dari Samudra-Pasai (Aceh).
8) Dari kisah itu, RAKYAT biasanya menerima padah sama ada secara langsung atau tidak jika membiarkan pemerintah yang zalim dan korup berkuasa. Manakala mereka yang berani menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan biasanya menjadi mangsa, termasuk Hang Nadim itu sendiri yang akhirnya dibunuh kerana hasad dan kuasa politik sang pemerintah.
9) Warga Johor juga tidak harus lupa kebangkitan Orang Tujuh Muar yang dianggap “Langkah Jebat” mewakili RAKYAT dalam menentang Malayan Union yang pada waktu itu telah ditandatangani penerimaannya oleh Sultan Johor. Ini kisah pra kemerdekaan di mana Pribumi Johor berani menongkah arus kerana sayang masa depan anak cucu mereka.
10) Sekarang Johor lagi sekali damba untuk diselamatkan dari kelompok korup yang menguasai parti politik tertua di negara ini. Puak itu bukan lagi mewakili aspirasi RAKYAT marhaen tetapi sekadar buah catur golongan elit yang kenyang tujuh keturunan makan tidak habis seperti Kluster Mahkamah.
11) Paling hina, penyamun dan bakal banduan kes makan duit RAKYAT sama-sama menebalkan muka untuk bercakap mewakili warga Johor sambil memfitnah tokoh Johor sendiri yang banyak berjasa serta tegas berprinsip, Tan Sri Muhyiddin Yassin cucu seorang ulama besar negeri tersebut.
12) Ramai tidak lupa rakaman perbualan telefon antara murid dan gurunya sambil bergelak ketawa memperbodohkan pengikut fanatik masing-masing di luar sana. Kononnya No DAP dan No Anwar tetapi hakikatnya puak itu lebih paranoid terhadap mereka yang sebangsa dan seakidah dari PERIKATAN NASIONAL (PN).
13) Apakah warga Johor sanggup melihat sandiwara dan kemunafikan ini terus merencana kehidupan RAKYAT di tanah yang tercinta ini? Adakah parti-parti yang diketuai oleh watak-watak luar Johor itu benar-benar ikhlas faham jiwa RAKYAT Johor orang biasa?
14) Dengan ikhlas saya yang pernah bermastautin di Jalan Mulia, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru dan bersekolah di negeri itu selama 4 tahun di era Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar Johor menyeru tuan-tuan, puan-puan, adik-kakak, para sahabat dan saudara senegaraku orang Johor agar BERSATU menamatkan keangkuhan Kluster Mahkamah, puak ultra liberal serta parti-parti kecil opportunis dalam PRN Johor nanti.
No comments:
Post a Comment