Berdasarkan perkongsian di laman sosial Facebook, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, isteri perlu melakukan lima perkara asas sekiranya suami meninggal dunia secara mengejut.
Katanya, perkara pertama isteri perlu idah selama empat bulan 10 hari tanpa apa-apa solekan untuk berhias dan cukup sekadar bersih serta keluar rumah hanya urusan penting sahaja.
“Seterusnya, isteri perlu selesaikan hutang suami daripada harta peninggalannya dan harus tuntut bahagian harta sepencarian di mahkamah syariah.
“Seorang isteri juga perlu tunaikan wasiat suami jika ada sebelum mati serta segerakan pembahagian faraid daripada tinggalan harta si mati,” katanya.
Dalam pada itu, Fahmi turut menasihatkan para isteri untuk belajar mengenai ilmu ini. – K! ONLINE
No comments:
Post a Comment