Tuesday, November 23, 2021

Mana Dimaksudkan Assabiyah?

SAYA ingin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yang menyatakan perjuangan UMNO dan Pas bersifat assabiyah.

Ironinya, jika dilihat terdapat banyak sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini.

Sebagaimana diketahui umum, terdapat 12 jutawan Malaysia sementara terdapat 153,000 orang Melayu, 11,000 orang India dan 7,000 orang Cina miskin tegar.

Dengan adanya lesen judi termasuk jualan nombor ramalan yang menjadi pilihan kaum Cina, mereka berpeluang mengaut untung, sekali gus menjadi jutawan jika mendapat hadiah kemenangan bernilai puluhan juta ringgit. Malah, difahamkan terdapat pemain judi berbangsa Cina memenangi hadiah daripada pihak jualan nombor ekor iaitu sebanyak RM1,000 sehari untuk tempoh 20 tahun.

Pada masa sama, rumah-rumah kedai di seluruh negara pada umumnya dikuasai oleh kaum mereka. Apakah itu semua dikatakan assabiyah?

Selain itu, kes gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) digugurkan tanpa dibicara, begitu juga kes mahkamah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digugurkan juga tanpa dibicara. Adakah itu satu kebanggaan di Pakatan Harapan (PH)?

Oleh: BAHARUDDIN SAMEK,
Parit Keroma, Muar

No comments:

Post a Comment