Thursday, November 18, 2021

Pinda Perlembagaan Bela Sekolah Vernakular?

SEBENARNYA tindakan mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah adalah tidak perlu, seperti yang dinyatakan sebilangan pertubuhan pendidikan aliran Cina.

Ini kerana ia boleh diselesaikan secara bermusyawarah atas dasar kompromi melibatkan konsesi bersama, lebih-lebih lagi dengan penuh keikhlasan selain keinsafan daripada etnik Cina sendiri.

Namun, ia sudah terlambat sebab etnik Cina tidak pernah mahu sedar diri selain tidak tahu membawa diri di negara ini yang bertuan. Selama puluhan tahun, etnik Melayu sebagai tuan rumah memperlihat kesabaran yang cukup tinggi terhadap kerenah mereka yang rata-ratanya terdiri daripada kerakusan pada tahap menjijikkan pada kebanyakan waktu.

Sebenarnya etnik Melayu amat menyedari kerakusan ini. Akan tetapi sebagai kelompok baik hati, mereka bukan sahaja selalu bertimbang rasa, mereka juga cuba memenuhi seadanya kehendak tetamu yang bertandang.

Bagaimanapun, sifat baik etnik Melayu ini dianggap sebagai kelemahan, malah kebodohan dan selalu mahu dieksploitasi secukup-cukupnya oleh etnik Cina untuk keuntungan mereka. Ini bukan langsung tidak disedari oleh etnik Melayu. Tetapi budaya mereka yang tidak suka berkonfrontasi secara terbuka dan tetap terus-terusan membuat baik walaupun menyedari dikhianati, diambil kesempatan oleh etnik Cina dari segenap segi. Namun, semua ini ada hadnya dan kes mencabar di mahkamah ini adalah antara batasnya. Ini kerana ia sudah banyak sekali melampaui enggatnya.

Dalam pada itu, keberadaan sekolah vernakular bersifat de facto, iaitu telah wujud walaupun belum tentu lagi sah ataupun sebaliknya dari segi undang-undang.

Sehubungan ini, ia tidak juga bersifat de jure, yakni betul-betul boleh wujud dan dibenarkan undang-undang. Dengan tindakan mencabar ini, kedudukan sekolah vernakular akan akhirnya dimuktamadkan yang keputusannya boleh berbentuk tidak menyebelahi etnik bukan Melayu.

Oleh itu, ada kebimbangan oleh etnik Cina khususnya akan keputusan sedemikian. Dengan ini, mereka kini mahu isu keabsahahan ini diselesaikan melalui pemindaan perlembagaan untuk menjadikan sekolah vernakular itu bersifat de jure. Permintaan ini bukan sahaja memperlihat etnik Cina sudah mengaku kalah sesudah tidak yakin lagi terhadap keabsahan sekolah vernakular di sisi perundangan negara. Ia juga memperlihat mereka sudah terdesak sehingga sanggup ‘menjilat ludah sendiri’, iaitu tidak mahu menyelesaikannya di mahkamah lagi setelah berkeyakinan sebelum ini, tetapi secara rundingan di Parlimen pula.

Sebenarnya atas sifat baik hati etnik Melayu, sungguh banyak konsesi telah mereka berikan kepada etnik Cina khususnya sepanjang mereka mula bermastautin di sini.

Namun, atas sikap rakus yang tidak habis-habis itu, etnik Cina selalu mahu memperoleh apa-apa sahaja lebih daripada yang sepatutnya.

TUPAI
Permintaan untuk penyelesaian di Parlimen dan tidak di mahkamah boleh dikaitkan dengan filsafat peribahasa, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, iaitu sepintar mana sesuatu itu, pasti akan ada ketika ia langkah salah. Ini kerana keputusan mahkamah hanya bersifat sehala, iaitu sama ada menang ataupun sebaliknya sahaja.

Semua ini bergantung kepada fakta kes, khususnya perundangan negara tentang sistem pendidikan yang akan dihujahkan mengikut tafsiran masing-masing pihak.

Kebimbangan inilah yang menyebabkan etnik Cina khususnya mahu mengambil pendekatan baharu, iaitu tidak lagi diselesaikan di mahkamah yang tidak semestinya akan memihak kepada mereka. Tetapi di Parlimen pula yang masih boleh dicari jalan tengah dalam bentuk konsesi tertentu untuk kebaikan mereka.

Nasi sudah menjadi bubur, iaitu ia sudah terlambat kerana sikap rakus etnik Cina tidak mahu lagi dan tidak patut terus dikompromi etnik Melayu yang mahu penyelesaiannya mengikut saluran perundangan sebagai keadilannya. Natijahnya di sini, jangan sesekali kebaikan sesuatu pihak itu bukan sahaja tidak dihormati tetapi juga dipergunakan.

Sebenarnya ihsan etnik Melayu kepada etnik bukan Melayu banyak sekali, namun ia langsung tidak mahu dihargai sesetengah pihak. Ini kerana dengan adanya penyanjungan, etnik Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal, justeru pemilik negara ini. Bagi mereka, negara ini sama-sama diterokai pelbagai pihak sebagai perantau termasuklah etnik Melayu sendiri. Justeru, dasar kesamarataan harus diamalkan dalam segenap hal.

Ini dapat dilihat pada banyak tuntutan daripada mereka ini yang tanpa segan silu mahukan apa-apa sahaja dibahagikan secara begitu. Sikap begini tidak ubah penjajahan perantau yang mahu mengaburi garis pemisah antara penduduk asal dengan puak bukan asal dalam semua perkara. Antaranya termasuklah identiti dan kedaulatan negara. Ini dapat dilihat apabila puak bukan asal yang bermastautin di sini, cuba menegaskan naratif atas dalil kepelbagaian bahawa struktur negara ini tidak harus memihak kepada etnik Melayu sahaja.

Sebaliknya ia hendaklah kosmopolitan, yakni pelbagai pada segala sisi dan pada kadar sama rata pula. Malang sekali setelah enam dasawarsa pembentukan negara bangsa, kita masih gagal melahirkan warganegara yang mempunyai kesedaran nasional, iaitu perkongsian pemahaman kenegaraan yang sama tentang sejarah dan asas pembinaan negara, yakni ia memang bertuan. Ini hendaklah diiktiraf untuk dihargai dan bukan sebaliknya oleh puak bukan asal.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

No comments:

Post a Comment