KONTROVERSI wartawan diherdik semasa mahu hanya menjalankan tugas dengan bertanya isu semasa, rata-ratanya mempersalah pihak yang diajukan soalan kerana didakwa bukan sahaja bertindak kasar, tetapi juga agresif. Ia dikatakan berlaku apabila pihak berkenaan diajukan soalan yang dianggap sebagai menjengkelkan kerana tidak menggunakan bahasa kebangsaan.
Oleh itu, berlakulah bantahan oleh pihak berkenaan itu yang dikecam umum kerana bukan sahaja tidak profesional tetapi juga tidak sopan.
Sebenarnya tidak dapat dinafikan sering kali juga wartawan tidak berlaku sopan kepada pihak yang ditanya.
Ini antaranya boleh disebabkan perwatakan peribadi semula jadinya yang kurang mesra dan perbezaan etnisiti menyebabkan kurangnya pemahaman antara budaya untuk menjayakan sesuatu interaksi itu. Dengan kata lain, kekurangan pengetahuan tentang budaya lain ikut menjadi antara punca berlakunya kejadian sedemikian.
Secara umumnya didapati wartawan bukan Melayu tiada budi bahasa Melayu semasa berurusan dengan etnik Melayu. Walaupun berbahasa Melayu, ia didapati tepat dari segi tatabahasanya sahaja, sedangkan budi bahasa Melayu langsung tidak ada.
Ini jelas kelihatan pada penggunaan kata ganti nama orang kedua, dalam bentuk kamu atau anda yang sama sekali dianggap tidak sesuai apabila berurusan dengan pihak yang lebih berkuasa, baik dari segi pangkat mahupun usia. Dalam berbahasa lain, misalnya bahasa Inggeris, bentuk dan penggunaannya juga tidak selalu bersifat sopan dalam budaya Melayu.
Sehubungan ini, kata ganti nama orang kedua, you digunakan untuk semua golongan tanpa mengira kuasa. Meskipun demikian, tidak seperti wartawan bukan Melayu, wartawan Melayu didapati masih tidak tergamak menggunakannya.
Dalam hal ini, mereka menggantikannya mengikut budi bahasa Melayu, iaitu penggunaan gelaran sama ada yang ikhtisas ataupun lain-lain untuk berlaku sopan. Sering kali juga kerana berlainan budaya, sesetengah wartawan bukan Melayu didapati terus menerjah dengan langsung mengajukan soalan tanpa adanya semacam sedikit mukadimah yang kemudiannya baharulah membawa kepada persoalan sensitif dan yang ditanya pula dengan penuh hemah.
Dalam pada itu, budaya ini dalam bentuk lain juga dapat dilihat apabila penggiat pendidikan aliran bahasa Cina yang begitu cepat mengemukakan memorandum untuk kemajuan persekolahan vernakular Cina setiap kali kepada ketua kerajaan baharu sebaik sahaja ditubuhkan yang sebenarnya belum lagi sempat pun mula beroperasi sepenuhnya. Oleh sebab diasak dengan cara kurangnya adab Melayu, tidak menghairankan apabila tindakan balas itu disarati sindiran dan pertikaian yang memperlihat tidak senangnya hati etnik Melayu.
AIR MUKA
Ini kerana setelah perasaan tersinggung oleh cara soalan itu ditanya misalnya, baik dari segi bentuk bahasa yang diucapkan, iaitu perkataan yang digunakan dan yang tidak diucapkan yakni nada yang mengiringi perkataan itu, lalu jawapannya pun bersifat sebegitu rupa, antaranya ditanyakan balik soalan perli. Natijah di sini ialah pentingnya wartawan dibekalkan pengetahuan tentang perbezaan antara budaya untuk membolehkan mereka bukan sahaja terus mangkus dalam menjalankan tugas tetapi berjaya pula dalam suasana kepelbagaian budaya semasa berhadapan dengan mereka dari budaya berbeza dalam negara dan budaya antarabangsa dari luar Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa isu yang ditanya itu amat tidak disenangi etnik bukan Melayu yang didakwa akan menyekat kebebasan mereka. Kemungkinan ia ditanya dengan penuh getik kepada pihak yang memang terbabit langsung dengan isu berkenaan. Dengan ini, barangkali bukan sahaja soalan itu bersifat memaksa, ia juga tidak memberi pilihan, justeru menyebabkan pihak yang ditanya itu memberi tindak balas yang begitu tidak mesra.
Ini antaranya kerana air muka mereka terancam setelah ditanya secara langsung tanpa berselindung. Sepatutnya isu itu ditanya secara tidak langsung dan berselindung pula menerusi soalan yang penuh dengan strategi kesopanan berbahasa.
Ini penting sekali untuk menjaga air muka semua pihak termasuk juga pihak yang bertanya agar tidak dimarahi, apatah lagi diserang pihak yang ditanya kerana dianggap tidak sopan. Menjadi budaya Melayu agar sesuatu itu khususnya yang sensitif disampaikan, apatah lagi ditanya secara berselindung yakni tidak secara langsung.
Untuk ini, ia hendaklah mengambil bentuk berlapik menerusi pelbagai cara yang tersedia dalam sistem budi bahasa Melayu. Antaranya termasuklah tatacara panggilan, penanda santun dan larangan bahasa.
Ini penting untuk mengendalikan interaksi bagi mewujudkan persefahaman dan kerjasama. Ia juga penting untuk mengurangkan, jika boleh mengelakkan konflik antara mereka yang terlibat.
Dalam masyarakat pelbagai budaya, sesungguhnya kita sangat memerlukan persefahaman menyaling, penghormatan ikhlas dan penyanjungan jujur oleh satu etnik terhadap yang lain. Untuk ini, kita amat perlu mempertingkat pemahaman kita tentang budaya etnik lain. Ini kerana ia satu-satunya cara utama untuk kita berfungsi dengan baik di negara ini.
Sehubungan ini, dalam konteks Dasar Kebudayaan Negara (Daken) 2021, yang berlandaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, pengetahuan antara budaya ini harus mengambil kira budaya Melayu sebagai budaya dominan. Oleh itu, budaya Melayu hendaklah dijadikan rujukan utama apabila kita mahu mengenali pelbagai budaya di Malaysia.
Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

No comments:
Post a Comment