Tun Abdul Hamid Mohamad berpendapat orang Melayu sudah kembali kepada UMNO di Melaka, tetapi parti itu perlu menyingkirkan para pemimpin yang menjadi liabiliti seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Walaupun mengakui keputusan presiden UMNO itu untuk go solo dan tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional ada tepat, tetapi Zahid dan beberapa pemimpin perlu meninggalkan parti bagi membolehkan parti terbesar orang Melayu itu bergerak ke hadapan.
Beliau juga menyarankan para pemimpin lama dan bermasalah ini supaya kekal membantu UMNO dari belakang sebagaimana dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Abdul Hamid turut menyarankan supaya Bersatu dibubarkan kerana parti itu gagal mendapat kepercayaan orang Melayu dan pada masa yang sama tidak mendapat sokongan bukan Melayu kerana tidak bersekongkol dengan DAP seperti ketika di dalam Pakatan Harapan. - suaramerdeka.com.my
No comments:
Post a Comment